“Lawatan ke Rumah Kebajikan Anak Yatim Sarawak, Cawangan Miri”
As-Sarawaki, 29 Julai 2007: Allah Azza Wajalla berfirman di dalam Kitab Suci Al-Qur’an Al-Kariim, Surah Al-Baqarah, ayat 215 yang bermaksud (Terjemahan dalam Bahasa Melayu, Tafsir Ar-Rahman):
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakan- “Apa jua hartabenda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan.” Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).
Alhamdulillah, pagi tadi Jawatankuasa Pembangunan Pelajar Islam, SM Sains Miri dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia dan Task Force Kecemerlangan telah mengadakan lawatan ke Rumah Anak Yatim Sarawak, Cawangan Miri. Dengan tema “Masih Ada Yang Sayang”, program mesra bersama anak yatim yang melibatkan ceramah motivasi, sesi hati ke hati melalui LDK dan penyerahan sumbangan dari SM Sains Miri, Yayasan Amal Malaysia dan Task Force Kecemerlangan ini sesungguhnya merupakan satu aktiviti khidmat masyarakat yang perlu diteruskan dan dikembangkan. Alhamdulillah, di dalam program ini saya telah diberi kesempatan untuk menyampaikan ceramah motivasi dan berkongsi buah fikir selama sejam dengan tajuk “Kenali Potensi Diri Menjadi Insan Cemerlang”. Ihdina Ya Allah!
Secara tuntasnya, marilah kita berusaha membantu untuk menceria dan membahagiakan anak-anak yatim atas kapasiti yang kita mampu. Selain itu, hasil dari program ini, satu nasihat dan teladan bermakna yang perlu sama-sama kita renungi ialah betapa pentingnya untuk kita menyayangi dan mencintai ibu dan ayah kita. Kasih seorang ibu dan pedoman seorang ayah merupakan jalan menuju ke Syurga!
Melalui entri ini, suka untuk saya kongsikan dengan tetamu ziarah yang budiman sekalian satu PowerPoint Show yang sesungguhnya amat menyentuh hati dan amat bermakna untuk kita fikir-renungkan dan jadikan pedoman bersama bertajuk “Ibuku Buta Sebelah Mata!”. Turut dikongsikan ialah gambar-gambar program yang telah dilaksanakan. Semoga ada manfaat dan khairnya.
Sila baca juga: Gembira dan Bahagiakanlah Orang Tuamu!
Ibuku Buta Sebelah Mata!.pps (Sila double click di sini » » atau Right Click dan Save Target As…) [Pastikan volume tidak dimutekan.]
“Gambar-gambar Kenangan Program Lawatan ke Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Negeri Sarawak, Cawangan Miri di Bumiko”
IBUKU ~ USMAN AWANG
Ibuku mempunyai seribu mimpi
Yang dipikulnya tiap hari
Sambil menimangku ia pun menyanyi:
Timang tinggi-tinggi,
Dapur tak berasap,
Bila besar nanti,
Jangan masuk lokap.
Ibuku tidak mengenal buku dan sekolah
Tiap pagi terbongkok-bongkok di lumpur sawah
Menggaru betisnya yang dikerumuni lintah.
Hatinya selalu teringat
Suaminya yang mati melarat
Setelah dikerumuni lintah darat.
Ibuku tangannya kasar berbelulang
Mengangkat bata-bata bangunan
Wajahnya dibedaki debu berterbangan.
Ibu tidak pernah mengenal supermarket
Tinggal di bilik sempit
Upah buruhnya sangat sedikit.
Ibuku tidak punya TV
Tidak berpeluang pula menontonnya
Tak pernah mengikuti laporan parlimen
Atau ceramah bagaimana menambah jumlah penduduk
Tidak pula tahu adanya forum kemiskinan
Atau pertunjukan masak-masakan
Dengan resepi yang sangat menakjubkan.
Ibuku setiap pagi berulang ke kilang
Bekerja dengan tekun hingga ke malam
Mikroskop itu menusuk matanya dengan kejam
Kaburlah mata ibu diselaputi logam.
Ibuku tidak tahu tentang hak asasi
Apalagi tentang seni dan puisi.
Jika ditanya makna melabur
Nama-nama saham yang menjanjikan makmur
Atau tentang dasar pandang ke Timur,
Ibu tersenyum menunjukkan mangkuk bubur
Yang melimpah kanji beras hancur.
O ibuku sayang
Di negerimu kau menumpang.
Sesekali kudengar ibu menyanyi
Pantun tradisi caranya sendiri:
Siakap senohong,
Gelama ikan duri,
Bercakap bohong,
Tak boleh jadi menteri.
(Dipetik dari Puisi-puisi Pilihan Usman Awang)
Atas segalanya, memberilah kerana erti hidup adalah pada memberi! Ketahuilah bahawa sesungguhnya wawasan hidup seorang Muslim ialah Kecemerlangan Akhirat melalui Prestasi Hidup di Dunia. Maka berusaha dan bekerjalah kita untuk mencari kehidupan di dunia seolah-olahnya kita akan hidup selama-lamanya di dunia ini. Dan beramal ibadatlah kita untuk hidup di Akhirat seolah-olah kita akan mati esok hari. Semoga kita semua beroleh redha Allah SWT di dunia ini dan beroleh SyurgaNya di Akhirat kelak. Amiin Ya Rabbal ‘Alamin.
Wallahu a’la wa a’lam.








Salam hormat buat tuan rumah..
Kebetulan pagi tadi, baru ana terkenangkan anak-anak yatim, terutamanya Kisah Rasulullah S.A.W. yang kita cintai.. Bila buka weblog enta, terkejut dengan entrinya sama dengan apa yang ana fikirkan pagi tadi (kisah anak yatim).
Malaysia Hari Ini pagi ini (Isnin) telah membincangkan satu topik iaitu “Majlis Anugerah Untuk Sukarelawan” yang terlibat dengan hal-hal kebajikan seperti rumah orang-orang tua, anak yatim dan sebagainya. Ya, sememangnya sumbangan mereka yang di ‘ sebalik tabir’ ini amat penting. Sikap kesabaran yang tinggi dalam menguruskan hal-hal berkaitan kebajikan menjadi tanggungjawab mulia untuk mereka.
Tahniah untuk Task Force Kecemerlangan dan Yayasan Amal di Bumi Kenyalang. Teruskan ‘kembangan sayap kalian’.
Jazakumullahu khairan kathira buat Yayasan Amal n the geng, Jawatankuasa Pembangunan Pelajar Islam SM Sains Miri n Task Force Miri kerana memberi sumbangan dalam Lawatan Muhibbah Anak Yatim tempoh hari.
Slide Ibuku Buta Sebelah Mata amat menyentuh qalbu kamek. Sik sedar kamek, air mata berlinang di kelopak mata. Kamek maok tayangkan untuk murid kamek sebagai bahan P&P dalam kelas kelak.
Syukran akhi Muhtar.
Barakallahu fiik ya akhil kareem…. “Semoga Allah meramaikan lagi insan seperti anta dan sahabat-sahabat anta yang sedia ber’amal kerana Allah…”
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Akhi Nizam dan Akhi Abu ‘Ammar Al-Madani;
Terima kasih di atas komen, kata-kata semangat dan do’a. Semoga kita semua terus istiqamah di jalan yang lurus ini. Amiin.
Ustaz Abu Wildan;
Jazakallahu khairan kathira juak di atas penyertaan dan komitmen ustaz hari marek. Semoga segala ‘amalan kita akan diterima oleh Allah SWT. Semoga anak murid ustaz akan mendapat manfaat juak dari slide show ‘Ibuku Buta Sebelah Mata!’ ya. Semoga beroleh redha Allah. Teruskan perjuangan!
Wallahu a’lam.
Salam. Alhamdulillah dan terima kasih kepada Pengerusi dan ahli Yayasan Amal serta Task Force Kecemerlangan di atas kesudian menggemblengkan tenaga, masa, dan fikiran untuk bersama putera puteri SM Sains Miri menjayakan program khidmat masyarakat ke Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Negeri Sarawak, Cawangan Miri, di Bumiko pada 29 Julai 2007. Alhamdulillah, usahasama seumpama ini telah berjaya memperkayakan lagi pengalaman putera puteri SM Sains Miri dan InsyaAllah akan memantapkan jati diri agar menjadi insan yang menjiwai agama. Terima kasih.
Assalamualaikum….
Terkilan rasanya tak dapat serta program kali ini… Sebabnya kerana sudah merencanakan dari awal untuk turut serta… Last minute terpaksa batalkan…
Apa pun kita hanya merancang… Allah yang lebih tahu apa yang terbaik…
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabakatuh.
Cikgu Lily yang mulia;
Terima kasih di atas komitmen dan semangat cikgu yang menjadi sumber inspirasi buat kamek dan putera-puteri SM Sains Miri. Budaya ‘turun padang’ yang ditunjukkan amatlah dihargai.
Kak Tum;
Pasti ada hikmahnya. Insya Allah semoga dapat terus dapat bersama dan menyumbangkan tenaga serta khidmat bakti di dalam program-program mendatang. Sebarkanlah kebaikan.
to my good nephew, m.syahir..
very proud of your involvement in these activities.
what a good example to our family.
love the poem by usman awang “ibuku”.
Alhamdulillah dalam kesibukan kita mampu laksanakan program tersebut, moga lebih ramai yang sudi menjengah anak-anak yatim. Kalau bukan kita, siapa?
Auntie MissUniverse;
Thank you very much. I informed Syahir about your comment here and with smile he said that he knew you very well.
Alhamdulillah, proud to be Syahir’s friend too.
Ustaz HAMKA;
Alhamdulillah. Siiru ‘ala barakatillah!
aslkm adik muhtar,
tahniah atas usahamu, bersama kita tingkatkan amalan dan kebajikan, semoga usaha diberkati allah swt!
. Dep . College 91-95 .
[...] “Lawatan ke Rumah Kebajikan Anak Yatim Sarawak di Bumiko, Miri - 2007” [...]
salam… setelah lama tak mendgr n menjenguk sekolah tercinta.. SM Sains Miri.. alhamdulillah, tertgk blog ni.. prorgam yg bgus.. teruskan…
-effa-
sainsri (2001-2005)
now- institut perguruan tun abdul razak, samarahan…