“Jemputan Walimatul ‘Urus, 29 Disember 2007, Kampung Muhibbah, Niah, Miri”
As-Sarawaki, 23 Disember 2007: Alhamdulillah, segala puji milik Allah SWT di atas segala-galanya. Ini adalah entri pertama saya semenjak bertukar status dari bujang kepada berkahwin dan sekaligus bergelar suami. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz di Majlis Akad Nikah pada hari Jumaat, 4 Zulhijjah 1428H bersamaan 14 Disember 2007 bertempat di Masjid Kampung Bako, sahlah saya menjadi suami kepada isteri tersayang, Wan Lydia Salmi Binti Wan Junaidi. Syukur kepada Allah SWT di atas nikmat perkahwinan. Kepada sahabat-sabahat yang masih bujang, saya syorkan segeralah berkahwin!
Mudah-mudahan kita semua beroleh berkat, kebahagiaan dan kemuliaan dunia Akhirat.
Alhamdulillah juga kerana Walimatul ‘Urus sebelah pihak perempuan pada 15 Disember 2007 berjalan dengan lancar. Saya dan isteri ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang datang meraih. Kehadiran kalian amat kami hargai dan syukuri. Insya Allah, Walimatul ‘Urus sebelah pihak lelaki akan diadakan pada hari Sabtu ini, 19 Zulhijjah 1428H bersamaan 29 Disember 2007 bertempat di Lot 22, Kampung Muhibbah, Niah, Miri, Sarawak. Sahabat-sahabat dan tetamu ziarah yang budiman sekalian dengan penuh takzim dan segala hormatnya dipersilakan hadir ke kediaman kami untuk sama-sama memeriahkan kenduri kesyukuran ini.
‘Honeymoon’ dan ‘Eidul Adha 1428H
Alhamdulillah, pada 16 Disember 2007 kami telah terbang ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Swiss-Garden Golf Resort & Spa, Damai Laut, Off Pangkor Island, Perak Darul Ridzuan untuk ‘berbulan madu’ sehingga 19 Disember 2007. Alhamdulillah syukur di atas nikmat duniawi kurniaanNya! Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan bahagia dan membawa ke Syurga. Amiin.
Cari olehmu akan sahabat yang boleh dijadikan ubat;
Cari olehmu akan guru yang mengenal segala seteru;
Cari olehmu akan isteri yang boleh menyerahkan diri;
Dan jadi olehmu akan abdi yang ada baik budi.
Sekembali dari ‘honeymoon’ di Pulau Pangkor, kami kembali ke Kuala Lumpur untuk sambutan ‘Eidul Adha dengan bersolat sunat di Masjid Jamek Kuala Lumpur. Lari dari kebiasaan hari-harinya, Kuala Lumpur agak lengang tanpa hiruk-pikuknya. Malah kebanyakan ahli jamaah yang hadir solat sunat ‘Eidul Adha di Masjid Jamek adalah pekerja Indonesia, Bangladesh, Pakistan, India dan lain-lain kerana kebanyakan warga ibukota balik ke kampung halaman masing-masing untuk sambutan Hari Raya dan menunaikan ‘ibadah korban. Satu lagi pemandangan yang menarik tentang sambutan Hari Raya Haji ini ialah suasana di sekitar Masjid India dan sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) dari Stesen STAR Masjid Jamek ke Mydin yang penuh sesak dengan lautan Muslimin yang majoritinya berbangsa India. Terdetik di hati: “Ramainya, macam mereka buat ‘haji’ pulak!”
Foto-foto Kenangan Walimatul ‘Urus
Melalui entri ini, saya sekadar ingin berkongsi dengan pembaca setia weblog ini gambar-gambar Majlis Perkahwinan di Kuching pada 15 Disember 2007 yang lepas dan beberapa foto memori indah, detik manis dan saat-saat bahagia semasa ‘berbulan madu’ di Pangkor baru-baru ini. Insya Allah, entri-entri baru bersifat ilmiah dan cerita suka-duka pengalaman akan menyusul kemudian. Berkongsi rasa gembira sesungguhnya merupakan satu kebahagiaan! Semoga ada khair dan manfaatnya, mudah-mudahan.
“Saya Terima Nikahnya Dengan Mas Kahwin Seperti Tersebut”
“Semoga Dua Hati Terus Bersatu Penuh Sakinah, Mawaddah dan Rahmah”
“Terima Kasih Ayah Dan Ibu… Restu Kalian Membawa Ke Syurga”
“Memori Indah, Detik Manis dan Saat-saat Bahagia @ Pangkor”
“Solat Sunat ‘Eidul Adha Di Masjid Jamek Kuala Lumpur”
“Suasana Pagi ‘Eidul Adha Sekitar Masjid India dan Jalan TAR KL”
“Gambar Kenangan Di KLIA… Bersama Kita Terus Membina Bahagia!”
Buat akhirnya, marilah sentiasa kita hayati dan syukuri firman Allah SWT di dalam Surah Ar-Rum, ayat 21 berikut:
“Dan di antara bukti kekuasaanNya, Allah menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. Dan menjadikan antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaanNya) bagi kaum yang berfikir.”
Wallahu a’la wa a’lam.





















Hurm. Moga bertambahlah selera makan Tuan Muhtar selepas ini.
Longgar sangat baju tu. Hehe. Gurau saja.
tahniah.. setahniah tahniahnya…
Salam aidil adha.. moga bertambah hepi.. dan bertambah bahagia. moga2 cepat menimang cahaya mata..
Salam.. akhi Muhtar.. setelah sekian lama kami semua menantikan gambar2 perkahwinan akh diupload.. akhirnya upload jugak hehe
Alf mabruk buat akh Muhtar & zaujah.. moga bahagia hingga akhir hayat.. fid dunya wal akhirah. ameen..
salam abang muhtar!!!!! alahai.. cute nya… especially gambar bulan madu… izinkan kmk pakey bahasa swk eh? sbb rs lebih best… ehehehe.. seriously, kmk rs excited! heee..
=) nampak bless and bliss bila bersama org yang benar-benar hak kan? masya Allah.. sangat best! hehehe…
lastly, eid mubarak!!!!
Mabruk… Tahniah dari Abi Muslih & Mama Farhah. Moga kebahagiaan terus kekal hingga ke alam sana…
salam.. huish.. abg muhtar, ana jeles la.. haha
lama tak menulis lepas kawin.. hehe
alhamdulillah… semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.. yg hak itu lebih mulia.
Amboi, buat org jeles je… Tahniah akhi…
Tahniah!
Selamat Pengantin Baru!
Salam.
Mabruk ya akhi.
BarakaLlah lakuma.
Tahniah Abg Muhtar! Semoga bahagia dunia akhirat.. Alang2 datang Pangkor tu, kenapa tak singgah ke rumah saya di Ipoh?
Assalamu’alaikum Muhtar…
Sahabat lamaku…
Maaf kerana tidak dapat hadir ke walimah enta… Cuba telefon enta tapi tak dapat.
Apa pun… Ana bersama housemate kita dulu kirim salam dan ucap Selamat Pengantin Baru.
Moga bahagia sokmo-sokmo!!!
“Kepada sahabat-sabahat yang masih bujang, saya syorkan segeralah berkahwin!”
Ramai je orang bujang nak berkahwin. tetapi sekarang ni, rukun nikah dah bertambah…
antaranya …
1. kalau bercinta masa belajar perlukan kebenaran sponsor
2. kalau dapat calon ada degree, hantaran nya sekian-sekian…
3. majlis bukan sekadar ala-kadar, tapi mesti gah
ramai kenalan kita berkahwin terpaksa buat loan sehingga berbelas ribu.
dan seterusnya? tidak mahu buat artikel kenapa perlu perkahwinan disusahkan dengan adat budaya? hehe…
apa pun selamat menempuh alam perkahwinan. Amin Idris bila lagi?
Salam. Sekalung Tahniah!!!!! Semoga rumahtangga senantiasa diberkati Allah. InsyaAllah akan berkunjung ke majlis hujung minggu ini….
Asslmlkm Abg Muhtar,
Selamat Pengantin Baru (sori lewat.. hehe)…
Semoga kehidupan berumahtangga akan menyerikan lg hidup ktk dan moga bertambah semangat dalam menyampaikan da’wah…
Dah bergelar suami org dh ktk o… hehe.. selamat mempunyai teman hidup yg akan menjadi inspirasi dan pembantu yg setia….
Moga diRedhai selalu…
Assalamualaikum w.b.t.
Tahniah… Moga bahagia hingga akhir hayat… Barakallahulakuma…
Mabruk alayk ya akhi…
Moga gembira dan ceria2 selalu
Barakallahulakumaa…
Tahniah wahai sahabat,
Semoga Allah swt merahmati kitak… Doa untuk kami di sini juga.
salam… tahniah, moga bahagia dunia akhirat..
Assalamualaikum…
Romantiknya…
Teringat pulak pada sahabat yang kawin masa tengah belajar lagi… petang-petang mesti bersiar-siar di tepi tasik sambil berpegangan tangan, menjelouskan sahabat-sahabat, mengkonfiuskan pak guard dan menarik perhatian pelajar biasa…
hik… hik…
salam… tahniah setahniah tahniahnyerrr… lm dh tnggu saper la isteri akh muhtar. ana doakn akh muhtar dn ukht lydia bahagia dgn limpah rahmatNYa fid dunya wal akhirah…
Salam Abg Muhtar,
Selamat menempuh alam perkahwinan.
Moga bahagia sehingga ke anak cucu
tahniah abang mukhtar.. mudah-mudahan diredhai Allah sentiasa…
kim salam kat lia
sorry sgt x dpt dtg, anakanda hadi baru 2 bulan… masih belum boleh jalan jauh2… insyaAllah, ada masa, ingin sgt yana, hubby n baby jumpa lia n suami…
muhtar… yana kenal lia sejak matrik, dia teman yg setia dengan yana, ketika ada teman yg menyisih… dia ttp hadir walaupun dia tahu yana byk kekurangan n kesilapan… kami berkongsi setiap cerita… suka duka… tawa tangis bersama… lia ttp sahabat terbaik yana…
muhtar bertuah… jagala lia baik2 yer…
yana tunggu ‘berita gembira’ dari kalian yer
selamat pengantin baru untuk sahabat.. semoga kekal ke anak cucu..
[...] Entri ini adalah lanjutan daripada entri sebelum ini: ‘Memori Indah, Detik Manis dan Saat-saat Bahagia‘. Sebenarnya banyak perkara yang ingin saya tulis tentang Majlis Perkahwinan saya. [...]
Alhamdulillah…
thanks muhtar… yana melihat seorg sahabat yg dulu pernah berkongsi airmatanya dgn yana kerana kesedihan tp hari ni walau tidak bertentang mata, tapi dr wajah yg sama terpancar dr setiap inci wajahnya… semanis senyuman… tercalit sebuah kebahagian n kegembiraan yg benar2 indah dlm hidup lia…
lia… mg terus bahagia n aku yakin dirimu memang benar2 bahagia sekarang kerana aku pasti muhtar adalah benar2 lelaki yg kau cari selama ini… pria idaman, strata sukma… yg benar2 membahagiakanmu…
cuma…
jeleslah tgk korang p pangkor… ni yg rasa macam nak honeymoon sekali lagi… tp nampaknya kena tunggu baby nasrul hadi besar dululah… eh… cepat2 timang anak tau… kalu boleh, anak perempuan ke… yana nak buat menantu
salam..
tahniah buat kalian… semoga kehidupan lebih diberkati.. maaf tak dapat hadir di majlis kalian.. jaga lidya baik2.. and semoga kalian menjadi suami yang soleh, isteri yang solehah, menantu yang baik, bakal ibubapa yang berjaya menguruskan anak2 dan yang paling penting.. hamba Allah yang sentiasa taat dgn perintahNya.. wallahu a’lam..
ألف مبروك عليكما
أسأل الله أن يوفقكما لكل خير
Assalamualaikum w.r.t.
Tahniah kepada saudara Muhtar Suhaili dan isteri kerana telah diijabkabulkan sebagai suami isteri. Semoga diberkati Allah selalu dan dikurniakan anak-anak yang soleh/ah. Amin.
Di kesempatan ini juga saya mengingatkan diri saya dan saudaraku Muhtar agar sentiasa berpaut kepada Allah jika ditimpa bala dan kesusahan, juga diberikan kesenangan dan kemewahan, isteri, anak2 dan harta benda serta sebagainya. Sesungguhnya ia merupakan dugaan Allah kepada hambanya untuk menilai sejauh mana kita beriman atau tidak kepadanya. Peganglah dengan tali Allah sekuat2nya, Jangan goyah, insyallah kita akan selamat di dunia dan akhirat.
Akhir sekali, SELAMAT PENGANTIN BARU MOGA DIBERKATI ALLAH SELALU. AMIN.
Abang Yazid
Robotic Lab,
KUL OF ENGINEERING,
UIAM GOMBAK
mybabyusuf@yahoo.com
0193374271
assalamualaikum……..saya ucapkan tahniah kepada ustaz…….kerana akan mendapat seorang anak…….saya pelajar smk agama miri….bila lagi dapat buat ceramah?…..hehehe……
Salam,
Tahniah… Segalanya adalah dariNYA
Mungkin dah terlewath ye la dah hampir setahun
Saya da 28 tahun
Tapi… Belum tahu siapa jodoh saya
Semua itu kuasa dan takdirNYA
Siapa saya sbg hambaNYA
Hanya usaha, tawakal dn redha atas ketentuanNya…
Hanya DIA yg tahu hati dan perasaan saya
Wassalam, semoga berbahagia… dunia Akhirat..
Salam,
Emm.. advise utk kahwin di usia 25 tahun ye.. idea yang boleh di terima & kdg2 tu x boleh terima. Sebenarnya, x kira berapa pun usia seseorang tu kahwin, sbnrnya x kisah, itu adalah terpulang pada jodoh & pertemuannya. Bila & bagaimana??? Hanya Allah SWT y tahu. Itu kerja Allah SWT. Sya seorang y terpeljar.. first ambil diploma, second amik degree, skrg amik master & now I’m 26.. ada rupa, ramai peminat lelaki, but tpksa saya endahkan dlu demi cita2 & komitmen thdap ilmu. Slps 3rd graduation tu nnti, brulah sya fikir… kalu ada jodoh… Itu kerja Allah SWT.
Haa, thank its as opinion k.. Selamat berbhagia hingga ke akhirnya…