“Artikel Kontroversi Terbitan IslamHadhari.net… Sila Klik Untuk Besarkan”
As-Sarawaki, 27 Mac 2008: Astaghfirullah! Itu lafaz terbaik yang terzahir apabila saya mendengar berita yang menjadi tajuk utama Buletin Utama TV3 26 Mac 2008: ”Raja Petra Dan Suara Keadilan Diperintah Bayar RM7 Juta Kepada Dr Nordin Dan UUM”. Hari ini isu ini menjadi berita utama di hampir kesemua akhbar! Malah saya menerima banyak panggilan dan sms daripada rakan-rakan dan guru-guru saya untuk mendapatkan kepastian tentang isu ini. Wallahi, saya sama sekali tidak menyangka bahawa isu yang ‘hangat’ sekitar November-Disember 2006 ini dan melibatkan saya secara langsung akan menjadi isu ’sebesar’ ini. Sila baca berita lanjut di pautan berikut:
1. Raja Petra dan Suara Keadilan diperintah bayar RM7 juta kepada Dr Nordin dan UUM (Bernama)
2. Saman fitnah: Penulis blog Raja Petra dan tiga defendan diperintah bayar RM7 juta kepada Naib Canselor UUM (Utusan)
3. Raja Petra ordered to pay RM2 million libel damages to UUM VC (NST)
4. Raja Petra diperintah bayar ganti rugi RM4 juta kepada UUM, Naib Canselor (Berita Harian)
5. Others, not you, decide what you are (Malaysia-Today)
6. PKR, Raja Petra kena bayar RM7 juta (Malaysiakini)
7. UUM and vice-chancellor win RM7m in slander case (The Star)
8. Raja Petra Dan Suara Keadilan Diperintah Bayar RM7 Juta Kepada Dr Nordin Dan UUM (TranungKite)
9. “Hello… sejak bila dia seorang intelek?” (Blog Penarik Beca)
10. Raja Petra dan Suara Keadilan diperintah bayar RM7 juta (KLpos.com)
11. Dato Dr. Nordin Kardi vs Muhtar bin Hj. Suhaili (Blog Halwa Romantis)
12. Budaya mencuri hak ala Italian Job (Blog Motivasi Mindamu)
13. PRO desak Muhtar Suhaili mohon maaf kepada semua warga UUM (UUM)
14. Dr. Nordin Kardi tidak ciplak artikel (Idealis-Mahasiswa)
15. VC ‘cleared’ of plagiarism charge (Malaysiakini)
16. 回教网站为技术错误道歉 北大校长洗脱“文抄公”嫌疑 (Malaysiakini)
Memandangkan isu ini sudah menjadi isu nasional dan nama saya dinyatakan di dalam berita berkenaan, maka saya rasa wajar untuk saya memberikan penjelasan tentang perkara ini. Secara ringkasnya, berikut dikongsikan dengan tetamu ziarah yang budiman sekalian dan kepada sesiapa yang berminat untuk mengambil tahu kronologi isu ini (sepanjang pengetahuan saya):
1. Laman IslamHadhari.net menerbitkan Kertas Kerja bertajuk “Mengurus Kejayaan: Isu dan Cabaran” bertarikh 07/05/2006 dan menyatakannya oleh Dato Dr. Nordin Kardi bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting,
2. Saya dimaklumkan kewujudan kertas kerja ini dan setelah membacanya saya mendapati ianya adalah artikel tulisan saya yang tajuk asalnya “Mahasiswa dan Tanggungjawab Menguruskan Kejayaan” serta telah diterbitkan di dalam ruangan Bicara Siswa, Majalah i (majalah terbitan Karangkraf Sdn. Bhd.) Edisi April 2004,
3. Saya telah beberapa kali memohon penjelasan daripada pihak IslamHadhari.net melalui ruangan ‘Leave a Reply’ pada akhir artikel tersebut tetapi tidak mendapat sebarang maklumbalas dari IslamHadhari.net,
4. Saya menulis entri bertajuk “Dato’ Dr. Nordin Kardi Ciplak Karya Saya?: Mohon Penjelasan” bertarikh 3 November 2006 dengan meletakkan tanda tanya (?) sesuai dengan tujuannya untuk memohon penjelasan,
5. Beberapa laman web termasuk Malaysia-Today.net menyiarkan artikel ini dan seterusnya diterbitkan oleh akhbar Suara Keadilan (untuk rekod, saya tidak pernah meminta mana-mana pihak untuk menerbitkan artikel ini),
6. Kertas kerja ‘ciplak’ di laman web IslamHadhari.net telah ditarik balik pada petang 9 November 2006,
7. Dato’ (kini Tan Sri) Dr. Nordin Kardi memaklumkan bahawa beliau tidak ada kena mengena dengan isu artikel atau kertas kerja ciplak tersebut. Dato’ Dr. Nordin Kardi menjelaskan di dalam Chatter Box laman blog saya yang terdahulu iaitu http://muhtarsuhaili.tripod.com, katanya: “saya baru dapat tahu isu ini. Tak ada kena mengena dengan saya. Muhtar kenal saya, adakah munasabah saya sedemikian teruk tak boleh menulis lalu menciplak karya Mukhtar? Nordin Kardi.”,
8. Saya telah menghubungi Dato’ (kini Tan Sri) Dr. Nordin Kardi melalui telefon dan kami telah berbual secara mesra dan bersetuju menyelesaikan isu ini dengan cara terbaik. Saya seterusnya menulis satu entri baru bertajuk “Penjelasan Terkini “Isu Artikel Ciplak”.. Alhamdulillah” bertarikh 18 Disember 2006 untuk menjelaskan kedudukan sebenar isu ini,
9. Pegawai Perhubungan Awam UUM juga menghubungi saya (melalui sms dan panggilan telefon) untuk meminta saya memohon maaf atau diambil tindakan saman di mahkamah,
10. Pada hari yang sama, saya telah menulis surat “Permohonan Maaf Atas Isu “Artikel Ciplak”" kepada Dato’ (kini Tan Sri) Dr. Nordin Kardi selaku Naib Canselor UUM dan terus mengirimnya dengan pos laju selain turut menghantarnya melalui emel kepada beliau dan dicc kepada PRO UUM (sila lihat salinan surat tersebut di bahagian bawah),
11. Pada tarikh yang sama, 18 Disember 2006, Jabatan Perhubungan Awam, Universiti Utara Malaysia mengeluarkan satu kenyataan: “PRO desak Muhtar Suhaili mohon maaf kepada semua warga UUM” di dalam UUM Portal. Di dalam kenyataan tersebut, turut disiarkan emel Dr Nordin yang dihantar kepada PRO UUM. Berikut adalah isi kandungan emel tersebut:
“Thanks for the good discussion. UUM’s PRO has rectified the situation and I’m most grateful to what they’ve done. I’m not too disturbed by some of the bad words used against me although that may create doubt about my personal integrity. My real worry is that, due to this confusion, UUM’s good name is going to be tarnished. It is very difficult to build an institution’s good reputation but it takes only a matter of seconds to destroy it. I fully believe that the problem sparked out of minor human error. I assure you that there’ll be Insya-Allah no reaction of vengeance from me as I was taught by many great men like Prophet Muhammad saw, Gandhi, Buddha et.al that the better person out of two conflicting parties is the one who is forgiving. I aspire to live up to this teaching while I must also admit that I’ve a lot of weaknesses as an ordinary human being. Muhtar used to be my friend and I sincerely hope that it will continue to be that way. He has all the good qualities to be a good leader in the future. Thanks again. Nordin Kardi.”
12. Pada tarikh yang sama juga iaitu 18 Disember 2006, laman web IslamHadhari.net (http://www.islamhadhari.net/v4/seminar/isu.php) telah membuat “Penjelasan Isu Muhtar B. Hj. Suhaili” dan sekaligus menyatakan: “Memandangkan isu ini telah menjadi isu yang sensasi dan kontrovesi maka pihak islamhadhari.net memohon maaf secara terbuka kepada Dato’ Dr. Nordin Kardi dan Saudara Muhtar B. Hj. Suhaili.“,
13. Melalui sebuah buletin iaitu Transisi Universiti Utara Malaysia Bil 10 http://www.pkpg.uum.edu.my/portalbm/transition/Transisi_Bil_10.pdf bertarikh 20 September 2007, turut termuat artikel bertajuk “UUM Menangi Kes Saman Malaysia-Today, Suara Keadilan”,
14. Tajuk utama Buletin Utama TV3 26 Mac 2008: ”Raja Petra Dan Suara Keadilan Diperintah Bayar RM7 Juta Kepada Dr Nordin Dan UUM”. Akhbar-akhbar harian utama juga memuatkan berita ini pada 27 Mac 2008.
—————————————————————————————————————————–
DATO’ DR. NORDIN KARDI CIPLAK KARYA SAYA?: MOHON PENJELASAN…
Oleh: Muhtar bin Hj. Suhaili (http://muhtarsuhaili.tripod.com/)
(Mantan Presiden MPP UIAM 2003/2004)
As-Sarawaki, 3 November 2006: Saya terkejut dan terkilan apabila mendapati artikel saya bertajuk “Mahasiswa dan Tanggungjawab Menguruskan Kejayaan“ yang telah alhamdulillah dihasilkan pada Mac 2004 dan telah diterbitkan di dalam ruangan Bicara Siswa, Majalah i (majalah terbitan Karangkraf Sdn. Bhd.) Edisi April 2004 telah diciplak tanpa pengetahuan dan kebenaran saya oleh atau atas nama Dato’ Dr. Nordin Kardi.
Saya pada mulanya tidak percaya sehinggalah saya sendiri melayari laman web yang menyiarkan artikel ciplak tersebut iaitu islamhadhari.net. Atas rasa kekesalan, saya berasa terpanggil untuk meminta penjelasan atas Kertas Kerja bertajuk “Mengurus Kejayaan: Isu dan Cabaran“ bertarikh 07/05/2006 dan bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting.
Artikel ciplak yang kononnya oleh Dato’ Dr. Nordin Kardi dengan terang-terangan mengambil hampir keseluruhan isi artikel asal saya sebagaimana yang disebutkan di atas. Tarikh artikel ciplak ini iaitu 07/05/2006 adalah 2 tahun selepas artikel asal saya diterbitkan iaitu pada April 2004.
Artikel asal boleh didapati di (nota: laman ini adalah weblog pertama saya) http://muhtarsuhaili.tripod.com/pengurusankejayaan/ manakala artikel dimaksudkan yang saya dapati telah diciplak ini boleh disurf melalui link berikut http://www.islamhadhari.net/v4/seminar/detail.php?nkid=21
[Nota: Kertas kerja ciplak di laman web IslamHadhari.net telah ditarik balik pada petang 9 November 2006 setelah beberapa kali dihubungi untuk meminta penjelasan. Apapun, saya amat berharap pengendali IslamHadhari.net dapat menghubungi saya di alamat email al_akhyar81@yahoo.com untuk memberi penjelasan atas tersiarnya artikel ciplak tersebut di laman web berkenaan selama 6 bulan tanpa pengetahuan dan kebenaran.]
Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku, saya merasakan bahawa ianya adalah tidak sihat serta bertentangan sekaligus melanggar hak cipta dan hak harta intelek malah tidak ilmiah dan tidak selari dengan semangat Islam Hadhari sama sekali. Justeru, saya berharap dan memohon penjelasan dari pihak yang berkenaan tentang perkara ini. Ayuh hidupkan budaya ilmu yang cemerlang, gemilang dan terbilang!
Wallahu a’la wa a’lam.
Artikel Asal yang telah diterbitkan di dalam ruangan Bicara Siswa, Malajah i Edisi April 2004 terbitan Karangkraf Sdn. Bhd.:
Artikel Asal bertarikh Mac 2004 boleh didapati di laman web saya melalui link berikut http://muhtarsuhaili.tripod.com/pengurusankejayaan/:
Artikel Ciplak yang dikatakan Kertas Kerja oleh Dato’ Dr. Nordin Kardi bertarikh 07/05/2006 yang dinyatakan dibentangkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting dan disiarkan di dalam laman web islamhadhari.net melalui link berikut http://www.islamhadhari.net/v4/seminar/detail.php?nkid=21 [telah ditarik balik pada 9 November 2006 setelah beberapa kali dihubungi untuk meminta penjelasan]. Apapun, untuk rekod/ bukti bahawa artikel tersebut telah disiarkan di laman web IslamHadhari.net boleh dilihat dengan klik pada pautan berikut:
“Wahai pejuang, istiqomahlah berbuat kebaikan walau dibenci seluruh manusia dan bermati-matianlah berkhidmat untuk agama tapi jangan sekali-kali mengaku wira.” Wallahu a’lam.
PENJELASAN TERKINI “ISU ARTIKEL CIPLAK”.. ALHAMDULILLAH.
As-Sarawaki, 18 Disember 2006: Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, akhirnya maklumbalas dan duduk sebenar berkenaan isu artikel ciplak ini telah diperjelaskan. Dato’ Dr. Nordin Kardin memaklumkan bahawa beliau tidak ada kena mengena dengan isu artikel atau kertas kerja ciplak tersebut.
Maknanya kini, jelas bahawa pihak laman IslamHadhari.net bertanggungjawab sepenuhnya di atas penerbitan dan penyiaran entri yang tidak professional serta melanggar hakcipta dan hak harta intelek.
Saya masih terus berharap agar pihak IslamHadhari.net dapat menghubungi saya dan memberi penjelasan yang sewajarnya. Berikut adalah suntingan dari Chatter Box laman http://muhtarsuhaili.tripod.com yang mudah-mudahan memberi penjelasan yang sebaiknya dan sekaligus membersihkan nama Dato’ Dr. Nordin Kardi:
Dato’ Dr. Nordin Kardi : saya baru dapat tahu isu ini. Tak ada kena mengena dengan saya. Muhtar kenal saya, adakah munasabah saya sedemikian teruk tak boleh menulis lalu menciplak karya Mukhtar? Nordin Kardi.
Muhtar : Salam Datuk Dr. Nordin Kardi.. Apa khabar Datuk yang saya hormati? Didoakan sihat sejahtera dan berada dalam hidayah dan iman yang baik serta terus diberi kekuatan ber’amal liridhallah.
Muhtar : Alhamdulillah, saya syukur setelah Datuk sendiri mengatakan Datuk tidak ada kena mengena dengan isu ini dan itulah yang saya harapkan. Saya pernah cuba menghubungi Datuk untuk mendapatkan maklumbalas tetapi gagal. Alhamdulillah, terima kasih sudi memaklumkn melalui laman ini..
Muhtar : Sepertimana yang telah saya maklumkan di dalam laman KampusNegara, saya telah memohon penjelasan dari laman IslamHadhari.net lebih dari lima kali tetapi sehingga ke saat ini tiada sebarang penjelasan diberikan.
Muhtar : Once again, thank you very much Datuk and apology is offered for any inconvenience caused. Saya boleh dihubungi di al_akhyar81 @ yahoo.com. Semoga segalanya khair dunia dan Akhirat. Jazakallahu khairan kathira. Shukran ‘alaik.
Wallahu a’la wa a’lam bissawab.
SURAT PERMOHONAN MAAF KEPADA UUM
PENJELASAN ISU MUHTAR B. HJ. SUHAILI
(PERMOHONAN MAAF ISLAMHADHARI.NET)
http://www.islamhadhari.net/v4/seminar/isu.php
Pihak islamhadhari.net ingin memaklumkan kepada Saudara Muhtar B. Hj. Suhaili, Bekas Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UIAM sesi 2003/2004, bahawa sebaik sahaja kami menerima email daripada pihak beliau, pihak islamhadhari.net telah memohon maaf kepada beliau akibat dari kesilapan teknikal yang tidak disengajakan dilakukan oleh pihak islamhadhari.net berkaitan kertas kerja seminar yang dipaparkan bertajuk “Mengurus Kejayaan: Isu dan Cabaran.”. Malahan, pihak islamhadhari.net telah mengeluarkan kertas kerja seminar tersebut daripada laman web islamhadhari.net.
(Pembetulan Fakta: Saya tidak pernah menerima permohonan maaf dari IslamHadhari.net sebelum penjelasan ini dibuat sama ada melalui email, surat, sms atau telefon. Islamhadhari.net juga hanya mengeluarkan kertas kerja seminar tersebut daripada laman web IslamHadhari.net pada 9 November 2006 setelah beberapa kali dihubungi untuk meminta penjelasan).
Perkara ini seharusnya, tidak perlu diperbesarkan atau dipermainkan lagi di peringkat yang lebih tinggi untuk mendapatkan publisiti dengan menjatuhkan maruah tokoh akademik yang disegani, dikagumi serta telah banyak berjasa kepada masyarakat dan negara, seperti Y Bahagia Dato’ Dr. Nordin Kardi. Memandangkan isu ini telah menjadi isu yang sensasi dan kontrovesi maka pihak islamhadhari.net memohon maaf secara terbuka kepada Dato’ Dr. Nordin Kardi dan Saudara Muhtar B. Hj. Suhaili.
Sehubungan dengan isu ini, dan bermula pada hari ini, kami menyeru semua pembentang-pembentang kertas kerja dalam mana-mana pembentangan seminar samaada dalam negara mahupun luar negara di harus untuk menghantar surat persetujuan untuk memaparkan bahan bercetak untuk mengelakkan sebarang kontrovesi berlaku pada masa mendatang. Malahan kami juga memohon semua rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk menghantar artikel ke laman web kami dan menegur sekirannya didapati ada unsur – unsur tidak sesuai untuk tatapan umum.
Sekiranya, semua rakyat Malaysia yang beragama Islam memainkan peranan ini insya-Allah maklumat akan dapat dikongsi bersama agar mendatangkan kebaikkan sama ada di dunia mahupun di akhirat. Niat kami adalah untuk memastikan semua umat Islam mendapat manfaat daripada semua artikel di dalam laman web ini.
Tetapi, pihak kami amat kecewa sekiranya niat murni kami ini dijadikan agenda untuk menjatuhkan sesama insan yang beragama Islam
UUM MENANGI KES SAMAN MALAYSIA-TODAY, SUARA KEADILAN
http://www.pkpg.uum.edu.my/portalbm/transition/Transisi_Bil_10.pdf
Mahkamah Tinggi Alor Star semalam menjatuhkan penghakiman engkar dan injunksi kepada Ketua Pengarang dan Editor portal internet, Malaysia-Today dan akhbar rasmi lidah pembangkang, Suara Keadilan kerana keengganan mereka memfailkan pembelaan dalam isu memfitnah UUM.
Timbalan Pendaftarnya, Zainol Saat juga menetapkan 14 November depan untuk membuat taksiran ganti rugi am, ganti rugi khas dan ganti rugi teladan yang berhak diterima oleh plaintif iaitu UUM kerana difitnah.
UUM yang diwakili firma guaman, Azam Aziz & Co memenangi kes ini yang berkaitan dengan siaran satu berita yang menyatakan Naib Canselor UUM menciplak tulisan Muhtar Suhaili.
UUM tidak mengambil tindakan terhadap Muhtar Suhaili kerana rasa kemanusiaan UUM apabila Muhtar memohon maaf kepada seluruh warga UUM dan kepada Naib Canselor serta membetulkan semula tulisan dalam laman webnya.
Muhtar mengakui kesilapannya dalam meletakkan tajuk Tan Sri Dr. Nordin Kardi menciplak tulisan beliau dalam satu laman web.
Bagaimanapun, tulisan Muhtar Suhaili dalam laman webnya itu telah turut disiarkan dalam portal Malaysia-Today dan turut disiarkan dalam akhbar Suara Keadilan.
Azam Aziz berkata, prosiding mahkamah diteruskan terhadap defenden kedua iaitu Parti Keadilan Rakyat selaku penerbit akhbar Suara Keadilan.
Peguam kepada PKR, Sivarasa Rasiah dari Tetuan Daim & Gamany sudah memfailkan pembelaan terhadap tuntutan UUM ini.
ALLAH BERFIRMAN DENGAN MAHA BENAR
Atas segalanya, salah satu ’ibrah paling bermakna dari isu ini ialah untuk sama-sama kita menghayati dan memahami satu ayat Al-Qur’an di dalam Surah Al-Hujurat ayat 6 yang hendaknya menyentuh hati serta menggegar jiwarasa kita semua. Allah SWT berfirman:
(Yang berbunyi): “Ya ayyuhalladzina aamanu in jaa’akum faa siqun binaba’in fatabayyanuu an tushibu qauman bijahaalatin fatush bihuu ala maa fa’altum naa dimiin.” (Yang bermaksud): “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu seorang fasiq (satu kaum) membawa berita, maka hendaklah kamu selidiki (periksa dengan teliti kebenarannya), jangan sampai kamu membalas kepada suatu kaum dengan kebodohan, maka kamu kelak akan merasa menyesal.
“Ya Allah, andainya hari ini hari kepulanganku, maka jadikanlah semua aktivitiku sebagai kebaikan di sisimu”. Amiin Ya Rabb!
Wallahu a’la wa a’lam.










shalom,
sdr, mengapa sdr meminta maaf pada dato kardi? sewajarnya sdr terus mempertahankan diri. malah apa yg sdr timbulkan adalah dalam bentuk pertanyaan, bukannya tuduhan bulat2.
sayang sekali, prseudo-intelektual yang ramai dalam kampus hari ini patutnya dilawan habis-habisan. tetapi, tiada siapa yang berani. ya, budaya syajaah belum lagi bermula…
dubrovnik
Asal takut sangat kalau betul ni artikel ko? lawan je la.. adeii..
Benarkah Raja Petra dan Tan Sri Nordin buat fitnah dalam isu ini?
Salam,
Saya setuju untuk bertanya seperti komen pertama. Kenapa saudara perlu meminta maaf dari Dato Kardi dan kemudian seluruh warga UUM sedangkan saudara tidak melakukan apa-apa kesalahan. Artikel saudara pula jelas hanya ingin memohon pencerahan dari pihak yang dibabitkan.
Sepatutnya pihak yang dimohon penjelasan yang perlu meminta maaf kepada saudara kerana pihak islamhadhari.net yang meletakkan nama mereka atas artikel saudara. Jika mereka inginkan kemaafan dipohon sepatutnya ditujukan kepada pihak islamhadhari.net dan bukannya saudara.
Apahalpun semuanya telah berlaku. Cuma agak terkilan kerana yang bongkak terus dengan kesombongannya. Manakala saudara pula sedikit sebanyak telah tercalit sebagai ‘culprit’ dimata umum atas desakan untuk meminta maaf dari pihak UUM secara melampau. Sedangkan……. artikel tersebut dan permohonan untuk minta penjelasan adalah hak saudara.
Sekian.
Alhamdulillah saudara merendah diri dan menghormati tokoh akademik dengan meminta maaf walaupon jelas saudara tidak menuduh Dato, tetapi hanya sekadar inginkan penjelasan. Tahniah saudara atas sikap saudara.
Yaay~~~really agree with dubrovnik there; you’re not attacking in any way that I can think of…just a usual enquiry.
Anyway, still don’t quite get it; is it:
(1)someone post a paper to some place/site/seminar that contain other peoples work/idea; due to some error, an unrelated name been put as the writer of that paper.
(2)nobody send anything; it’s just a pure technical publishing error.
From what I understand, it’s the first one….correct me if I’m wrong~~~
Serius sungguh kes ni..
assalamualaikum bro muhtar,
setelah baca entry ini, saya boleh menilai yg mana satu sebenarnya yg benar dan yg salah. saya puji tindakan bro muhtar. perjuangan memang bergelut dengan mehnah dan tribulasi yg tidak pernah berpenghujung!
salam
lega ana dengar cerita dan penjelasan dari tuan punya artikel sendiri.
satu je soalan dari ana.pihak mahkamah tak ada lansung ambik keterangan dari akhi ke?
harap2 orang nampak juga substance dalam artikel ni.
kan bagus kalau substance artikel ni hangat dibincangkan sama seperti perbincangan kes samannya.
assalamu`alaikum
setelah membaca paparan dan kronologi kisah tersebut, akak berpendapat tidak sepatutnya isu ini menjadi sebegitu besar. cuma akak tidak pasti sama ada ada ketulusan dari pihak islam hadhari.net untuk meminta maaf kepada anta sendiri. agak terkejut juga membaca tentang isu saman ini, padahal perkara tersebut dikira sudah selesai. seolah-olah ingin melagakan sesama sendiri pula
Ini pengajaran bagi saudara Muhtar atau individu lain supaya jgn mudah utk mengeluarkan artikel kepada umum walaupun dalam bentuk pertanyaan kerana ia akan memburukkan individu tertentu.. Kalau saling mengenali sudah tentu Saudara Muhtar boleh menghubungi Dato’ Nordin dahulu dan seterusnya meminta pihak Hadhari.net mengeluarkan pengumuman kesilapan teknikal pada artikel yg telah dikeluarkan.. Perkara ini dapat berakhir dgn baik tanpa diperbesarkan dan mendapat campurtangan pihak ketiga.. keempat dan seterusnya…
As-Sarawaki: Sila baca keseluruhan entri ini sebelum membuat tuduhan melulu! Wallahu a’lam bissawab.
Hmmm… Satu soalan: mengapa kes ini begitu pantas dan timing nya seperti kena apabila BN kalah teruk dan salah satu puncanya ialah kekuatan kuasa blog?
well, nordin kardi, he can say anything he wants and put all the blame on islamhadhari.net, we never know the true story right?
and if RPK and PKR quoted the blog article from your site before Nordin made a clarification that the article was not written by him, the onus of defamation shall be on shoulder of http://www.islamhadari.net, not RPK and Suara Keadilan.
assalamualaikum,
serius kes ini…
dalam pengamatan saya..
motif utama bukanlah ditujukan kepada encik penulis..
tetapi lebih kepada raja petra dan suara keadilan..
ini semua kerja media perdana untuk mengurangkan kepanasan yang menggelegak berikutan tentang isu kepimpinan muktahir yang bergelora besar-besaran…
jadi sekurang-kurangya isu ini dapat memperlahakan ketidak stabilan mereka..
berfikiran positif..
nescaya anda tidak dihimpit tekanan…
Saya setuju dengan pendapat ‘Dubrovnik’ diatas. Mengapa mesti sdr memohon maaf sedangkan ciptaan sdr dirompak disiang hari. Saya hairan mengapa “IslamHadari.net” pula tidak diambil tindakan mahkamah walhal merekalah punca segala masalah.
kenapa hanya tan sri nordin yg dpt pampasan tu?sepatutnya saudara muhtar juga berhak diberi pampasan oleh pihak berkenaan kerana menyalahi peraturan harta intelek saudara.seolahnya di sini, saudara “dikambinghitamkan” dan bukanlah saudara sj yg perlu memohon maaf.
Meminta maaf itukan amalan mulia. Apology is not an offend!!!
[...] >>> isu-uum-saman-raja-petra-dan-suara-keadilan-rm7-juta [...]
Assalamualaikum. Saya mendoakan yang terbaik buat akhi Mukhtar.
Bro Mukhtar sebagai seorang penulis dan pemilik blog.
Tan Sri Nordin sebagai orang kuat UUM
RPK, PKR dan Suara Keadilan telah memberi pukulan hampir maut kepada BN dalam PRU12
IslamHadhari.Net, tersapu ke bawah tikar
Memang tidak mudah untuk Bro Mukhtar berdepan dengan situasi seperti ini. Semoga segalanya dapat diselesaikan bagai menarik rambut di dalam tepung. Rambut tak putus, tepung tak tumpah.
Kolay gelsiniz… ameen
ni smua propaganda BN la…….
dh kalah mcm2 la isu dia nk bangkit….
yes!! bro..we all support you..we know u are in the right lane!!
Saya sebenarnya musykil. Adakah Raja Petra gagal menghadirkan diri ke mahkamah sehingga disahkan gagal membela diri (mengikut laporan TV3) atau beliau hadir ke mahkamah dan disabitkan bersalah kerana memfitnah?
Saya teringat satu perkara, mengapa Islam Hadhari.net tidak memberitahu bagaimana nama Dato termuncul dalam kertas kerja itu sehingga menjejaskan nama baiknya.
Saya mohon Dato’ Nordin Kardi membantu membersihkan nama saudara Muhtar dengan mengambil tindakan keadilan yang sama terhadap Islam Hadhari bagi mendapatkan gambaran sebenar.
Ini selaras dengan inspirasi kami dan Dato mengekalkan intergriti dan ketelusan dalam menegakkan keadilan.
Islam Hadhari terdahulu sudah diganti dengan tim baru sebelum pilihanraya, cuma tim terbaru belum beroperasi sepenuhnya.
Dari satu sudut maklumbalas UUM di http://www1.uum.edu.my/nportal/penuh.html?page=main_penuh.html&idhebahan=10040 benar-benar mengecewakan saya.
Saya mengharapkan PRO UUM juga boleh membantu kami merungkai isu ini dengan mengetengahkan hasil perbincangan mereka dengan Jabatan Perdana Menteri berkenaan isu artikel ciplak.
Sehingga kini saya menanti laporan rasmi PRO UUM di laman webnya.
Tetapi mengambil semula pesan Dato kepada kita semua, “I assure you that there’ll be Insya-Allah no reaction of vengeance from me as I was taught by many great men like Prophet Muhammad saw, Gandhi, Buddha et.al that the better person out of two conflicting parties is the one who is forgiving. I aspire to live up to this teaching while I must also admit that I’ve a lot of weaknesses as an ordinary human being”
assalammualaikum,
akhie muhtar, tindakan anta memohon maaf sekalipun bukan salah anta adalah suatu yang dipuji. Tujuannya yang tampak bagi ana adalah untuk mengelakkan kepanjangan isu ini yang sudah pun seperti kata anta di awal-awal isu ini timbul selesai di antara anta dan Dr. Nordin Kardi.
Tiada salah memohon maaf di atas kesalahan yang bukan datang dari anta. Kerana di dalam apa-apa perkara sekalipun, kita juga tidak boleh 100% yakin hal yang terjadi bukannya salah kita.
Sememangnya masih ada sepihak lagi yang sudah membasuh tangan daripada isu ini yang seharusnya dipersalahkan sejak awal. Islamhadhari.net secara tidak bertanggungjawab menciplak artikel anta dengan menggunakan nama Dr. Nordin Kardi.
Bertaubatlah kita daripada sebarang keburukan sangka yang timbul di dalam mentafsirkan hal-hal terselindung yang tidak dinampak sacara zahir. Cukuplah kita menilai dengan mata zahir dan dijadikan muhasabah di dalam hati.
Teruskan perjuangan!
Selepas membaca catatan Raja Petra baru saya faham. Beliau tidak ambil endah dan keputusan dijatuhkan kerana sikap tidak endah. Saudara Muhtar, saya copy paste artikel ini ke blog saya
[...] Petikan entri saudara Muhtar Suhaili di http://muhtarsuhaili.wordpress.com/2008/03/27/isu-uum-saman-raja-petra-dan-suara-keadilan-rm7-juta/#... [...]
Assalammualaikum…………
untuk sahabat saudara muhtar……..
mungkin boleh membaca…..mentafsir….menilai….dan yang utama muhasabah diri
surah al-israa’
80. Dan Katakanlah: “Ya Tuhan-ku, masukkanlah Aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah (pula) Aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong.
81. Dan Katakanlah: “Yang benar Telah datang dan yang batil Telah lenyap”. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.
Bro muhtar, anta telah mangambil tindakan yg paling bagus dan paling selamat sekali untuk diri anda. Tindakan sebeginilah yg dialu-alukan oleh pihak berkuasa, jangan buat tindakan yg boleh membawa padah pada diri anda dan keluarga anda. Biar dia orang kata, buat tidak tahu dan seolah-olah tidak ada kaitan dengan saudara.
syabas bro muhtar.
“Sesungguhnya penjara kamunting cukup terseksa zahir dan batin”.
Salam…
Saudara Muhtar..kuatkan hatimu
Tahniah di atas segala tindakan saudara dlm mencari penyelesaian tentang isu ini. Apa yang saudara lakukan seolah-olah berundur tp momentum yang saudara perolehi nyata terus menerus menunjukkan kematangan saudara sebagai seorang pemimpin masa depan yang baik..
Dalam soal kes saman ini yang nyata apa yang berlaku hanya menangguk di air keroh oleh mereka yang mempunyai kepentingan lain..melampaui kelebihan ilmiah dan intelektual yang ada pada tulisan dan tindakan saudara….tahniah sekali lagi..
salah saman ni, patut en. nordin tu saman webmaster hadhari tu.. pelik aku…
Assalamualaikum abg Muhtar,
We salute u and will alwiz give u our support!
‘Selamat berjuang sahabatku…’
Maassalamah…
Engin_IIUM
Salam sdr Muhtar,
Saya fikir kes ini boleh diselesaikan dengan cara yang lebih baik. Saya tahu ia akan menjadi sukar bila ada elemen kepentingan politik masuk campur.
Saya percaya sikap ‘tidak melawan sekerasnya’ yang sdr tunjuk adalah berpunca dari rasa hormat dan mahukan situasi menang-menang.
Secara mudah, tanpa mahu melucutkan ego mana2 pihak, semua pihak seharusnya tampil dan memohon maaf atas khilaf yang ada. Dan umum harus dimaklum islamhadhari.net yang bertanggungjawab menyiarkan artikel tersebut adalah sumber asal kenapa kemelut ini terjadi.
Jika Abu Saif mengharap penyelesaian tarik rambut dalam tepung, saya pula berharap seperti menangkap ikan di dalam air, biar ikan tertangkap, air tidak keruh
Salam Muhtar,
Semoga diberi ketenangan menghadapi situasi ini.
_________________________________________
Saya berharap saudara akan kembali aktif menulis. Serasanya lama juga saudara berehat, jangan jadikan isu ini sebagai penghalang untuk saudara menulis.
Assalamualaikum Bro Muhtar,
Tabahkan hati, kentalkan jiwa. Nescaya kebenaran bersamamu.
Assalamualaikum.
Muhtar,
Bagi saya tindakan2 sdr bukan kerana tak mahu memanjangkan isu, tetapi atas rasa takut kepada pihak yg lebih kuat (?).
Nampak sangat sdr takut kepada Nordin dan UUM, padahal sdr tidak buat salah apa2. Gertak UUM menakutkan huh?
Perbuatan Raja Petra & Suara Keadilan yg tergesa2 buat ulasan dan kesimpulan kenalah mereka tanggung sendiri. Dengan tidak hadir mempertahankan diri di mahkamah mereka kena tanggung akibat drpnya.
kita tunggu apa rasionalnya raja petra mentongsampahkan saman ini. mungkin beliau telah menghitung segala untung rugi kepada diri dan perjuangannya.
apapun, saya doakan kesejahteraan unt sdra mukhtar suhaili. teruskan kehidupan seperti biasa. keberkatan bersama pemikul kebenaran.
Salam, semoga Allah merahmati kita, setiap ujian Allah ada hikmahnya,
Apabila berlaku sesuatu, kita perlu bertanya. Mengapakah ia berlaku? Apakah sebab ia berlaku? Apa puncanya? Apa akan jadi seterusnya? Siapa yang terkesan dengannya? Apakah bentuk kesannya? Siapa yang untung? Siapa yang rugi?
Apakah pengajaran yang Tuhan mahu kita ambil? Apakah sikap kita selepas ini? Apa perubahan yang perlu kita buat? Adakah ini bala? Adakah ini ujian? Adakah ini hukuman kepada kesalahan kita yang lepas? Adakah ia balasan untuk kebaikan kita yang lepas? Apakah maksudnya dan kesannya pada diri dan perjuangan kita? Dan berbagai-bagai bentuk pertanyaan lagi.
Buat Anak Didik (Muhtar Suhaili), ana bagi pihak Task Force Kecemerlangan Miri mendoakan anta sentiasa hebat dan berhati-hatilah dalam melakukan sesuatu perkara, perjuangan mesti diteruskan.
“Kalau Bukan Kita, Siapa?, Kalau Bukan Sekarang, Bila?
Wallahu a’lam.
Saudara
Isu yang sebenarnya Nordin Kardi adalah boss BTN dan BTN memang kerjanya mempropagandakan agenda BN khasnya UMNO.
Raja Petra adalah blogger yg sentiasa pedas tulisannya dan persembahan websitenya. Ditambah lagi menghentam BN khasnya UMNO.
Bila isu ini keluar saudara Mukhtar dijadikan sebagai catalyst atau umpan untuk mengenakan Raja Petra dan Keadilan. Sepatutnya IslamHadhari.net yang menjadi subjek utama.
Kesimpulannya ada makna tersirat yang ingin di paparkan. Kerajaan nak gertak blogger dan nak menutup kekecewaan kekalahan BN. Bagi yg pernah menghadiri BTN tentu ingat slot pertama Nordin Kardi bentang slide paparan keputusan pilihanraya tahun 60an. Ada makna rupanya.
Salam semua,
dalam kes ini pd pendapat saya nama sdr Muhtar dah clear.. cuma ia menjadi besar apabila suara keadilan dan RPK menyiarkan artikel “NC UUM Penciplak?” tanpa dipinta sdr Muhtar.
seperti yang semua maklum blog RPK punya berjuta2 pengunjung dan Suara Keadilan punya ramai pembaca.. adalah wajar bagi RPK dan Suara Keadilan membuat permohonan maaf terbuka apabila mereka menyiarkan artikel fitnah. lebih2 lagi ia melibatkan nama baik seseorang..
TO RPK,.. kita semua mmg mahukan demokrasi dan kebebasan bersuara.. tapi biarlah demokrasi yg bermoral.. yang memikul sama tanggungjawab bersama kata2..
Saudara Muhtar.. all the best!
Harta pangkat boleh dicari… tapi maruah hilang jatuh tak berganti….!
Sikap meminta maaf dan memaafkan adalah sifat terpuji.Orang putih pun ramai juga sanggup memaafkan.Dikalangan Mereka ada yang tak mudah ambil tindakan mahkamah kerana memerlukan kos dan risiko.Beginilah sistem perundangan sekular yang ada,dari segi teori nampak cantik,tapi tengok la dalam bab saman menyaman ni …. saya impikan sistem Islam yang relevan dengan situasi semasa.
[...] Isu UUM Saman Raja Petra dan Suara Keadilan RM7 Juta [image] [...]
sepatutnya keterangan anta ni diguna pakai dalam mahkamah dan nta patut dipanggil untuk memberi keterangan. Malah, bahasa yang digunakan pun sebenarnya ‘bahasa selamat’ yang tidak menuduh malahan bertanya secara sopan…
Keseluruhannya mendedahkan wajah sebenar manusia bernama Nordin Kardi dan UMNO. Turut terbabit wajah sebenar UUM dan BTN.
Raja Petra hanya gelak.
pepatah yg paling tepat adalah ibarat membaling batu sembunyi tgn..
dalam isu ini jelas sgt sbnrnya islamhadhari.net
yg sepatutnya dibawa ke tgh utk diadili.. dan sepatutnya dr nordin boleh saman islamhadhari.net tp sebaliknya pula yg berlaku..
dan 1 lg kepelikan..kenapa penulis asal artikel tidak diambil keterangan?
cause of action hanya brsndarkan libel & slander..bagaimana pula yg melanggar copy right itu sndiri iaitu islamhadhari.net?
terlalu byk persoalan…
Muhtar,
Juz read about this issue this morning.
m agree with amir and dubrovnik up there,
but any way, salute to you and we alwaz support u as long as u r on the rite lane..There’s no harm to ask for forgiveness
even if we r on the right track..
Saudara Muhtar,
Saya rasa isu di sini antara saudara dan Dr. Nordin. Cuma saya agak keliru di mana silap tuan yang pada mulanya menganggap karya tuan telah diciplak oleh Dr. Nordin . Sedangkan tuan telah meneliti setiap baris ayat yang tercatat dalam laman web IslamHadhari.net itu adalah karya asal tuan cuma diolah dari segi tajuknya.
Jika tuan benar mengapa tidak tuan menyeret Dr. Nordin dan pemilik IslamHadhari.net ke makamah?
Cuma pemilik laman blog Malaysia-Today dan Suara Keadilan cut and paste saya pergolakan itu dan membuat sedikit komen dan ulasan atas insiden yang berlaku..
Salam,
Bagi akhi Muhtar, ini adalah ujian dari Allah. Dari pembacaan artikel di atas, memang enta tidak bersalah. Tetapi tempias itu terenjis juga pada enta. Mungkin selepas ini, dengan artikel yang ditulis di atas akan membuka sedikit-sebanyak mata dari pihak UUM dan juga Mahkamah.
Salam Wahai Sahabatku Muhtar Suhaili,
TAHNIAH! Kau memang berani. Berani kau kerana benar. Ramai yang tak mengenali kau. Kau memang keras kepala, tapi ramai yang tak tahu kau memang lembut hati. Keras kepala kau memang sangat aku kagumi. Ramai yang tak kenal Muhtar Suhaili tak pernah berdendam. TAK PERNAH!! Walau sekali pun tak pernah.
Cuma sahabat kau jangan lupa, Sewaktu kita sama-sama berjuang, Satu UIA, Satu Mekatronik, Satu Bilik, kadang-kadang Satu Katil waktu kita bersahabat. Kau tak boleh tengok orang susah. Habis semua duit kau untuk perjuangan. Sampai kadang-kadang kau terpaksa berhutang dengan aku. Kau tak pernah berkira. Satu dalam sejuta seperti kau. Aku yakin walau setinggi gunung, kau pasti akan dapat mendakinya. Walau luasnya lautan aku yakin pasti kau akan dapat merentasinya. Aku kenal kau, “Tak kisah apa orang cakap”. Yang baik kau terima dan yang buruk kau memang buat selamba. Biar semua jin dan manusia berkumpul untuk merendah dan meninggikan kau, Katakanlah TIDAK! Segalanya hanya ALLAH Yang Berkuasa. “Allah Taqqat, Makhluk Taqqat Nahe He”.
Syabas sdra kerana mempunyai hati yang mulia, sedia memohon maaf atas perkara yang difikirkan salah.
Tapi, tidak orang lain. Padan muka dia!!!!
Raja Petra Dan Suara Keadilan Diperintah Bayar RM7 Juta Kepada Dr Nordin Dan UUM
ALOR STAR, 26 Mac (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan pemilik blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin bersama pengarang akhbar itu membayar gantirugi berjumlah RM7 juta kepada Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Tan Sri Dr Nordin Kardi dan UUM.
Penghakiman mahkamah itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Priscilla Gendagaran pagi Rabu setelah kesemua defendan gagal menghadirkan diri atau membawa peguambela ke mahkamah.
Dr Nordin dan UUM mengambil tindakan undang-undang terhadap Raja Petra dan pengarang akhbar terbabit pada Februari tahun lepas setelah akhbar “Suara Keadilan” dan laman blog Malaysia Today menerbitkan satu artikel yang bertajuk “NC UUM PENCIPLAK” pada Disember 2006 dan Januari 2007.
Peguam Dr Nordin dan UUM, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata artikel itu mempunyai unsur fitnah dan menjatuhkan kredibiliti Dr Nordin sebagai seorang Naib Canselor serta telah menjejaskan nama baik universiti itu.
Artikel itu mendakwa Dr Nordin kononnya telah menciplak satu tulisan bekas presiden Majlis Perwakilan Pelajar Muhtar Suhaili yang bertajuk “Mahasiswa dan Tanggungjawab Mengurus Kejayaan”.
Dr Nordin menafikan dakwaan kononnya beliau menulis rencana itu dan meminta Raja Petra serta pengarang akhbar terbabit untuk memohon maaf kepada beliau dan UUM.
Mohd Khairul berkata setelah Raja Petra dan pengarang akhbar itu tidak mahu memohon maaf, Dr Nordin dan UUM terus mengambil tindakan sivil mengikut Akta Fitnah 1957.
Mohd Khairul berkata defenden tidak membela diri di mahkamah dan penghakiman pagi ini memerintahkan Raja Petra membayar gantirugi am sebanyak RM2 juta kepada Dr Nordin dan RM2 juta lagi kepada UUM.
Selain itu, ketua pengarang akhbar Suara Keadilan dikenakan hukuman membayar gantirugi am sebanyak RM1 juta kepada Dr Nordin dan sebanyak RM500,000 lagi kepada UUM.
Editor akhbar itu pula diperintahkan membayar gantirugi am berjumlah RM1 juta kepada Dr Nordin dan RM500,000 kepada UUM.
Dr Nordin dan UUM juga mengemukakan saman yang sama terhadap Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) sebagai penerbit akhbar Suara Keadilan dan perbicaraan kes itu akan diteruskan di Mahkamah Tinggi Alor Star.
Mohd Khairul berkata kegagalan defenden membayar gantirugi itu membolehkan tindakan perintah muflis dan menyita semua harta diambil oleh mahkamah.
Bercakap kepada pemberita, Dr Nordin berkata tindakan beliau adalah sebagai pencetus kepada orang ramai termasuk golongan ahli politik atau artis untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyalahgunakan laman blog.
Katanya mereka yang sewenang-wenangnya melemparkan fitnah kepada orang dalam laman blog masing-masing kini harus mengambil pengajaran bahawa mereka tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.
“Saya tahu mungkin saya tidak mendapat wang itu kerana mereka tidak mampu membayarnya tetapi saya puas kerana kes ini membuktikan terdapat ruang untuk mengambil tindakan sivil terhadap pemilik laman blog yang melemparkan fitnah,” kata beliau.
Dr Nordin berkata jumlah saman itu sebenarnya masih tidak setimpal dengan perbuatan menjatuhkan imej sebuah institusi pengajian tinggi dan jika defenden membayar gantirugi kepada beliau, wang berkenaan akan digunakan untuk kepentingan universiti.
– BERNAMA
Sepatutnya: Muhtar menyaman Nordin Kardi, bukan Nordin Kardi menyaman Raja Petra Kamaruddin dan Parti Keadilan Rakyat. RPK hanya paste saja.
Tapi, ramai yang musykil mengapa Muhtar memohon maaf sedangkan di sini, siapa pencuri dan siapa yang kena curi?
Bagaimanapun, melihat pada wajah, kita tahu Muhtar adalah manusia yang lembut hati. Kita tak tahu tekanan dan mungkin ugutan yang beliau hadapi.
Yang benar tetap benar. Allah Maha Adil.
[...] “This Issue Serves to Strengthen My Spirit and Increase My Wisdom” [...]
Sebenarnya isu ini taklah rumit sangat. Simple dah mudah difahami. Boleh sangat kalau nak diselesaikan dengan cara yang betul. Orang kampung (macam saya) yang sekolah tak tinggi pun tahu cara yang betul untuk menyelesaikannya! Setakat belanja minum kopi jer, tak perlu minta RM juta2.
Berilmu tak bererti manusia itu baik, jujur, benar dan adil. Sebab tu la zaman ni banyak orang berilmu tapi dunia tunggang langgang… sebab kurang iman la tu. (General statement jer… tak tuju kat sapa2… aku takut kena saman beb!)
Tapi kes ni memang pelik… macam cerita hindustan pulak… berbelit, membelit dan terbelit. (ni pun umum… tak tuju kat sapa2 jugak… hehehe)
Tak nak cakap lebih2. Karang kena saman pulak!
Assalamualaikum…
Semoga Allah menunjukkan jalan keluar kepada anta di atas segala kesulitan yg sedang berlaku sekarang. Ingatlah kasih sayang Allah pasti mengiringi setiap langkah insan yang berusaha meraih REDHANYA… Jgn sekali-kali berhenti berharap pada ALLAH…InsyaAllah semuanya akan khair!
Assalamualaikum al-akh Muhtar.
Sudah membaca tulisan ini pada hari pertama disiarkan, namun baru berkesempatan meninggalkan jawapan.
Adat budiman lembut hati indah pekerti. Memohon maaf bukan peribadi orang lemah, tetapi hakikat orang berani!
Menunduk bukan bererti menyerah, tapi berundur memasang gerak!
Bila tak jelas ramai cuba nak tafsir berita walaupun dlm tulisan as-sarawaki ada sedutan perintah Allah agar berhati-hati dengan setiap berita yang diterima. Dlm kes Mukhtar Suhaili (MS) sebenarnya tak sesusah mana dan bukannya putar belit. Isu MS dan NK selesai melalui rundingan sesama mereka (sbb itu NK tidak saman MS).
Kenapa NK dan UUM saman raja petra dan suara keadilan? Kerana artikel MS dibiarkan terus berada dlm laman web tersebut. UUM juga telah memaklumkan mereka (sebelum tindakan saman dibuat) untuk hanya memohon maaf secara terbuka melalui cara yang sama artikel MS disiarkan. Namun tiada respon diterima. Sejajar dgn itu saman difailkan.
Kebetulan pula keputusan mahkamah keluar sebaik sahaja selepas pilihanraya. Ada yang kata agenda politik (penyebar isu ini telah melakukan satu fitnah besar) kerana berasaskan logik tahukah NK bila tarikh pilihanraya dan bila hari keputusan diumumkan. Sedangkan fail saman kepada mereka dibuat hampir dua tahun sebelum pilihanraya (ini bererti isu ini bukan propaganda sebaliknya secara kebetulan)
Kenapa NK tak saman IslamHadarinet? Kerana mereka telah memohon maaf secara rasmi kepada NK (mudah dan habis cerita). Masalah kepada raja petra dan suara keadilan adalah kerana mereka tidak mahu bertanggungawab atas tercemarnya kredibiliti warga akademik di UUM.
Nasihat kepada as-sarawaki. kalau anta nak bersihkan nama. Segera failkan saman kepada IslamHadarinet (kerana mereka hingga kini belum jelaskan apa2 kepada anta). Anta juga boleh sekali lagi failkan saman kepada raja petra dan suara keadilan kerana berdasarkan cerita di atas anta tidak pernah meminta mana2 pihak untuk menyiarkan tulisan anta tersebut.
Jadi dalam hal ini:
- antara MS dan NK isu selesai
- antara MS dan islamhadarinet belum selesai
- antara MS dgn raja petra serta suara keadilan (hanya MS yg tahu kerana mungkin keduanya ada memohon maaf secara peribadi kepada beliau. Tetapi pada ana raja petra dan suara keadilan juga perlu memohon maaf secara terbuka kepada MS supaya orang ramai faham kemelut yang berlaku.
Tak mahukan anta saman raja petra kerana berdasarkan kronologi kes, kemenangan sudah 90% berada di pihak anta? Begitu juga dgn suara keadilan kerana anta sendiri menjelaskan mereka menyiarkan tanpa keizinan anta. Fikirlah dengan baik.
Wassalam
Semua orang memuji saudara Muhtar, tapi bagi saya saudara adalah sama dengan pangampu-pengampu peguasa yang rakus, bongkak & tidak bertanggung jawab, pentingkan diri sendiri.
Saya bersetuju dgn pendapat “Berilmu tak bererti manusia itu baik, jujur, benar dan adil”.
Ini proses undang-undang yang biasa. Bukan sebab tamak sgt dgn RM juta2 tu.. Raja Petra taknak bayar pun (kalo xcaya baca blog malaysia-today), Kos Nordin Kardi keluarkan utk kes ni pun dah banyak.. Bukan sbb nak duit juta2 tapi utk bersihkan nama!
Muhtar & islamhadhari.net telah meminta maaf.. takkan nordin kardi nak saman muhtar lak? mestila muhtar n islamhadhari.net dah x terlibat dgn kes ni.
Yang menjadi isu bila raja petra taknak minta maaf bila mengeluarkan artikel tu. dulu dia kutuk tentang orang lain, komen orang lain tak adil dan angkuh. tapi bila dia yang melalui proses pengadilan jangan kan nak minta maaf, malahan raja petra dgn angkuh mengaku membakul sampahkan isu ni.
Dulu blog raja petra blog pertama saya buka tiap kali online. disbbkan kes ini, saya muak nak baca kata2 raja petra.. kutuk orang pandai, diri sendiri pun tak bertanggungjawab. org macam ni klu jadi pemimpin dia akan jadi macam org2 yang dia dah kutuk sblm ni.
moga sabar dengan mehnah yg menimpa
Assalamu’alaikum…
Smg Allah memberikan kita yg terbaik. kami di UIA senantiasa mahu dan berpihak kpd kebenaran…akh Muhtar yg kami kenali, cekal orangnya!
Prophet s.a.w said:
“Indeed amazing are the affairs of a believer! They are all for his benefit. If he is granted ease of living he is thankful; and this is best for him. And if he is afflicted with a hardship, he perseveres; and this is best or him.” (Muslim)
+cross;
Berpada-padalah sebelum mengata orang. Bertaubatlah.
Sekadar perkongsian:
»» Make A Difference On Someone Else’s Life Today! »»
Wallahu a’lam bissawab.
alhamdulillah… subhanallah.. sungguh tak terduga, ana akan mendapat suatu jawapan yang konkrit sebegini… sedang ana tertanya-tanya: “what happen actually?” (about this case..) n today.. i’ve got the answer
.. thanx ALLAH…
4 ur information… ia berlaku secara tidak terancang..
dengan kasih sayang ALLAH.. hambanya diuji dan manusia yang menerima ujian yang paling besar.. tentunya kekasih ALLAH.. Rasulullah SAW.. smg dengan ujian ini anta jua akan tergolong sebagai kekasihNYA…
InnALLAHA ma’assobiriin..
Anda puas hati kisah ini berakhir begini?
Raja Petra disaman RM 7 juta, berpunca dari saudara Muhtar. Bermula dengan artikel asal yang saudara tulis, diikuti artikel memohon penjelasan dari Dr Nordin Kardi. Raja Petra cuma menghangatkan rentak dan membantu menegakkan hak saudara.
Tiba-tiba, saudara memohon maaf dan terus berundur. Tinggal Raja Petra meneruskan rentak dan memperjuangkan hak. Tuan empunya diri yang haknya telah diambil orang cuma mengakhiri dengan surat memohon maaf (yang bagi saya, bukan saudara yang patut minta maaf).
Siapalah saya untuk menasihati orang yang jauh lebih senior, berpengalaman dan lebih mahir dengan sepak terajang dunia.
Tapi saya tetap menasihatkan saudara, jangan biarkan isu ini begitu sahaja. Anda ada tanggungjawab yang masih belum dilunaskan. Anda perlu tampil dan membongkar kisah sebenar di mahkamah. Raja Petra teraniaya kerana saudara. Adilkah saudara membiarkan Raja Petra disaman, berulang alik ke mahkamah kerana usaha beliau untuk membela saudara?
Biar segala kisah dibongkar habis, barulah mahkamah boleh memberi keputusan dengan adil. Samada Dr Nordin Kardi yang bersalah, atau panggil masuk pihak islamhadhari.net untuk memberi keterangan sebenar.
Sekarang, hanya anda yang boleh menegakkan keadilan yang sebenar. Step in, and tell the truth. Let the justice prevail!
Assalammua’laikum,
Kaifa Haluka Ya Akhie..
Terbaca blog anta, ana rasa dugaan yang berat ini adalah ujian dari NYa..ana harap anta sabar dan bijak menangani isu ini, sementelahan lagi ianya berkaitan dengan politik negara yang terumbang-ambing..bagi ana, ana kenal anta dari sama-sama di Matrikulasi, ana percaya yang anta adalah di pihak yang benar..doa ana, moga Allah melindungi anta dan keseluruhannya, diberkatiNya, dirahmatiNya..moga Allah membuka pintu hati dan memberi hidayah pada insan yang lalai..Amin..
Akhirulkalam, Wa Billahi Taufiq Wal Hidayah Wassalammua’laikum Wa Rahmah..
Ma’assalaamah..
Salam.
Saya puji tindakan Saudara Mukhtar utk meminta maaf dahulu. Difahami, tentu tindakan tersebut sangat berat utk dilakukan. Tidak ada sesiapa yg akan senang hati bila karyanya diciplak. Sudah tentu.
Sedangkan Nabi kita pun mengajar, utk merujuk idea dan pendapat kepada si penyumbangnye. Contoh yg paling jelas ialah cara Hadith Rasulullah diriwayatkan… An Abi Hurairata radhiallauanhu… an… an dan an lagi sehingga teks hadith sebenar… yg pada sesetgh org (saya dulu) semacam tidak efisyen kerana teks sebenar kadang2 adalah sgt ringkas.
Saya berpendapat, saudara diamkan saja isu ini sehingga muncul peluang yg lebih baik. Tidak ada guna nye cuba mempertahankan RPK, kerana semua pasti sgt jelas, isu ttg article saudara hanyalah satu alasan sahaja krn isu sebenar tidak ada bukti yg kuat.
I’m sure every body will agree with me, that we need you more. here. in this blog dan di lapangan. Walaupun tidak dikenali, walaupun tidak dihargai. Samakah penilaian Allah dengan penilaian hamba2 nya? Adakah pahala jutawan yg bersedekah RM1 juta itu lebih banyak dari pahala si fakir yg bersekedah RM1?
-Abraham’s Bird-
[...] Artikel: Isu UUM Saman Raja Petra dan Suara Keadilan RM7 Juta. [...]