Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 26 Julai 2007

Hebatnya Orang-orang Yang Beriman

“Alangkah Hebat dan Tingginya Darjat Orang-orang Yang Beriman!”

Oleh: SS. Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Sumber: http://www.drmaza.com

Kita ada jabatan, badan, yayasan, mahkamah, Perlembagaan dan berbagai-bagai lagi yang berpihak kepada kepentingan Islam. Namun mengapa kita masih kelihatan bagai kita umat yang tewas. Tidakkah jika kita tidak dapat menewaskan orang lain dengan ketakwaan kita, sekurang-kurang kita berjaya disebabkan faktor kekuatan lahiriah kita. Mengapa tidak?

SAYA rasa amat berat apabila mendapat banyak jemputan untuk menghadiri seminar dan perbincangan isu-isu murtad. Walaupun pihak penganjur mempunyai alasan mereka yang tersendiri, namun saya selalu berkhayal satu seminar besar dibuat tentang orang ramai menganut Islam.

 

Dalam politik pilihan raya, pelbagai akhbar parti akan menyiarkan cerita ahli-ahli parti lawan keluar parti. Sama ada benar atau tidak, itu merupakan perang psikologi yang akan melemahkan jentera parti musuh dan semangat pengundi.

 

Demikianlah juga tentang isu murtad, jika kita asyik membicarakan tentang orang keluar agama kita, lemahlah semangat para pendakwah ikhlas yang sedikit itu, dan patahlah hasrat bukan Muslim yang ingin mendekati agama ini.

 

Adakah di sana suatu yang lebih malang dari agama yang bukan sahaja gagal menarik orang luar mendekatinya, bahkan penganut yang adapun ingin meninggalkannya. Mereka yang menggembar-gemburkan angka murtad yang bukan-bukan itu – secara langsung atau tidak langsung – memainkan peranan penting melemahkan umat ini dari dalam dan menghalang orang lain daripada menghampiri agama yang suci ini. (selanjutnya…)

Read Full Post »