“Penduduk Berbilang Kaum Di Sarawak.. Sarawak Truly Malaysia!”
As-Sarawaki, 28 Mei 2008: Alhamdulillah atas nikmat Islam yang syumul yang menjadi dasar dan prinsip kepada semua kegiatan sama ada sosial, pendidikan, ekonomi, politik dan lain sebagainya! Selamat Ari Gawai Dayak. Ngajih ka kita gayu guru, gerai nyamai, lantang senang nguan menua! “Gayu guru gerai nyamai” bukanlah ucapan sempena Hari Guru tetapi ucapan sempena Hari Gawai Dayak yang dirayakan setiap 1 Jun setiap tahun di Sarawak. Frasa Bahasa Iban “Ngajih ka kita gayu guru, gerai nyamai, lantang senang nguan menua” bermaksud lebih kurang “mudah-mudahan kita beroleh kesejahteraan, kesihatan, nasib yang baik dan hidup bahagia aman makmur di tanahair”. Buat masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut di Sabah pula, Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan atau dalam Bahasa Melayu, Selamat Hari Pesta Menuai!.
Sebagai permulaan entri ini, berikut dikongsikan ensiklopedia mengenai Hari Gawai Dayak yang diperolehi daripada Wikipedia:
Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum bumiputera berbangsa Dayak termasuk Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Gawai Dayak merupakan hari menuai dan mula disambut secara besar-besaran semenjak 25 September 1964, apabila Gawai Dayak diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi. Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri adalah pada 1 Jun 1965.
Gawai Dayak mempunyai beberapa upacara yang dijalankan di bandar dan rumah panjang. Persembahan pelbagai makanan dan tuak dipersembahkan kepada dewa padi untuk hasil yang baik. Penyair akan membaca mentera yang khusus untuk upacara ini dan melumur darah ayam jantan pada bahan persembahan.
Selepas upacara ini, perayaan Gawai Dayak akan bermula secara rasmi. Sebatang pokok yang dikenali sebagai ‘ranyai’ akan didirikan di tengah ruang dan dihiasi dengan makanan dan minuman. Mereka juga akan melawat kaum keluarga dan sahabat handai yang dikenali sebagai ‘ngabang’. Pakaian tradisi akan dikenakan, dan perhiasan manik orang ulu akan dikeluarkan untuk dipakai pada hari itu. Perawan Iban pula akan mengenakan perhiasan perak tradisi. Pesta Gawai Dayak ditutup berakhir dengan penurunan pokok ranyai tersebut.
Entri ini bukan mengenai Hari Gawai Dayak! Bukan juga entri untuk mengajar Bahasa Iban. Entri ini sesuai dengan tajuknya cuba untuk sama-sama mengajak tetamu ziarah yang budiman dan beriman untuk memikir serta membincangkan tentang “baka ni dakwah kita wai?” yakni “bagaimana usaha dakwah kita saudara?” terhadap masyarakat Dayak.

Masyarakat Dayak yang terdiri daripada bangsa Iban, Bidayuh dan Orang Ulu (Lun Bawang, Kayan, Kelabit, Kenyah, Penan dll) merupakan penduduk majoriti Sarawak dengan peratusan sebanyak 46% daripada populasi keseluruhan Bumi Kenyalang! Suku Dayak secara tradisinya menganut fahaman animisme, namun majoritinya kini adalah beragama Kristian, minoriti kecil memeluk agama Islam dan sebahagiannya menganut agama Kristian tetapi masih mengekalkan amalan serta fahaman tradisi khususnya ketika perkahwinan dan kematian.
Melalui entri Latihan Dakwah di Sarawak: Sorotan dan Masa Depan, kita dapat melihat bagaimana perkembangan dakwah di Sarawak khususnya kepada non-Muslim dan bukan Melayu. Sebagai memudahkan kefahaman, marilah kita kaji statistik-statistik berikut sebagai peningkat nyala rasa dan mudah-mudahan membakar semangat perjuangan untuk terus mendakwahkan agama Islam yang suci murni. Bacalah dengan mata hati!
———————————————-———————————————-———————————
Perkembangan dakwah sebahagiannya boleh diukur dari dua dimensi utama iaitu secara kuantitatif dan kualitatif. Dimensi kuantitatif dikenalpasti melalui bilangan dan peratus jumlah mereka yang menganut agama Islam pada satu-satu masa. Manakala dimensi kualitatif pula pada kebiasaannya boleh dilihat melalui kualiti kehidupan beragama (religiousity) yang ada pada individu atau umat Islam secara keseluruhannya.
Sehingga kini, belum ada data secara menyeluruh tentang kualiti kehidupan beragama umat Islam negeri Sarawak telah dikumpul melainkan dalam beberapa kelompok tertentu sahaja seperti penghayatan akhlak dalam pelajar sekolah menengah (kajian Dr. Azhar Ahmad, 2006). Namun, perkembangan bilangan dan peratus jumlah penganut beragama Islam boleh dirujuk melalui data-data yang boleh diperolehi dari banci penduduk seperti dalam Jadual 1.1 hingga 1.3 di bawah.
Jadual 1.1: Perkembangan Agama di Sarawak 1947 – 1960
(Sumber: Report on the Census of Population – Sarawak 1960. Superintendent of Census, Sarawak and North Borneo, pg 95-96).
Jadual 1.1 di atas adalah data tentang perkembangan agama-agama dalam kalangan kelompok utama penduduk di negeri Sarawak antara tahun 1947 hingga 1960. Secara keseluruhan, data tersebut menunjukkan bahawa bilangan penduduk beragama Islam menyusut sebanyak 2% dalam tempoh berkenaan. Sebaliknya, agama Kristian berkembang sebanyak dua kali ganda dalam tempoh yang sama. Fenomena ini mungkin boleh dikaitkan dengan zaman kolonialisme yang sedang dialami penduduk negeri Sarawak dalam tempoh berkenaan.
Jadual 1.2: Perkembangan Islam di Sarawak 1960 – 2000
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, Sarawak 1960-2000.
Jadual 1.2 di atas pula menunjukkan perkembangan bilangan umat Islam antara tahun 1960 hingga tahun 2000 dalam kalangan semua bangsa di negeri Sarawak. Jadual tersebut menunjukkan pertambahan bilangan dan peratus umat Islam sebanyak 7% dalam tempoh 40 tahun berbanding dengan jumlah keseluruhan penduduk di negeri Sarawak. Walaubagaimanapun, sebahagian besar pertumbuhan tersebut disumbang oleh peningkatan jumlah umat Islam dari kalangan orang-orang Melayu yang asalnya beragama Islam (4.3%). Manakala perkembangan Islam dalam kalangan penduduk bukan Melayu berkembang secara amat perlahan (2.7%) dalam tempoh yang sama. Mungkin angka tersebut boleh dianggap sebagai petunjuk kadar pertumbuhan dakwah Islam dalam kalangan bukan Islam di negeri Sarawak sehingga kini.
Jadual 1.3: Perkembangan Kristian di Sarawak 1960 – 2000
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, Sarawak 1960-2000.
Jadual 1.3 di atas menunjukkan perkembangan agama Kristian dalam kalangan semua bangsa di negeri Sarawak dalam tempoh antara tahun 1960 hingga tahun 2000. Berbanding dengan kadar pertumbuhan umat Islam yang bergerak secara perlahan seperti yang dapat dilihat dalam Jadual 1.2 di atas, perkembangan agama Kristian pula menyaksikan kadar pertumbuhan yang amat pesat iaitu sebanyak hampir tiga kali ganda dalam tempoh yang sama dalam kalangan semua bangsa bukan Melayu di negeri Sarawak.
Perbandingan antara keriga-tiga jadual di atas mungkin boleh memberi gambaran tentang tahap perkembangan dakwah Islam dalam kelangan masyarakat bukan Melayu yang amat perlahan berbanding dengan apa yang telah berlaku kepada agama Kristian.
Bagi menghuraikan fenomena ini, mungkin baik sekiranya kita meneliti ulasan yang telah dinyatakan dalam laporan penduduk oleh Superitendent of Census, Sarawak and North Borneo (1960: hal. 95-96) seperti berikut:
A pagan settling in or even visiting a Muslim area might well be converted. But these conversions to Islam were the result of accident rather than proselytizing, for missionary work by Muslims is small.. It also shows that almost none of them (Sea Dayaks and Land Dayaks) have embrassed Islam despite the fact that many of them live close to, or have certainly visited, Muslim areas. This tends to confirm the statement made earlier that evangelism by Muslims is small.
Data tentang perkembangan bilangan dan peratus umat Islam di negeri Sarawak serta komentar yang diberikan di atas menggambarkan perkaitan yang kuat antara perkembangan dakwah yang perlahan dengan kemalapan usaha dakwah terutama dalam kalangan masyarakat bukan Melayu di negeri ini. Kerancakan usaha dakwah dalam kalangan masyarakat bukan Melayu kelihatan bermusim dan berkait rapat dengan kemahuan kepimpinan politik pada ketika tertentu seperti yang telah berlaku pada tahun 1977 dan 1978.
———————————————-———————————————-———————————
Dakwah Kepada Islam Wajib Ke Atas Setiap Individu Muslim
Melihat kepada statistik di atas, kita akan dapati bahawa masyarakat Dayak yang menganut agama Islam adalah dalam jumlah yang terlalu minimum iaitu 0.05% pada tahun 1960 ke cuma 0.6% pada tahun 2000 bagi bangsa Iban, hanya 0.01% pada tahun 1960 ke 0.2% pada tahun 2000 bagi bangsa Bidayuh dan 0.9% pada tahun 1970 ke 1.1% pada tahun 2000 bagi Bumiputera Lain. Bandingkan dengan perkembangan agama Kristian: 3.6% pada tahun 1960 ke 21% pada tahun 2000 bagi bangsa Iban, 2.1% pada tahun 1960 ke 7.6% pada tahun 2000 bagi bangsa Bidayuh dan 3.2% pada tahun 1970 ke 4.5% pada tahun 2000 bagi Bumiputera Lain.
Statistik ini pastinya menitiskan airmata pejuang Islam di Akhir Zaman dan seluruh Muslimin yang beraqidah mantap serta berkeyakinan penuh pada keimanan kepada Allah ‘Azza Wajalla dan menjunjung tinggi Sunnah Rasul Agung, Muhammad ibni Abdullah SAW.
Daripada pengamatan saya, saya terpaksa bersetuju dengan laporan penduduk oleh Superitendent of Census, Sarawak and North Borneo (1960: hal. 95-96) yang menyatakan betapa missionary work by Muslims is small yakni gerakan Islamisasi oleh umat Islam adalah kecil! Malah kenyataan betapa terlalu sedikit malah di sesetengah tempat mungkin tiada masyarakat Dayak (Dayak Laut dan Dayak Darat) yang memeluk Islam meskipun sering berhubungan dan tinggal berdekatan dengan masyarakat Islam adalah satu hakikat yang mengukuhkan lagi betapa evangelism by Muslims is small iaitu usaha kerja dakwah oleh orang Islam adalah minimal!
“Gambar Kenangan ketika Menyampaikan Ceramah Motivasi kepada Murid Penan SK Batu Bungan, Mulu (Aku Omok! – Saya Boleh! dalam Bahasa Penan)”
Bandingkanlah dengan gerakan Kristianisasi dan missionaries Kristian di Borneo khususnya di Sarawak. Hasil ziarah saya dan teman-teman ke beberapa kawasan pedalaman dan perkampungan, kita akan dapati ramai di kalangan pendakyah-pendakyah Kristian yang membuat kerja ini full time! Malah ada yang sanggup datang dari Eropah, Australia dan negara-negara lain dan akhirnya berkahwin dengan penduduk tempatan atau bermastautin di ceruk rantau Sarawak atas tujuan menyebarkan dakyah Kristianisasi. Saya turut dimaklumkan, ramai di kalangan kenalan Kristian saya yang mendermakan 10% daripada gaji mereka untuk kegiatan gereja yakni jauh lebih besar jumlahnya daripada 2.5% zakat yang wajib dibayar oleh kita orang Islam!
Saya sebenarnya tidak ingin menukilkan hal ini kerana ia menambahkan lagi luka berdarah dalam perasaan imani. Namun inilah hakikatnya dan mudah-mudahan kita cemburu serta seterusnya bingkas bangun dan bangkit sedar!
Maka kini, sekali lagi persoalannya: baka ni dakwah kita wai?!
Sebagaimana yang saya telah nukilkan di dalam entri Kehadiran Memberi Kesan, Pemergian Dirasai, apabila menyebut dakwah, maka perlu kita fahami apakah definisi dakwah itu sendiri. Dakwah secara ringkasnya ialah mengajak manusia (dengan penuh bijaksana) kepada yang haq dan benar sesuai dengan perintah Allah untuk kemaslahatan dan kemuliaan mereka di dunia dan di Akhirat. Pendek kata, secara mudahnya dakwah ialah satu usaha dan ikhtiar memandaikan manusia tentang agama serta sekaligus menjadikan kesan suasana (bi’ah) Islam dirasai di mana-mana. Islam berkembang mewangi mewarnai kehidupan manusia dan membentuk tamadun!
Dakwah kepada Islam Wajib ke atas setiap individu Muslim. Sila baca lebih lanjut artikel Saudara Zainol Abideen tentang Dakwah to Islam is Wajib upon every Muslim. Sila baca juga buah fikir Dr. Mohd Asri Zainul Abidin bertajuk Keperluan Fikah Interaksi Dengan Bukan Muslim. Namun kadang-kadang pelbagai alasan yang diberikan untuk lari dari amanah dakwah ini. Ada pemikiran yang menyatakan saya tak cukup ilmu lagi. Ada pula yang berpersepsi salah bahawa dakwah itu hanyalah tugas mutlak ustaz dan ustazah sahaja. Malah kita juga perlu lari dari mematikan fungsi dakwah dengan menghadkannya hanya setakat dalam bentuk ceramah, ucapan, tazkirah dan pelbagai bentuk dakwah secara oral yang lain semata-mata. Wadah dakwah bil hal, aktiviti kemasyarakatan dan kerja-kerja kebajikan juga perlu sama-sama diperkasakan.
“Get Up! Continue Spreading Islam By Activating Dakwah…”
Lebih daripada itu, words of wisdom ini: “if we can contribute just 10 per cent of our energy, time and finances for charity work, the world will definitely be a better place to live in” adalah satu frasa yang sepatutnya membakar nyala rasa keimanan kita. Kenyataan ini sewajarnya ‘memukul’ kemalasan, menghapus budaya mengeluh, membunuh virus bebalisme dalam aktiviti dakwah dan mencabar ketidakpedulian kebanyakan kita selama ini. Persoalannya, berapa ramai umat Islam yang sanggup berkorban sedemikian rupa demi agama Islam yang suci murni ini? Berapa ramai yang sanggup berusah payah ke kawasan pedalaman dengan tujuan secara langsung ataupun tidak langsung untuk menyebarkan agama? Berapa ramai yang sanggup mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit kerana seruan agama dan demi redha Allah? Berapa ramai? Sekali lagi, berapa ramai?!
Saya yakin masih ada lagi… Insya Allah pasti masih ada lagi…. Mudah-mudahan kita bukan pembela Islam yang berkrisis diri, tiada keyakinan diri lagi menghidap sindrom menarik diri!!
Wallahu a’la wa a’lam.







Salam perkenalan Saudara Muhtar,
Bila saya mengikuti tulisan saudara, dapat jugak la saya mengenal serba-sedikit adat & budaya masyarakat Sarawak. Unik! Selamat Hari Gawai buat saudara.
Teruskan usaha mendidik & memotivasikan anak bangsa supaya mencapai kecemerlangan
Saudari Basyirah;
Salam perkenalan dan ukhuwwah fillah! Alhamdulillah! Cuma mengapa perlu ucap Selamat Hari Gawai kepada saya?
Saya tidak merayakannya… Ia perayaan masyarakat Dayak!
Sama-sama kita hayati isi utama entri ini iaitu tentang “baka ni dakwah kita wai?” yakni “bagaimana usaha dakwah kita?”.
Wallahu a’lam.
Maaf, saya tersilap mengucapkan Hari Gawai.
Berkenaan usaha dakwah, setiap daripada kita perlu mengajak ke arah kebenaran dan mencegah kemungkaran. Walaupun perkara yang kita buat hanya kecil, cth menunjukkan akhlak yang baik kepada orang di sekeliling, itu pun satu usaha yang baik. Amalan yang selalu saya sendiri praktikkan, menadah tangan untuk membaca doa makan walaupun ketika bersama rakan non-Muslim. Tak perlu nak sembunyikan amalan baik, sebaliknya tonjolkan kita seorang muslim. Selain itu, beri teguran kepada rakan-rakan atau adik-beradik jika ada kesilapan cth bacaan ayat suci Al-Quran.
Saya kagum dengan semangat dan usaha saudara dalam berdakwah. Selamat menempuh hari dengan penuh motivasi:)
salam akhi muhtar..kmk cuma sempat ngga mka ktk dlm blog ktk jk…
x dpt mk ngga bna2…kmk antara ahli perkepisma..moga ta’aruf ringkas tok mngikat kt agar sntiasa berada di jlnNya..baka ni dakwah kita wai?tepuk dada tnya iman..wallahu a’lam…=)
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Akhi Ibnu Zamani;
Alhamdulillah dan salam ukhuwwah fillah. Semoga terus istiqamah dalam kebaikan. Dakwah bala kitai ngagai non-Muslim ba menua Sarawak ditu endak entu manah. Kami ngarapka bala Muslim meri sukung enggau kerejasama ke nadai bebelah bagi ngasuh dakwah kitai manah agi. Anang kita enggai nyukung/ nulung laban tuk meh dipinta agama Islam.
Belajar-belajar berbahasa Iban..
Atas segalanya, agi idup (sebedau parai), agi berjuang!
Wallahu a’lam.
Salam Akhi
Syabas, sangat sarat dengan data-data artikel yang Akhi paparkan. Saya tumpang bangga jadi juturera terutama mengetahui Akhi dapat mengarah ke reengineering dakwah.
[...] Mengapa saya beriya-iya mendapatkan buku “The Broken Shield: The Birth of Dayakism”? Sebab utamanya ialah kerana penduduk majoriti Sarawak adalah berbangsa Dayak iaitu merangkumi sebanyak 46% daripada keseluruhan populasi Bumi Kenyalang. Saya berusaha untuk memahami masyarakat Dayak sebelum minta difahami dalam agenda berdakwah… Sila baca entri saya sebelum ini: Gayu Guru Gerai Nyamai.. Baka Ni Dakwah Kita Wai? [...]
Salam,
Subhanallah… Mudahan Allah Azza Wa Jalla membantu enta dalam setiap kebaikan yang enta lakukan untuk masyarakat.
Blog enta ni banyak membantu bagi sesiapa yang hendak berfikir dalam melakukan kerja dakwah dan untuk menginsafi diri… Amat bermanfaat.. Teruskan usaha enta n kengkawan…
Jazakallahu khairan khatira.
Assalamualaikum,
Syabas kerana Sdr M.S. menampilkan artikel dakwah berkaitan Bumi Sarawak.
Saya fikir orang kita ni segan, takut, tak yakin diri untuk sampaikan dakwah kepada non-Muslim. Mereka berkawan bertahun2, tingal berjiran berdekad2 lamanya. Mereka makan bersama, bermain bersama, bekerja bersama, tapi mereka tak sampaikan Islam kepada non-Muslim tersebut. Tak pasti kenapa jadi begitu, mungkin takut menganggu sensitiviti non-Muslim.
Saya fikir orang kita perlu diberi kursus, pendedahan, latihan untuk bergaul, berdakwah, memahami non-Muslim. Dakwah fardiyah perlu ditekankan semula supaya persepsi dakwah tidak hanya berkisar pada ceramah, tazkirah, mengajar agama dan sebagainya.
salaam, nice one…
dah lamak rasanya kamek wondering how to preach islam to those non-muslims in sarawak…
i was born in sarawak, but too little time spent back home. study engineering di UTP, perak…
things are different back there since we muslims are not the one who are dominant, in term of numbers and politics. dakwah lebih kpd tasawwur n fardiyyah, lain drpd di semenanjung, where ppl get preached by politic and less in term of fardiyyah.
di semenanjung, dakwah pun lebih kpd muslim sdr n not much spent to preach non-muslims.
thanks for the sharing, maybe this could help me later in life…
Assalamualaikum,
A little sharings, i’m attached to dayak ethnic since young age of 7 yrs old…..we shared everything…subhanallah & alhamdulillah..my Ibanese friends are the most thoughtful mates I’ve aver had.
They are naturally strong & extraordinary confidence compare to other bumis’ friends. You will never expected they will fight for an everlasting friendships as long as sincerity and faithfulness are uphold.
Alhamdulillah, agi idup agi ngelaban!!!!!! Direct them to the truth of Islam with “HIKMAH”…because they will never decline for a friendship…..or ukhuwah…!!!!!!
Hye…
Sarawak and Dayaks for Christ..
Peace..
As-Sarawaki: Islam, which literally means peace and submission, is the religion of the universe for the whole mankind.
Allah Almighty says in the Holy Qur’an:
“O mankind! We created you from a single (pair) of a male and a female, and made you into nations and tribes, that ye may know each other (not that ye may despise (each other). Verily the most honoured of you in the sight of Allah is (he who is) the most righteous of you. And Allah has full knowledge and is well acquainted (with all things).” (Al-Hujurat 49:13)
Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him), is reported to have declared in his farewell address at Arafah:
“O humankind! Your Lord is one Lord, and you have one father – all of you are from Adam, and Adam is from dust. The noblest of you is the most God-fearing. No Arab has any superiority over a non-Arab, no non-Arab has any superiority over an Arab, no black person has any superiority over a white person, and no white person has any superiority over a black person – superiority is only through piety.” (At-Tirmidhi)
assalamualaikum ustz…
sy student ukm n skrg tgh molah tesis berkaitan dengan islam di Sarawak… sy nak mintk pertolongan ustz tuk beri mklumat pasal missionari Kristian di Sarawak tuk tesis sy… mcm mn sy boleh contact ust… hrp dpt bekerjasama ngn ustz…