Rakyat Marhaen* Menderita Hasil Kenaikan Harga Minyak Negara:

Pemimpin Kaya-Raya Terus Bangga Dengan Hidup Mewahnya:

Rakyat Marhaen*… Miskin Dan Terus Bertambah Miskin:

Pemimpin Kaya-Raya… Kaya Dan Terus Bertambah Kaya!:

* Nota: Rakyat Marhaen = Setiap Rakyat Malaysia Yang Melarat.

grrrrrrrrrrrrr
As-Sarawaki: sshhhhhhh!
Gambar kartun ayam tu amat dalam maksudnya. Mau tidaknya ayam yg lain tu takut, melihat kawannya sudah digolek.
As-Sarawaki: Seorang pendidik berkomentar tentang entri ini melalui email: “Apakah kesudahan sebuah hikayat ayam – akan terpanggangkah akhirnya menjadi hidangan tuannya atau di restoran segera, atau dinyahkah sudahnya kerana selsema burung…?” Saya kelu…
Salam Sdr,
Selasa lepas saya dikhabarkan kenaikan beras terlalu tinggi. Oleh kerana tidak begitu percaya saya cuba mencari jawapan, saya mulakan perjalanan dari Krokop ke Bakam dan berpatah balik hingga ke Pulau Melayu. Hampir 13 buah kedai runcit saya masuki untuk melihat sendiri harga beras… ternyata benar… beras jenama ratu yang dulunya hanya RM18.90 naik RM25.00 Naik lagi RM42.50. Pada saya beras jenama inilah yang agak sesuai dan berpatutan bagi yg berpendapatan rendah / sederhana. Tapi kini… MasyaAllah. Sepanjang perjalanan saya dari Bakam ke Pulau Melayu memikirkan bagaimana keluarga yg berpendapatan RM700 ke RM800 dengan anak 5-6 org. Kalau mereka membeli 3 bungkus beras, mereka telah mengeluarkan duit sebanyak RM127.50, atau 16% daripada pendapatan. Kebiasaannya org kurang mampu melatih anak-anaknya makan banyak nasi dari lauk. Kalau dulu mungkin boleh dia minta anak-anak makan lebih nasi dari lauk supaya kenyang… TAPI kini pastinya dia minta kurangkan makan nasi pula. Kalau ini berlaku… tandanya rakyat kita sudah mula berlapar. Sdr sedia maklum naik nya harga minyak pastinya keperluan lain akan naik.
Kesimpulannya…
Orang miskin menjadi papa…
Orang yang susah menjadi miskin…
Orang sederhana menjadi susah…
Orang senang manjadi sederhana…
Orang kaya kata relexxxx je… Tak apa…
DAN bila malam menjelma…
Orang miskin & papa kata… Esok ada apa utk dimakan?
Orang senang & sedehana kata… Esok makan apa?
Orang kaya kata… Esok siapa lagi nak aku makan?
Terima kasih…
Ali Putera
As-Sarawaki: Alhamdulillah dan terima kasih kepada Cikgu Ali Putera di atas perkongsian kisah nyata. Saya juga terfikir, seandainya saya seorang Engineer Syarikat Minyak (dengan isteri pun bekerja) turut terasa bahang kenaikan harga minyak (yang pastinya akan diikuti dengan kenaikan harga barang-barang), apatah lagi Makcik Timah di Baling dan Poksu Mamat kat Gua Musang (baca entri Saudara Syahril Kadir di sini »»), bahkan lebih-lebihlah lagi Apai Manah di Batang Rajang dan Indai Bajik di Batang Saribas! Baca sebagai satu bahasa sinikal tanda protes… Marah tandanya sayang!
Sdr Muhtar,
- Kesusahan mengajar kita erti kesabaran dan ketabahan
- Kita tidak perlu menunggu dan merayu untuk dibantu kerana tiada siapa lagi yg akan dapat membantu (baik pemimpin mahupun kerajaan)
- Sbg rakyat, kita sendiri perlu berubah, berjimat dan berhemah dalam menempuh kemelut ekonomi semasa, kerana hanya itu sajalah cara
yang kita ada
- Biarkanlah org kaya dengan kekayaan mereka, kerana ingatlah.. belum tentu mereka juga kaya dan bahagia di ‘alam’ sana…
As-Sarawaki: Biar Kita Miskin Harta Dan Kuasa, Tapi Jangan Kita Miskin Jiwa! Semoga kita semua sentiasa menjadikan Allah SWT sebagai tempat meminta rezeki, merintih simpati dan memohon pertolongan.
Abg… Lancarkan hartal insyaAllah slp ini di ibu negara. Pagi nie PROTES bersidang!
As-Sarawaki: Sekadar makluman kepada tetamu ziarah sekalian, saya sekarang berada di Kuala Lumpur sehingga 9 Jun 2008. Insya Allah 7-8 Jun 2008 hadir ke program Mesra iPrisma di Port Dickson, Negeri Sembilan.
kalau bung muhtar pun boleh terkesima, bayangkan orang lain yang tidak semacam bung dari sudut kerjaya.
sedih.
As-Sarawaki: Wak Pakdi, sila baca komentar balas saya di Komen #3. Syukran.
Assalamualaikum akhi,
Ana yg baru habis jadi mahasiswa ni pun amat-amat terasa dengan kenaikan yang begitu tinggi. Petrol naik 78 sen dan diesel naik 1 ringgit. Pak Lah, sampainye hatimu. Di mana letaknya akalmu yang waras. Tidak puas engkau menembak orang, menyembur air asid, menyamun duit rakyat melalui kenaikan harga minyak terdahulu, kini kamu cuba menunjukkan taringmu yang sudah patah itu.
Sedarlah Pak Lah, kamu bukan sape-sape.
Mahathir sudah hampir sedar.. Kamu bila lagi…
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Bukankah Nabi SAW pernah bersabda: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan tentang kepimpinannya”? Wallahu a’lam.
Puisi sinis dengan mesej kritis:
bapaku sedang sakit tenat
terbaring di katil
tidak lagi bersuara
tidak lagi kenal saudara
lelaki gagah itu kini terlentang
terbaring tinggal tulang
hatiku robek
perlahan aku datang padanya
duduk dekat dengan kepalanya
aku rendahkan muka
aku rapatkan bibirku ke telinganya.
-cepat sikit mati bah, minyak naik lagi,
kami mahu segera pulang bah,
bimbang harga barang ikut dari belakang,
bisikku lembut ke telinganya.
adik dan ibu memandangku
angguk tanda setuju.
Sumber: http://abdullahjonesdua.blogspot.com/
Maklumat yang diperolehi daripada YahooGroups:-
Semalam dalam akhbar tempatan, kerajaan telah keluarkan satu statistik kononnya harga minyak di Malaysia adalah yang paling rendah di rantau ini. Kemudian mereka membandingkan harga minyak Malaysia dengan harga
minyak di Thailand, Singapore, Filipina dan Vietnam.
Persoalan sekarang apakah asas perbandingan tersebut sedangkan negara-negara tersebut bukan pengeluar minyak? Hujah seperti inilah yang di gunakan oleh
barisan pemimpin untuk memperbodohkan orang kampung.
Ok, di sini fakta yang semua orang kena tahu. Pertama sekali sila lihat perbandingan harga minyak Malaysia dan negara negara pengeluar minyak yang lain:-
Harga minyak seliter mengikut Negara (dalam RM):-
Malaysia RM 2.70
Iran RM 0.35
Venezuela RM 0.16
Turkemenistan RM 0.25
Arab Saudi RM 0.38
Kuwait RM 0.67
Dari data di atas, membuktikan propaganda kerajaan adalah palsu dan tidak benar. Kesemua negara pengeluar minyak di atas, harga minyak adalah di bawah RM1.00 seliter. Ada sesetengah alasan mengatakan
keluaran minyak kita tak sebanyak Arab Saudi yang mengeluarkan sejuta tong sehari. Menurut kerajaan, pengeluaran minyak kita adalah dalam lingkungan 700 ribu tong sehari.
Oleh itu kalau berdasarkan ratio pengeluaran minyak antara Arab Saudi dan Malaysia 1 juta : 700 ribu, sepatutnya harga minyak Malaysia dalam lingkungan RM 0.49 sen sahaja. Kenapa Arab Saudi boleh kekalkan harga minyak pada 0.38 sen seliter tapi Malaysia pada RM 1.92 dan sekarang ni dah naik sampai RM 2.70? Bukankah jauh bezanya?
Bagaimana pula dengan Venezuella yang jumlah penduduk hampir sama dengan Malaysia boleh kekalkan harga minyak pada 0.16 sen seliter sahaja? Ini menunjukkan ada sesuatu yang tak kena dalam menguruskan hasil minyak dalam negara.
Ketika Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjawat jawatan Menteri Kewangan Malaysia pada tahun 1991-1998, harga minyak di kekalkan pada RM 1.10 seliter. Bagaimana beliau boleh mengekalkan harga minyak selama lapan tahun sedangkan harga minyak dunia naik mendadak ketika Perang Teluk
di Iraq? Pada masa yang sama juga pembangunan dan projek projek banyak juga dijalankan dalam negara tanpa perlu naikkan harga minyak.
Tapi pemimpin kerajaan beri alasan untuk naikan harga minyak supaya duit tersebut dapat tampung projek pembangunan. Masalah sekarang projek pembangunan untuk faedah siapa? Rakyat atau kroni? Berapa kerat orang
yang dapat faedah dari koridor pembangunan di sana sini?
Subsidi minyak yang di tanggung kerajaan mencapai 35 billion setahun.Kerajaan bersungguh-sungguh untuk mengurang kan subsidi minyak ini kerana kalau harga minyak tidak dinaikkan dengan segera ianya akan mengganggu peruntukan kerajaan bagi membangunkan koridor-koridor di seluruh negara yang bernilai ratusan billion.
Yang orang asyik berhujah ialah harga minyak perlu dinaikkan kerana harga minyak dunia telah naik. Ada yang mengatakan ia masalah global. So yang kita kita fikir ialah kenapa nak risau tentang harga minyak dunia yang melambung naik kerana sepatutnya sebagai negara pengeluar minyak, Malaysia seharusnya gembira kerana bila harga minyak dunia naik, pendapatan Petronas jadi berlipat ganda. So apa masalahnya? Walaupun Malaysia ada mengimport minyak dari luar untuk kegunaan tempatan, tapi bila dah net off dari pendapatan export, masih untung besar lagi.
Adakah negara akan bankrupt kalau turunkan harga minyak?? Sudah tentu tidak. Sila lihat statistik di bawah:-
Allocation untuk mega projek:-
Koridor Utara : RM 17.5 billion
Koridor Timur : RM 112 billion
Wilayah Iskandar : RM 47 billion
Koridor Sabah : RM105 billion
Koridor Sarawak : RM 107 billion
Bila kerajaan membuat pelan untuk pembangunan projek di atas, sudah tentulah kerajaan mempunyai wang yang banyak. Jadi, jika kerajaan sanggup membelanjakan ratusan billion untuk projek pembangunan seperti
di atas yang hanya boleh dimanafaatkan oleh segelintir rakyat sahaja, kenapa nak tampung subsidi 35 billion setahun pun tak mampu? Mana yang lebih penting? Mana yang perlu di utamakan? Kebajikan rakyat atau projek
mega?
Bila menteri menteri beri komen tentang ekonomi, semuanya berkata yang bagus-bagus, tapi bila bercakap soal subsidi minyak, dah cakap lain pulak. So kalau Dato’ Najib kata turunkan harga minyak akan buat negara bankrup, bagaimana projek ratusan billion di atas? Tak bankrupkah negara dengan projek ratusan billion tersebut?Perlu diingat bahawa di samping pendapatan hasil petroleum, negara juga mempunyai hasil dari sumber lain seperti getah, sawit, taxation, balak dan lain-lain.
Pendapatan tahunan negara kalau diambil kira harga minyak yang melambung naik bakal mencecah RM 200 billion setahun. Dari jumlah tersebut susah sangat ke nak sumbangkan RM 50 billion untuk beri subsidi pada rakyat?
Ni korang compare dengan Turkmenistan:-
Oil – Production: 196,700 bbl/day (2005 est.)
GDP – Per capita (PPP): $9,200 (2007 est.)
Ni Malaysia punya:-
Oil – Production: 751,800 bbl/day (2005 est.)
GDP – Per capita (PPP): $14,400 (2007 est.)
Fikir-fikirkan lah sendiri…
As-Sarawaki: Sekadar perkongsian, sila baca berita ini: Petronas tidak bayar zakat perniagaan. Wallahu a’lam.
Harga elektrik pun naik gak Julai ni!
As-Sarawaki: Mudah-mudahan iman kita sentiasa terpelihara.
[...] Petrol Naik 78 Sen, Diesel Naik RM1… Saya Terkesima! [...]
Memang terkesima.
Duit akan habis jugakkan kalau ilmu & iman tidak bergerak dengan selari… Fikir-fikirkan…
As-Sarawaki: Dari ‘Amru Bin ‘Auf Al-Ansari, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda kepada orang-orang Ansar pada suatu hari: “Bergembiralah kamu sekalian, nescaya kamu akan mendapati apa yang kamu inginkan; Demi Allah, bukanlah kefakiran yang lebih aku takuti (menimpa) kamu, tetapi aku takut (kalau) dunia ini dibentangkan ke atas kamu (diberi kekayaan dan dimurahkan rezeki) sebagaimana dia telah dibentangkan ke atas orang-orang sebelum kamu; maka kamupun berlumba-lumba (mencari) nya (dunia) sebagaimana mereka berlumba-lumba dengannya, lalu duniapun memusnahkan kamu sebagaimana dia memusnahkan mereka.” (Muttafaqun ‘Alaihi)
situasi yang sangat menakutkan dan sangat membebankan…
As-Sarawaki: Allah SWT berfirman di dalam Surat At-Thalaq, ayat 2-3: “Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa yang bertawakkal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”
nampak gaya tak dapatlah kamek nak berjimat cermat dok kat sarawak ni… baru nak jimat harga tiket, harga minyak pun dah naik… nampak gaya kena cari kerja sampingan untuk tampung nafkah keluarga…
As-Sarawaki: Teringat lirik Lagu Guru Malaysia… Guru agen nahdah! Rasanya sampai masanya untuk guru turut mengajar subjek pendidikan politik selain subjek-subjek yang sedia ada agar rakyat celik siasah. Wallahu a’lam.
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera-puteri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
Oleh: SS Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.
Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.
Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).
Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun –atas pemintaan penaja yang membayar harga ceramah- akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat.
Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis-menangis –seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah- bercerita kepada mak cik-makcik yang kusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir ‘nasi lemaknya’.
Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk pengajur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas.
Maka insaflah mak cik dan pak cik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah ‘ceroi’ akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka.
Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum ‘dijakimkan’, “apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?”. Sebelum harga minyak naik, telah sekian mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup di kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.
Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan.
Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): “Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).
Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun.
Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.
Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk ‘mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah?
Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?. Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’.
Apakah patut di saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka. Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat.
Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?. Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan.
Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua.
Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma’ruf dan al-An-Nahy ‘an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.
Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan.
Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.
Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).
Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).
Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini.
Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa.
Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat?
Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.
Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana.
Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekat kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program tv lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang?
Di masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.
Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.
As-Sarawaki: Sadaqta ya SS! Rakyat Marhaen… Miskin Dan Terus Bertambah Miskin, Pemimpin Kaya-Raya… Mewah Dan Terus Bertambah Mewah!
WHAT IS NEVER MENTIONED In Mainstream Media like NST, TheStar, Utusan, BH are these facts…
Malaysian Per Capita Income USD 5000,
Singaporean Per Capita Income USD 25000!
Further The Star made a comparison of prices in Thailand , Singapore and Indonesia.
For Thailand it is quoted at RM3.90/liter, however are they aware that in Thailand new cars are cheaper than Malaysia by RM10,000? They pay only one life time for their driving license? No renewal fee after that? Also that goes for road tax as well? And do TheStar also aware that you can drive all the way from Hadtyai to Bangkok on a six lane highway without paying any Tolls ??!!
Whereas here in Malaysia you have to pay yearly renewal for road tax , driving license and TOLLS, TOLLS, TOLLS!!!
For Singapore how can you quote RM 5.20 ? Please quote in Singapore Dollars because they are earning in Sing Dollars. You might as well say Europeans are paying RM10/liter. RM5.20/liter = Sing $ 2.20/liter, still cheaper than Malaysia in view of fact that Singapore is not a crude oil exporter. Are you saying that
you fill up petrol in Singapore by paying Ringgit?
In economy, dollar to dollar must be compared as apple to apple. Not comparing like durian in M’sia is much cheaper than durian in Japan!! Of course-lah, Japan is not durian producer!!! Comparing Malaysian durian with Thailand durian make more sense!!
For Indonesia we might say is cheaper there at RM2.07/liter but compare that to their level of income! Now, let us compare the price with OIL PRODUCING countries:
UAE – RM1.19/litre
Eygpt – RM1.03/litre
Bahrain – RM0.87/litre
Qatar – RM0.68/litre
Kuwait – RM0.67/litre
Saudi Arabia – RM0.38/litre
Iran – RM0.35/litre
Nigeria – RM0.32/litre
Turkmenistan – RM0.25/litre
Venezuela – RM0.16/litre
MALAYSIA – RM2.70/litre
RM 2.70!!!
Individual perspective:
As of last month a Toyota Vios would ’cause a damage’ of about RM 89,000. In the international market, a Toyota Vios is about USD 19,000 USD 19,000 = RM 62,700 (using the indicative rates of USD 1 = RM 3.30). That makes Malaysian Vios owners pay an extra RM 26,300.
This RM 26,300 should be cost of operations, profit and tax because the transportation costs have been factored in to the USD 19,000.
RM 26,300/ RM625 petrol rebate per year translates to a Vios being used for 42.08 years.
I do understand that the RM 625 is a rebate given by the government, but it also means that one has to use the Vios for 42.08 years just to make back the amount paid in taxes for the usage of a foreign car. Would anyone use any kind of car for that long?
Now with these numbers in front of us, does the subsidy sound like a subsidy or does it sound like a penalty? This just seems to be a heavy increment in our daily cost of living as we are not only charged with high car taxes but also with a drastic increase in fuel price.
With all the numbers listed out, I urge all Malaysians to join me in analyzing the situation further.
Car taxation is government profit, fuel sales is Petronas’ (GLC) profit which also translates into government profit. The government may ridicule us Malaysians by saying look at the world market and fuel price world wide. Please, we are Malaysians, we fought of the British, had a international port in the early centuries (Malacca), home to a racially mixed nation and WE ARE NOT STUPID!!!
We know the international rates are above the USD 130/barrel. We understand the fact that the fuel prices are increasing worldwide and we also know that major scientist are still contradicting on why this phenomenon is happening. Some blame Bush and his plunders around the world and some blame climate change and there are others which say petroleum ‘wells’ are getting scarce.
Again we go back to numbers to be more straight fwd
1 barrel = 159 liters x RM2.70/liter = RM 429 or USD 134
On 1 hand, we are paying the full cost of 1 barrel of crude oil with RM2.70 per liter but on the other hand the crude oil only produces 46% of fuel.
Msia sells crude oil per barrel at USD130 buys back Fuel per barrel at USD134. And not forgetting, every barrel of fuel is produced with 2 barrels of crude oil.
1 barrel crude oil = produce 46% fuel (or half of crude oil), therefore 2 barrel crude oil = approximately 1 barrel fuel In other words, each time we sell 2 barrels of crude oil, equivalently we will buy back 1 barrel of fuel.
Financially;
Malaysia sell 2 barrel crude oil @ USD 130/barrel = USD 260 = RM 858 then, Malaysia will buy back fuel @ USD 134/barrel = RM 442/barrel. Thus, Malaysia earn net extra USD 126 = RM 416 for each 2 barrel of crude
sold/exported vs imported 1 barrel of fuel !!!
(USD 260-134 = USD 126 = RM416)
So where this extra USD 126/barrel income is channeled to by Malaysian Govt?
Another analysis:
1 barrel crude oil = 159 liters.
46-47% of a barrel of crude oil = fuel that we use in our vehicles.
46% of 159 = 73.14 liters.
@ RM 2.70/liter x 73.14 liter = RM197.48 of fuel per barrel of crude oil. This is only 46% of the barrel, mind you. Using RM 3.30 = USD 1, we get that a barrel of crude oil produces USD 59.84 worth of petrol fuel (46% of 1barrel). USD 59.84 of USD 130/barrel turns out to be 46% of a barrel as well.
Another 54% = bitumen, kerosene, and natural gases and so many more. And this makes a balance of USD 70.16 that has not been accounted for.
So this is where I got curious. Where is the subsidy if we are paying 46% of the price of a barrel of crude oil when the production of petrol/barrel of crude oil is still only 46%?
In actual fact, we still pay for this as they are charged in the forms of fuel surcharge by airlines and road taxes for the building of road (because they use the tar/bitumen) and many more excuse charging us but let us just leave all that out of our calculations.
As far as I know, only the politicians who live in Putrajaya and come for their Parliament meetings in Kuala Lumpur (approximately 60+ km) are the ones to gain as they claim their fuel and toll charges from the money of the RAKYAT’s TAX.
It is so disappointing to see this happen time and time again to the Malaysian public, where they are deceived by the propaganda held by the politicians and the controls they have over the press.
Which stupid idiot economist equates rebates for rich or poor with the cc of the vehicles? An average office clerk may own a second hand 1300cc proton Iswara costing $7,000 (rebate = $625) while the Datuk’s children can own a fleet of 10 new cars of BMW, Audi and Volvo all less than 2000cc costing $2 millions and get a total rebate of $625 x 10 = $6,250! Wow what kind of economists we are keeping in Malaysia…wonder which phD certificate that they bought from…
Misleading concept of Subsidy:
The word “subsidy” has been brandished by the BN government as if it has so generously helped the rakyat and in doing so incurred losses. This simple example will help to explain the fallacy:
Example:
Ahmad is a fisherman. He sells a fish to you at $10 which is below the market value of $15. Let’s assume that he caught the fish from the abundance of the sea at little or no cost. Ahmad claims that since the market value of the fish is $15 and he sold you the fish for $10, he had subsidised you $5 and therefore made a loss of $5.
Question:
Did Ahmad actually make a profit of $10 or loss of $5 which he claimed is the subsidy?
Answer:
Ahmad makes a profit of $10 which is the difference of the selling price ($10) minus the cost price ($0 since the fish was caught from the abundance of the sea). There is no subsidy as claimed by Ahmad.
The BN government claims that it is a subsidy because the oil is kept and treated as somebody else’s property (you know who). By right, the oil belongs to all citizens of the country and the government is a trustee for the citizens. So as in the above simple example, the BN government cannot claim that it has subsidised the citizen!
Source: http://voiceofmalaysian.com/
An email written by a Petronas staff from Corporate Unit.
—————————————————————————————
“Dear all,
After reading all the chain mails and blogs, I feel called to reply, because of the relentless attacks and allegations — most of which are inaccurate or baseless — against PETRONAS.
PETRONAS’ STAFF SALARY & BONUS
1) The salaries paid to PETRONAS’ employees are not as high as people think. At best, they are just industry average. And these are not attractive enough for some who left PETRONAS to find work at other companies (mainly from the Middle East) which are willing to pay more. Why do they pay more? The oil and gas industry worldwide has been facing acute shortage of qualified or experienced personnel, so most companies are willing to pay lots of money to entice and pinch staff from their competitors.
Bonus? There has NEVER been a bonus amounting to 6 months or 12 months throughout the 33 years. On average, it is 2 months. But don’t ever think we don’t deserve it. We more than deserve it. A lot of us work really hard, some in the most extreme of conditions. Those who have been to and worked in northern Sudan, for example, would testify that it’s like working in a huge blower oven. Southern Sudan, on the other hand, is almost all swamps and mud. Imagine having to go through that kind of heat, or waddling in muddy swamps, day in and day out.
QUALITY OF CRUDE & REFINED PRODUCTS
2) Malaysia produces about 600,000 barrels of crude oil per day (and about 100,000 barrels condensate). Of this crude volume, 339,000 barrels are refined locally for local consumption. The rest is exported (and yes, because it has lower sulphur content it fetches higher prices).
Malaysia also imports about 230,000 barrels of crude oil per day, mainly from the Middle East, to be refined here. This crude oil contains higher sulphur and is less expensive (so the country gains more by exporting our crudes). In Malaysia, this crude is processed by PETRONAS at its second refinery in Melaka, and also by Shell at its Port Dickson refinery.
Different refineries are built and configurated to refine different types of crude. And each crude type yields different percentage of products (diesel, gasoline, kerosene, cooking gas etc) per barrel.
But most importantly, products that come out at the end of the refining process have the same good quality regardless of the crude types. That’s why PETRONAS, Shell and Exxon Mobil share the same pipeline to transport the finished products from their refineries to a distribution centre in the Klang Valley. The three companies collect the products at this centre accordingly to be distributed to their respective distribution networks. What makes PETRONAS’ petrol different from Shell’s, for example, is the additive that each company adds.
PETRONAS’ ROLE, FUNCTION & CONTRIBUTION
3) A lot of people also do not understand the role and function of PETRONAS, which is essentially a company, a business entity, which operates on a commercial manner, to mainly generate income and value for its shareholder. In this case, PETRONAS’ shareholder is the Government.
In 1974, when PETRONAS was set up, the Government gave PETRONAS RM10 million (peanuts, right?) as seed capital. From 1974 to 2007, PETRONAS made RM570 billion in accumulated profits, and returned to the Government a total of RM335.7 billion. That is about 65% of the profits. That means for every RM1 that PETRONAS makes, 65 sen goes back to the Government.
Last year, PETRONAS made a pre-tax profit of RM86.8 billion. The amount given back to the Government (in royalty, dividends, corporate income tax, petroleum products income tax and export duty) was RM52.3 billion. The rest of the profit was used to pay off minority interests and taxes in foreign countries (about RM7.8 billion – PETRONAS now operates in more than 30 countries), and the remaining RM26.7 billion was reinvested. The amount reinvested seems a lot, but the oil and gas industry is technology- and capital-intensive. Costs have gone up exponentially in the last couple of years. Previously, to drill a well, it cost about US$3 million; now it costs US$7 million. The use of rigs was US$200,000 a day a couple of years ago; now it costs US$600,000 a day.
A lot of people also do not realise that the amount returned by PETRONAS to the Government makes up 35% of the Government’s total annual income, to be used by the Government for expenditures, development, operations, and yes, for the various subsidies. That means for every RM1 the Government makes, 35 sen is contributed by PETRONAS.
So, instead of asking what happens to PETRIONAS’ money or profits, people should be questioning how the money paid by PETRONAS to the Government is allocated.
CRUDE EXPORTS & FUEL PRICES
4) A lot of people also ask, why Malaysia exports its crude oil. Shouldn’t we just stop exporting and sell at cheaper prices to local refiners? If Malaysia is an oil exporting country, why can’t we sell petrol or diesel at cheaper prices like other oil producing countries in the Middle East?
I guess I don’t have to answer the first couple of questions. It’s simple economics, and crude oil is a global commodity.
Why can’t we sell petrol and diesel at lower prices like in the Middle East? Well, comparing Saudi Arabia and other big producers to Malaysia is like comparing kurma to durian, because these Middle Eastern countries have much, much, much bigger oil and gas reserves.
Malaysia has only 5.4 billion barrels of oil reserves, and about 89 trillion cubic feet of gas. Compare that to Saudi Arabia’s 260 billion barrels of oil and 240 trillion cubic feet of gas.
Malaysia only produces 600,000 barrels per day of oil. Saudi Arabia produces 9 million barrels per day. At this rate, Saudi Arabia’s crude oil sales revenue could amount to US$1.2 billion per day! At this rate, it can practically afford almost everything — free education, healthcare, etc, and subsidies — for its people.
But if we look at these countries closely, they have in the past few years started to come up with policies and strategies designed to prolong their reserves and diversify their income bases. In this sense, Malaysia (and PETRONAS) has had a good head start, as we have been doing this a long time.
Fuel prices in Malaysia is controlled by the Government based on a formula under the Automatic Pricing Mechanism introduced more than a couple of decades ago. It is under this mechanism that the complex calculation of prices is made, based on the actual cost of petrol or diesel, the operating costs, margin for dealers, margin for retail oil companies (including PETRONAS Dagangan Bhd) and the balancing number of duty or subsidy. No retail oil companies or dealers actually make money from the hike of the fuel prices. Oil companies pay for the products at market prices, but have to sell low, so the Government reimburses the difference — thus subsidy.
Subsidy as a concept is OK as long as it benefits the really deserving segment of the population. But there has to be a limit to how much and how long the Government should bear and sustain subsidy. An environment where prices are kept artificially low indefinitely will not do anyone any good. That’s why countries like Indonesia are more pro-active in removing subsidies. Even Vietnam (which is a socialist country, by the way) is selling fuel at market prices.
PETRONAS & TRANSPARENCY
5) I feel I also need to say something on the allegation that PETRONAS is not transparent in terms of its accounts, business transactions etc.
PETRONAS is first and foremost a company, operating under the rules and regulations of the authorities including the Registrar of Companies, and the Securities Commission and Bursa Malaysia for its listed four subsidiaries (PETRONAS Dagangan Bhd, PETRONAS Gas Bhd, MISC Bhd and KLCC Property Holdings Bhd.
PETRONAS the holding company produces annual reports which are made to whomever wants them, and are distributed to many parties and places; including to the library at the Parliament House for perusal and reading pleasure of all Yang Berhormat MPs (if they care to read). PETRONAS also makes the annual report available on its website, for those who bother to look. The accounts are duly audited.
The website also contains a lot of useful information, if people really care to find out. Although PETRONAS is not listed on Bursa Malaysia, for all intents and purposes, it could be considered a listed entity as its bonds and financial papers are traded overseas. This requires scrutiny from investors, and from rating agencies such as Standard & Poor and Moody’s.
BOYCOTT PETRONAS?
6) The last time I checked, this is still a democratic country, where people are free to spend their money wherever they like.
For those who like to see more of the money that they spend go back to the local economy and benefiting their fellow Malaysians, perhaps they should consider sticking to local products or companies.
For those who like to see that the money they spend go back to foreign shareholders of the foreign companies overseas, they should continue buying foreign products.
FINAL WORD (FOR TODAY)
I’m sorry this is rather long, but I just have to convey it. I hope this would help some of you out there understand something. The oil and gas industry, apart from being very capital intensive, is also very complex and volatile. I’m learning new things almost every single day.”
Source: http://abahfateh.blogspot.com/2008/06/petronas-oh-petronas.html
Harga petrol turun 15 sen, diesel 8 sen
PUTRAJAYA 22 Ogos 2008 – Harga runcit petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.55 seliter manakala harga runcit diesel sebanyak 8 sen kepada RM2.50 seliter mulai esok, demikian diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya hari ini. – Bernama
As-Sarawaki: Fikiran saya melayang ke Permatang Pauh sambil mendengar lagu nasyid Raihan berjudul ‘Syukur’…