
[Alhamdulillah, Persatuan Kebajikan Pekerja Islam Petroleum (PKPIP) dengan nombor pendaftaran: 0532-08-SWK berjaya dihidupkan semula dan telah didaftarkan sebagai satu pertubuhan rasmi di bawah Seksyen 7, Akta Pertubuhan 1966 pada 17 Mac 2008.]

[Program "Work Hard Pray Hard" anjuran PKPIP Insya Allah dirancang akan diadakan pada 16 Mei 2008 dan menampilkan Ustaz Khalid Usop dengan tajuk diskusi "Kerisauan Umat Islam Tentang Pemakanan Masa Kini". Program "Work Hard Pray Hard" ini merupakan Siri Ketiga selepas Siri 1 oleh Ustaz Mohd Juneed Ismail yang membentangkan tajuk "Being A Good Muslim and its Relation to Corporate Social Responsibility" dan Siri 2 oleh Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif yang membicarakan "Islam Considers Work as 'Ibadah". Work Hard, PRAY hard!]

[Insya Allah, bersempena program "Work Hard Pray Hard", PKPIP juga akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan atau Annual General Meeting (AGM) pertamanya setelah lebih kurang selama setahun setengah digerakkan oleh satu Jawatankuasa Penaja (Protem Committee). Adalah diharapkan mudah-mudahan dengan perlantikan Jawatankuasa Rasmi PKPIP ini akan melicinkan lagi gerakkerja sekaligus mampu mengaktifkan sumbangan Pekerja Islam Petroleum kepada kebajikan komuniti serta terus mengangkat martabat gerakan dakwah. Kecemerlangan Akhirat Melalui Prestasi Hidup Di Dunia!]
Wallahu a’la wa ‘alam.

Excellent. Harap2 persatuan ini tidak terhad kepada Sarawak sahaja.
Semoga persatuan baru ini dapat memberi sumbangan kepada umat Islam dan menjaga kebajikan pekerja-pekerja Islam di dalam bidang petroleum.
Akhi Fitri;
Alhamdulillah dan terima kasih di atas kunjungan ziarah.
Keahlian PKPIP pada ketika ini masih terhad dan bergerak di Miri, Sarawak. Idea menasionalkan atau mengantarabangsakan persatuan ini adalah satu usaha murni yang mungkin bersifat futuristik buat masa ini.
Keahlian PKPIP adalah seperti berikut:
1. Ahli Biasa
Ahli Biasa adalah terbuka kepada semua pekerja Islam dalam Syarikat-Syarikat berkaitan industri Petroleum di Miri, warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
2. Ahli Bersekutu
Ahli Bersekutu adalah terbuka kepada:
- Pekerja-pekerja Islam yang bekerja dalam Syarikat-Syarikat berkaitan industri Petroleum di Luar Miri; warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
- Pesara-pesara Islam Syarikat-Syarikat berkaitan industri Petroleum di Miri.
Konsepnya: “Jika tidak dapat dilakukan semua, jangan tinggalkan semua”.
‘Ala kulli hal, syukran ya akhi!
Wallahu a’lam.