“Seek First To Understand, Then To Be Understood!”
As-Sarawaki, 30 Mei 2008: Alhamdulillah atas nikmat kefahaman dan keimanan! Hari ini adalah hari Jumaat yang mulia dan insya Allah mulai esok syarikat tempat saya bekerja akan bercuti selama seminggu sempena Hari Gawai Dayak. Sebagai muqaddimah entri ini, sama-samalah kita hayati dan fahami Tazkirah Jumaat edaran Persatuan Kebajikan Pekerja Islam Petroleum (PKPIP) berikut. Kepada sesiapa yang berminat, saudara dan saudari juga boleh membaca PKPIP Iqra’ Bulletin, Volume 2 Issue 9 berformat pdf di sini »».
Salah satu buku yang alhamdulillah telah saya baca dan hadami pada tahun 2003 serta turut mengesyorkan kepada mereka yang ingin proaktif dalam membina diri untuk membacanya ialah “The 7 Habits of Highly Effective People” karangan Stephen R. Covey. Buku ini adalah sebuah buku motivasi terlaris yang telah berjaya dijual sehingga 15 juta naskhah dan diterjemahkan ke dalam 38 bahasa asing. Salah satu daripada 7 sikap atau prinsip asas seseorang manusia yang efektif dan berinspirasi yang dinyatakan oleh Stephen R. Covey di dalam buku ini ialah “Seek First To Understand, Then To Be Understood” yang menurut pemahaman saya lebih kurang bermaksud “Berusahalah Untuk Memahami Terlebih Dahulu, Sebelum Minta Difahami”.
Atas faktor “Seek First To Understand, Then To Be Understood” inilah maka saya beriya-iya mendapatkan buku “The Broken Shield: The Birth of Dayakism” karangan Encik Joseph Sipi ak Tawie dan teruja membeli buku “Rahsia Islam di China: Gemilang di Sebalik Tembok Besar” karangan Ustaz Ann Wan Seng.
“The Broken Shield: The Birth of Dayakism”
Alhamdulillah, buku “The Broken Shield: The Birth of Dayakism” baru sahaja saya terima petang tadi yang dihantar sendiri oleh penulisnya melalui pos laju setelah saya bank-in bayaran harga buku ini sebanyak RM65 semalam. Buku ini masih belum berada di pasaran dan kedai-kedai buku terbuka kerana penulis mengambil inisiatif untuk menjualnya sendiri atas sebab-sebab tertentu.

Mengapa saya beriya-iya mendapatkan buku “The Broken Shield: The Birth of Dayakism”? Sebab utamanya ialah kerana penduduk majoriti Sarawak adalah berbangsa Dayak iaitu merangkumi sebanyak 46% daripada keseluruhan populasi Bumi Kenyalang. Saya berusaha untuk memahami masyarakat Dayak sebelum minta difahami dalam agenda berdakwah… Sila baca entri saya sebelum ini: Gayu Guru Gerai Nyamai.. Baka Ni Dakwah Kita Wai?
Sebagai perkongsian dengan tetamu ziarah yang budiman sekalian, berikut adalah sinopsis buku “The Broken Shield: The Birth of Dayakism”:
‘The Broken Shield’ which was soft-launched on 16 December 2007 during the Dayak 21st Century seminar and workshop is the latest book written on Dayak politics.
Authored by Joseph Tawie, a retired civil servant, the book attempts to cover political events from the author’s perspective and knowledge.
It is about a journey or a “roadmap” of Dayak political unity from the day Sarawak gained its independence until this present day political scenario. Along the journey, the Dayak unity was persistently being undermined. Their hopes and struggles were constantly being frustrated either by the Dayaks on their own out of personal greed and jealousy or they worked in collaboration with others whose interests were detrimental to the Dayaks’ political struggles.
The book is so titled ‘The Broken Shield’ because the shield is more than a Dayak warrior’s weapon of self-defence against all weapons of enemies and which symbolises the unity, strength, struggles and hopes of the Dayak Community. And for this reason, the shield has been incorporated into the logos or symbols of all Dayak-based parties like SNAP, PBDS, SPDP and PRS. Even Pesaka, which merged with Bumiputra to form Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB), to this day still continues to retain the shield as its emblem to reflect its aim of protecting the Dayaks’ interest in PBB.
Figuratively speaking, the shield breaks into pieces in its efforts to protect the Dayaks’ unity, interests and rights, and its bits and pieces have been scattered all over the place. Translated into modern day politics, ‘The Broken Shield’ reflects the Dayaks’ profound disunity while its fragments represent each and every one of the Dayaks who are divided and scattered among the existing political parties in the State.
“The Broken Shield is like a tree in the desert. If you want to know more about Dayak politics, you better read the book.” ~ Desmond Leong, Former Editor, Vanguard.
“Rahsia Islam di China: Gemilang di Sebalik Tembok Besar”
Alhamdulillah, satu daripada 13 buah buku baru yang saya beli pada bulan Mei ini ialah “Rahsia Islam di China: Gemilang di Sebalik Tembok Besar” karangan Ustaz Ann Wan Seng. Ustaz Ann Wan Seng merupakan Penolong Setiausaha Kehormat, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan Setiausaha Agung Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). Beliau aktif sebagai seorang aktivis sosial, pendakwah, penceramah, motivator, kolumnis dan penulis aktif yang menghasilkan lebih 30 buah buku. Saya masih ingat dalam salah satu ceramah beliau sekitar tahun 2000 di Pusat Matrikulasi UIA, beliau menyatakan bahawa ke mana-mana kini beliau lebih suka memakai selipar berbanding kasut kerana sudah sering kali beliau kehilangan kasut ketika Solat Jumaat!

Mengapa saya teruja membeli buku “Rahsia Islam di China: Gemilang di Sebalik Tembok Besar”? Sekali lagi, sebab utamanya adalah sama seperti yang telah dinyatakan di atas. Untuk rekod, 26% (kedua paling ramai) penduduk Sarawak adalah berbangsa Cina. Saya berusaha untuk memahami masyarakat Cina sebelum minta difahami dalam agenda berdakwah… Sila baca entri saya sebelum ini: Latihan Dakwah di Sarawak: Sorotan dan Masa Depan.
Sebagai perkongsian, berikut adalah sinopsis buku “Rahsia Islam di China: Gemilang di Sebalik Tembok Besar”:
China, negara yang mempunyai penduduk paling ramai di dunia, dengan jumlah populasi mencecah 1.3 bilion. Negara Tembok Besar ini pernah diperintah oleh maharaja dinasti sejak 5000 tahun dahulu sehingga menjadi sebuah negara republik pada 1912. Pada era pemerintahan Dinasti Tang, dakwah Islam mula bertapak di bumi China dan menambat hati sebilangan rakyatnya. Hingga kini, bilangan penganut Islam melebihi 30 juta orang. Namun, mengikut sumber yang tidak rasmi dan boleh dipercayai, jumlah umat Islam di China melebihi 100 juta orang dengan bilangan masjid yang melebih 42,000 buah. Tidak banyak fakta tentang masyarakat Islam di China yang dipaparkan oleh media. Kejayaan dan keutuhan ajaran Islam yang berkembang di bawah sistem pemerintahan komunis ini juga masih misteri. Buku ini membongkar dan mendedahkan rahsia ini.
Di sebalik lingkaran kemegahan tembok besar dan legasi dinasti maharaja China, tersembunyi lipatan sejarah kegemilangan Islam di benua Asia. Bermula daripada kedatangan delegasi Saad bin Abi Waqas yang disambut baik oleh Maharaja Yung Wei dari Dinasti Tang, Islam bertapak dan terus subur berkembang di bumi China. Walaupun empayar maharaja silih berganti hingga era pemerintahan republik komunis, sinar Islam tidak pernah pudar. Malah, sejak 618 M hingga kini, dakwah Islam yang dibawa oleh sahabat Nabi Muhammad terus kukuh di bawah acuan budaya dan nilai yang tersendiri sebilangan rakyat China.
Buku Rahsia Islam di China: Gemilang Di Sebalik Tembok Besar menyajikan dimensi menarik yang tersembunyi di sebalik payung pemerintahannya. Bermula dari zaman Dinasti Tang, buku ini membawa pembaca menelusuri beberapa dinasti bersama pahit dan manis di bawah pemerintahan dinasti yang silih berganti. Ditulis dengan gaya bahasa mudah, disusun mengikut rantai peristiwa serta dikukuhkan dengan gambar dan peta sejarah.
ISI KANDUNGAN
Prakata
Bab 1: Menjejak Islam di China
Bab 2: Bermulanya Ekspedisi ke China
Bab 3: Perjalanan Islam ke China
Bab 4: Hubungan antara Islam dan China
Bab 5: Perkembangan Islam di China
Bab 6: Canton Sebagai Pusat Perdagangan Islam di China
Bab 7: Tamadun Islam di China
Bab 8: Islam dan Kebudayaan China
Bab 9: Islam dan Peradaban China
Bab 10: Seni Khat Muslim China
Bab 11: Masjid di China
Bab 12: Motif Pembinaan Masjid di China
Bab 13: Keunikan Masjid di China
Sisipan: Album
Bab 14: Islam dan Dinasti China
Bab 15: Islam dan Pemerintah China
Bab 16: Dinasti Tang dan Komuniti Arab China
Bab 17: Dinasti Mongol dan Peranan Umat Islam di China
Bab 18: Minoriti Islam di China
Bab 19: Tokoh-tokoh Islam di China
Bab 20: Laksamana Cheng Ho Ikon China
Bab 21: Perjuangan Umat Islam China
Bab 22: Pemberontakan Islam di China
Bab 23: Islam di Bawah Komuni China
Bab 24: Gerakan Kemerdekaan Islam China
Bibliografi
Berusahalah Untuk Memahami Demi Kejayaan Dakwah!
Stephen R. Covey di dalam bukunya menyatakan dalam sesuatu perkara, sebelum kita melontarkan pemikiran atau idea, kita perlu memahami dahulu jalan fikiran orang yang diajak berdiskusi. Sebelum memberikan sesuatu idea kita perlu meletakkan diri kita pada orang yang kita minta menerima atau melakukan sesuatu. Put ourselves in their shoes! Jikalau kita di posisi penerima, lakukanlah keadaan yang kita dapat mengiyakan bila kita dihadapkan pada situasi seperti itu. Kemudian barulah kita lontarkan idea pemikiran kita pada orang tersebut. Beliau merumuskan:
Seek first to understand. Before the problems come up, before you try to evaluate and prescribe, before you try to present your own ideas – seek to understand. It’s a powerful habit of effective interdependence.
When we really, deeply understand each other, we open the door to creative solutions and third alternatives. Our differences are no longer stumbling blocks to communication and progress. Instead, they become the stepping stones to synergy.
Justeru itu, dalam menjalankan usaha dan ikhtiar dakwah amnya kepada masyarakat bukan Islam dan lebih khusus di Sarawak ini dakwah kepada bukan Melayu memerlukan konsep “Seek First To Understand, Then To Be Understood” yakni “Berusahalah Untuk Memahami Terlebih Dahulu, Sebelum Minta Difahami” benar-benar difahami. Usaha dakwah dengan izin Allah pasti akan lebih lekas berjaya seandainya kita mengambil peduli akan ehwal dan latarbelakang mad’u sebelum meminta mereka bersetuju dengan intipati dakwah kita. Dae’i perlu berusaha dan berbuat sehingga orang yang didakwahkan memahami sekaligus mengiyakan hakikat kebenaran Islam dan kemanisan iman. Du’at (para pekerja dakwah) terlebih dahulu perlu cuba berlatih untuk berada di pihak mad’u (penerima dakwah) sebelum menyampaikan idea dan perancangan dakwahnya.
Di dalam seminar, tamrin, ceramah, diskusi dan usrah-usrah kita, teori-teori tentang kepentingan memahami mad’u, bi’ah dan waqi’ sering diberikan penekanan. Persoalannya, sejauhmana kita benar-benar mempraktikkan atau sekurang-kurangnya berusaha ke arahnya? Tepuk dada, tanya iman…
Bukankah tujuan dakwah itu untuk memandaikan manusia menuju agama? Memberi hidayah adalah hak mutlak Allah ‘Azza Wajalla, dan Allah menyeru kita berdakwah dengan penuh hikmah!
Wallahu a’lam bissawab.



salam.
syukran akh bro muhtar, byk benda lagi ana perlu belajar utk pergi lebih jauh dan ikhlas dalam dakwah ni, lebih2 lagi baru habis matrik ni.
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, semoga terus maju jaya dalam pelajaran dan dakwah. Amiin.
KNB berpindah ke http://nizambakeri.blogspot.com
Pautan blog anda sudah tersenarai di blog tersebut.
Harap maklum.
As-Sarawaki: Alhamdulillah, pautan ke Khairul Nizam sudah dikemaskini.
Assalamualaikum..bro…
Entah mengapa begitu tertarik saya melihat dan membaca blog and profile artikel di dalam website ini.. diharap bro dapat menyalurkan sedikit maklumat kepada saya.. Kerana maklumat ini insyaAllah dapat membantu menginsafi diri ini.. dalam mencari identiti diri yang sebenar… Tq..
Jiwa muda masih lagi menguasai diri
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, semoga kita semua tidak pernah berhenti belajar. Semoga kita berbahagia dunia dan Akhirat. Amiin.