“Semangat ‘Eidul Fitri 1428H… Semaian Perjuangan Cita dan Cinta”
As-Sarawaki, 18 Oktober 2007: Alhamdulillah ‘ala kulli hal! Sudah seminggu laman weblog ini tidak dikemaskinikan kerana tiada akses internet di kampung halaman di Niah. Alhamdulillah hari ini baru kembali semula ke kediaman di Miri dari Kampung Muhibbah dan insya Allah esok akan kembali bertugas setelah bercuti lebaran sempena ‘Eidul Fitri 1428H. Saya doakan juga semoga tetamu ziarah yang budiman berbahagia di hari yang mulia ini. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ – Semoga Allah menerima segala ‘amalan dari kami dan kalian semua.
Insya Allah melalui entri ini saya suka untuk menukilkan sebagai perkongsian rasa dan diskusi fikrah buat rakan-taulan dan sahabat handai yang budiman sekalian beberapa catatan Hari Raya tahun ini. Apapun, sebagai muqaddimah, saya suka untuk mulakan entri ‘Semaian Cita dan Cinta di ‘Eidul Fitri 1428H’ ini dengan petikan lirik lagu Warisan oleh Syed Haron Ahmad dendangan Allahyarham Sudirman. Mudah-mudahan ada khairnya.
“Warisan… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta… Yang Murni Abadi Sejati”
Warisan – Sudirman
Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini
Betapa…
Di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki…
Aku…
Bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini…
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan!
“Sayangi Keluarga, Di Situlah Sumber Bahagia!”
“Suasana Mesra Desa Berhari Raya Di Kampung Muhibbah”
“Bersama Cikgu Lily Hj Morni… Guru Berjiwa Pendidik yang Berjasa”
Semaian Cita dan Cinta 1: Palestin Di Hati!
Palestin di Hati! Sesungguhnya sejarah dan derita Bumi Palestin merupakan salah satu daripada isu ummah yang sentiasa dekat di hati saya dan sewajarnya dekat di hati seluruh Muslimin sedunia. Suasana kian meruncing di sana seharusnya membuat kita bangkit sedar dan bingkas bangun dengan ikhlas untuk membantu dengan apa jua kapasiti yang kita ada dan termampu. Justeru itu, dalam kita bergembira meraikan ‘Eidul Fitri, sewajarnya isu Palestin yang cukup penting dan genting ini jangan sampai dilupakan.
Alhamdulillah, pada 11 Oktober 2007 iaitu malam ke-30 Ramadhan 1428H, Kelab Anak Muda Muhibbah berjaya menganjurkan Program Mini Malam Bersamamu Palestin di Kampung Muhibbah, Ladang 3, Niah. Program ini meskipun berskala kecil, namun saya percaya mudah-mudahan memberi makna dan lebih kefahaman kepada masyarakat kampung saya dalam melihat isu sebenar Bumi Al-Quds yakni Palestin yang dijajah, keganasan berterusan dan ancaman tidak berperikemanusian Zionis laknatullah serta menyedari betapa Masjid Al-Aqsa yang mulia berada dalam bahaya!
Alhamdulillah melalui program ceramah dan tayangan video Palestin tersebut, sebanyak RM1,462.14 telah berjaya dikutip dan insya Allah sumbangan ini akan disalurkan untuk membantu saudara-saudara seaqidah yang tengah berjuang di bumi Palestin melalui akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam Malaysia Bhd :: 12029010047880
Maybank Malaysia Bhd :: 562263010787
“The Reality: Palestinian Loss of Land 1946 to 2000!”

“Seorang Kanak-kanak Palestin Di Hadapan Rumahnya Di Beit Hanoun Yang Dirobohkan Tentera Pengganas Israel”
Sebagai perkongsian rasa dan maklumat, saya mengesyorkan kepada tetamu ziarah yang budiman sekalian untuk turut membaca entri-entri saya sebelum ini tentang isu Palestin berikut. Semoga ada manfaat dan khairnya:
1. Palestin Bermandi Darah, Kita Hanya Berpura-pura Marah!
2. Zionis Semakin Mengganas, Umat Semakin Lemas!
Sila baca juga: A Special Report on the 7th Anniversary of the al-Aqsa Intifada: The Intifada Enters Its Eight Year and Criminals Remain Free of Punishment.
Semaian Cita dan Cinta 2: ‘The Kite Runner’.. Life is a Train, Get On Board!
Salah satu buku yang berjaya saya khatamkan sepanjang bercuti lebaran ialah ‘The Kite Runner’ iaitu novel pertama karangan Khaled Hosseini. Novel yang telah saya beli di Schiphol Airport, Amsterdam dengan harga Euro13.95 = RM65 ini memaparkan satu kisah menarik tentang kekeluargaan, keagamaan, perbezaan darjat, persahabatan, permusuhan, peperangan, pengkhianatan selain pergolakan dan senario politik Afghanistan dari tahun 1970-an sehingga 2000-an. Meskipun ada beberapa plot yang hati kecil saya berkata ia sedikit exaggerated, namun novel ini berjaya menggugah rasa, menanamkan sifat mulia manusiawi dan membentuk pandang dunia pada perspektif berbeza. Atas segalanya, ‘there is always a way to be good again’!
“Kenangan Bermain Layang-layang di Pantai Scheveningen, Belanda”
Berikut dikongsikan dengan tetamu ziarah sekalian petikan daripada novel ‘The Kite Runner’ tersebut untuk difikir-renungkan:
…there is only one sin, only one. And that is theft. Every other sin is a variation of theft… When you kill a man, you steal a life… You steal his wife’s right to a husband, rob his children of a father. When you tell a lie, you steal someone’s right to the truth. When you cheat, you steal the right to fairness… There is no act more wretched than stealing… A man who takes what’s not his to take, be it a life or a loaf of naan… I spit on such a man.”
Bacalah buku ini untuk memahami secara empati semaian cita dan cinta di Afghanistan… Mungkin ada pengisiannya yang sedikit bias, tetapi ia baik untuk meluaskan ufuk pandang dunia. Mungkinkah sinar terang di hadapan buatmu Afghanistan? Sama-sama doakan!
Semaian Cita dan Cinta 3: Angkasawan… Tahniah Dr. Sheikh Muszaphar
Berita terhangat di seantero negara sempena ‘Eidul Fitri 1428H ini tentunya tentang kejayaan Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie Bin Sheikh Mustapha menjadi rakyat Malaysia pertama berada di International Space Station (ISS) dan merupakan orang Islam ke-9 menawan ruang angkasa lepas. Tahniah dan syabas saya ucapkan, saya turut menumpang bangga dan semoga berjaya dengan kajian yang diusahakan agar kos projek angkasawan sebanyak RM95 juta ini tidak sia-sia. Semoga dengan kejayaan ini Dr Sheikh Muszaphar dan seluruh rakyat Malaysia lebih kagum dengan kehebatan Allah SWT dan seterusnya lebih mencintaiNya. Semoga kita mampu menyemai cita dan cinta melalui wadah ini. Amiin.
Berikut dikongsikan nukilan terakhir berupa kata-kata yang penuh motivasi dan semangat daripada Angkasawan Pertama Malaysia tersebut sebelum berlepas ke ISS pada 10 Oktober yang lepas. Sekadar makluman buat tetamu ziarah yang budiman sekalian, blog rasmi projek angkasawan negara ialah www.angkasawan.com.my dan www.angkasa.gov.my. Semoga ada khair dan manfaatnya, mudah-mudahan.
————————————————–
To all my beloved Malaysians,
Today will be my last night on earth before launching to space on the Soyuz capsule. I am very excited for this historic moment. I am very relaxed and calm even to this day. Why?
For I know that this is what I have dreamt of since I was 10.
This is for all the Malaysian people thriving for success.
This is for all the scientists who has worked hard for the experiments.
This is for my beloved UKM , MRSM Muar and St. Paul.
This is for MOSTI and ANGKASA for making this programme a success.
This is for all the people who believed in themselves.
This is for those who want to make changes for the better of mankind.
This is for all the youth hoping to change their mindset.
This is for all the schoolchildren who will be leaders in the near future.
This is for all the Malaysian who have believed in the angkasawan programme.
This is for all the Muslims all over the world.
This is for all parents who raise their kids to become great achievers.
And most importantly this is for both my mom and dad who has made me what I am today , who believed in me right from the very beginning and whom have never given up hope in me. Never ever. Thank you Abah & Umi for your blessing and for allowing me to go to space.
This is all for you Malaysia !
Start dreaming big and believe in them. One day it will become a reality. It took me 25 years to fulfill my dream. And if I could do it, I truly believe you could too!
Thank you for all your support.
Love you Malaysia!
Wassalam
Dr Sheikh Muszaphar
Angkasawan Malaysia
————————————-
Penutup Bicara: Wahai Diri, Marilah Bertaqwa!
Atas segalanya, marilah bertaqwa kerana ‘Eidul Fitri itu hanya layak buat orang yang bertaqwa sepertimana juga tujuan puasa itu ialah agar taqwa kita meningkat-ningkat hendaknya. Ini jelas terkandung di dalam firman Allah SWT melalui Surah al-Baqarah, ayat 183:
“Hai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”
Malah Allah SWT turut berfirman di dalam Surah al-Hujurat, ayat 13:
“Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang lebih taqwanya di antara kamu.”
[Maksud Taqwa: Khalifah Islam kedua, Sayyidina 'Umar al-Khattab bertanya kepada Ubai bin Ka'ab ra, "Apakah hakikat taqwa?". Ubai bertanya pula, "Pernahkah Amirul Mu'minin melalui jalan yang banyak onak dan duri?". Sayyidina 'Umar menjawab, "Ya". Ubai bertanya lagi, "Bagaimana?". Sayyidina 'Umar menjawab, "Saya berjalan dengan berwaspada dan bersungguh-sungguh supaya tidak memijak atau terpijak onak dan duri". Ubai menjawab, "Itulah hakikat taqwa!".]
Sesungguhnya, taqwa itu maknanya takut tetapi rindu dalam menyemai cita dan cinta! Dengan taqwa kita akan sanggup berkorban, sanggup berjuang dan sanggup mati keranaNya! Persoalannya, sejauh mana taqwa kita kepada Yang Esa? Tepuk dada, tanyalah iman! Semoga kita semua tergolong di kalangan hambaNya yang berbahagia di dunia dan di Akhirat. Amiin Ya Rabb!
Wallahu a’la wa a’lam.



Salam Aidilfitri dari Nizhny Novgorod, Russia.
Jika bertandang ke bumi Tsar ni, khabar2kanlah yea.
When u dare to dream, prepare to be a looser
When u dare to dream prepare to be hurt
When u dare to dream prepare to pay the price of success,
U can never predict the value of success..
When u are prepare enuff for those thing then u prepare to believe in what u r, Just believe Allah cud make everythng happen.. the success will be there in way that u can’t describe…
Alhamdulillah..
Salam aidilfitri kepada sahabat!
Moga Allah beri kekuatan dalam menjalani kehidupan ini di dunia dan kejayaan di akhirat
Zamri Mohamad
http://www.zamrimohamad.com
Salam lebaran buat semua.
Khairul Nizam
http://nizam83.wordpress.com
salam lebaran..
[...] 1. Semaian Cita dan Cinta di ‘Eidul Fitri 1428H [...]
Salam, saudara.
bagus blog saudara ini, semoga perjuanganmu mendapat keberkatan.
saya sekadar ingin membuat pembetulan, lagu warisan ciptaan dan lirik syed haron ahmad. dia masih hidup.
lagunya dibawakan oleh sudirman, seorang penghibur tanah air yang meninggal dunia pada 1992.
wassalam