“Majlis Perkahwinan, 29 Disember 2007, Kampung Muhibbah, Niah, Miri”
As-Sarawaki, 31 Disember 2007: Alhamdulillah! Diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Amru ra bahawa Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda:
الدنيا متاع وخير متاع الدنيا المرأة الصالحة
“Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia itu ialah perempuan yang solehah” (Hadith Sahih Riwayat Muslim, Nasaie, Ibn Majah dan Ibn Hibban serta lain-lain).
Entri ini adalah lanjutan daripada entri sebelum ini: ‘Memori Indah, Detik Manis dan Saat-saat Bahagia‘. Sebenarnya banyak perkara yang ingin saya tulis tentang Majlis Perkahwinan saya. Cuma ruang waktu dan kesibukan urusan semasa Majlis Perkahwinan baru-baru ini masih belum mengizinkan untuk saya menulis dan kongsikannya di laman weblog ini. Antara tajuk entri yang tengah saya usahakan ialah ‘Tersepit Dalam Dilemma: Antara Adat vs Syari’at’. Insya Allah doakan semoga entri tersebut dan entri ‘Bagaimanakah Syari’at Islam Menjelang 2020?‘ akan dapat saya selesaikan sesegera mungkin.
Saya ingin mengambil kesempatan ini dengan rasa syukur tidak terhingga untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang datang merai termasuk sahabat-sahabat Shell dan Petronas, penggerak-penggerak Task Force Kecemerlangan, Yayasan ‘Amal Malaysia (YAM), Jamaah Islah Malaysia (JIM), Harakah Islamiyyah Sarawak (HIKMAH), Badan Kebajikan Pekerja Islam Petroleum (BKPIP), Badan Kebajikan Islam Petronas (BAKIP), warga pendidik, AJK-AJK Masjid-masjid di Miri, pemimpin-pemimpin politik, ex-UIA, ex-Kolej, para penasyid dari Bintulu dan Miri, penceramah undangan – Ustaz Mohd Juneed Ismail, jurukamera – Ustaz Ahmad Fauzi Yaakob dan Saudara Omar Lamuseng, sahabat amat akrab – Akhi Mohd Sharifuddin yang sanggup datang jauh dari Kuala Lumpur, juga tidak dilupakan sahabat-sahabat lain yang tidak disebutkan di atas serta pastinya tidak ketinggalan masyarakat kampung yang telah bertungkus-lumus selama seminggu bergotong-royong membantu menjayakan Majlis Perkahwinan kami.
Jazakumullahu khairan kathira. Meskipun dalam keadaan hujan renyai-renyai di awal pagi dan terpaksa menempuh jalan raya penuh ‘adventure’ yang belum berturap, kesanggupan hadir sahabat-sahabat dan teman-teman sekalian sesungguhnya amat kami hargai. Selain itu, terima kasih juga kepada YB Rosey Yunus (ADUN Bekenu) yang turut hadir ke Majlis Perkahwinan tersebut di atas keprihatinan dan janji untuk berusaha memperbaiki kondisi jalan raya di Kampung Muhibbah. Mudah-mudahan menjadi kenyataan menjelang Pilihanraya Umum akan datang.
Melalui entri ini, berikut dikongsikan beberapa keping gambar kenang-kenangan Majlis Perkahwinan sebelah pihak lelaki pada 19 Zulhijjah 1428H bersamaan 29 Disember 2007 yang lepas bertempat di Lot 22, Kampung Muhibbah, Niah, Miri. Semoga ada khairnya. Sebagaimana yang saya sebutkan dalam entri sebelum ini, berkongsi rasa gembira sesungguhnya merupakan satu kebahagiaan! Bersama mencipta SAMARAH: SAkinah, MAwaddah wa RAHmah!
“Natural Beauty.. Isteri Lebih Menyerlah Ayunya Tanpa Make-Up!”
“Impian SAMARAH: SAkinah, MAwaddah wa RAHmah”
“Majlis Perkahwinan Dengan Adat Dan Budaya Masyarakat Bugis”
“YB Rosey Yunus (ADUN Bekenu) & Suami. Ayah Ibu Saya Berbaju Keemasan”
“Ceramah Agama ‘Rumahku Syurgaku’ dan Persembahan Nasyid”
Firman Allah SWT di dalam Surah Thalaq, ayat 2-3 (maksudnya):
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah maka sesungguhnya Allah akan menyediakan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan-jalan yang tidak disangkai olehnya”.
Wallahu a’la wa a’lam.

















Terima kasih atas layanan mesra dari kaum keluarga saudara.
Assalamualaikum wbt;
Hajjah sekeluarga doakan semoga saudara dan isteri beroleh kesejahteraan dan kebahagiaan rumahtangga dunia dan akhirat. Insya Allah.
Alhamdulillah, semoga berbahagia dunia akhirat.
BarakAllahulak Wabaraka ‘Alaik Wa jam’abainakuma Bilkhair..
Sebaik-baik suami yang lemah-lembut terhadap isterinya.
Sebaik-baik suami pemimpin dan pelindung isterinya.
Sebaik-baik suami yang mencintai Allah dan RasulNya.
Sebaik-baik isteri adalah apabila dipandangan membawa ketenangan
- Riwayah Muslim.
Sebaik-baik isteri menjadi penguat perjuangan pembakar cinta kepada Allah.
Sebaik-baik isteri yang tidak melalaikan sumai di jalanNya.
Tahniah kepada kedua-dua mempelai. Suami isteri ibarat pakaian kepada yang lain, saling melengkapi dan menutup kelemahan di antara satu sama lain. Mencari kekuatan di dalam diri masing-masing dan menyalakannya ke arah positif. Segala kekurangan dan kelemahan pasangan merupakan kekuatan bersama apabila diambil secara postif dan membina.
Perkahwinan bukan suatu perkara yang akan sentiasa bahagia. Namun ianya satu wasilah menuju Redha Allah, satu perjalanan melengkapkan Sunnah, satu wadah menuju cinta Allah.
Pasangan, teman melengkapi kehidupan Mu’min yang bertaqwa yang akan menghadapi susah senang, getir perit mecapai maqam muttaqin.
Semoga berbahagia dan mendapat barakahNya selalu.
salam… cute zaujah anta…….
Tahniah dan selamat memelihara dan memeriahkan rumahtangga dengan penuh ketaqwaan dan kesabaran.
salam
abg,
tahniah ya.. semoga berkekalan hingga ke anak cucu..
Salam manis pengantin baru,
Mohon izin saudara Muhtar dan rakan-rakan di blog ini.
Undi Zamri Mohamad bagi The Malaysian Dotcom Youth Search 2008.
Laman web Zamri Mohamad tersenarai. Jom, undi!
Laman web http://www.zamrimohamad.com telah disenaraikan dalam senarai pencarian The Malaysian Dotcom Youth Search. Laman web ini bakal bersaing dengan 381 laman web lain dan jumlah laman web akan bertambah lagi. Sudah tentu laman web http://www.zamrimohamad.com sedang bersaing dengan laman-laman web komersial bahasa Inggeris dan bahasa Melayu tempatan milik peserta-peserta lain.
Satu pertandingan yang menjadikan pemilik laman web komersial cuba meningkatkan kualiti persembahan laman web masing-masing.
Saya memerlukan saudara-saudari pengunjung mengundi laman web http://www.zamrimohamad.com
Jika laman web ini dan rangkaian blognya layak mendapat undian saudara. Klik logo berwarna kuning di sebelah atas apabila memasuki muka hadapan laman web http://www.zamrimohamad.com
Klik ke http://www.zamrimohamad.com
Terima kasih atas sokongan saudara dan saudari.
Terima kasih kepada sokongan saudara Muhtar dan rakan-rakan.
alhamdulillah, semoga impian SAMARAH menjadi kenyataan. aminnn…
salam akhi…
tahniah di atas majlis perkahwinan yang telah berlangsung. semoga berkekalan bahagia hingga ke syurga.
salam dari saya..
Assalamualaikum
Alhamdulillah bertaut sudah dua manusia dua hati.
Bertemu kerna Allah. Hidup hanya untuk DIA.
Rumahtangga dakwah…
Barakallahulak wabaraka ‘alaik wa jam’abainakuma bilkhair
Bernikah akhirnya di hadapan Allah melalui izinan dan restu orang tua.
Salam Perjuangan
Tahniah dari saya sekeluarga, semoga berbahagia. Ingatlah alam rumahtangga menjadi cabaran besar kepada dakwah..
tahniah!
bukan senang nak kumpul duit nak kawen.
assalamualaikum ya akhi.. sudah lama saya mengikuti dan melawati laman ini…
tahniah untuk saudara atas tali ikatan perkahwinan yang telah diikat… moga berbahagia selalu… memiliki ketenangan dan keredhaan tuhan…
Salam tahniah buat kedua mempelai..moga sentiasa di dalam keberkatan Ilahi, beroleh darinya anak2 yang soleh solehah, buat penyambung perjuangan…
betul.. wanita hiasan dunia.. seindah hiasan adalah wanita solehah!
Selamat Pengantin Baru ya akhi
Dengan doa semoga beroleh SAMARAH yang didambakan oleh sekelian umat Mukminin yang sejati
Semoga semangat da’ie akhi akan bertambah dengan adanya sokongan padu daripada zaujah yang dicintai
SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHU AKBAR!
salam,
wah, bro nikoh doh dih? teringat je kelibat bro jalan2 depan musalla as-siddiq uia sambil mengajak kami turut sama solat. selamat berjuang bro dan selamat ber”pengantin baru”.
Lamanya honeymoon, sampai tak sempat update blog..
muhtar adalah kenalan saya sewaktu di matrikulasi uia dahulu. dan dia ini, presiden majlis perwakilan student yang paling cool. waktu saya buat perhimpunan haram, budak2 baca puisi dan main gitar di depan kiosk nescafe, muhtar singgah dan beri sepatah dua kata. 4 tahun saya di uia, itu antara momen paling saya ingat.
dear br mukhtar and the dearest wife. sy kaunselor at iium. dah lama dengar namamu but never met you personally. actually i`m browsing the blog to get ideas. alhamdulillah Allah ketemukan sy dgn blog ni. soalan: bolehkah sy merujuk satu kes budak sarawak to yr group thro` you. but i hv to seek his permission first. insya`Allah he will graduate soon.
Assalamualaikum wbt…
Actually, ana selalu dengar nama Sdra dlm klgn warga Ladang 3 Miri.warga Kampung Muhibbah yang berjaya dan menjadi sumber inspirasi anak-anak muda yang lain…
Ingin rasanya mengikuti program2 yg Sdra anjurkan namun belum berkesempatan…
Tahniah atas ikatan perkahwinan ini…
Semoga beroleh mardhatillah…
Wassalam…
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Wahai para pemuda, sesiapa di kalangan kamu yang mampu, kahwinlah. Sesungguhnya ia boleh menundukkan pandangan dan melindungi kemaluan. Jika dia tidak mampu, seharusnya dia berpuasa, bahawasanya berpuasa itu lebih baik baginya” (Hadith sohih, disohihkan oleh Alalbani dalam silsilah ahadith assohihah,m/ s 497, jilid 4).
-Membantu Teruna dan Dara mencari pasangan hidup.
-Setiap member perlu mematuhi syarat2 yg di tetapkan.
-Untuk register sila submit butir peribadi anda beserta gambar yg sesuai(menutup aurat).
-Setiap maklumat peribadi anda akan dirahsiakan.
-Kami akan terangkan bagaimana cara nya kami membantu anda.
-Kami berjanji tidak akan meyalah gunakan details peribadi anda.
-Kami sedia menerima sebarang cadangan n komen untuk menjayakan lagi system cari jodoh ini.
Join Klik sini: http://groups.yahoo.com/group/myjodohipt/
Assalamualaikum.
Semoga nta berada dlm keredhaan Allah hendaknya. Dengan respon ini, ana percaya nta dah kembali daripada Sabah. Ana cuma ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas kesudiaan nta meluangkan masa untuk memberi sedikit pengisian kepada pelajar-pelajar PMR SMK Agama Miri pada 29 Mac yang lepas. Semoga apa-apa yang dicurahkan beroleh keberkatan daripadaNya.
Wassalam.
Abzahidi
SMK Agama Miri
tahniah atas perkahwinan anda tempohari, semoga belia ladang 3 khususnya mecontohi anda
Salam…
Masya Allah, kakak tu kawan saya satu course masa di UIA, tapi kami tak pernah bertegur, hanya senyum saja… Hehehehe….
Apapun, moga bahagia. Kirim salam pada zaujah.