“Sambutan Mini Sempena Kemerdekaan Ke-50 di Perantauan”
As-Sarawaki, 31 Ogos 2007: Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia Ke-50. Alhamdulillah, kami anak Malaysia di perantauan juga bersyukur di atas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT. Hari ini, saya dan seramai 5 orang rakan-rakan seMalaysia yang menghadiri kursus M119 di Shell International Learning Center (Shell iCenter), Rijswijk, Belanda berkesempatan mengadakan mini [...]
Arkib bagi Bulan Ogos 2007
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Allahu Akbar!
Dikirim dalam Aktiviti Muhandis, Ehwal Semasa pada Ogos 31, 2007 | 7 Komen »
Perutusan Kemerdekaan Task Force Kecemerlangan Miri
Dikirim dalam Ehwal Semasa, Falsafah Hidup pada Ogos 30, 2007 | 5 Komen »
“Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia yang Ke-50”
Salam Kemerdekaan… Ayuh… Teruskan Usaha!
Sumber: taskforcemiri.wordpress.com
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sahabat-sahabat seperjuangan sekalian,
Sempena menyambut Hari Kebangsaan Ke-50, marilah kita pertingkatkan usaha dengan lebih kuat serta sentiasalah melakukan muhasabah diri. Marilah kita merenung sejauh mana kita yang dibekalkan dengan al-Quran dan as-Sunnah ini benar-benar berusaha dan melaksanakan tuntutan yang terkandung di dalamnya dengan [...]
Merdeka… Negara Tidak Masuk Syurga!
Dikirim dalam Coretan Rasa, Ehwal Semasa, Kerana Dia pada Ogos 29, 2007 | 11 Komen »
“Laungan Keramat: Merdeka!!! Merdeka!!! Merdekakah Jiwamu?”
As-Sarawaki, 29 Ogos 2007: (Entri ini adalah tulisan fikir-fikir dari Bilik 73, Hotel Bastion, The Hague kala sepi, tenang dan damai jam 3.13 pagi [9.13 pagi waktu Malaysia] di bumi asing Belanda tentang negara Malaysia tercinta). Merdeka! Merdeka! Merdeka! Alhamdulillah, saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia dan mencintai negara ini. Saya juga bersyukur [...]
Most Outstanding Youth of the Year 2007 Awards
Dikirim dalam English Entries, Kerana Dia, Mahasiswa/ Pemuda pada Ogos 26, 2007 | 16 Komen »
Most Outstanding Youth of the Year 2007 Awards:
“Sila Double Click Gambar Di Atas Untuk Melihat Video Temuramah »»”
As-Sarawaki says: Semoga Ruang dan Peluang Dakwah Lebih Meluas. Amiin.
Previous Entry: Young Achievers: Say ‘Can Do’ To Be A Success
Source: NST Online (July 22, 2007)
New Sunday Times, Focus: His parents were illiterate and he grew up in poverty. But this young [...]
Tujuan Hidup Adalah Bersedia Untuk Mati!
Dikirim dalam Aktiviti Muhandis, Falsafah Hidup, Kerana Dia pada Ogos 17, 2007 | 12 Komen »
“Love Others… And Love Will Come Back To You..”
As-Sarawaki, 17 Ogos 2007: Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana masih diberi taufiq dan hidayah kepada hambaNya ini untuk menjadikan hari Jumaat penghulu segala hari sebagai medan merencana strategi dan memberi khidmat serta sekaligus menjadi wasilah menambah saham Akhirat. Semoga saya dan tetamu ziarah yang budiman sekalian mampu terus [...]
Pemimpin: Menggali Potensi Meningkat Prestasi
Dikirim dalam Aktiviti Muhandis, Mahasiswa/ Pemuda pada Ogos 16, 2007 | 10 Komen »
“Bersama Peserta-Peserta Kem Kepimpinan Pengawas SM Sains Miri”
As-Sarawaki, 16 Ogos 2007: Alhamdulillah, sepanjang hujung minggu lepas bermula petang Jumaat (10 Ogos) sehingga petang Ahad (12 Ogos), saya telah berkampung di Taman Negara Niah untuk sama-sama menjayakan Kem Kepimpinan Pengawas SM Sains Miri. Selain itu, pada malam Jumaat juga Puan Lily Hj. Morni (Pengetua SM Sains [...]
26 Tahun 9 Bulan dan 17 Hari Memaknakan Kehidupan
Dikirim dalam Coretan Rasa, Rencam pada Ogos 13, 2007 | 20 Komen »
“13 Ogos 1981 ~ 13 Ogos 2007: 26 Tahun Merantau Menuju Akhirat!”
As-Sarawaki, 13 Ogos 2007M/29 Rejab 1428H: Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, mengikut kalendar Masihi, hari ini genaplah usia Muhtar Bin Suhaili 26 tahun mencari dan memberi makna pada kehidupan. Namun sekiranya mengikut kalendar Hijriah bermula 12 Syawal 1401H, sebenarnya usia sudah mencecah 26 tahun, 9 bulan dan 17 hari. [...]
Jihad Perniagaan, Ilmu Dimensi Baru Bina Kekuatan
Dikirim dalam Ehwal Semasa, Falsafah Hidup pada Ogos 11, 2007 | 5 Komen »
“Bersamalah Kita Meledakkan Taqwa dan Melonjakkan Ilmu”
Bersama Prof. Dr. Sidek Baba
KONSEP jihad mempunyai pengertian luas. Jihad bagi umat Melayu ialah mengangkat martabat dan ada daya juang mempertahankannya. Jihad paling utama bagi umat Melayu ialah jihad ilmu dan jihad perniagaan.
Semangat jihad penting pada setiap orang Melayu dalam pengertian memiliki jiwa untuk terus berubah memperteguhkan asas tradisi [...]
