“Kekurangan Jurutera Tempatan Dalam Industri Petroleum & Gas Sarawak”
As-Sarawaki, 25 Julai 2007: Berikut dikongsikan dengan tetamu ziarah yang budiman sekalian petikan berita dari Utusan Borneo oleh Shasha Zairustam bertajuk “Kekurangan Jurutera, Kini Masalah Serius Industri Gas Sarawak”. Saya kurang pasti sejauhmana kesahihan (authenticity) kenyataan ini, namun ada satu perkara yang mencuit hati saya. Dari berita ini, kita sesungguhnya berharap semoga lebih ramai Jurutera Muslim di dalam industri petroleum dan gas di Sarawak, Malaysia dan seluruh dunia sebagai sebahagian daripada tuntutan Fardhu Kifayah yakni amanah kepada ahli-ahli profesional Islam. Bertitik tolak dari sini, semoga kita semua menjadi sebahagian daripada usaha bersepadu menjadikan Islam sebagai Misi Kecemerlangan Tamadun.
Jom kita jadi jurutera/ engineer/ muhandis berjiwa dai’e liridhalLah!
______________________________________________________
Kekurangan Jurutera, Kini Masalah Serius Industri Gas Sarawak
MIRI, 24 Julai 2007: Kekurangan jurutera tempatan dan permintaan tinggi di peringkat antarabangsa dalam industri petroleum dan gas menjadi satu masalah serius dalam usaha pengisian tenaga kerja di Sarawak.
Menurut Roni Adrian, Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill WorleyParsons setakat ini mereka hanya mempunyai 120 orang pekerja dan berharap bilangan ini akan meningkat sepertimana yang telah disasarkan iaitu sebanyak 250 tenaga pekerja.
Syarikat perunding Ranhill ini turut memberi latihan kepada jurutera serta graduan universiti yang mengambil jurusan berkaitan dengan gas dan petroleum. Walaubagaimanapun, bilangan jurutera ini masih di takuk yang lama kerana setelah diberi latihan intensif, mereka memilih untuk bekerja dengan syarikat lain.
“Pasaran yang sering berubah, banyak projek diterima dan kekurangan jurutera ini menyebabkan projek tidak dapat dijalankan,” katanya.
Syarikat perunding ini hanya memfokuskan gas dan petroleum, kemudahan dan struktur bagi mencapai tahap yang terbaik serta bagaimana mewujudkan latihan dan teknikal secara komersial.
“Kami turut menyediakan program penggiliran graduan untuk jurutera di mana mereka akan diberi pendedahan tentang pembangunan industri gas dan petroleum. Program ini turut dijalankan di Perth, New Castle, Brunei dan Singapura. Mentor juga turut disediakan bagi memberi nasihat kerjaya, bimbingan dan sokongan,” katanya.
Roni berkata demikian ketika memberitahu wartawan dalam sidang akhbar pagi tadi sempena perasmian pembukaan pejabat baru Ranhill WorleyParson bersebelahan Dynasty Hotel.
Pejabat baru Ranhill WorleyParson itu telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Andy Chia. Turut hadir di majlis tersebut ialah kakitangan Ranhill WorleyParson, Petronas Carigali dan Shell.
Sebelum ini pejabat Ranhill WorleyParson berpusat di Krokop.
Andy Chia ketika menyampaikan ucapan berkata, beliau berharap agar lebih ramai jurutera melibatkan diri dalam industri gas dan petroleum ini dan dapat membangunkan industri tersebut untuk ekonomi dan masyarakat.
____________________________________________________
Read and study these publications on oil and gas industry: The Changing Role of National Oil Companies (NOCs) in International Energy Markets.
Sila baca juga entri berikut:
2. Catatan Kerja dan Catatan KERJA
Wallahu a’la wa a’lam.


syukran atas pengisian yang menarik… walaubagaimanapun saya sedang belajar di bidang lain… tapi, walau di bidang mana pun kita bekerja, pastikan kita menyumbang sesuatu untuk agama… setuju?
Akhi Muhammad;
Terima kasih atas respon dan juga komentar-komentar sebelum ini, amat dihargai. Benar, setiap seorang Muslim perlu memainkan peranan dengan semaksima mungkin atas apa jua kapasiti yang dia ada sebagai sumbangannya untuk agama. Semoga Islam terus beroleh izzah dan disegani. Semoga kita semua beroleh redha Allah. Amiin.
Nasihat ana kepada syarikat2 minyak (oil n gas field), jgn terlalu memilih. Diri sendiri yang susah. Setahu ana ramai rakan2 ana yang berusaha keras untuk bekerja di syarikat2 minyak. Sekiranya mereka (calon) kurang kelayakan (contoh: tahun bekerja), mereka boleh mengadakan latihan intensif Jurutera dlm apa jua bidang. Nak seribu daya… Mereka mungkin tidak ada inisiatif yg terbaik utk memastikan jurutera2 mereka tidak beralih kepada syarikat lain. Cuba baiki kelemahan syarikat. Mungkin gaji, layanan, kemudahan, dan banyak lagi tidak memadai untuk jurutera mereka. Bagi ana amat mustahil mereka akan berpindah kerja sekiranya khidmat syarikat kepada pekerja baik.
Akhi Mohd Didi;
Ana boleh bersetuju. After all, we need more competent engineers especially Muslim Engineers in oil and gas industry.
Wallahu a’lam.
memang trend bidang Oil&Gas camni… lepas ade experience dalam 5 tahun, biasenye jurutera akan terus pergi ke tempat yang lebih baik dengan tawaran gaji sehingga 2 kali ganda dari sekarang… kalo yang pergi ke timur tengah tu senang2 jer boleh dapat gaji dalam RM30,000 sebulan…
duit ganjaran gaji hanyalah wadah utk kita insaf kelemahan diri kita ini di sisiNya..
harap2 shell dan pertonas di miri memberikan lebih peluang kepada graduan2 kejuruteraan bumiputra sarawak dan sabah. dilihat shell lebih suka kepada non bumi dan petronas lebih kepada org semenanjung. moga2 Allah memberi jereki kepada bumiputera sabah n sarawak. thanks
Assalamualaikum,
Ana dah coba antar brapa kali dah ke cmpnies2 di Sarawak tapi maseh hampa, tapi cmpny Semenanjung juak ngambik ana, sekdahal insha Allah coba lagik!!!
Semoga cmpnies di Sarawak bukak mata Muhandis Muslim pun setaraf ngn di luar nun!