
“Gambar Pilihan PRU Ke-12: Masyarakat Majmuk Malaysia. Sumber Foto>>”
“Gambar Pilihan PRU Ke-12: MP Saya, YB Ahmad Lai Bujang. Sumber Foto>>”
“Gambar Pilihan PRU Ke-12: Calon Bebas P036, Maimun Yusuf. Sumber Foto>>”
“Gambar Pilihan PRU Ke-12: Bro. Suhaimi (Amy Search). Sumber Foto>>”
As-Sarawaki, 11 Mac 2008: Alhamdulillah, tahniah dan takziah kepada semua Yang Berhormat di atas kemenangan dalam Pilihanraya Umum baru-baru ini! Tahniah kerana berjaya menjadi ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri. Takziah kerana kalian kini memikul amanah yang amat berat dan akan dipersoalkan oleh Allah SWT di Akhirat nanti!
Rasulullah SAW bersabda:
“Kamu semua begitu bercita-cita terhadap jawatan kepimpinan, ianya akan menjadi penyesalan pada Hari Kiamat. Ianya sesuatu yang nikmat pada permulaannya tapi keburukan pada akhirnya” (Riwayat Imam Al-Bukhari).
Telah berkata Sheikh As-Shamsuddin kepada Sultan Muhammad Al-Fatih setelah baginda dengan gilang-gemilangnya berjaya menawan Kota Konstantinople:
“Walaupun hari ini engkau telah berjaya mencapai kejayaan yang paling besar, tetapi biarlah aku menjadi satu-satunya manusia yang terus mengingatkan engkau bahawa engkau adalah hamba kepada Allah SWT!”
Sebagai muhasabah pasca pilihanraya, mari kita bersama hayati hasil tulisan Sheikh Dr. ‘Aidh ibn Abdullah Al-Qarni berikut yang telah diadaptasi secara bebas dari buku “Jagalah Allah, Allah Menjagamu”. Semoga ada khairnya dunia dan Akhirat! Kepada semua Yang Berhormat (YB), semoga gelaran YB yang disandang juga akan turut terpakai bagi Yang Beriman, Yang Ber’amal, Yang Berkhidmat, Yang Bertugas, Yang Berakhlak, Yang Berintegriti, Yang Baik, Yang Benar, Yang Berani (membudayakan Syaja’ah), Yang Beramanah, Yang Berbahagia, Yang Best dan Yang Berjuang! Mudah-mudahan.. Amiin.
Oleh: Dr. ‘Aidh ibn Abdullah Al-Qarni
Ketika kita takut kepada Allah, maka bangsa-bangsa, orang-orang yang menentang dan para musuh takut kepada kita. Namun ketika kita tidak takut kepada Allah, maka Allah menjadikan kita takut kepada mereka.
Kita telah berperang melawan bangsa-bangsa lain dengan kalimat La Ilaha Illallah dan tidak dengan kalimat yang lain. Maka kita pun meraih kemenangan ke atas mereka, bahkan kita tidak pernah merasa takut terhadap mereka kerana kita menjadikan takut kita hanya kepada Allah SWT.
Jika kita bertakbir dahulu, istana musuh akan bergoncang kerana takbir kita. Allahu Akbar! Oleh kerana itulah, di antara rasa takut Sa’ad bin Abi Waqash sebagaimana dikatakan oleh Adz-Dzahabi dan Ibnu Katsir bahawa ketika dia melihat istana Kisra Anusyrwan, Kisra kesesatan dan Kisra yang menghalang manusia dari Allah, dia mengucapkan “Allahu Akbar!” – “Allah Maha Besar!”, maka pendopo Kisra pun pecah. Sa’ad bin Abi Waqash lalu menangis dengan air mata mengalir kerana gembira.
Allahu Akbar! Allahu Maha Besar! Allah Maha Hebat!
“Ihfadzillaha yahfadzka! Jagalah Allah, Allah pasti menjagamu!”
Kita berlindung jua kepada Allah agar hati kita tidak berpaling dalam solat sehingga Allah berpaling dari kita.
Di dalam kitab: “Az-Zuhd”, Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad yang baik bahawa Abu Bakar Ash-Siddiq dan beberapa orang sahabat pernah memasuki ke sebuah perkebunan milik seorang lelaki dari kalangan Ansar di Madinah. Pada waktu itu buah kurma sedang masak dan kurma-kurma basah bergantungan di dahannya, sementara burung-burung hinggap di sana.
Gembiralah sahabat-sahabat menyaksikan pemandangan itu kecuali Abu Bakar yang duduk menangis. Mereka bertanya: “Wahai Khalifah Rasulullah, apa gerangan yang terjadi pada dirimu?” Beliau menjawab: “Aku melihat burung ini, betapa bahagianya ia! Dia hinggap di satu pohon dan memakan buah-buahannya lalu terbang ke tempat air dan meminum airnya. Setelah itu dia mati tanpa hisab dan azab. Oh, seandainya aku seekor burung! Oh, seandainya ibuku tak melahirkanku!” Akhirnya para sahabat pun ikut menangis.
Oleh kerana itu, Ibnul Qayyim mengatakan “Betapa ramai orang yang mendirikan solat di barisan yang sama dan saling bersandingan tapi perbezaan antara kedua solat mereka seperti jarak antara langit dan bumi.”
Peliharalah solat! Pelihara saat mukamu kau hadapkan kepada Penciptamu!
Allah SWT berfirman maksudnya:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Al-Baqarah, ayat 218)
Justeru, Ihfadzillaha yahfadzka! Jagalah Allah, Allah pasti menjagamu!
Wallahu a’la wa a’lam.



Penting sekali para pemimpin menyedari bahawa jawatan yang dipegangnya adalah amanah Allah. Bagi pemimpin Islam mereka bertanggungjawab terhadap Islam dan ummahnya. So Saya rasa tak perlu la PAS terlalu tergesa2 untuk dapatkan kuasa. Sebelum menjalinkan pakatan dengan DAP di Selangor dan Perak, ada baiknya pemimpin PAS, buat perbincangan dengan ahli2 akademik, NGO dan buat solat istikharah dulu. Benda2 besar begini perlu dilakukan secara berhati2, jangan nanti menyesal dituduh jadi tukang hangguk kepada DAP, sanggup membiarkan kepentingan Islam dan Ummahnya disembelih.
Sufie… PAS for all!! Be positive lah!!! Time for dakwah!!!
assalamualaikum,
pd pendapat sy telah ramai ahli-ahli bijak pandai menyertai parti pas. para pemimpin dan ahlinya kini lebih proaktif dan berhati-hati dalam perjuangan mereka. hanya sebilangan kecil sahaja yang kurang sensitif dengan perjuangan sebenar parti yang memperjuangkan islam untuk semua ini. insyAllah sekiranya sunnatullah dan syariatullah dipatuhi pasti berjaya dunia akhirat.
saudara mukhtar, sedih hati sy tatkala melihat foto di kws sibuti.. semoga kita semua diberikan taufik dan hidayah.. amiin..
Assalammualaikum…
Kebiasaannya berita 7 pagi saya berkesempatan mendengar sambil memandu… termasuk lah hari ini… sebelum pilihanraya hingga selesai pun masih lagi cerita tentang kehebatan parti memerintah… eh tak malu betul lah, agaknya mereka tak mengaji tentang muhasabah diri…
Ini akan menambah muak lagi masyarakat dengan sogokan berita yang sombong, angkuh… mungkin boleh sampai termuntah-muntah… sedar diri lah sikit… dah kalah faham faham lah… buat lah muka sedih, pasrah… ini tidak muka seposen juga di tunjuk…
Buat kenyataan hebat (angkuh) pula tu… bila ini berlaku, seperti masyarakat pengundi pula yang disalahkan, mana adil itukan hak pengundi… pengundi menilai dan menyelidik… lihat saja tv sepanjang kempen… sampai nak muntah tunjuk diri… kan tak adil tu… nak lawan kalau berani jangan ikat tangan dan kaki orang.. sama-sama di atas gelanggang terbuka… baru hebat.
Saya tertarik dengan pandangan saudara Faisal dalam komen beliau di laman saifulislam.com. Tengok di sini http://saifulislam.com/?p=1568#comment-137820:
PAS adalah satu-satunya parti pembangkang yang saya hormati di Malaysia. Tapi selepas pilihanraya umum kali ke-12, saya mula tertanya-tanya: adakah ini bulan sedang mengambang; atau bulan gerhana?
Atas nama pembersihan, PAS tidak boleh bekerjasama dengan MIC dan MCA yang lebih ’soft-core’. Tapi atas nama sirat-e-mustakim: PAS boleh membuat pakatan intim dengan DAP yang sangat ‘hard-core’? Saya tak faham. Jangan salah faham. Bukan saya kata tak boleh. Saya memang anti politik perkauman. Dan saya sangat menyanjung kesederhanaan serta prinsip ‘hablum minanas’ yang dianjurkan oleh Islam. Tapi adakah pilihan PAS ini satu kesederhanaan? Ini pertanyaan, bukan kritikan.
Atas nama pembersihan, PAS memilih untuk tidak bersatupadu dengan UMNO. Tetapi begitu riang-ria bersekongkol dengan PKR — sebuah pusat perkumpulan ’serpihan-serpihan BN’ sama seperti Semangat 46. Tapi pada skala lebih besar. Kenapa? Adakah sejarah silam belum cukup mengajar? Atau PAS memilih untuk bersangka baik sesama manusia — tetapi secara selektif. Bersangkabaik dengan UMNO tak boleh. Dengan PKR boleh? Ini pertanyaan, bukan kritikan.
Dan terakhir kali — saya tertanya-tanya: apakah yang paling penting untuk PAS — ‘idealisme dan prinsip’ ATAU ’survival politik’? Atau kedua-duanya sama penting. Ambil separuh-separuh. Ala-ala fahaman, minyak dan air boleh bercampur?
Atas kemenangan mutlak BN di Sabah; iaitu ADUN 59-1 dan Parlimen 23-1 (sepatutnya 24-1) — seluruh umat Malaya yang menggelar diri mereka reformis bangsa mengutuk-ngutuk. Kononnya orang Sabah ini buta politik, dan kerbau dicucuk hidung. Tak ada keberanian. Kerana menolak perubahan!
Mungkin majoriti kita ini buta sejarah politik Malaysia. Mulut lebih besar dari pembacaan. Kalau bercakap tentang reformasi dan perubahan iklim politik: Sabah adalah negeri yang paling dinamik. Sabah telah mencium bau reformasi puluhan tahun lebih dulu dari Malaya.
Dalam tempoh 4 dekad, Sabah telah reformasikan kerajaan negerinya sebanyak empat kali. USNO ditumbangkan oleh Berjaya; lalu Berjaya ditumbangkan oleh PBS; lalu PBS ditumbangkan oleh UMNO.
Kalau penduduk Sabah begitu berani berubah; kenapa mereka sengaja menyimpang jauh daripada angin perubahan politik yang tiba-tiba melanda seluruh negara? Bukahkah keputusan 59-1 dan 23-1 (sepatutnya 24-1) itu sangat ekstrim?
Saya tidak ada jawapannya secara akademik kerana tiada sebarang kajian secara formal dan rasmi dilakukan. Tapi yang saya boleh andaikan — bahawa orang Sabah sudah belajar pengajaran dari sejarah.
Pengajaran apa? Bahawa reformasi dan perubahan (atas nama sentimen) TIDAK SEMESTINYA menjanjikan dunia yang lebih indah..:)
Salam dari kiter…
Semua parti pemecah-belah ummat ini. Jika parti ini jadi satu jalan penyelesaian kepada masalah ummat ini, maka sudah tentu ALLAH SWT telah ilhamkan kepada Nabi kami (bukan kita kerana kamu tak mahu ikut) yang mulia Sayyidul Mursalin Habibullah Muhammad SAW. Sudahlah bantuan ALLAH tiada pada ummat ini kerana iman yang rosak, datang pula si pemecah-belah ummat. Mafhum hadith Nabi yang mulia dari Abu Hurairah r.a yang maksudnya “Apabila ummatku membesar-besarkan dunia maka akan dicabut daripada mereka kehebatan Islam dan apabila mereka meninggalkan amr-bil-ma’ruf dan nahi-’anil-mungkar mereka akan kehilangan keberkatan wahyu dan apabila mereka caci-mencaci antara satu sama lain mereka akan gugur daripada pandangan ALLAH SWT”. Nah apalagi si pemecah-belah ummat akan cakap. Hati ummat perlu disatukan bukan dipecah-pecahkan. Cukuplah ALLAH bagiku.
As-Sarawaki: Alhamdulillah, saya boleh bersetuju dengan beberapa buah fikir saudara. Cuma saya kurang bersetuju bila saudara mengatakan Nabi Muhammad SAW itu Nabi kamu sahaja.. Saya kurang pasti dalil atau sunnah mana yang membolehkan saudara menafikan hak Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi Umat Akhir Zaman. Saya yakin saudara dae’i (karkun?) tetapi bukan hakim beremosi yang dengan mudahnya menjatuhkan hukum itu dan ini pada manusia lain. Wallahu a’lam bissawab.
Buat adikku Muhtar Suhaili yang kuhormati. Kamu adalah saudaraku yang sangat aku sayangi. Janganlah aku dan kamu berselisih untuk perkara kecil. Jika ada salahku maafkanlah aku. ALLAH SWT berfirman “Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali ALLAH, dan janganlah kamu berpecah-belah…” Ali Imran: 103.
Nabi SAW bersabda, “Barangsiapa yang keluar dari ketaatan dan memisahkan diri dari jemaah, maka ia mati laksana kematiannya orang Jahiliyah dan barangsiapa yang berperang di bawah bendera keashobiahan (kesukuan) dia marah kerana kesukuannya atau mengajak kepada keashobiahan dan menolong kerana keashobiyahannya lalu dia terbunuh maka kematiannya laksana kematian Jahiliyah dan barangsiapa yang keluar dari umatku kemudian memusuhi orang-orang yang baik maupun yang fajir di antara umatku dan tidak mengecualikan orang-orang yang beriman dari mereka dan tidak menepati kepada orang yang diberi janji yang ia telah berjanji kepadanya maka dia bukan dari umatku dan aku bukan dari golongan mereka.”
(HR. Muslim dari Abu Hurairah).
As-Sarawaki: Alhamdulillah ‘ala kulli hal! Teruskan usaha saudara dan marilah kita terus berpegang kepada konsep fastabikul khairat! Wallahu a’lam.