
“The Reality: Palestinian Loss of Land 1946 to 2000!”
As-Sarawaki, 24 Julai 2007: Sesungguhnya sejarah dan derita Bumi Palestin merupakan salah satu daripada isu ummah yang sentiasa dekat di hati saya dan sewajarnya dekat di hati seluruh Muslimin sedunia. Suasana kian meruncing di sana seharusnya membuat kita bangkit sedar dan bingkas bangun dengan ikhlas untuk membantu dengan apa jua kapasiti yang kita ada dan termampu. Berikut diiklankan program Majlis Hi-Tea Bersama Keluarga Syuhada’ Palestin. Meskipun saya tidak dapat menghadiri majlis ini disebabkan terlibat dengan Program Rehlah Dakwah dan Mahabbah Task Force Kecemerlangan ke Sabah pada 18 – 22 Ogos 2007, saya amat berharap kepada tetamu ziarah yang budiman sekalian yang mempunyai kesempatan masa dan ruang waktu agar dapat hadir memberi semangat, sokongan dan sumbangan di majlis ‘amal ini. Saya doakan semoga segalanya khair. Palestin di hati!
Majlis Hi-Tea Bersama Keluarga Syuhada’ Palestin
18 Ogos 2007, 2.30-5.30 Petang
Cattlea Banquet Hall, Wisma PKPS, Shah Alam
Anjuran Bersama:
Pertubuhan Mawaddah Malaysia
Aman Palestin Berhad
Sekiranya Berminat, Sila Hubungi:
Datin Noraini (Umi)
019-2156457
Harga Tiket:
RM100/ Seorang
Tetamu Khas Dari Palestin:
Ummu Nidhal (Maryam Muhammad Yusuf Farhaat). Beliau dilahirkan pada tahun 1950. Beliau adalah ‘Ummu Syuhada’ dan telah melakarkan sejarah sebagaimana yang pernah dilakarkan oleh Khaulah Binti Al-Azur, Khansa’, Nusaibah Binti Kaab, Ummu Saad Bin Muaz dan seumpamanya.
Sila Baca Juga:
1. Palestin Bermandi Darah, Kita Hanya Berpura-pura Marah!
2. Zionis Semakin Mengganas, Umat Semakin Lemas!
Wallahu a’la wa a’lam.






[...] Ummu Nidhaal, Ummu Syuhada’ Palestin, [...]
mereka asalnya jual sedikit tanah kepada israel… macam malaysia bagi wilayah iskandar saja… huhuhu…
Sama-samalah kita berdoa agar Palestin kembali semula kepada umat Islam… ALLAHU AKBAR!!!