“Foto Imbasan ’Cahaya Mata’ Berusia 4 Bulan Dalam Rahim Isteri Saya”
As-Sarawaki, 26 April 2008: Alhamdulillah! Di dalam entri Isteriku… Ku Ingin Kau Jadi Wanita Mulia!, saya dengan sukacitanya telah menzahirkan perasaan yang lahir di jiwa iaitu ‘nikmat dalam hati, riang tiada terkira!’ apabila menerima berita gembira isteri saya disahkan mengandung setelah lebih kurang sebulan usia perkahwinan kami. Alhamdulillah sedar tak sedar, kandungan isteri saya sudah masuk bulan keempat! Rasa teruja dan seronok memerhatikan foto imbasan (scanning) bayi di dalam rahim isteri saya dari bulan ke bulan bermula bulan pertama sehingga bulan keempat kini. Do’a di dalam hati: “Ya Allah, mudah-mudahan anakku akan menjadi aset Islam dengan menjadi pejuang agamaMu, pembela kebenaran dan pemerkasa keimanan. Amiin Ya Rabb!”. Semoga saya terus bermotivasi untuk membina generasi kukuh yang diidamkan. Mudah-mudahan biiznillah!
Promosi Buku: Aku Terima Nikahnya..
Dari Abu Hurairah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).
Selain itu, satu lagi hadith yang pastinya menjadi motivasi unggul kepada semua ibubapa beriman dalam tanggungjawab dan amanah memandaikan anak-anak tentang agama ialah Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Apabila anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan untuknya.
Di sini jelas menunjukkan bahawa anak-anak yang dididik dan diasuh dengan Tarbiyyah Islamiyyah sehingga menjadi anak yang soleh merupakan aset berharga kepada ibubapanya. Di dunia dialah penyeri dan penyejuk mata, manakala di Akhirat pula menjadi harapan buat ayah bondanya menjadi ‘mayat cemerlang’ yang dirahmati Allah.
Harus Mengislamkan Rumahtangga dan Keluarga
Ustaz Fathi Yakan di dalam bukunya “Madza Ya’ni Intimai Lil Islam?” atau dalam terjemahan Bahasa Melayunya “Apa Ertinya Saya Menganut Islam” menyatakan dengan jelas bahawa makna komitmen kepada Islam itu perlulah dicerminkan pastinya melalui akidah, ibadah dan akhlak selain harus untuk mengislamkan rumah tangga dan keluarga, mampu mengalahkan hawa nafsu serta sentiasa optimis lagi amat yakin bahawa masa depan adalah milik Islam.
Ustaz Fathi Yakan (seorang jurutera) menyatakannya seperti berikut:
Sesungguhnya keterkaitan diri (intima’) kita kepada Islam menuntut kita menjadi pengembang risalah di dalam kehidupan ini. Bahkan kita dituntut untuk menjadikan seluruh kehidupan sesuai dengan risalah ini.
Maka jika komitmen kepada Islam wajib bagi kita untuk mengislamkan diri, akidah, ibadah serta akhlak, ia turut mewajibkan kita untuk mengislamkan masyarakat di mana kita hidup.
Tidaklah cukup kita menjadi Muslim sendirian, tanpa mempedulikan orang yang ada di sekeliling kita, Ini kerana di antara ajaran Islam yang ingin ditanamkan ke dalam jiwa manusia jika jiwa itu beriman dengan baik adalah sikap peduli, berdakwah, menasihati dan ‘ghairah’ hidup bersama dengan insan lain, sebagaimana Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
“Barangsiapa yang tidur di malam hari sambil tidak mempedulikan urusan kaum Muslimin, maka dia tidaklah termasuk golongan mereka.”
Jadi, kita seharusnya memikul tanggungjawab tambahan iaitu menegakkan masyarakat Islam dan menyampaikan Islam kepada masyarakat.
Langkah pertama dalam usaha ini adalah kita harus mengislamkan rumahtangga kita dan harus menyampaikan risalah Islam kepada ‘masyarakat mini’ kita iaitu keluarga, isteri dan anak-anak. Selepas itu diikuti oleh orang-orang yang terdekat, dan demikianlah seterusnya. Inilah jalan yang pernah ditempuh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam di awal dakwahnya.
“Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat” (Surah Asy-Syuara’, ayat 24).
Dengan demikian, tugas pertama seorang Muslim setelah mengislamkan dirinya ialah mengislamkan rumahtangga dan keluarganya, sesuai dengan firman Allah ‘Azza Wajalla:
“Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri dan keluargamu sekalian daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batuan. Penjaganya adalah para malaikat yang keras, kasar lagi tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya dan mereka mengerjakan apa-apa yang diperintah kepada mereka” (Surah At-Tahrim, ayat 6).
Bacaan umum: Gembira dan Bahagiakanlah Orang Tuamu!.
Saya Mahu Menjadi Hero Nan Hebat Kepada Anak-anak… Doakan Saya!
Sungguh, dalam diri bayi yang insya Allah akan menjadi permata hati saya ini adalah satu modal semaian iman dan bakal menjadi ‘kekayaan’ yang melimpah-ruah seandainya betul caranya dan benar manhajnya. Semoga Allah menjadikan saya seorang ‘wira’ yakni ayah mithali kepada anak soleh yang akan menjengah dunia ini insya Allah pada Oktober 2008. Tetamu ziarah yang budiman lagi beriman sekalian doakan saya ya… Tips-tips dan petua-petua berguna juga amat saya hargai…
Jazakumullahu khairan kathira!
Wallahu a’la wa a’lam.


Rasanya belum terlambat untuk ucapkan tahniah kpd akhi. Selamat menjadi BAPA. InsyaAllah, moga cahaya mata yang dikurniakan Allah ini akan menjadi mujahid dalam megekalkan kesinambungan perjuangan Islam.
Tahniah bro!
Semoga kalian akan menjadi ibu & ayah mithali.
Assalamualaikum wbt. Ana nak menjadi orang pertama yang menyampaikan “permata tahniah” di dalam ruangan maya ini buat pasangan Akh Muhtar Suhali dan zaujahnya atas pemberian kurniaan Allah S.W.T. ini. Insya ALLAH yang jua, “Wira” ini akan menjadi penyambung mata rantaian “kerja” ayahnya suatu hari nanti.
Ada sahabat memberikan info tentang satu buku yakni “Tarbiyatul Aulad Fil Islam” (Pendidikan Kanak-Kanak dalam Islam) oleh Abdullah Nasih Ulwan. Ana pun belum lagi dapatkan buku ini. Mungkin juga Akh Muhtar sudah tahu berkenaan buku ini. Sekadar tambahan info.
Semoga Anda menjadi ’superHero’ buat pewaris Muhtar Suhaili yang bakal menghiasi Oktober 2008 nanti!
http://nizam83.wordpress.com
salam….
tahniah kepada saudara dan isteri..
semoga menjadi ibu dan ayah mithali!
Tahniah Bro,
“Di antara kewajipan seorang ayah kepada anaknya ada tiga. Iaitu menamakan mereka dengan nama yang baik, mengajarnya apabila berakal, dan mengahwinkan si anak apabila mereka ingin berkahwin.” (Al-Hadith)
Saya doakan supaya kita dapat bersama menjadi ROLE MODEL kepada anak-anak kita. Role Model yang baik pastinya. Insya Allah!
http://sitisifir10.blogspot.com/
Blog ini jugak ada panduan buat bakal ayah dan ibu
Salam,
Akhi, tahniah mudahan impian nta dimakbulkan Allah azza wa jalla. Saya ada send e-book mengenai “Pendidikan anak-anak dalam Islam” oleh Syaikh Yusuf Muhamad Al-Hassan terjemahan Indonesia ke email yahoo nta.. Mudahan bermanfaat..
Barakallahu laka fiha.
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Akhi Ridhuan, Ukhti Nazurah, Akhi Hasrul dan Think Tank;
Alhamdulillah dan terima kasih di atas ucapan tahniah beserta do’a. Saya amat menghargainya.
Akhi Nizam dan Akhi Kamarul;
Alhamdulillah dan terima kasih di atas perkongsian info dan ilmu. Alhamdulillah buku “Tarbiyatul Aulad Fil Islam” oleh Abdullah Nasih Ulwan telah ana baca. E-book mengenai “Pendidikan anak-anak dalam Islam” yang dikirim melalui email oleh Akhi Kamarul telah ana upload dan boleh dibaca di sini»».
Semoga segalanya khair dunia dan Akhirat.
Wallahu a’lam.
salam bro. muhtar
tahniah. semoga isteri dan anak dalam kandungan sihat. dan semoga dipermudahkan oleh Allah semasa melahirkan.
salam akhi…
tahniah… saya juga turut terasa gembira…
doakan saya juga dapat mengecapi nikmat memiliki family yang soleh n solehah serta barakah seperti saudara.
Tahniah akhi. Moga jadi Mujahid/ Mujahidah Soleh/ Solehah. Amin.
Subhanallah…
Alhamdulillah…
Allahuakbar…
“Segala-galanya, menyedarkan semua betapa agungnya Allah Yang Maha memberi kepada hamba-hamba-Nya…mudah-mudahan gerakan dakwah Islamiyah di bumi Sarawak khasnya akan meluas dengan bertambahnya generasi kitak-amin-
ISLAM, IMAN, IHSAN = HALAWATULIMAN
Tahniah
Wassalam
Salam tahniah buat Mukhtar & isteri,
Jagalah bakal ibu tu baik2, rohani, jasmani, dan perasaannya juga, moga dipermudahkan Ilahi sepanjang masa pragnancy, delivery, and upbringing as well.. ameen
salam.
selamat dan tahniah untuk anda. doa dari semua sentiasa mengiringi. semoga bertambah rezeki, keberkatan, dan manfaat untuk semua.
tahniah.
saya tumpang gembira dan bersyukur. tahniah!!!! semoga ‘permata hati’ ini nanti bisa saja menyinar seperti bapanya….mungkin lebih lagi… saya doakan yang terbaik…
mabruk! semoga ALLAH memudahkan urusan kalian, Insya ALLAH
Alhamdulillah….satu berita yg cukup bermakna bagi pasangan yang baru berumahtangga, cuma persiapan mesti ada kerana cabarannya sangat besar sebenarnya..mengasuh dan mendidik tak semudah mendapat berita tentang bakal kedatangannya…aduh bohonglah kalau ada ibubapa yg mengaku tak pernah menitis airmata dalam membesarkan anak-anak…pahala besar yang Allah janjikan sudah pasti menuntut pengorbanan yg besar juga…seronok untuk berkongsi pengalaman…cuba baca tulisan abu saif dalam majalah anis yg terbaru (saya bukan bapa mithali)…lucu juga tapi itulah hakikat sebenarnya.
Pertamanya, tahniah dari hamba di atas anugerah yang tiada nilainya…bersyukurlah dengan sebaik-baik syukur…hadapkan hati sanubari kepadaNya…salam dari hamba untuk kalian warga blog…
Salam.
Moga anak yg bakal lahir nanti akan jadi seperti bapanya- Muhtar II.
Ana ada ole-ole dari Ust Kamil yg perlu ana serahkan pd anta. Ada masa nanti ana berikan..
http://leoxa.com/muza/
Amin…mudah-mudahan
assalamualaikum…
emmm… lama dah tak bertanya khabar lydia…
apa khabar yer kalian berdua? rindu sgt rasanya kat lydia… teman yg pernah berkongsi byk suka duka, susah senang kat uia dulu… emmm, doa ju, mg keperibadian indah n budi pekerti lydia akan diwarisi pula oleh anak kalian nati…
tahniah… jg lydia yer… teringin nak ke sarawak, nak ketemu sahabat tersayang, tp apa daya, masih belum cukup wang
lia… mg drmu sentiasa bahagia
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Yana;
Alhamdulillah, Lia sihat walafiat dan didoakan semoga Yana juga sihat dan bahagia di samping anak dan suami tersayang. InsyaAllah, semoga Allah S.W.T perkenankan doa Yana. Lia dan suami pun sentiasa berdoa semoga anak yang bakal lahir nanti akan menjadi anak yang soleh/solehah. Doakan ye…
Assalamualaikum akhi Muhtar.
Nampaknya ana tertinggal keretapi! Tahniah, semoga cahaya mata membesar dengan selamat dan sejahtera, ‘dekat’ dengan Allah, di alam ‘Rahim’ bondanya. Gambar-gambar scan tu simpan elok-elok ya. Bila anak dah besar dan memahami, mereka suka diperingatkan dengan gambar mereka itu.
Bahan tazkirah yang berguna buat anak di hari kemudian.
Kami sekeluarga menumpang gembira
Alhamdulillah!