
“This Issue Serves to Strengthen My Spirit and Increase My Wisdom”
INILAH KEHIDUPAN..
Disember 30, 2005
Inilah kehidupan..
Manifestasi dari sebuah kelahiran
Yang menuntut janji penyaksian
Bahawa Allah Azza wa Jalla sebagai Tuhan
Ilah dan Rabb tiada tandingan
Inilah kehidupan..
Animasi sebuah pentas drama
Lakonan hebat barisan ‘hero’ dan ‘heroin’
Dengan diri sebagai bintang dan pelakon utamanya
Bersutradarakan hati dan aqal pancaindera
Inilah kehidupan..
Simulasi sebuah teater kemanusiaan
Diiringi alunan muzik pengharapan
Sesekali diselingi serunai syahdu pengaduan
Pada maghfirah dan rindu kebahagiaan
Inilah kehidupan..
Aspirasi sebuah filem cinta dan nafsu
Berjurikan catatan Kiraman Katibin
Waktu tayangannya di pawagam Mahsyar
Pada hari pertontonan yang maha dahsyat
Sesudah kehidupan..
Kematian pasti menjemput tiba
Adakah filem kita akan menjadi ‘box office’?
Akan mendapat sambutankah pementasan teater kita?
Dan akan diterimakah skrip drama kita olehNya?
Justeru beringatlah..
Jadilah ‘actor’ dan ‘actress’ terbaik
Yang akan meraih ‘award’ Ashabul Yamin
Dijulang sebagai Al-Muqarrabin di layar Akhirat
Dan beroleh anugerah redha dan Syurga Allah!
MUHTAR SUHAILI
Rawang, Selangor
30 Disember 2005, 4.40pm.
MENGGAMIT MAHLIGAI, MENGUNCI PENJARA
Disember 23, 2004
Menggamit mahligai, mengunci penjara
Siraman salju menaakul cita
Sulaman qalbu membarai cinta
Menggamit mahligai, mengunci penjara
Kalau ini yang kau impikan
Pasti tiada resah gelisah
Wajib tiada keluh kesah
Kekal tiada air mata basah pasrah
Menggamit mahligai, mengunci penjara
Kalau ini yang kau dambakan
Pasti ceria tiada tara
Wajib gembira diiringi tawa
Kekal bahagia berseri bersemi tanda
Menggamit mahligai, mengunci penjara
Kalau ini yang kau inginkan
Pasti nahdah menjadi garisah
Wajib wahdah menjadi sunnah
Kekal tarbiyyah sebagai perisa izzah
Menggamit mahligai…
Membangkit bakti menuju Jannah
Mengunci penjara…
Menggasir onar menjarak Jahannam.
MUHTAR SUHAILI
Engin Complex, IIUM
23 Disember 2004, 10.27am.
“Ya Allah, andainya hari ini hari kepulanganku, maka jadikanlah semua aktivitiku sebagai kebaikan di sisimu”. Amiin Ya Rabb!
Wallahu a’la wa a’lam.

Salam.
Sekadar makluman – indhibat.net telah berpindah ke http://www.zamry.com