• Rumah
  • Biodata
  • Entri2009
  • Entri2008
  • Entri2007
  • Teori MUKHTAR©

Muhtar Suhaili As-Sarawaki

::Kecemerlangan Akhirat Melalui Prestasi Hidup Di Dunia::

Feeds:
Kiriman
Komentar

Promosi Buku: Solat Khusyuk Solat S.M.A.R.T.

Disember 11, 2007 oleh Muhtar Suhaili

   

“Antara Buku-Buku Terkini PTS Millennia Sdn. Bhd.”

As-Sarawaki, 11 Disember 2007: Alhamdulillah, segala puji milik Allah SWT di atas segala-galanya. Tinggal 3 hari sahaja lagi saya berstatus bujang dan insya Allah hari Jumaat ini, 4 Zulhijjah 1428H bersamaan 14 Disember 2007 sahlah saya menjadi suami kepada Saudari Wan Lydia Salmi Wan Junaidi. Rencam rasa dalam dada… Riang gembira tak terkata, berdebar-debar, teruja dan tidak ketinggalan risau fikir tentang amanah yang bakal dipikul. Nasihat paling mencuit hati namun penuh makna yang saya terima dalam menuju gerbang perkahwinan dan alam berumahtangga ini ialah “Handle with care…” :-) Apapun, benarlah betapa menghitung hari itu menggoncang emosi dan impresi diri!

 

Promosi Buku: Solat Khusyuk Solat S.M.A.R.T. 

 

Alhamdulillah, semalam saya telah menerima naskhah buku ‘Solat Khusuk Solat S.M.A.R.T.: Membuka Pintu Keajaiban Solat Menuju Kecemerlangan di Dunia dan Akhirat‘ karangan M. Siddiq Mustika edisi Malaysia terbitan PTS Millennia Sdn. Bhd. sebagai penghargaan ke atas testimonial yang saya berikan. Sebagai perkongsian dengan tetamu ziarah yang budiman sekalian, berikut adalah sinopsis buku tersebut:

 

Anda pasti sering menunaikan solat. Pagi, petang, siang, malam, bertahun-tahun ataupun kemungkinan puluhan tahun anda menunaikannya. Entah berapa kali anda menundukkan badan dengan rukuk dan sujud. Entah berapa kali juga anda membaca bermacam-macam zikir dan doa dalam solat. Daripada segi kuantiti, malaikat pencatat amal mungkin mencatat begitu banyak unsur solat yang anda lakukan. Tetapi, bagaimana dengan kualiti solat anda itu? Agaknya, berapa banyak daripada solat anda yang dicatat sebagai amalan yang baik oleh malaikat?

 

Dalam hal ini, Nabi Muhammad menjelaskan, “Sesungguhnya seseorang yang mengerjakan solat berasa dia menegakkan solat dengan utuh, tetapi sebenarnya solatnya itu tidak dicatat oleh malaikat yang mencatatkan amalan kebaikan iaitu Rakib. Malaikat Rakib mencatatkan hanya setengah solatnya ataupun sepertiga solatnya ataupun seperempat solatnya, ataupun seperlimanya hingga ke sepersepuluh solatnya.” Ternyata, kualiti solat kita tidak 100% baik kerana hanya sebahagian sahaja daripadanya yang dicatat sebagai amalan yang baik. Apakah yang dicatatkan sebagai amalan yang baik dalam solat? Seorang sahabat yang bernama Ammar bin Yasir menjelaskan, “Sesungguhnya apa yang dicatat oleh Malaikat Rakib bagi seseorang yang mendirikan solat hanyalah apa yang dia lakukan dengan menggunakan akalnya.” (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud).

Rancangan Penulisan Buku

 

Alhamdulillah, saya telah diminta oleh Saudara Mohd Ikram Mohammad Nor Wazir, Editor Perolehan PTS Millennia Sdn. Bhd. untuk memberikan testimonial kepada buku ini pada bulan Ogos 2007 ketika saya masih berada di Belanda untuk menghadiri kursus di sana. Saya mengambil peluang di dalam kesibukan berkursus untuk membaca secara pantas dan sebahagiaannya secara sepintas lalu pdf file buku tersebut dan alhamdulillah berikut adalah testimonial yang saya rasakan wajar bagi buku ‘Solat Khusuk Solat S.M.A.R.T.‘:

 

 Testimonial Buku Solat Khusyuk Solat S.M.A.R.T.  

“Penghargaan Bagi Buku Solat Khusyuk Solat S.M.A.R.T.” 

 

Selain daripada itu, Saudara Mohd Ikram turut mencadangkan kepada saya supaya merangka rancangan untuk menulis sebagai satu ruang memperbanyakkan lagi karya-karya bermutu di pasaran. Sungguh saya amat berminat dengan tawaran untuk meluaskan peluang dakwah yang diberikan melalui wadah penulisan ini. Malah alhamdulillah sebelum ini saya pernah menerima cadangan-cadangan dari kawan-kawan dan juga tetamu ziarah yang melawat weblog ini untuk menulis buku. Cuma mungkin masih belum nampak jalan dan tema kepada penulisan. Sungguh, saya perlu banyak belajar dalam hal penulisan buku ini. Sudah ramai sahabat saya yang telah berjaya dalam bidang ini antaranya Saudara Ahmad Fadzli Yusof, Saudara Amin Idris, Saudara Zamri Mohamad dan ramai lagi. Mereka semua adalah penulis muda profilik yang mewarnai dan merancakkan dunia penulisan buku di Malaysia. Tahniah buat sahabat-sahabat sekalian. Teruskan menulis!

 

Sebagai menutup entri kali ini, saya mengharapkan pendapat dan nasihat tetamu ziarah yang budiman sekalian tentang tema penulisan yang wajar saya ceburi. Saudara dan saudari ada cadangan tentang tema penulisan, genre atau mungkin lebih khusus judul buku yang dirasakan sesuai untuk saya usahakan? Terima kasih atas nasihat saudara dan saudari. Mudah-mudahan dengan adanya isteri di sisi nanti, hasrat ini akan menjadi kenyataan… :-)

 

Nota: Filem ‘Ayat-ayat Cinta’ akan muncul terbitan MD Pictures.. Nantikannya…  http://www.ayatayatcintathemovie.com. Bagi yang ingin melihat komen berkaitan novel ini, sila baca entri saya di sini. Semoga ciri-ciri keIslaman cinta yang terkandung di dalam novel ‘Ayat-ayat Cinta’ benar-benar turut dapat digarap dengan baik melalui filem tersebut, mudah-mudahan.

 

  

“Filem ‘Ayat-Ayat Cinta’ Berdasarkan Novel ‘Ayat-ayat Cinta’” 

 

Wallahu a’la wa a’lam.

 

http://www.muhtarsuhaili.com/

Dikirim dalam Coretan Rasa, Falsafah Hidup, Kerana Dia | 15 komen

15 Respons

  1. di Disember 12, 2007 pada 7:41 pm insyirah

    Salam,

    Semoga bahagia hingga ke Syurga. Selamat menempuh alam rumahtangga. Sungguh hidup ini adalah antara syukur dan sabar.

    Tentang penulisan, ana rasa elok juga akhi Muhtar usahakan genre yang akhi minat.. sebabnya akan jadi lebih ringan untuk ditulis jika apa yg kita usahakan itub = apa yang kita minat. Looking forward for your book, insya Allah :-)


  2. di Disember 13, 2007 pada 4:03 pm amin al-kalantani

    Alhamdulillah kerana sudah terbit buku solat SMART. Bagaimana kami boleh memperolehinya?


  3. di Disember 15, 2007 pada 11:01 am kamarul

    Salam,

    Akhi, sebelum itu saya mohon maaf sekiranya tersinggung tapi kebenaran dari Allah dan Rasul SAW lebih saya cintai. Mudah-mudahan suatu hari kita boleh bertemu secara bersemuka memandangkan saya juga adalah warga Miri dan menetap di Miri dan inshaAllah boleh bekerjasama suatu hari…

    Walaubagaimana pun ini adalah usaha yang baik. Cuma saya nak komen sedikit walaupun saya belum membaca keseluruhan buku tersebut. Tapi berdasarkan bab-bab dari kandungan buku itu(yang saya letakkan di bawah) yang saya pasti (berdasarkan pengalaman membaca buku-buku mengajar solat yang terdapat di pasaran) di dalamnya antara isinya adalah mengajar kita untuk melafazkan niat…?

    “MANTAPKAN SOLAT TEGUHKAN NIAT SOLAT

    Ekspresikan kesediaan secara verbal lafazkan niat yang sesuai dengan keadaan ucapkan lafaz sebagai peneguh niat sesuai dengan sunnah” [saya ambil dari link yang akhi letakkan di atas tanpa sebarang pengubahan..]

    Jika kita rujuk Sifat Solat Nabi (baik dari hasil penulisan Sheikh Nasiruddin al-Albani, Ibn Uthshaimin, Ibn Baz, Shahih Bukhari dan Shahih Muslim), Nabi SAW tidak pernah melakukan perkara itu iaitu melafazkan niat sebelum nak solat. Dengan bahasa yang agak sensitif bagi kita di nusantara ini tapi perkataan itu juga yang pernah diucapkan Nabi SAW perbuatan melafazkan niat itu adalah BID’AH (perkara baru dalam agama)! Bahkan majoriti ulama hadis membid’ahkan perbuatan melafazkan niat.

    Mustahil bagi seorang berakal/ siuman tidak menyedari apa yang akan dilakukannya khususnya sebelum solat n mana-mana perbuatan di dalam kehidupan secara amnya… Bila kita menyedari hakikat apakah yang ingin kita lakukan maka itu adalah niat. Niat adalah di hati bukan di mulut.. Keempat-empat Imam Mazhab yang besar juga tidak pernah mengajar akan hal ini..

    Walaupun niat kita baik untuk memahamkan pembaca mengenai niat tapi caranya salah.. Niat yang baik tidak pernah menghalalkan cara… Cukup kita membuat apa yang dilakukan oleh Rasul SAW melalui sifat-sifat hadis baginda.. Kita tidak lebih pandai dari Rasul SAW dalam hal mengabdikan diri kepada Allah (beragama) sehingga kita membuat, mengajar atau menyebar sesuatu yang tidak berasal dari baginda yang diikuti oleh sahabat r.a. dan ulama salafus sholeh. Saya rasa cukup setakat ni komen saya yang saya serta firman Allah, Sabda Nabi SAW & athar Sahabat r.a.

    Firman Allah;

    (maksudnya) “Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari agama mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah?” [Al-Syura 42:21].

    Sabda Baginda SAW;

    (maksudnya) “Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas ku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang kepada Sunnahku & Sunnah Al-Khulafa Ar-Rasyidin Al-Mahdiyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya & gigitlah ia dengan geraham (berpeganglah dgn ia bersungguh-sungguh serta bersabarlah dengannya). Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah & setiap bid’ah adalah sesat. [Riwayat Abu Daud & Al-Rirmizi, kata Tirmizi ia adalah hasan sahih] [Ibn Hibban dalam shahihnya & Al-Hakim dalam Al-Mustadrak menyatakan ia adalah shahih & ini dipersetujui oleh Imam Al-Zahabi].

    Athar Sahabat r.a (Abdullah bin Mas’ud r.a):

    “Sederhana dalam sesuatu sunnah lebih baik daripada bersungguh-sungguh dalam sesuatu bid’ah”. “Sesungguhnya bid’ah yang kecil adalah pembawa kepada bid’ah yang besar”

    Jazakallahu khairan akhi Mukhtar…

    Salam..
    Wan Kamarul,
    Hidupkan Sunnah & Matikan Bid’ah…


  4. di Disember 17, 2007 pada 7:50 pm Ayza Gursoy

    Assalamualaikum Saudara Muhtar,

    Saya sekeluarga mengucapkan selamat pengantin baru buat saudara dan isteri. Moga dikurnia Allah rahmat dan kasih sayangNya senantiasa, Insyaallah. :) Tahniah!


  5. di Januari 1, 2008 pada 1:40 am Zamri Mohamad

    Cadangan saya Teori Muhtar dikembangkan menjadi sebuah buku motivasi Islami.

    Kita perbanyakkan idea tempatan, Islami dan timur dalam dunia buku.

    Oh, salam pengantin baru :)

    Zamri Mohamad
    http://www.zamrimohamad.com


  6. di Januari 13, 2008 pada 6:46 pm nurkhamis

    assalamualaikum kepada kamarul.

    kenapa kaum kaum macam awak ini hanya menukilkan rujukan rujukan dari hasil penulisan sheikh nasiruddin al-albani, ibn uthshaimin, ibn baz sahaja?

    boleh tak awak tambah lagi sumber-sumber pendapat dari ulama lain yang memperkuatkan lagi hujah tersebut supaya kami di sini tak nampaklah berat sebelah hanya ulama-ulama itu sahaja yang disebut awak…

    bagaimana awak datangkan pula pendapat dari imam nawawi, dr. wahbah zuhailiy, imam syafie, imam malik, imam ahmad bin hanbal…

    atau dari naqal sahabat-sahabat nabi sendiri yang memperjelaskan hujah yang sama seperti di atas? mohon penjelasan…


  7. di Januari 17, 2008 pada 3:49 am kamarul

    Salam nurkhamis,

    Tiada seorang manusia pun yang maksum kecuali rasul saw.. Ahlulsunnah wal-jamaah berpendapat semua pendapat/perkataan manusia boleh diterima &ditolak kecuali perkataan/pendapat rasulullah saw.Walau betapa hebatnya individu itu dari segi ilmu agamanya jika pendapat/perkataannya tidak menepati apa yang rasul saw bawa maka wajib kita tinggalkan pendapat/perkataan mereka itu.Jika apa yang dikatakan/pendapat seseorang itu sesuai dengan petunjuk rasul saw maka boleh kita mengikutnya.

    Begitu jugalah sikap para imam mazhab umat islam sehingga mereka mengharamkan sesiapa pun mengambil pendapat/perkataan mereka tanpa mengetahui dari mana sumber mereka mengambilnya.Imam shafie rh sendiri pernah berkata ketika hayatnya(lebih kurang maksudnya)”Jika suatu ketika kamu mendapati pendapat/perkataanku bertentangan dengan hadis rasul saw yang shahih maka lemparkanlah pendapat/perkataanku itu ke dinding dan ambillah hadis shahih itu”..

    Disini saya ingin mengingatkan diri saya sendiri n sesiapa yang mahu merenung firman Allah swt.Inshaallah ayat-ayat dibawah boleh difahami secara umum..

    Firman Allah;
    “Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah.” QS Al-Hasyr:7

    QS Al-Ahzab:36. “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata. ”

    QS An-Nisaa:59. Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.

    Dalam ibadah solat rasulullah saw telah meninggalkan banyak khazanah sunnahnya,jadi tangungjawab kita untuk memperbaiki solat kita agar sesuai dengan petunjuk nabi saw..

    Sabda Nabi saw;
    “Hendaklah kamu bershalat sebagaimana kamu melihat aku mengerjakkan shalat”(Riwayat Al-Bukhari,Muslim dll)

    “Ambillah daripadaku cara kamu mengerjakan ibadat”(Riwayat Muslim & An-Nasaai dari Jabir r.a)

    Jadi disinilah peranan ulama/imam ahlussunnah wal-jammaah.Merekalah yang berusaha menjaga keshahihan sunnah-sunnah baginda saw sehingga kita boleh beramal dengan sunnah nabi saw sekarang.

    Tinggal saja sikap kita sendiri bagaimana kita mengambil ilmu dari seseorang..Setiap kali orang yang mengajar kita berkenaan dengan agama Allah ini jangan segan-silu bertanya apakah rujukan ustaz dalam hal yang diajar?Katakan pada pengajar itu apakah dalil & nas dalam hal yang diajar?Mustahil dalam islam tiada bukti dalam sesuatu amalan/perbuatan ibadah.Utamakan yang shahih dari rasulullah saw dan ketepikan sesuatu yang bersifat sangkaan atau ikut-ikutan tanpa pengetahuan…Islam telah sempurna tanpa perlu sebarang penambahan dari sesiapapun,sesuai dengan firman Allah;
    “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu.”QS Al-Maa’idah:3

    Akhirnya saya ingin berkongsi apa yang saya dengar dari kuliah Dr Md Asri Zainul Abidin.Beliau membawa kata-kata Ibn-Qayyim Al-jauziyah berkenaan masalah lafaz niat..

    ” Adapun nabi saw apabila bangkit hendak menunaikan solat baginda akan mengatakan ‘Allahu Akbar’.Baginda tidak pernah mengatakan apa-apa pun sebelum dari itu.Tak pernah nabi saw melafazkan niat sama sekali.Inilah adalah BID’AH yang tidak pernah dinaqalkan dari rasullulah saw sama sekali.Begitu juga dari para sahabat ra tidak satu kalimah pun dilafazkan sebelum takbir”.

    Niat itu adalah keazaman kita untuk melakukan sesuatu perkara baik dalam ibadah atau segala perkara yang letaknya didalam hati manusia bukannya dimulut..Allah maha mengetahui apa yang diniatkan kita walaupun tanpa dilafazkan…Islam itu agama yang mudah dan tidak menyusahkan pengamalnya…

    Saya rasa setakat ni saja yang mampu saya jelaskan untuk kali ini..

    Wallahu a’lam..


  8. di Januari 27, 2008 pada 4:47 pm nurkhamis

    Salam Kamarul;

    memang manusia tak maksum.. so ulama2 yang awak maksudkan tu macamana? maksum? ada taaksub awak dengan mereka?

    tak maksum bukan beerti kita boleh menolak pandangan mereka dengan sewenang-wenang.. generasi sahabat dan ulama2 awal dulu terdidik dengan rasul. mereka masih dipercayai bahkan mereka terlepas dari ilmu jarh wa taadil. lagipun bukankah nabi jelas menyatakan sahabat ibarat bintang, jika diikut salah satu darinya tak akan membawa kepada kesesatan.

    awak tak jawab soalan saya langsung. bukti awak hanya terikut2 dan taasub dengan pendapat golongan yang awak menangkan.

    awak tak adil dengan ilmu yang diajar oleh Rasul.


  9. di Februari 5, 2008 pada 6:26 pm kamarul

    Salam,

    Nurkhamis… InshaAllah saya tak kan taksub… Cuma setakat pengetahuan saya berkenaan masalah lafaz niat takda dalil n nash…

    Sekiranya Nurkhamis adil menilai ilmu berdasarkan Al-Qur’an n Sunnah silalah kemukakan dalil yang shahih dari Rasullullah n perbuatan sahabat mengenai perbuatan melafazkan niat…

    Awak belum pun berjumpa saya dah menuduh saya taksub n itu adalah sikap yang menyanggahi Akidah Ahlul Sunnah wal Jamaah… Semoga Allah mengampunkan kita n menjauhi kita dari tuduh menuduh yang tidak adil…

    Saya menunggu bukti dari awak dari Al-Qur’an n Sunnah yang shahih berkenaan dgn lafaz niat…


  10. di Februari 7, 2008 pada 11:01 am Abu Huzaifah

    Assalamualaikum..

    Kamarul… kenapa saudara nak meperbesar-besarkan sngt ttg pkara furu’, boleh tak cuba blajar untuk rai pndapat org lain…

    Masalah Lafaz niat dlm solat.. bg mazhab assyafi’in.. lafaz itu tidak wajib.. yg wajib itu niat… cuma lafaz itu untuk hanya untuk memudahkan seseorng untuk belajar berniat… imam as-syafi’in mengarang kitab untuk dipelajari oleh semua pringkat bngsa didunia… oleh krn niat itu pkr wajib dlm ibadah… maka ia harus diberi penekanan supaya tidak tersasar ke lain… di sini lah ulama’-ulama’ mnggariskannya kpd para penuntut dgn lafaz niat supaya mudah nnti untuk berniat.

    Baik lah saya pun mahu dr Kamarul dalil Al-Quran dan Sunnah yg mengatakan haram kita berlafaz niat sebelum niat untuk solat.

    Sbenarnya kita sama sit ada dalil yg jelas… saya sit ada dalil halal dan awak juga sit ada dalil untuk mharamknnya… di sinilah kita perlu kpd ijtihad para ulama’… jika nak bdalil Rasullah tak buat.. bg saya itu pendapat yg sangat sempit corak pemikirannnya.. ilmu ni smmg nya berkembang dr semasa ke semasa.. zaman Rasullah dulu mana ada ilmu usul fikh, qawaid fikh, sains dan mcm2 lg… Rasullah tidak pula melarang mempelajari ilmu tersebut… asalkan memudahkan kita untuk mentauhidkan Allah di situ matlamaatnya.. mcm LAFAZ itu sdiri matlamatnya untuk memudahkan cara untuk melaksanakan yg wajib iaitu niat. adakah lafaz yg matlamatnya untuk mmudahkan melaksanakan yg wajib itu dikira bid’ah. baik saudara pergi kpd Mufti Perlis larang dia dr bersenkokol dgn puak2 toghut tu lagi baik… itu lah sebesar2 bid’ah.


  11. di Februari 11, 2008 pada 12:12 pm kamarul

    Salam,

    Abu huzaifah…Enta salah faham…Saya bukan nak membesarkan sesuatu isu lebih lagi masalah furu ni.Saya ingin menerangkan bagaimana sepatutnya sikap kita dalam masalah ibadah.Kalau enta atau sesiapa nak lafazkan niat tu terpulanglah.Tanggungjawab saya hanya sampaikan yang benar,terima ke tak terima ke tu adalah hidayah dari Allah swt..Tolak pendapat saya tak apa tak memberi kesan apa-apa pun…Tapi kalau seseorang lebih mendahulukan pendapat sesiapa sahaja dalam agama tanpa menoleh kepada firman allah & hadis rasul itu bahaya untuk akidah seorang muslim..

    Kata Profesor Dr Yusuf al-qaradhawi setiap ibadah itu haram hukumnya dilakukan selagi tidak ada dalil yang membenarkannya..

    “Baik lah saya pun mahu dr Kamarul dalil Al-Quran dan Sunnah yg mengatakan haram kita berlafaz niat sebelum niat untuk solat.”

    Memang dalil khusus berkenaan niat tidak ada tapi ulama2 ahlul sunnah(tanpa menyebut nama siapa nama ulama itu takut ada sesetengah orang yang berpenyakit dalam hati menghina ulama) menggunakan dalil ini..

    Dalil dari al-quran;
    “Katakanlah(kepada mereka),’Apakah kamu akan memberitahukan kepada Allah tentang agamamu(keyakinanmu),padahal Allah mengetahui apa yang ada dilangit dan apa yang ada dibumi dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu’.”(al-hujurat:16)

    Sabda Rasulullah saw;
    “Barangsiapa mengerjakan apa-apa tanpa adanya perintah dari kami,makaperbuatannya itu tertolak”.(Riwayat Imam Muslim)

    Apakah abu huzaifah masih lagi membandingkan kata-kata ulama yang enta maksudkan dengan kata-kata Allah yang empunya agama ini dan rasul suruhannya yang menunjukkan cara ibadah yang dikehendaki Allah?

    Dengan penuh hormat kepada yang empunya pendapat melafazkan niat itu boleh tapi lebih besar lagi penghormatan saya kepada Allah n rasul saya secara peribadi mengatakan lafaz niat itu adalah bukan berasal dari sunnah rasul saw…

    Saya nak kongsi sedikit pengalaman yang dilalui oleh seorang pendakwah bebas disebuah negeri suatu ketika dulu berkenaan lafaz niat..Beliau didatangi oleh seorang cina yang baru memeluk islam yang mengadu kepadanya keinginannya hendak melakukan solat.Si pengadu menceritakan kepadanya yang sebelum dia menemui pendakwah bebas tu dia menghadiri kelas solat yang dianjurkan oleh pihak tertentu.Didalam kelas itu pengajar menekankan antara rukun sah solat adalah niat.Jadi dia mulalah mengajar lafaz niat kpd pelajarnya..Si pengadu ni mempunyai masalah dalam menyebut lafaz niat sehingga pengajar mengatakan kepada pelajarnya itu agar berlatih melafazkannya sebab sekiranya tidak dapat melakukan seperti apa yang diajar akan menyebabkan solat tidak sah sebab tidak mempunyai niat…..Berbulan-bulan si pengadu tidak bersolat atas sebab masalah lafaz niat sahaja…Jadi disini kita boleh mengambil pelajaran yang lafaz niat tu adalah menyusahkan bagi sesetengah orang sehingga mengambarkan baginya atau sesiapa sahaja tidak faham yang untuk mengamalkan solat adalah susah sedangkan islam itu mudah…

    Kedua pengalaman saya sendiri pula…Saya bersolat berjemaah disebuah masjid disisi saya ada seorang hamba allah yang seperti biasa akan melafazkan niat untuk solat…Tapi saya amat kesiankan dia sebab berkali-kali dia melafazkan niat tapi tak juga masuk-masuk niat solat tu..Sampai 2-3 kali beliau bertakbir kemudian mengulangnya semula sehingga menggangu solat orang lain disekelilingnya….Apakah ini yang dikatakan islam itu mudah?

    Sedangkan pada hakikatnya kita berangkat dari rumah dengan dengan pakaian yang cantik disempurnakan pula oleh air wudhu yang telah pun diambil dirumah cthnya berjalan menuju ke masjid dengan satu keazaman(niat)iaitu mengerjakan solat fardhu secara berjemaah kerana allah azza wa jalla…Apakah itu bukan niat sheikh???

    Hanya Allahlah penguasa taufik…
    Barakallahu fik


  12. di Februari 11, 2008 pada 12:29 pm kamarul

    Salam,

    Maaf lupa nak tulis kat komen sebelumnya… Apapun mengikut para ulama solat inshaallah masih sah tidak membatalkan solat cuma jika kita melakukan perbuatan melafaz niat itu adalah sesuatu yang tidak berasal dari perbuatan rasulullah saw mahupun ikutan para sahabat ra ataupun amalan para ulama mazhab yang besar dan ini juga berkaitan dengan tajuk asal perbincangan iaitu untuk meningkatkan kualiti solat seorang muslim agar lebih dekat atau menepati sunnah baginda rasul saw yang kita cintai… :>


  13. di Februari 28, 2008 pada 9:52 pm Abu Huzaifah

    Saudara kamarul… bagi saya awak ni memang tetap nak memperbesar-besarkan tentang perkara furu’.sepatutnya benda khilaf tentang perkara furu’ ni tak perlu lah diperbesar-besarkan.Masing-masing ada pendapat.Saya nampak awak bagi pendapat tentang soal lafaz niat ni seolah-olah Al-Imam Asy-Syafi’in buat hukum ni dengan tanpa dalil dr nas Alquran dan Hadis…senang-senang je kata orang bid’ah..dan hujah yg awak bagi tu hanya sebahagian ulama sahaja,bukan semua…

    Dalam kaedah fikh :
    الأصل في الاشيأ الاباحة, حتى يدل الدليل على التحريم
    “Asal sesuatu adalah harus, sehingga ada dalil yang menunjukkan haram”

    kaedah ini lahir berdasarkan hadis daripada Abu Darda yang diriwayatkan oleh AlBazzar dan AlTabrani :

    قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
    ما أحل الله فهو حلال, وما حرم فهو حرام, وما سكت عنه فهو عفو, فاقبلوا من الله عافيته, فان الله لم يكن لينسى شيئا.
    (رواه البزار و الطبرانى)
    “Apa yg dihalalkan oleh Allah adalah halal dan apa yg diharamkan oleh Allah adalah haram dan apa yg tidak nyatakan, maka ia dimaafkan. Maka terimalah kemaafan daripada Allah, kerana Allah tidak lupa sesuatu pun”

    Jadi jika lafaz niat tu haram,sudah tentu Allah swt akan menyatakannya terlebih dahulu sb Allah SWT bersifat maha mengetahui.

    Tentang lafaz sebelum niat plak ulama’ telah menqiaskannya daripada hadis Anas ra bahawa dia telah mendengar akan Nabi SAW mengucap talbiyah ketika hendak menunaikan fardhu haji dan umrah yg memang terang dengan lafaz.
    Fardhu haji dan solat adalah sama-sama termasuk dalam rukun islam yg lima. dan ulama’ dlm mazhab asy-syafi’in pula ada yg berpendapat lafaz itu merupakan ibadah bagi lidah.

    Contoh yg awak bagi plak tu tentang org waswas…kita tak boleh nak sabitkan lafaz niat punca kepada penyakit waswas…sb itu satu dlm seribu.

    kalau awak nak tahu saya ni bekas pelajar pakistan…pakistan ni medan ilmu hadis…saya belajar bahasa arab dijamiah abu bakar as-salafiah…antara perkara yg saya tak setuju tentang wahabi ni terlalu mempermudah-mudahkan tentang hukum… contohnya tentang solat jama’…hujan skit dah buat solat jama’.padahal masjid dalam jamiah…para jamaah jika nak ke masjid tak akan kena hujan setitik pun…memang tak timbul soal rukhsoh.dan ada setengah tu jika keluar pergi bandar je dah buat jama’.. ni kerana terlalu buat mudah…kita dalam masalah fikh ni kena bersifat terbuka sb masing-masing ada hujah..jangan jadi semangat yang mendahului ilmu dan kematangan sehingga berlebih-lebihan dalam mengkritik dan mencela. Mudah je mnhukum pendapat org lain bid’ah dan sesat.jika tak terima pendapatnya mudah je di cop tak dapat hidayah dan tak cintakan Allah dan Rasul.. macam apa yg terjadi pd thailand sekarang ni,masyarakatnya sampai berpecah belah angkara kaum muda dan tua…kita klu boleh tak mau la jadi macam tu…saya pun akui dalam masyarakat kita mmg ada amalan-amalan yg tak betul yg mmg tidak terdapat dlm kitab mazhab asy-syafi’in…contohnya baca Alquran slps kematian di kubur dll…


  14. di Mac 3, 2008 pada 9:27 pm kamarul

    Salam,

    Akhi abu huzaifah alhamdulillah enta belaja di pakistan tak ramai yang berpeluang begitu…Inshaallah ana nak belajar dari enta…

    Cuba enta cakap kat kitab mana Al-Imam Asy-Syafi’in mengatakan lafaz niat ana nak rujuk dgn ahli ilmu(belajar) n dalil mana yang digunakan membenarkan lafaz niat?Sekiranya benar ada dalil shahih ana akan ikut dalil tu n ana perlu perbetulkan orang-orang yang ana dah beritahu akan perkara furu ni….Setiap apa yang Allah n Rasul katakan n perintahkan bukannya perkara ringan..

    Cuba renung dengan lapang dada Firman Allah…

    QS An-Nisaa:59.(mafhumnya) Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.

    Jom kita berbincang secara ilmiah(inshaallah),Allah Azza Wa Jalla memerintahkan kita untuk merujuk kepada ALLAH(Al-Quran) n Rasul shallallahu alaihi wassalam(sunnah/hadis) sekiranya kita berlainan pendapat…Sekarang ni kita berlainan pendapat n kita kenalah ikut perintah Allah seperti diatas,kena datangkan dalil jelas bukan nya qiyas..

    Ibadah adalah tauqifiyah(segala peraturan ibadah adalah tetap dari Allah yang diturunkan kepada Rasul shallallahu alaihi wassalam.Jika berlainan pendapat kena ada dalil kuat yang menyokong n itu yang diamal oleh para ulama hadis majoritinya..

    Sekiranya benar lafaz niat itu wujud dalam ibadah solat kenapa ketika hendak mengangkat takbir pertama je melafazkan niat?Sedangkan ketika hendak ruku,sujud,duduk tashahud awal n akhir juga memerlukan niat…Kenapa tidak dilafazkan niat ketika sebelum melakukan semua perbuatan itu??Saya memerlukan penjelasan awak?Disini adalah penjelasan saya sebabnya takda dalil yang mengatakan perlu berbuat begitu….

    Sekiranya saya nak buat juga lafaz niat sebelum nak ruku dll mungkin orang akan kata saya WAHABI…..hehehe

    Sabda Rasulullah saw;
    “Barangsiapa mengerjakan apa-apa tanpa adanya perintah dari kami,maka perbuatannya itu tertolak”.(Riwayat Imam Muslim)

    Wahabi???Wahabi itu apa sheikh???


  15. di Mac 5, 2008 pada 6:38 am Muhtar Suhaili

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh;

    Saudara-saudara seaqidah sekalian;

    Alhamdulillah dan terima kasih di atas perbincangan yang saya kira ilmiah dan bukannya emosi semata-mata. Tahniah, semoga kita semua terus mencintai ilmu dan yang haq.

    Akhi Kamarul;

    Untuk mengelakkan su’udz-dzan dan bagi memahami maksud sebenar penulis buku ini tentang ‘Ekspresikan Kesediaan Secara Verbal – Teguhkan Niat Solat’, saya syor akhi baca lebih lanjut di mukasurat 101. Semoga beroleh penjelasan.

    Lafazkan niat yang sesuai dengan keadaan

    Saya tidak pernah berjumpa dengan hadis yang menunjukkan rumusan lafaz niat-niat tertentu seperti ushalli sunnatan dhuha rak’atayni lillahi ta’ala (aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta’ala) ataupun rumusan lain.

    Apa yang saya temukan adalah riwayat-riwayat yang menunjukkan kata-kata Nabi Muhammad yang meneguhkan maksud beliau hendak bersolat. Niat beliau itu sesuai dengan keadaan yang beliau hadapi. Menurut Ibnu Qayyim, niat solat adalah maksud dan keteguhan mendirikan solat.

    Dalam buku Amru Khalid yang berjudul ‘Ibadatul Mu’min, Amru menyatakan:

    “Pada suatu malam, Aisyah mendekati nabi dan berkata, ‘Tidakkah kau mahu tidur di sisiku?’ Nabi menjawab, ‘Biarkan aku sejenak berdiri untuk Tuhanku’” Dengan jawapannya itu, hasrat nabi mengerjakan solat tidak goyah meskipun mendapat tawaran dari isterinya. Begitulah contoh ekspresi verbal yang cerdas.

    Contoh lain adalah sewaktu nabi mengajak Bilal bersolat. Nabi berkata, “Mari kita berehat dengan solat, wahai Bilal!” (Hadis riwayat Thabrani). Ekspresi verbal ini bukan hanya meneguhkan niat beliau bagi menunaikan solat, tetapi juga meneguhkan niat orang yang diajak solat itu. Cerdas bukan?

    Pada contoh-contoh di atas, kita lihat nabi tidak mengajarkan rumusan tertentu sebagai lafaz niat solat. Oleh itu, kita boleh menggunakan kata-kata yang kita susun sendiri. Apabila ekspresi verbal nabi sesuai dengan keadaan yang beliau hadapi, maka ekspresi verbal kita juga perlulah kita sesuaikan dengan keadaan yang kita hadapi.

    Umpamanya, sahabat anda sedang mempelajarai al-Quran. Oleh kerana begitu khusyuk, dia tidak sedar matahari mulai tenggelam di ufuk barat dan waktu maghrib masuk. Dalam keadaan begini, anda dapat berkata, “Marilah solat dulu, supaya kita lebih cerdas.” Sekiranya anda mengucapkan lafaz niat, “ushalli…” pada sahabat anda tadi, adakah itu cerdas?

    Saya tidak dapat menilai adakah pengucapan anda itu cerdas ataupun tidak. Ini kerana saya kurang tahu keadaan anda pada waktu itu, Wallahu a’lam.

    Ucapkan lafaz sebagai peneguh niat sesuai dengan sunnah.

    Selain daripada kata-kata yang kita susun sendiri sesuai dengan keadaan, kita juga dapat meneguhkan niat solat dengan mengucapkan lafaz tertentu yang menjadi kebiasaan nabi. Tetapi, lafaz yang saya maksudkan ini bukan lafaz niat ushalli dan sebagainya.

    Apa yang saya maksudkan adalah lafaz-lafaz bagi meneguhkan niat bersolat, iaitu:

    1. Lafaz bismillah pada permulaan wuduk
    2. Lafaz jawapan pada setiap kalimat azan
    3. Lafaz syahadat semasa mendengar azan
    4. Lafaz syahadat selepas berwuduk

    Lafaz-lafaz itu dapat mengukuhkan niat kita bersolat kerana ia mengandungi ucapan-ucapan yang mengingatkan kita pada kewujudan Allah dan sifat-sifatnya. Mengingat Allah itulah tujuan solat kita. Dengan cara ini, semakin teguhlah niat anda bersolat.

    “Setiap pekerjaan penting yang tidak dimulai dengan ucapan nama Allah, kurang mendapat berkat.” (Hadith riwayat Abu Daud)

    Sila baca juga artikel Ustaz Hasrizal Abdul Jamil “Aku Salafi, Anak Muridku Bagaimana?” di http://saifulislam.com/?p=325

    Nota: Ruangan komentar untuk entri ini telah saya tutup demi maslahah awam. Semoga kita semua terus mencintai Allah dan KekasihNya Muhammad SAW. Sollu ‘ala an-nabiy! Siiru ‘ala barakatillah!

    Wallahu a’lam bissawab.



Komentar ditutup.

  • LAMAN UTAMA

  • LAMAN INFO

    • Biodata
    • Entri2009
    • Entri2008
    • Entri2007
    • Teori MUKHTAR©
  • AS-SARAWAKI

    Muhtar Haji Suhaili

    Muhtar bin Hj. Suhaili

    Sign My Guestbook

  • KALENDAR 2008

    Disember 2007
    I S R K J S A
    « Nov   Jan »
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
    31  
  • ENTRI POPULAR

    • Aku Tinggalkan Cinta Kerana DIA!
    • The Because Is... Satu Dilemma!
    • Entri2009
    • Catatan Kembara Muhandis ke Venice, Itali
    • Malam Pertama Itu Indah dan Asyik?
    • Berita Gempar: Ustazah Ditemui Mati Dibunuh
    • Jubah Baru Konvokesyen UIAM: Anda Fikirlah Sendiri!
    • Terima Kasih Sudi Menjadi Isteri Kedua Saya!
    • Karnival AMAL Merdeka 2009 & Ihya' Ramadhan 1430H
    • Biodata
    • Entri2008
    • Memori Indah, Detik Manis dan Saat-saat Bahagia
  • KATEGORI ENTRI

  • KOMENTAR

    • Muhtar Suhaili on The Because Is… Satu Dilemma!
    • Lukanisman on The Because Is… Satu Dilemma!
    • Kak Asiah on The Because Is… Satu Dilemma!
    • Saleha on Impian SAMARAH: SAkinah, MAwaddah & RAHmah
    • Saleha on Penterjemah Al-Qur’an Ke Dalam Bahasa Iban & Kadazan
    • Muhtar Suhaili on The Because Is… Satu Dilemma!
    • alawiyahmad on Pembentukan Keluarga Islami Dan Pendidikan Anak
    • asrar qulub on Penterjemah Al-Qur’an Ke Dalam Bahasa Iban & Kadazan
    • Islamic Thinking on Biodata
    • Sumayah on Terima Kasih Sudi Menjadi Isteri Kedua Saya!
    • cempaka ixora on Aku Tinggalkan Cinta Kerana DIA!
    • Media newspapers - year 09 - periodicos año 09 - presse - media anñee 09 « www.wwwalk.org on Ibrah Misi Jean Béliveau: Memaknakan Kehidupan
  • ARKIB ENTRI

    • Julai 2009 (1)
    • Jun 2009 (5)
    • Mei 2009 (3)
    • Mac 2009 (4)
    • Februari 2009 (8)
    • Januari 2009 (9)
    • Disember 2008 (4)
    • November 2008 (2)
    • Oktober 2008 (1)
    • September 2008 (6)
    • Ogos 2008 (10)
    • Julai 2008 (12)
    • Jun 2008 (8)
    • Mei 2008 (10)
    • April 2008 (6)
    • Mac 2008 (8)
    • Februari 2008 (7)
    • Januari 2008 (4)
    • Disember 2007 (5)
    • November 2007 (9)
    • Oktober 2007 (13)
    • September 2007 (17)
    • Ogos 2007 (20)
    • Julai 2007 (23)
    • Jun 2007 (19)
    • Mei 2007 (20)
    • April 2007 (23)
    • Mac 2007 (10)
    • Februari 2007 (5)
  • Aktiviti Muhandis

    1 Muharram 1430H: Ceramah Ma'al Hijrah: "Hijrah Yang Hakiki", Masjid Kem Sri Miri

    4 Jan 2009: Mesyuarat Yayasan AMAL M'sia Miri

    7 Jan 2009: Usrah @ Diskusi Intelligentsia, Pujut

    8 Jan 2009: Mesyuarat PKPIP

    9 Jan 2009: Tazkirah Maghrib, Surau Al-Jawahir IKBN Miri

    9 Jan 2009: Sesi Berambeh, Task Force Kecemerlangan Miri

    10 Jan 2009: Ceramah Motivasi Pelajar Baru ILP Miri

    13 Jan 2009: Roadshow Isu Palestin, IKBN Miri

    15 Jan 2009: Liqa' Al-Fikr Perjuangan, UIAM

    15-16 Jan 2009: Project Team Building, Kuala Lumpur

    17 Jan 2009: Roadshow Isu Palestin, SMK Dato' Permaisuri

    18 Jan 2009: Roadshow Isu Palestin, SMK Agama Miri

    20 Jan 2009: Roadshow Isu Palestin, ILP Miri

    21 Jan 2009: Roadshow Isu Palestin, SM Sains Miri

    22 Jan 2009: Ceramah Azam Baru, SMK Dato Permaisuri

    22 Jan 2009: Roadshow Isu Palestin, Kompleks Kebajikan Hamidah, PERYATIM Miri

    23 Jan 2009: Roadshow Isu Palestin, PCSB

    27 Jan 2009: Mesyuarat Tarbiyyah dan Roadshow Palestin, Surau Hidayatullah

    29 Jan 2009: Roadshow Isu Palestin, Masjid Taman Tunku

    31 Jan 2009: XPDC Semarak Isu Palestin, Bandaraya Miri

    31 Jan 2009: Roadshow Isu Palestin, Masjid Ar-Rayyan

    1 Feb 2009: Training-of-Trainers (ToT) with PACE

    1 Feb 2009: Program Perdana Malam Bersamamu Palestin, Masjid At-Taqwa Miri

    4-5 Feb 2009: Project Meeting, Kuala Lumpur

    6-8 Feb 2009: Kem Motivasi Insan Cemerlang SPM 2009

    8 Feb 2009: Liqa' Al-Fikr @ Usrah Gabungan

    10 Feb 2009: Skillpool Meeting

    11 Feb 2009: Usrah @ Diskusi Intelligentsia, ILP Miri

    13 Feb 2009: Engineering Dinner, Eastwood

    14-15 Feb 2009: Ziarah AMAL ke Ulu Kota, Pakan, Sarikei

    18 Feb 2009: Kelas Pengajian, Yayasan AMAL M'sia Miri

    22 Feb 2009: Mesyuarat AMAL Cawangan Sarawak

    25 Feb 2009: Usrah @ Diskusi Intelligentsia AMAL Miri

    26 Feb 2009: Kelas Pengajian, Yayasan AMAL M'sia Miri

    28 Feb 2009: Forum Pendidikan, SM Sains Miri

    28 Feb 2009: Mesyuarat Task Force Kecemerlangan Miri

    1 Mac 2009: Mesyuarat Yayasan AMAL Malaysia Miri

    1 Mac 2009: Mesyuarat Persatuan Melayu Miri

    3-4 Mac 2009: LL & FPD Workshop, Kuala Lumpur

    5 Mac 2009: Kelas Pengajian, Yayasan AMAL M'sia Miri

    6 Mac 2009: Mesyuarat Yayasan AMAL Malaysia Miri

    7 Mac 2009: Kuliah Perdana, Masjid At-Taqwa Miri

    9 Mac 2009: Ziarah Dakwah, Surau Hidayatullah

    11 Mac 2009: Usrah @ Diskusi Intelligentsia AMAL Miri

    12 Mac 2009: Ceramah Ittiba' Rasul, SMK Dato' Permaisuri

    12 Mac 2009: Kelas Pengajian, Yayasan AMAL M'sia Miri

    14-15 Mac 2009: Muktamar Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak

    17 Mac 2009: Tazkirah Maghrib, Surau IKBN Miri

    20-23 Mac 2009: Offshore Visit

    25 Mac 2009: Usrah @ Diskusi Intelligentsia AMAL Miri

    26 Mac 2009: Forum Perdana Ehwal Islam, Masjid An-Na'im

    28 Mac 2009: Bengkel "Muslim Challenges in Oil and Gas", Curtin Islamic Society

    29 Mac-1 Apr 2009: TA Review, Kuala Lumpur

    2 April 2009: Pelancaran Dana Saudara Kita, Masjid Darul Hidayah Bintulu

    5 April 2009: Bengkel IT Task Force, Eastwood Valley

    11 April 2009: Hari Terbuka PASTI Al-Munawwarah

    14-15 April 2009: IPF Workshop Meeting, Brunei

    17 April 2009: Forum, Institut Pendidikan Guru Sarawak

    18-19 April 2009: Liqa' Al-Fikr

    19 April 2009: Ceramah Motivasi, SM Teknik Port Dickson, Negeri Sembilan

    20-24 April 2009: IPF Classification Workshop, KL

    25 April 2009: Ceramah Kepimpinan, JAKSA Bintulu

    29 April 2009: Usrah @ Diskusi Intelligentsia AMAL Miri

    1-3 Mei 2009: Ziarah Dakwah AMAL ke Ulu Kota, Pakan

    26 Apr-7 Mei 2009: P180 Course, MTech Program

    9 Mei 2009: Ceramah Seminar Pemikiran Islam, Yayasan Pelajaran Mara-Task Force

    8-10 Mei 2009: Tamrin Kepimpinan Pelajar Islam

    12 Mei 2009: Ceramah Kepimpinan, Kem Anugerah Asrama Terbilang Sarawak

    15-17 Mei 2009: Citra Ibadah Pesona Muslim, Soon Hup Villa

    21 Mei 2009: Ceramah 45 Tahun Sarawak Dalam M'sia, Stadium Bandaraya Miri

    23-24 Mei 2009: Bengkel Pemerkasaan AMAL Sarawak, Villa Mardhiah, Bintulu

    29 Mei-1 Jun 2009: Kem Remaja Islam Sarawak

    3-6 Jun 2009: Kuala Lumpur

    17 Jun 2009: Usrah @ Diskusi Inteligentsia, Permyjaya

    19 Jun 2009: Khutbah Jumaat, Surau IKBN Miri

    19 Jun 2009: Ceramah, Kem Waja Diri, SM Sains Miri

    20 Jun 2009: Program Motivasi Belajar, SM Teknik Miri

    20-21 Jun 2009: Liqa' Al-Fikr Syabab, Gua Longhouse

    21 Jun 2009: Forum Kecemerlangan Bersepadu, Kpg Sukan Petronas Miri

    22 Jun 2009: Mesyuarat Karnival AMAL Merdeka 2009

    1 Julai 2009: Usrah @ Diskusi Inteligentsia, Tudan

    4 Julai 2009: Mesyuarat AMAL Malaysia, Selangor

    5 Julai 2009: Hari Keluarga & Sukaneka PASTI Miri

    11-12 Julai 2009: Kem Eksplorasi Minda 2009, Kuching

    18-19 Julai 2009: Ziarah AMAL Ke Sibu dan Sarikei

    25-26 Julai 2009: Bengkel Strategik AMAL Malaysia, Langkawi, Kedah

    8 Ogos - 5 Sept 2009: Karnival AMAL Merdeka 2009

  • RSS AMAL Sarawak

    • Karnival AMAL Merdeka dan Ihya’ Ramadhan
    • Kem Remaja Sayang Diri (RESMI) 2009
    • Misi Kemanusiaan Yayasan AMAL Ke Gaza
    • AMAL Sarawak To Focus On Dakwah Programmes
    • Kem Remaja Islam Sarawak (KRIS) 2009
    • Bengkel Pemerkasaan AMAL Sarawak 2009-2011
    • Bantuan Mangsa Kebakaran Rh. Aji Lepong Ajai
    • Sebuah Catatan: Ekspedisi Dakwah Ke Ulu Kota
    • Citra Ibadah Pesona Muslim Siri 2 2009
    • Citra Ibadah Pesona Muslim Siri 1 2009
  • RSS Saiful Islam

    • Pulanglah Natrah
    • Khutbah Jumaat: Impian Umar Terhadap Anakmu
    • Manhaj Salaf Tidak Melurus Bendulkan Siasah
    • Nilai Dakwah di Dalam Syurga Cinta
    • Fitnah di Hujung Lensa
    • Dari Lambor Kiri ke Gombak Untuk Memberi
    • 7 Tahun Kita Bersama
    • Forum Cabaran Remaja di ADDIN RTM1
    • Conteng Arang Ke Muka Orang Tua
    • Mendidik Anak Ilmu Kebal
  • RSS Ustaz Emran

    • Anda bertanya saya menjawab “Seputar Hukum Menjatuhkan dan Menukar Pemerintah”
    • Hadis Nabi tiada yang bercanggah dengan Al-Quran
    • Memerangi Khurafat Filem Seram dan Hantu di Malaysia
    • Hanya Mereka yang Ikhlas akan Terselamat
    • Tarbiyah Salafus Soleh Dalam Pembinaan Diri Muslim
    • Wanita Tidak Boleh Meminta cerai kerana Suaminya Ingin Berkahwin lagi
    • Tokoh Sunnah Malaya, Ustaz Ismail Omar Berceramah Tentang Bahaya Syiah
    • Fatwa Ulama Sunnah Tentang Pemikiran Murjiah
    • Muktamar PAS ke 55
    • Islam itu Tinggi Dengan Perjuangan Umatnya
  • RSS Ust. Rosli Dhoby

    • Sebuah Rumah Di Kampung...
    • Bicara Soal Hati...
    • Nasib Subjek Pendidikan Islam Di Sekolah Tertentu di Sarawak
    • Tidak Mudah Mendidik Anak...
    • Jejak Kasih....
    • Terima Kasih Buat Yang Terus Menyokong...
    • Michael Jackson dies in LA hospital
    • Bertamu Di Miri...
    • Surau Darul Nadwah Sibu Terus Memikat
    • Aduhai Hati.... Beratnya Tanggunganmu
  • PAUTAN LAMAN

    MUSLIM SCHOLARS:

    |Shaykh Dr Yusof al-Qaradawi|

    |Shaykh Dr Muhammad Said Ramadhan al-Bouti|

    |Shaykh Wahbah al-Zuhayli|

    |Shaykh Saalih al-Fawzaan|

    |Shaykh Muqbil al-Waadi'ee|

    |Shaykh 'Ubayd al-Jabiree|

    |Shaykh Abu Ghuddah|

    |Shaykh Bin Uthaymin|

    |Shaykh Abdul-Azeez Bin Baz|

    |Shaykh Naasir ud-Deen al-Albaanee rahimahullaah|

    OTHER LINKS:

    |Jabatan Agama Islam S'wak|

    |Fatwa Islam|Al-Ahkam.net|

    |Islam Online|Islamic City|

    |Bismika Allahuma|Muslim Aid|

    |Islamic Network|Palestinkini|

    |Damai TV|Harun Yahya|

    |Bernama|Utusan Malaysia|

    |Berita Harian|Harakahdaily|

    |Raudhah.com|Jannah.com|

    |Yayasan AMAL|Teras Melayu|

    |Tranung Kite|Agendadaily|

    |Malaysiakini|Malaysia Today|

    |New Straits Times|The Star|

    |Harian Metro|Borneo Post|

    |Nanyang|Sin Chew|KL Pos|

    |Vanakkam|Dinamani|

    |Al-Jazeera|CNN|BBC|

    |Time Magazine|NewsWeek|

    |The Economist|Brunei Press|

    |Republika Indonesia|

    |Singapore Straits Time|

    |Bangkok Post|Philipines Star|

    |PTS Publications|Karangkraf|

    |UIAM|JAKIM|PUM|JIM|ABIM|

    |MPF|YADIM|ISMA|PERKIM|

    |PAS|BN|UMNO|PKR|PBB|

    |MCA|DAP|GERAKAN|MIC|

    |SUPP|PKS|Pemuda PBB|

    |Pemuda PAS|Pemuda UMNO|

    |Kampus Negara|PMRAM|

    |Parti Mahasiswa|PKPIM|

    |Idealis Mahasiswa|Parlimen|

    |Kerajaan Negeri Sarawak|

    |Sarawak Talk|Miri City Forum|

    |Yayasan 'AMAL M'sia S'wak|

    |Yayasan 'AMAL M'sia (Miri)|

    |Task Force Kecemerlangan|

    |Harakah Islamiah (HIKMAH)|

    |Bintulu Iqra' Center (BIC)|

    |Kelab Anak Muda Muhibbah|

    |Kolej T.D.T. Hj. Bujang|

    |As-Sarawaki Friendster|

  • PAUTAN BLOG

    |Directory|Abdullah Jones|

    |Abid Abdullah|Abu Umar|

    |Acciaccatura|Adian|Aferiza|

    |Afidalina|Afyan Mat Rawi|

    |Ahirudin Attan|Ahmad Talib|

    |Ahmad Fuad|Pn. Ainon Mohd|

    |Ainul Yaqin|A Kadir Jasin|

    |Al-Marbawi|Al-Qasam|Ayza|

    |Amar Razali|Amin Ahmad|

    |Amin Bakish|Amin Idris|

    |Amir Mukhriz|Amirah Aiman|

    |Amirul Reza|Anwar Ibrahim|

    |Anwar Shazali|Aqil Fithri|

    |Ariff Mohd|Arts 4 Life|

    |Asam Garam|Awan Badai|

    |Azie|Azizi Hj Abdullah|

    |Azlina Abd Rahim|Azmir|

    |Azree MH|Azri B|Azwiral|

    |Azrul|Azwani|Basyirah|

    |Bobex|Bukhari Ramli|

    |Buku Nota|Bunga Rampai|

    |Cermin Hidup|Cikgu Nuri|

    |Dhany Sarip|Dhuat|Dianne|

    |Dr Kadir|Dauz|Dsusetyo|

    |Dr SS MAZA|El Mafraqi|

    |El Mariachi|Esprit De Corps|

    |Fadzillah Kamsah|Fifi Hafiza|

    |Fadzli Yusof|Al-Fikrah.net|

    |Fajrin Rasyid|Farahshila|

    |Fareaster|Fauzan Ibrahim|

    |Firdaus Abdul Rahman|

    |Fitrah Perkasa|Hani Hassan|

    |Hafsah|Hafizah|Hafizah2|

    |Hafeez|Hakim|Halwa|Hariri|

    |Hasfa|Hamzah Jr.|Hasrul|

    |Hejira|Herman Samsudeen|

    |Hembus|Hilmi Madani|

    |HM Tuah|Hunusan Lidah|

    |YB Husam Musa|Ibnu Amir|

    |Irfan Khairi|Isfandy|Izzat|

    |Iskandar|Izzuddin|Image|

    |Janahul Aisar|Jiwa Rasa|

    |Karya Fansuri|Kem Minda|

    |Khairul Nizam|Khalid Jaafar|

    |Kickdefella|King Binjai|

    |Kitaro Minami|Ku Keng|

    |Like2cMoon|Little Caliph|

    |LeoKid|Mandat|Marhaen|

    |Maryam AbuAhmad|M Sayuti|

    |Muadz Dzulkefli|Mujaddeeda|

    |Muqreez|Musafir|Muslim|

    |Nabiela|Najmuddin Abdullah|

    |Nik|Nik Nazmi|Nik Shikin|

    |Nisah Haron|Nizam|NB|

    |Noor Shamaiza|Norziati|

    |Nur Aisyah|Nur Diyana|

    |Nur Ilahi|Nur Iman|Nur Yanie|

    |Pawana Mitos|Pena Aris|

    |Pakdi SM|Penarik Beca|

    |Puteh Seroja|Putera Osama|

    |Raihan|Rahmat Abu Faiz|

    |RestuBiz|Rustam A Sani|

    |Roslan SMS|Saiful Islam|

    |Saiee Driss|Serikandi|

    |Shamsiah Mahli|Sheih|

    |Shen Yee Aun|Sis Aflah|

    |Soal Hati|Sri Diah|Syukran|

    |Syahiditusuci|Shueqry|

    |Tg. Asmadi|Tentang Cinta|

    |Tepak Sireh|Tholibul Ilmi|

    |The Rise Of Islam|Tiara|

    |Tok Rimau|Tuan Tanah|

    |Ulfah|Usratiy Mahbubah|

    |Ustaz Emran|Ustaz Erfino|

    |Ustaz Fauzi|Ustaz Nassru|

    |Ustaz Maszlee|Ustaz Zamri|

    |Ustaz Nasruddin Tantawi|

    |Ustaz Nik Mohamad Abduh|

    |Ustaz Muzaha|Ustaz Azhar|

    |Ustaz Rosli|Ustaz Sarip|

    |Ustaz Razi|Ustaz Zaharuddin|

    |Wardatul Syauki|Ya Abbna|

    |Zoul|Zaharah|Zahra An-Nur|

    |Zaid Akhtar|Zaiton Salimon|

    |Zalina|Zamirah Amnesia|

    |Zamri Indhibat|Zamri Mohd|

    |Zainulfaqar|Zaiti Hamdan|

    |Zikri|Zizie Ali|Zunnur'ain|

  • ADMIN

    • Log masuk
    • RSS Entri
    • RSS bagi komen-komen
    • WordPress.com
  • STATISTIK

    website counter Free counter and web stats
  • BLOG STATS

    • 387,277 hits
  • BLOG POPULAR

    Top Blog
  • KOMEN SPAM

    7,410 komen-komen spam
    disekat oleh
    Akismet

Blog di WordPress.com.

Tema: Mistylook oleh Sadish.