“Laptop yang Berjasa: Compaq Presario B1900 Notebook PC”
As-Sarawaki, 30 Julai 2007: Alhamdulillah, setelah 5 bulan bermula Februari 2007 yang lepas, ini merupakan entri www.muhtarsuhaili.com yang ke-100 di WordPress. Adalah menjadi harapan saya mudah-mudahan melalui entri-entri yang dikongsikan di alam siber ini telah sedikit-sebanyak berjaya memberiTAHU, memberiMAHU dan memberiMAKNA kepada saya dan juga tetamu ziarah yang budiman sekalian. Semoga aku menulis bukan kerana nama! Amiin.
Saya mula memblog pada April 2004 iaitu ketika mengikuti Latihan Industri Kejuruteraan di bumi Hannover, Jerman dengan menggunakan domain percuma muhtarsuhaili.tripod.com. Walaubagaimanapun, pada bulan Februari 2007 yang lepas, laman weblog ini menghadapi masalah untuk diakses dari domain tersebut. Punca kepada masalah yang membawa kepada kehilangan kesemua data dan maklumat ini malangnya masih gagal saya kenalpasti sehingga kini.
Namun demikian, alhamdulillah masalah ini tidak melemahkan semangat saya untuk terus memblog. Saya kemudiannya berusaha untuk terus mengaktifkan diri saya menulis dan memblog melalui muhtarsuhaili.blogspot.com dan muhtarsuhaili.wordpress.com, namun akhirnya memilih WordPress yang dirasakan lebih mudah dan mesra blogger. Selain itu, bagi memastikan masalah yang serupa tidak berulang saya telah mendaftar dan membeli domain name: muhtarsuhaili.com melalui EasyNet Interactive dengan bayaran USD17 = RM63 setahun. Alhamdulillah, ternyata ada hikmahnya kerana setelah pertukaran domain, jumlah hits ke laman ini semakin bertambah dari hanya 15,000 sepanjang hampir 3 tahun dari April 2004 sehingga Februari 2007 kepada lebih 50,000 pengunjung dalam masa 5 bulan di domain baru dari Mac – Julai 2007.
Alhamdulillah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui rahsia di sebalik segala sesuatu dan Dia pastinya menyediakan yang terbaik buat hamba-hambaNya.
Mengapa saya memblog? Ini persoalan penting bagi sesiapa sahaja yang ingin memulakan sesuatu blog dan seterusnya terjun ke dalam dunia blog, bloggers dan blogging. Sebelum meneruskan entri ini, sebagai perkongsian dengan tetamu ziarah yang budiman sekalian, berikut disertakan beberapa maklumat berkenaan weblog ini termasuk pencapaiannya sehingga ke hari ini. Semoga blog ini terus berkembang maju, bertambah kredibilitinya dan mampu terus memberi manfaat bermakna serta pengisian penuh erti buat saya dan para pengunjung yang mulia sekalian. Semoga segalanya khair!
“Blog Statistics, Counter and Top Blog”
“Malaysian Muslim Top Blogs: Rank #1”
“Ukhwah.com Top Blog – Ranking: Rank #9”
“Motigo Webstats @ webstats.motigo.com: > 65,000 Visitors”
“Beberapa Top Posts from around WordPress.com: Pelbagai Topik Diblogkan!”
Arena blog ini menyeronokkan meski rencam karenahnya. Saya dapati pelbagai sebab orang memblog. Ada yang memblog tentang politik dan sekaligus sebagai kritik sosial. Ada pula yang memblog untuk perkongsian ilmu nan ilmiah dan tazkirah yang menyentuh jiwa. Saya juga teruja dengan mereka yang menulis tentang perihal cinta sejati dan haqiqi, kasih sayang, kemuliaan insan dan kemanusiaan sejagat. Terdapat pula yang memblog untuk berkongsi pengalaman, kisah suka-duka dan cerita hidup. Ada juga yang sekadar suka-suka dan mengisi masa lapang. Tidak kurang juga yang memblog kerana ingin membuat duit dan menambah pendapatan. Serta tidak ketinggalan juga, (amat) ramai bloggers yang menulis tentang hiburan, filem, artis, selebriti, gosip, glamour, hedonism, malah tentang seks luar dan dalam!
Sesungguhnya memblog dan menulis juga satu ibadah andai jalannya betul dan manhajnya lurus. Memblog pastinya mencipta kebobrokan dan akan membawa kepada kebinasaan andai ia menjadi medan menyebar fitnah, menaja maksiat dan menjaja dosa. Justeru, perlulah sama-sama kita fahami bahawa memblog juga satu perkara yang pasti akan diminta pertanggungjawaban oleh Allah di Padang Mahsyar dan Hari Perhitungan kelak. Pendek kata, dengan memblog juga, seseorang blogger secara sedar atau tidak sedar sedang memilih antara jalan ke Syurga atau menempah lorong ke Neraka. Maka, membloglah demi mencari redha Allah!
(Nota: Di sini juga saya suka untuk menasihatkan diri saya sendiri betapa unsur keikhlasan amat penting bagi bloggers. Salah satu penyakit apabila memblog ialah riya’ bila dipuji. Memetik kata-kata Ustaz Nik Mohamad Abduh di dalam blognya: Ini penyakit jiwa. Pejuang Islam yang asyik seronok dipuji, biasanya akan lupa hakikat kelemahan diri. Akhirnya dia kecewa jika ditegur, luntur bila dibelasah, panas bila dinasihati. Jadi, jaga-jagalah diri bila dipuji.)
Sebagai perkongsian dengan tetamu ziarah yang budiman sekalian, berikut disenaraikan entri Top 15 www.muhtarsuhaili.com sehingga 30 Julai 2007, jam 11.15 malam. Bacalah dengan mata hati:
1. Malam Pertama Itu Indah dan Asyik? (2633 hits)
2. Berita Gempar: Ustazah Ditemui Mati Dibunuh (2612 hits)
3. “Wahai Anak Muda, Berkahwinlah!” (2398 hits)
4. Tragedi: Pelajar Malaysia Mati Dibunuh di Mesir (1094 hits)
5. Ketika Cinta Bertasbih.. Ada Apa Dengan Cinta? (1075 hits)
6. Latihan Dakwah di Sarawak: Sorotan dan Masa Depan (986 hits)
7. Mahasiswa dan Tanggungjawab Menguruskan Kejayaan (662 hits)
8. Gembira dan Bahagiakanlah Orang Tuamu! (585 hits)
9. Cinta Itu Suci Murni.. Cintailah CINTA! (449 hits)
10. Akan Tiba Masa.. Tangan dan Kaki Berbicara (429 hits)
11. Zionis Semakin Mengganas, Umat Semakin Lemas! (363 hits)
12. Palestin Bermandi Darah, Kita Hanya Berpura-pura Marah! (305 hits)
13. The Because Is… Satu Dilemma! (254 hits)
14. Atheists: Bagaimana Mengajak Mereka Ke Syurga? (252 hits)
15. Young Achievers: Say ‘Can Do’ To Be A Success (250 hits)
** Jumlah hits adalah bermula dari entri diterbitkan.
** Untuk entri-entri lain, sila klik di sini: Site Map »»
Atas segalanya, saya berdoa semoga melalui laman weblog ini saya mampu untuk terus memberi kerana sesungguhnya manusia yang terbaik ialah manusia yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia lainnya. Semoga usaha dakwah ini ikhlas lilLahi Ta’ala dan diterima oleh Allah SWT sebagai ‘amal soleh yang bermanfaat di Akhirat kelak. Doakan juga semoga saya terus istiqamah dalam kebaikan dan kemuliaan. Amiin Ya Rabbal ‘Alamin.
Selamat maju jaya. Semoga terus cemerlang dunia dan Akhirat. Lakukanlah segala-galanya kerana CINTA dan demi DIA… Fastabikul khairat!
Wallahu a’la wa a’lam.










Assalamualaikum..
Syukran atas perkongsian selama ini… Semoga blog ini dapat terus memberi kefahaman tentang erti hidup kepada para pengunjungnya… Allah yubariik fiik.
Salam. Alhamdulillah, Tahniah & Syabas atas usaha murni Muhtar menghasilkan nukilan bernas lagi bermakna, entri demi entri, hari demi hari dan InsyaAllah telah berjaya memberi impak kepada ahli ziarah. Teruskan usaha gigih anda.
The Mediocre Teacher tells
The Good Teacher explains
The Superior Teacher demonstrates
The Great Teacher inspires.
Thank you very much.
akhi muhtar suhaili as sarawaki al akhyar.
nta pasti amat memahami bahawa Rasuluna Muhammad saw, berapa banyak najis yang menimpa pakaiannya, dan badannya, malah kepalanya, dari Yahudi laknatullah dan Musyrikin Mekah, serta berapa banyak darah mengalir di badannya, dan berapa banyak yang menakung dalam kasutnya, namun kerana dia membawa al Haq, maka dia terus tsabat. ana mendoakan nta agar tiada “masalah, halangan, dan cabaran” yang menimpa nta dalam da’wah melalui blog, agar nta terus dapat memblog kerana Islam. Tapi, akhi fillah, sunnatullah menunjukkan, dakwah akan ada tentangan, cepat atau lambat, seperti banyaknya dalam sirah Rasulullah. Dan pasti sunnatullah akan berulang. Petanda saat menjelangnya kejayaan antaranya ialah apabila bertambah kuatnya halangan, cubaan, dan cabaran. Tapi yakinlah ya akhi, nta membawa kebenaran (al Haq) sebagaimana Muhammad saw membawanya. Maka jangkakanlah cubaan di depan jalan dan bersedialah. Dan yakinlah, nta di jalan yang benar. Maka, bersabarlah atas dugaan, fitnah, halangan, cabaran dan lain-lain yang akan datang dan tsabatlah di jalan Allah yang lurus menuju ke kampung halaman kita Syurga yang amat kita rindui untuk kembali ke sana setelah lama datuk dan nenek kita Adam dan Hawa meninggalkannya. Tahniah atas usaha dan jaya. Mari kita sujud dan syukur, tawadhuk, redha dan sabar. Allaha ma’ana. Allahummansurna. Amin. Wassalam’alaikum wbth.
Assalamualaikum Wr Wb
Alhamdulillah kita senantiasa mempunyai tujuan hidup mencari Ridho Allah. Apapun, di manapun, kapanpun…………. Always Ridho Allah!
salam ukhuwah..
tahniah.. semoga usaha murni anda diberkati Allah… teruskan perjuangan ini..
Tahniah buat enta. Teruskan menulis untuk memberi kepada sekalian pembaca. Moga kita terus istiqamah membantu agamaNya walau di mana kita berada.
Tahniah atas kemajuan usaha M.Suhailli. Saya harapkan Saudara tumpukan lebih kepada usaha mengatasi sindrom Murtad, sekular, materialistic, hilang jati agama dsbnya.
Hehe.. Kata2 itu membuat aku mencari semula apa tujuan aku berblog..
Salam,
Tahniah buat saudara atas sumbangan dan perkongsian bersama pembaca. Semoga saudara terus success dalam apa yang saudara lakukan.
Teruskan usaha akhie…
Alhamdulillah, semoga terus ke jalan yg diredhai Allah…
INSYA ALLAH…
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih buat semua tetamu ziarah yang budiman sekalian di atas komentar, tazkirah, kata-kata semangat dan do’a kalian. Sungguh, amat saya hargai. Semoga kita terus istiqamah di dalam berbuat kebaikan, mendapat redhaNya di dunia ini dan kelak akan berbahagia di kampung halaman Syurga yang kita rindui.
Wawasan hidup Muslim:
“Kecemerlangan Akhirat Melalui Prestasi Hidup Di Dunia”.
Teruskan perjuangan!
Assalamualaikum,
Saya terfikir suatu perkara… Mengapa tidak M.Suhaili jadikan blog ini lebih berinfo. Tengok saja “Malaysia Today” banyak dimuatkan berita, rencana, komen dari pelbagai pihak. Mengapa tidak saudara jemput penulis2 lain menulis di blog ini, pihak2 lain menghantar rencana dsbnya.
Sekian.
Sudah sunnah orang berjuang,
Berjuang memang pahit
Kerana Syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih.
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang.
All the best for you akhi.. dunya wal Akhirah.. Amiin..
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Akhi/ Ukhti Sufi;
Terima kasih di atas cadangan. Laman weblog ini masih lagi menghimpunkan catatan-catatan dan buah fikir peribadi. Cadangan yang baik untuk dilaksanakan pada masa akan datang, saya belum memikirkannya dalam masa terdekat – banyak tugasan lain perlu diselesaikan terlebih dahulu yang lebih aula. Sesiapa yang sudi untuk menghantar rencana/ artikel amatlah digalakkan dan saya sukacita untuk menerbitkannya sekiranya bersesuaian.
Ukhti Zaiti Hamdan;
Thank you very much. Sunnah orang berjuang!
assalamualaikum akh Muhtar..
syabas! saya juga tak pernah menyangka akan memblog juga. i despised the idea before sebab masa tu jarang dapat baca blog yg betul2 bermanfaat. itulah, Allah boleh ubah hati manusia sekejap saja..
memblog juga pada saya menghubungkan sahabat2 yang lama tak jumpa.. sahabat2 yg dari various background.. kita juga akan jadi lebih creative, as in how to put our message in a simple but deep in meaning. nway, boleh saya link ur blog to mine? semoga sentiasa istiqamah memblog sehingga akhir hayat!
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Ukhti Afidalina;
Alhamdulillah, teruskan perjuangan melalui blog. Semoga terus istiqamah.
Sila, amat dihargai. Blog ukhti juga telah saya linkkan di sini. Fastabikul khairat!
Assalamualaikum wbr wb.
Alhamdulillah, blog anta banyak memberi manfaat dan kesedaran kepada sesiapa yang rindukan perbincangan secara ilmiah. Ruangan ini adalah peluang untuk kita berkongsi ilmu, pengalaman dan perasaan.
Ana salah seorang peminat blog ilmiah yang rasanya hari ini sudah banyak, namun dalam masa yang sama blog-blog yang tersasar dan tidak berpaksi kepada wahyu Ilahi pun banyak. Amat wajar akhi meneruskan usaha ini secara berterusan. Kerapkali medan penulisan jarang dimanfaatkan untuk dakwah sedangkan golongan kuffar banyak menyebarkan fahaman dan ideologi mereka dalam bentuk penulisan.
Dalam kesempatan ini, ana juga mengajak sahabat 2 pelayar internet menapis bahan2 atau pandangan2 yang dilawati dari blogger dengan cermat agar kita tidak tersasar dari mendapat ilmu yang benar-benar mengarahkan kita kepada kesatuan fikrah dan umat.
Terdapat juga maklumat dan pandangan yang kadang2 menjauhkan kita dari ukhuwah Islamiah kerana perbezaan pandangan dalam hal-hal yang tidak sepatutnya kita polemikkan. Bertanyalah kepada para ulama’ dan ilmuan Muslim apabila kita merasa keliru dalam sesuatu hal agar kita dapat berpegang kepada satu mauqif yang benar dan kebanyakan ulama muktabar.
Ana doakan blog ini sentiasa segar dengan mauduk ilmiah dan dapat meningkatkan iman dan taqwa pada diri dan ummah serta berusaha membangkitkan kesedaran beragama. BaarakaLLah fiik.
*Akhi Muhtar: Mohon maaf, ana baru sahaja membaca emel dari anta tempohari. Syukran.
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Ukhti HAMKA yang mulia;
Syukran jazilan atas kata-kata semangat, perkongsian ilmu dan nasihat bermakna yang diberikan. Insya Allah sama-sama kita teruskan perjuangan. Semoga bumi Miri terus subur dengan dakwah dan roh keIslaman.
Bersama membina Malaysia ke arah negara yang benar-benar makmur lagi sejahtera di bawah redha Allah, atau dalam bahasa Al-Qur’annya: ‘Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafuur’. Amiin.
Wallahu a’lam bissawab.
Assalamualaikum wbt..
Terkenang-kenang blog muhtar yang dulu.. Mana pegi sajak2 & entry2 yang menarik pernah saya baca?
Membloglah dengan redhaNya.. Semoga terus menyampaikan info2 ilmiah yang bermanfaat.
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Ukhti Norhanani;
Entri dari blog terdahulu sebahagiannya telah ditulis semula di laman weblog ini sementara sebahagian lagi sudah tidak dapat dijejaki. Puisi-puisi sila ke puisijiwarasa.wordpress.com. Insya Allah, doakan semoga istiqamah.
salam alayk..
1st time tjumpe blog ni n mabruk atas semua post yg byk memberi peringatan n mnambahkn ilmu pengetahuan.
post ni mengingatkn blk ape tujuan sbenar utk buat blog.
pernah tlintas nk buat blog br2 ni stelah lame hanye menulis journal peribadi. at least bleh lihat pandangan org lain dgn perkara yg kte lakukan utk mperbaiki diri n kurangla skit luahan perasaan marah or mhentam org sesuka hati sbb akan ade org yg membace ape yg kte tulis. tp skrg rase mcm x de kepentingan nk buat mcm tu. mungkin kene tajdidkn semula niat utk memula sesuatu perkara yg br spy dpt mberi manfaat kpd org lain..
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Ukhti Hani Hidayah;
Alhamdulillah dan terima kasih atas kesudian hadir ziarah ke blog ini.. Menulis dan membloglah demi redha Allah. Menulis itu juga adalah satu ibadah andai niat dan caranya selari dengan tujuan beragama dan makna hidup.
Wallahu a’lam.
[...] sepertimana sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesungguhnya agama adalah nasihat”. Apapun, insya Allah saya akan terus memblog, mudah-mudahan saya mampu memberi perubahan kepada diri saya dan orang lain ke arah kehidupan [...]
Assalamualaikum sdra Muhtar,
Teruskan apa yang telah dimulakan… semoga Allah SWT memberkati usaha dan masa yang dikorbankan untuk menyampaikan apa yg haq. Benar kata sdr tentang pujian.. sesungguhnya ‘tipu daya’ ALLAH dalam menguji hamba NYA sangat halus.