“Gambar Kenangan Bersama Saudara Mohd Fitri Bin Mohd Shukri @ Miri”
As-Sarawaki, 15 April 2008: Alhamdulillah! Percambahan buah fikiran dan berkongsi idea minda adalah satu proses yang tidak begitu diminati oleh ramai orang meski ia sebenarnya prasyarat dalam membina hidup dan kehidupan yang lebih bermakna. Alhamdulillah, saya baru sampai di rumah dan sebentar tadi baru selesai makan malam sambil berbincang-bincang dengan Fasilitator Bijak Belajar, Saudara Mohammad Fitri, anak kepada Pengendali Seminar Bijak Belajar terkemuka, Dr. Shukri Abdullah. One important thing about Fitri: He loves leadership, don’t really like management! ![]()
Saudara Fitri hadir ke bumi Miri untuk menyampaikan Seminar Bijak Belajar kepada para pelajar SMK Pujut dan dalam kesempatan ini, kami membuat temujanji untuk berjumpa dan bersembang-sembang tentang pelbagai perkara. Alhamdulillah, banyak isi perbincangan yang sempat kami bualkan khususnya tentang dunia motivasi pelajar dan pendekatan pendidikan. Selain itu, banyak juga hal-hal lain yang kami kongsikan bersama termasuk ehwal politik semasa sehinggalah tips-tips untuk menjadi ayah mithali! ![]()
Pertemuan makan malam di Hotel Mega terasa terlalu singkat meskipun dalam sedar tak sedar lebih kurang 3 jam lamanya kami berdiskusi! Insya Allah saya akan menulis menurut versi saya mengenai satu perkara yang kami sama-sama persetujui untuk dikongsikan dengan tetamu ziarah yang budiman sekalian. Saudara Fitri dan saya telah sepakat menyatakan bahawa insan yang berjaya (secara haqiqi) adalah manusia yang berprinsip!
Alhamdulillah di akhir pertemuan, Saudara Fitri menghadiahkan kepada saya buku “Life is an Open Secret” karya Zabrina A. Bakar. Saya sebenarnya telah lama ingin mendapatkan buku ini setelah menerima sinopsis mengenainya daripada penulis buku tersebut sendiri melalui YahooGroups ReachCircle. Alhamdulillah, tidak disangka rupa-rupanya Allah menjadikan Saudara Fitri sebagai wasilah untuk saya memiliki karya salah seorang alumni UIA ini. Saya sangat menghargai hadiah buku tersebut dan terlebih seronok dengan ucapan autograf Saudara Fitri (ayah muda kepada 2 orang puteri) pada buku tersebut: “Teruskan perjuangan & selamat bersedia menjadi seorang bapa”…
“Life Is An Open Secret By Sis. Zabrina A. Bakar… Think About It!”
Jadilah Manusia Berprinsip!
Saudara Mohd Fitri sebenarnya dalam usaha untuk menulis buku tentang pembangunan diri dan rahsia kecemerlangan insan-insan yang berjaya dalam erti kata sebenar. Seperkara yang dapat diperhatikan dan sama-sama kami persetujui ialah orang-orang yang sangat cemerlang dalam perjuangan hidup adalah manusia yang punya prinsip. Semangat membara, komitmen tinggi dan pencapaian hebat mereka didorong oleh misi yang jelas dan tepat. Misi dan visi yang ditekadkan inilah yang mendokong prinsip hidup mereka serta sekaligus dipaparkan dengan nyata dalam realiti dan tindakan seharian. Manusia berprinsip insya Allah sentiasa menang di dalam Sekolah Kehidupan!
Kata-kata yang dipetik oleh Sis. Zabrina A. Bakar di dalam bukunya “Life is an Open Secret” berikut ada kaitannya dengan manusia berprinsip. Prinsip penting untuk sesiapa sahaja yang ingin berjaya: mahu menang dan benci tewas!:
“When building a team, I always search first for people who love to win. If I can’t find any of those, I look for people who hate to lose.”
~ H. Ross Perot
Manakala seorang sarjana Islam pula pernah menyatakan;
“Insan perlu insaf bahawa kewujudannya mempunyai matlamat, perjalanannya mempunyai haluan dan hidupnya mempunyai tugas dan tanggungjawab.”
Justeru itu, apabila menyebut tentang prinsip, maka orang Mukmin perlu faham mengapa dia hidup agar akhirnya dia mampu menjadi ‘mayat yang cemerlang’. ‘Mayat yang cemerlang’ maksudnya ialah seseorang yang terus bahagia dan berjaya setelah kematiannya. Hidup dunianya beroleh redha Allah, kuburnya menjadi salah satu daripada taman-taman Syurga dan hidup Akhiratnya dianugerahkan Syurga yang tiada tara kenikmatannya.
Kisah Hebat Khalid Al-Walid r.a.
Dalam memperihalkan tentang manusia yang berprinsip, saya terpegun dan amat terpengaruh dengan kisah seorang sahabat hebat dan terbilang iaitu Khalid bin Al-Walid r.a. Beliau adalah seorang panglima perang yang dengan bantuan Allah SWT tidak pernah kalah di medan pertempuran. Namun akhirnya beliau dipecat oleh ‘Umar Al-Khattab r.a. dan digantikan oleh Abu Ubaidah bin Jarrah r.a. ketika perang melawan bangsa Romawi hampir berakhir. Beliau seterusnya hanya menjadi askar biasa. Siapakah yang mampu melakukan hal yang sebegini? Dalam realiti hari ini dan secara amnya, seandainya seorang ketua atau pemimpin dipecat, pasti akan berlaku penentangan, boikot, tikam dari belakang atau rusuhan.
Begitulah senario yang biasa berlaku. Akan tetapi ini bukan kesnya bagi Khalid bin Al-Walid r.a. Beliau tetap berperang, bahkan lebih gigih dan bersungguh-sungguh berbanding ketika beliau masih lagi menjadi panglima.
Tatkala ditanya, “Mengapa anda melakukan semua ini?”. Khalid bin Al-Walid r.a. menjawab, “Sungguh, aku ingin menakhlukkan Kota Syam kerana Allah, bukan kerana ‘Umar!“
Inilah contoh manusia mukhlis. Inilah profil manusia yang berprinsip!!
Sebagai seorang Mukmin, hidup dan kegiatannya (dakwah dan jihad) kerana Allah! Prinsip hidupnya selari dengan kehendak Allah.. Redha Allah adalah matlamat akhirnya!
Nota tambahan: Bila berita kematian Khalid bin Al-Walid r.a. sampai ke pengetahuan ‘Umar Al-Khattab r.a., Khalifah ‘Umar amat bersedih dengan kematian panglima Khalid bin Al-Walid. Satu ketika dia berkata, aku memecat Khalid bukan kerana benci tetapi dia terlalu keras terhadap musuh. Aku tak mahu orang menyangka kemenangan tentera Islam kerana Khalid menjadi ketua. Dan satu lagi, Khalid terlalu sayangkan anggota pasukannya. Apabila mendapat harta rampasan perang dia tidak menunggu arahan sebaliknya terus membahagikan harta rampasan perang kepada anggota pasukannya.
Prinsip Dan Dasar Islami Sebagai Misi Tamadun
Secara khulasahnya, Mukmin berprinsip dan berilmu adalah manusia paling hebat di atas dunia! Allah SWT berfirman:
(Maksudnya) “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.”(Surah Al-Mujaadilah, ayat 11).
Imam Al Qurtubi berkata, “Maksud ayat di atas adalah, di dalam hal berkaitan pahala di Akhirat dan kemuliaan di dunia, Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman dan berilmu berbanding orang-orang yang tidak berilmu.” Kata Ibnu Mas`ud, “Dalam ayat ini Allah memuji para ulama’. Dan maksud ayat tersebut bahawa Allah akan meninggikan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat, adalah darjat dalam hal agama yakni apabila mereka melakukan perintah-perintah Allah.”
Sebagai penutup entri kali ini, marilah bersama-sama kita fahami dan hayati 2 poster berinformasi lagi penuh makna di bawah. Semoga ada khair, input dan manfaatnya mudah-mudahan.
“Kedudukan Islam Sebagai Misi Tamadun Memerlukan Manusia Berprinsip!”
“Kaitan Kerja Dengan Fungsi Dakwah Dan Jihad.. Life Is An Open Secret!”
:: Kecemerlangan Akhirat Melalui Prestasi Hidup Di Dunia! ::
“Ya Allah, andainya hari ini hari kepulanganku, maka jadikanlah semua aktivitiku sebagai kebaikan di sisimu”. Amiin Ya Rabb!
Wallahu a’la wa a’lam.






To Bro Mukhtar…
Bace la buku tu. Banyak panduan n pedoman utk kita muhasabah diri. Gaya penulisan yang agak santai tapi memang ber”isi”. Saya dah bace!!
LIFE is REALLY an OPEN secret
Bro. Izyan;
Insya Allah. Terima kasih di atas rekomendasi saudara.
“When building a team, I always search first for people who love to win. If I can’t find any of those, I look for people who hate to lose” ~ H. Ross Perot
Allahuakhbar..eee jelesnya..jelesnya..jelesnya…akak wajib cari buku ni…..antuma berdua betoi-betoi buat akak tergoda kat buku ni…esok juga akak pi kedai buku…kalau tak jumpa???..nak order ngan sapa ya??
tahniah ya saudara muhtar
aahhh…en muhtar & yang lain2…
izyan nih pompuan la….huhuh…name mcm “saudara” ker?
sedey ni
ummuhannah…kat MPH ade jual buku tu.
Saudari Izyan;
Mohon maaf di atas kekeliruan tersebut… Terima kasih ‘Sweet Daughter for Mr. Nasruddin & Mdm Hanisah’ kerana memaklumkannya.
Ya Akh Muhtar,
Selamat Berjuang untuk menjadi ‘Bapa Mithali’ pula
Akhi Nizam;
Alhamdulillah. Doa-doakanlah. Masih banyak yang kena belajar..
Sekiranya ada tips-tips berguna, silalah boleh dikongsikan. Mungkin buku ‘Aku Terima Nikahnya’ karangan Ustaz Hasrizal boleh membantu.
Wallahu a’lam.
Satu perkongsian tentang manusia yang berprinsip:
»» Hukuman Zalim Ke Atas Manusia Soleh.
Ya Akh Muhtar,
Ana sedang membaca buku ‘Aku Terima Nikahnya’ itu. InsyaALLAH, dengan penghayatan yang terbaik.
Doakan kejayaan kita semua!
Cik izyan sudah membeli buku ‘Aku terima Nikahnya’.. tapi belum berkesempatan untuk membelek muka yg pertama…
Doakan saya jugak!
Salam semua
Bukan kali pertama di sini, tetapi tergerak untuk meneliti motto yang sdr kemukakan “Kecemerlangan Akhirat Melalui Prestasi Hidup Di Dunia”.
Atas dasar ‘berkongsi idea minda’ sudah pasti saya bersetuju dengan motto di atas sebagaimana juga saya sanga setuju dengan motto SI (maaf di sini pula?) “Erti hidup pada memberi”.
Apabila saya membaca ‘mayat yang cemerlang’ maka timbullah perbezaan yang memerlukan sync pulse. Saya berpendapat kita adalah roh, yang diberikan jasad unutk menjalani ujian kehidupan di Dunia untuk menentukan kedudukan di Akhirat. Maka jasad itu adalah kenderaan bagi kita. Bila kita dah tak suka dengan jasad dan meninggalkannya, roh (kita) tidak ke kubur, kerana yang ke situ adalah kenderaan buruk kita. Kita diberikan kenderaan baru di Akhirat nanti untuk pergi menerima Buku Akaun Amalan.
Kecemerlangan di Akhirat sudah pasti berdasarkan aktifnya kegiatan di Dunia ke arah tujuan hidup, yang yang kita asasnya ialah mengenal Tuhan. Kalau keaktifan di Dunia itu tidak disandarkan kepada kenalnya kita (roh) kepada Pembentuknya, maka jadi kita seorang yang sangat kuat bekerja dan sangat banyak memberi, tetapi masih tidak memenuhi sasaran, kerana tidak mengenal tuan punya diri yang memodalkan segalanya. Sebab itu pentingnya “Awal Ad Din MaarifatuLlah”
Bismillaah
As Salaamu ‘alaykum and peace to all,
JazakAllaah khayran brother Muhtar for such heart warming entry to your blog. Alhamdulillaah, truly, I am very honored to be mentioned here by a person of your credible. Terima kasih brother. I absolutely love your motto too! Kecemerlangan Akhirat Melalui Prestasi Hidup Di Dunia, subhanAllaah, it is an excellent one! My second book which inshaAllaah, will be launched this July, would also fit your motto very well. Mudah2an, all of us, in our effort to please Him, would be able to lead a life that is blessed and full of His Abundance, ameen…
Salaams
Sis Zabrina