“Misi Kemanusiaan Taufan Tropika Nargis Myanmar, Yayasan Amal Malaysia”
As-Sarawaki, 10 Mei 2008: Allahu Akbar! Sungguh benar Allah itu Al-Malik (Maha Memiliki dan Menguasai Seluruh Alam) lagi Maha Al-Jabbar, Al-Qaadir dan Al-Muqtadir yakni Maha Berkuasa atas segala-galanya! Taufan Nargis yang melanda negara Myanmar (juga dikenali sebagai Burma) pada hari Sabtu, 4 Mei yang lalu telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 22,000 rakyat Burma menjadi mangsa taufan tersebut sementara 41,000 yang lain masih hilang. Taufan Nargis dan bencana tragis ini telah menghancurkan Delta Irrawaddy yang membekalkan hampir separuh bekalan beras dunia!
Bacaan Tambahan:
http://saifulislam.com/?p=1889, Website Islamic Relief, Website Muslim Aid.
Atas rasa tanggungjawab, pimpinan Yayasan Amal Malaysia telah mengambil keputusan untuk menghantar sukarelawan dalam Misi Bantuan Kemanusiaan ke Myanmar/ Burma. Kumpulan Sukarelawan Pertama dijangka berlepas akhir minggu ini yang diketuai oleh Presiden Yayasan Amal Malaysia, Hj Hussin Ismail sendiri. Selain Presiden, kumpulan Sukarelawan Peninjau ini akan turut disertai Saudara Jamaluddin Elias, Ketua Biro Kebajikan bersama tiga orang doktor perubatan iaitu Dr Hj Abd Rani Osman selaku Naib Presiden merangkap Ketua Biro Relief, Dr Ahmad Yunus yang merupakan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor dan Dr Hamdan selaku Ketua Biro Perubahan. Pasukan ini akan membuat tinjauan awal di samping mengatur beberapa kumpulan Sukarelawan Yayasan Amal Malaysia yang lain.
Alhamdulillah, Yayasan Amal Malaysia bertuah dan bersyukur kerana mendapat sokongan dari Kerajaan Selangor di dalam menjayakan misi kemanusian ini berupa peruntukan sumbangan kewangan sebanyak RM 1,000,000 (RM1 juta).
“Kerajaan Selangor Menyumbang RM1 juta Untuk Misi Kemanusiaan Myanmar”
Kepada semua warga masyarakat yang prihatin, segala sumbangan boleh disalurkan ke Akaun Maybank Yayasan Amal Malaysia: 553010122090 atau ke Akaun Antarabangsanya di Bank HSBC: 001-057884-021. Segala pertanyaan dan pendaftaran sukarelawan, sila berhubung terus dengan Saudara Hamid Seman di 013-9279256 atau Saudara Jamal di talian 019-6644796.
Kepada relawan yang ingin ke Myanmar/ Burma, sila daftar sms ke 019-6644796 dengan menyatakan nama, nombor kad pengenalan, nombor passport beserta tarikh tamat sahlaku, kemahiran, alamat surat-menyurat, alamat email, nombor telefon bimbit, nombor telefon rumah dan nombor telefon pejabat. Sekiranya terlibat dengan mana-mana NGO, sila nyatakan nama NGO tersebut. Insya Allah Yayasan Amal Malaysia akan memaklumkan tarikh dan masa ke Myanmar/ Burma melalui panggilan telefon kemudian. Setiap misi akan disertai oleh para doktor, Team Medic, Jurutera dan Sukarelawan Am dan dijangka setiap kumpulan akan memberikan khidmat di Myanmar/ Burma selama seminggu dan bergilir-gilir dengan pasukan Sukarelawan Yayasan Amal Malaysia yang lain. Jom ber’amal kerana Allah!
Al-’Amalulillah, Beramal Kerana Allah
Al’amal, al’amal, al’amalulillah
Al’amal, al’amal, al’amalulillah
Al’amalulillahi syi’aruna
Al’amalulillahi syi’aruna
Allah. Allah. Allahu rabbuna
Allah. Allah. Allahu ghayatuna
Al-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al’amal, al’amal, al’amalulillah
Al’amal, al’amal, al’amalulillah
Al’amalulillahi syi’aruna
Al’amalulillahi syi’aruna
Al-jihad, al-jihad, al-jihadu sabiluna
Al-jihad, al-jihad, al-jihadusabiluna
Al-mautu fisabilillah asma amanina
Al-mautu fisabilillah asma amanina
Asma amanina, asma amanina
Beramal, beramal, amal kerana Allah
Beramal, beramal, amal kerana Allah
Beramal kerana Allah itu syiar kami
Beramal kerana Allah itu syiar kami
Allah. Allah. Allah Tuhan kami
Allah. Allah. Allah matlamat kami
Ar-Rasul ikutan kami
Al-Qur’an panduan kami
Ar-Rasul ikutan kami
Al-Qur’an panduan kami
Beramal, beramal, amal kerana Allah
Beramal, beramal, amal kerana Allah
Beramal kerana Allah itu syiar kami
Beramal kerana Allah itu syiar kami
Berjihad, berjihad, jihad jalan kami
Berjihad, berjihad, jihad jalan kami
Mati dijalan Allah cita tertinggi kami
Mati dijalan Allah cita tertinggi kami
Cita tertinggi kami. Cita tertinggi kami!
“Kebajikan bukanlah rasa kasihan, tetapi bererti kasih sayang!”
Wallahu a’la wa ‘alam.



Assalamualaikum,
Saya ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang program sukarelawan ke Myanmar. Buat masa sekarang, saya menuntut di sebuah universiti di Jepun dan saya dan rakan2 sedang berusaha mengadakan kutipan untuk membantu rakyat Myanmar. Sehingga kini kami masih mencari reliable NGO untuk diserahkan kutipan kami kerana kami ingin mencari NGO yang dapat menyerahkan terus ke mangsa2 yang terlibat, tanpa banyak kerenah birokrasi.
Harap dapat berkongsi maklumat.
Terima kasih.
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh;
Ukhti Rabiah;
Alhamdulillah dan semoga usaha kalian diterima oleh Allah SWT dan diganjari dengan sebaik-baik balasan olehNya.
Sumbangan untuk mangsa Taufan Tropika Nargis Myanmar boleh disalurkan kepada Yayasan Amal Malaysia (http://www.amalmalaysia.net) melalui Akaun Maybank: 553010122090 atau ke Akaun Antarabangsanya di Bank HSBC: 001-057884-021. Segala pertanyaan dan pendaftaran sukarelawan, sila berhubung terus dengan Saudara Hamid Seman di +6013-9279256 atau Saudara Jamaluddin Ellias di talian +6019-6644796.
Fastabikul khairat!
Berikut adalah maklumat terkini dari pihak Yayasan Amal Malaysia:
22 Mei 2008, Shah Alam – Seramai 60 orang ahli Sukarelawan AMAL telah mendaftar untuk bersedia membuat misi kemanusiaan di Myanmar akibat dari bencana dan rebut Nargis yang berlaku 3 minggu lalu. Oleh kerana pihak Kerajaan Myanmar masih belum memberikan kelulusan kebenaran masuk sukarelawan ke Myanmar, Yayasan Amal Malaysia telah diarahkan untuk membantu mangsa Gempa Bumi di Negara China di Wilayah Sichuan.
Dengan 9 orang Sukarelawan AMAL yang akan diketuai oleh Hj Husin Ismail, Presiden Yayasan Amal Malaysia dijangka bertolak hujung minggu ini. Pasukan pertama yang akan disertai beberapa orang doktor, paramedik dan sukarelawan am mempunyai matlamat membantu dan memberikan kebajikan yang termampu kepada mangsa-mangsa gempa bumi tersebut.
Pasukan pertama akan berada di sana sekurang-kurangnya dua minggu dan akan membawa bekalan perubatan, makanan kering dan pakaian yang telah disumbangkan oleh rakyat Malaysia sebelum ini. Sumbangan masih lagi diterima dan boleh disalurkan ke Pusat Terima Bantuan di Bangunan Darul Ehsan (SUK2) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor. Orang ramai boleh menghubungi talian 019-3491543 (Nasri) atau 012-2851426 (Salehudin).
Menurut Saudara Jamuliddin, Penasihat Misi Bantuan Kemanusiaan dan juga Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia, semua sumbangan masih dibuka untuk orang ramai menghulurkan bantuan. Pusat Terima Bantuan tersebut akan dibuka setiap hari mulai 10.00 pagi hingga 6.00 petang.
Sekian dimaklumkan.