“Tidak tersayatkah hatimu.. Tidak tersiatkah rasa nalurimu.. Tidak terhiriskah jiwa intuisimu.. Tidak tersentuhkah kesuma insafimu.. Tidak tercabarkah ekspresi dirimu.. Dan tidak bergetarkah impresi imanimu?”
As-Sarawaki, 25 Mei 2007: Astaghfirullah! Semoga Allah SWT mengampunkan ketidakpekaan dan kekurangprihatinan kita semua! Sebelum itu, bagi entry kali ini saya ada permintaan. Sekiranya tetamu ziarah yang mulia mahu membaca entry ini, ada beberapa syarat yang perlu tetamu ziarah sekalian penuhi. Sekiranya saudara dan saudari tidak sanggup memenuhi syarat-syarat ini, tolong jangan baca entry selanjutnya, berhenti di sini dan bacalah entry lain yang tidak memerlukan tindakan anda. Syarat tersebut adalah seperti berikut:
Syarat 1: Hari ini juga atau selewat-lewatnya dalam masa seminggu selepas membaca entry ini, anda hendaklah memasukkan derma anda buat Palestin dan rakyat Palestin melalui mana-mana saluran yang sedia ada. Salah satu daripadanya ialah melalui akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam Malaysia Bhd :: 12029010047880
Maybank Malaysia Bhd :: 562263010787
Lebih daripada itu, untuk menjadikan sumbangan tersebut berterusan dan sebagai bukti istiqamah kita dalam membantu saudara seaqidah kita di Palestin, sama-samalah kita berusaha menjadikan amalan pada setiap bulan untuk memasukkan sebahagian daripada gaji kita ke dalam salah satu akaun tersebut. Insya Allah, amalan yang berterusan, walaupun sedikit, nilainya amat tinggi di sisi Allah SWT. Sekiranya tetamu ziarah yang mulia bersetuju dengan syarat ini, silalah teruskan membaca.
Palestin…
Masihkah mendenyuti jantung hati
Masihkah mengaliri urat nadi
Masihkah membasahi minda aqli
Masihkah menghembusi nafas lahiri
Masihkah menghempasi ombak sanubari
Masihkah menderasi tasik rohani
Masihkah menusuki rasa naluri
Masihkah menyusupi rongga jasadi
Masihkah mengobori roh jihadi
Masihkah dijiwai ummah insani?
Palestin…
Masihkah di hati…?
Alhamdulillah…
Tragedi Palestin…
Masih menyayat di hati
Masih menyiat rasa naluri
Masih menghiris jiwa intuisi
Masih menyentuh kesuma insafi
Masih mencabar ekspresi diri
Masih menggetarkan impresi imani
Sungguh… Palestin di hati!
Alhamdulillah, tahmid dan syukur kepada Allah SWT sekiranya rasa-rasa kebersamaan untuk membantu saudara seaqidah kita di bumi Palestin masih terus membara. Semoga rasa-rasa ini kian sebati di jiwa sanubari!
Catatan ini merupakan catatan lanjutan dari entry sebelum ini: Zionis Semakin Mengganas, Umat Semakin Lemas!
Saya masih ingat pada 13 Mac 2005 ketika salah seorang sahabat amat karib saya Allahyarham Amir Syukri Adam kembali ke rahmatullah kerana terlibat dalam kecelakaan jalan raya. Saya merasa amat sedih dan sugul pada ketika itu. Sebelum berangkat dengan berkonvoi kereta menziarahi jenazahnya di Kluang, Johor, saya sempat menyatakan kesedihan saya dengan pemergian sahabat ini kepada salah seorang sahabat dari Palestin di UIA - Akhi Nur Ad-Din.
Namun, apa yang beliau nyatakan sebagai balasan kepada rasa kesedihan saya membuatkan saya terpempan dan ter’tampar’ rasa yang amat sangat! Akhi Nur Ad-Din menyebut: “Mukhtar, you feel sad because one of your best friends died. In Palestin, almost everyday I could see my friends being shot and killed! The most tragic moment for me was when one of my family members was shot in front of my naked eyes!” Saya terkesima!
Suasana mutakhir yang berlaku di sana amat kritikal dan kian parah. Maka sebagai memenuhi tuntutan ukhuwwah fillah di bawah lembayung kalimah tayyibah: Lailaha Ilallah, maka marilah kita bersama-sama bersatu hati, berpadu tenaga dan bergerak bersama bagi menyumbang sesuatu dalam penyelesaian krisis ini.
Benar, tidak banyak sumbangan berat dan besar yang kita boleh laksanakan dari kejauhan ini, namun percayalah dengan upaya sedikit tetapi ikhlas semata-mata kerana Allah SWT yang kita lakukan, Allah pasti akan memberi jalan penyelesaian dan sekaligus menunaikan janjinya dengan memberi kemenangan kepada umat Islam. Optimislah! Janji Allah Maha Benar!
“Allah Matlamat Kami, Rasulullah Qudwatuna!”
Setelah syarat pertama yang disebutkan di atas telah tetamu ziarah sekalian tunaikan (tentunya itu janji yang mesti kalian laksanakan kerana anda tidak membaca baris ini tanpa menyetujui syarat tersebut sebentar tadi), berikut ada dua lagi syarat yang perlu sama-sama kita usahakan bagi memastikan kita ini bukan hanya berpura-pura marah, tetapi kita benar-benar turut merasai derita berdarah ini dan sama-sama ingin memastikan bumi Isra’ Al-Quds kembali berdaulat dan menikmati kemerdekaan!
Syarat 2: Anda akan senantiasa mendoakan keamanan bumi Al-Quds, keselamatan Masjid Al-Aqsa dan kesejahteraan buat rakyat Palestin. Anda juga akan berusaha untuk menjauhi, mengurangi dan meninggalkan terus maksiat yang sering dilakukan bagi memastikan agar doa kita akan cepat dimaqbulkan oleh Allah SWT. Doa yang pasti akan mendapat jawapan dari Allah adalah doa dari mereka yang ikhlas dan dari mereka yang dekat dengan Allah. Jika diri kita dipenuhi dengan maksiat dan kelalaian, ianya akan melambatkan jawapan kepada doa tersebut.
Syarat 3: Anda akan berusaha memperhebatkan kempen pungutan derma, menyebarkan kesedaran berkaitan isu Palestin ini di lokaliti anda dan dengan apa jua kapasiti yang ada, anda akan menyokong segala usaha yang dibuat bagi menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan Bumi Al-Quds.
Berikut dikongsikan dengan tetamu ziarah sekalian, catatan Ukhti Zaharah Muhammad yang sesungguhnya amat menggugah rasa, meruntun jiwa dan menimbul fikir tentang isu ini. Sama-sama kita renung dan hayati. Fahamilah…
Saya terlambat membuka e-mel yang saya terima dari seorang sahabat maya saya dari Rafah. Sebenarnya sudah lama kami tidak berutus e-mel kerana pada bulan Februari lepas, dia memeritahu saya dia agak sibuk. Saya faham tugasnya sebagai wartawan, lebih-lebih lagi di tanah airnya yang penuh dengan pergolakan dan pembunuhan serta kezaliman siang dan malam. Maka, saya hanya tinggalkan doa yang tidak henti semoga Allah selamatkan Mohammed.
Saya kecewa kerana saya terlambat membuka e-melnya. Setelah 6 hari berlalu, barulah saya membaca e-mel beliau yang amat melukakan hati saya. Kemanusiaan saya membuak-buak. Namun, saya tetaplah manusia yang lemah. Tidak ada apa yang dapat saya lakukan selain daripada merasa sakit. Aduhai, lemahnya saya. Hanya doa yang saya ada, sebagai senjata bagi orang-orang yang paling lemah. Saya menyeru anda, sesiapa saja yang tergolong dalam golongan yang lemah seperti saya, marilah kita berdoa. Jangan berhenti berdoa untuk saudara-saudara kita di seluruh dunia, yang dizalimi.
Di sini, saya kongsikan dengan anda, e-mel yang saya terima dari Mohammed yang pernah memenangi Best Youth Voice dalam First National Ethnic Media Awards dari New America Media.
Dear Teh,
I’m scared, i was almost killed or at least bleeding
till death. three militants were closing all roads and
they sudden, they said to me stop during the curfew, i
stop and then the masked-men open fire under my feet
hitting the ground under my feet. i thought I’m
killed, and i could not explain or scream as the
shooting was louder than my scream, so I said, :” No,
don’t do that, stop stop, please” oh, i was in tears,
this is the first time I’m begging someone not to kill
me, and then the other guy who’s also militant was
standing in my side and said, we don’t want to kill
him, lets shoot him in his legs and leave him bleed. I
said, what? why? and then he said, your ID, I show it
with the press card and then they let me go. I was
scared that they would shoot at me once I turn my
back, but alhamdllah this didn’t happen, I was scared,
scared, scared to death. this was not pleasant
experience, and they were doing this, as I got stuck
and could not find transport back home, so I went
walking in the streets. I’m scared to death. those are
just evil and terrible people. I don’t wish to be in
that position again. i can’t stand in my feet
anymore, I feel pain and scared. those are working for
preventive security, which is working closely with
Israelis. I was wearing my bullet proof vest, but this
didn’t protect me enough. today, more than 10 were
killed and tens were injured, many by Israelis, but
still some by Palestinian clashes between Hamas and
Fateh. they don’t want this to be reported. I didn’t
tell about this to my mother, she will be scared
again!
Sad greetings!
Mohammed
Masked gunman controlling a street in Gaza City
Anda juga boleh baca di sini;
Entry beliau di bawah tajuk ‘Kita Usahakan‘:
Saya sedang berusaha untuk mendapatkan nombor akaun bank Mohammed Omer agar dapat kita hulurkan bantuan terus melalui akaun beliau. Untuk diagih-agihkan buat saudara kita di Rafah. Sekiranya anda berminat untuk turut menyumbang, sebagai tanda kita peduli terhadap saudara kita di sana, anda boleh menghubungi saya melalui e-mel dan sila tinggalkan nombor telefon anda untuk memudahkan saya hubungi anda. Mudah-mudahan, dengan sumbangan yang tidak seberapa, ia dapat dijadikan tanda syukur kita yang selama ini diuliti seruling keamanan. Ya, mempedulikan penderitaan mereka, adalah sebahagian daripada cara kita mensyukuri nikmat yang Allah berikan kepada kita.
Hubungi saya di binti_muhammad@yahoo.co.uk untuk sebarang pertanyaan. Dan, anda semua dijemput untuk sentiasa menziarahi saudara Mohammed Omer untuk mendapatkan berita-berita terkini di laman http://www.rafah.virtualactivism.net/news/todaymain.htm.
Jangan sisihkan suara tangis mereka!
Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita semua!
Bacaan Lanjutan sebagai peningkat nyala rasa:
1. Laman Yahudi Pro Palestin: http://ifamericansknew.org/
2. Laman Info Palestinkini: http://palestinkini.info/
3. Laman Aman Palestin: http://amanpalestin.com/
4. Ucapan Dr. Khalil al Haya: Pesanan Buat Umat Islam di Malaysia
5. Fikrah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil: Palestin: Antara Ilusi dan Realiti
6. Fikrah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil: Palestin Dan Orientalisma
7. Motivasi Mutiara Dr. Danial Zainal ‘Abidin: Untukmu Palestin
Sumbangan ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam Malaysia Bhd :: 12029010047880
Maybank Malaysia Bhd :: 562263010787
Wallahu a’la wa a’lam.





Konpem duit tu sampai sana? Kalo ya, nak jugak hulur2..
kepada pembebel, duit yang disalurkan melalui Aman Palestin memang sampai. bagi pembiaya-pembiaya biasiswa anak-anak Palestin, mereka akan dibawa bertemu anak-anak yang dibiaya. RM130 sebulan je…
Malaysia menyambut kemerdekaan ke-50. WZO menyambut ulangtahun ke 110. Pada tarikh 31 Ogos.
Assalamualaikum,
Sukacita pihak kami menjemput tuan untuk menghantar artikel ke
http://dppwp.wordpress.com
Untuk maklumat tuan, blog tuan telah dimasukkan ke dalam Direktori Blogger di http://bloggersdirektori.wordpress.com
Jika tuan berminat untuk menjadi editor bagi Direktori ini sila hantar email kepada pemudawilayah@gmail.com
—->Herman
kebanyakan kita hanya rasa sedih buat seketika..tatkala melihat penderitaan mereka yg sempat dirakam..habis cerita, habislah duka…
Ukhti Maryam Abu Ahmad;
Terima kasih atas makluman sahih buat Pembebel.
Akhi Herman Samsudeen;
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Akan cuba diusahakan, insya Allah. Fastabikul khairat!
Cahaya Mata Kemuliaan Agama;
Semoga kita tidak termasuk golongan tersebut. Semoga kesedaran ummah terus membara di jiwa. Amiin.
Assalamualaikum,
Satu lagi usaha yang insya-Allah kita semua mampu utk buat. BOIKOT BARANGAN YAHUDI –>
http://www.pmram.org/inpage/boycott/index.htm
Kalau tak boleh bersihkan langsung pun kehidupan seharian kita dari barangan2 diorang ni, at least try to minimize kan lah. Kalau rasa2 nak makan KFC atau Mc D tu ingat2 lah darah2 kanak2 palestin yang mengalir. Tak tergamak punya…
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Shuhada’ atas maklumat.
Sila baca juga entry Ustaz Hasrizal Abdul Jamil tentang “Palestin Dan Orientalisma” di http://saifulislam.com/?p=470
Teruskan perjuangan!
Salam….. I am ‘touching’…Mungkin kita boleh juga buat mini “Malam Bersama Palestin” at our kampung….. Satu cara untuk cari derma di samping dapat tanamkan kesedaran ini pada orang kampung kita… Supaya mereka turut rasakan this story is part of them…. Sebab saya sendiri dulu secara peribadi kurang minat isu Palestin…. But once I involved program tempoh hari…. Barulah ada kefahaman dan kesedaran on this matter…. TQ.
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Kak Tum,
Alhamdulillah, cadangan yang baik. Insya Allah kita boleh sama-sama ikhtiar dan usahakan. Mudah-mudahan segalanya khair. Amiin.
[…] 1. Palestin Bermandi Darah, Kita Hanya Berpura-pura Marah! […]
[...] Demi Darfur dan Palestina, [...]
[...] Sedang bermandi darah, Kita pula seperti berpura-pura marah! Palestin, Thaurah Palestin! Thaurah!, Kami disisimu untuk syahadah! Kami sambut seruan mu Palestin! [...]
[...] Sedang bermandi darah, Kita pula seperti berpura-pura marah! Palestin, Thaurah Palestin! Thaurah!, Kami disisimu [...]
[...] bangkit sedar dan bingkas bangun dengan ikhlas untuk membantu dengan apa jua kapasiti yang kita ada dan termampu. Sebagai bacaan lanjutan, sila baca juga entri-entri saya sebelum ini: Palestin Bermandi Darah, Kita Hanya Berpura-pura Marah! dan Zionis Semakin Mengganas, Umat [...]
[...] 2. Palestin Bermandi Darah, Kita Hanya Berpura-pura Marah! [...]
Salam… Macam mana ye nak menderma dari luar negara? Ada sesiapa bleh bg info?
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Saudari Aisyah;
Sila layari http://www.islamic-relief.org.uk/CurrentAppeals.aspx
Assalamu’alaikum..
Saya nak tanya.. Adakah akaun bank utk derma Palestin masih aktif?
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Saya syor derma Palestin saudari salurkan ke Akaun Yayasan AMAL Malaysia, Maybank: 553010122090, dan setelah bank-in maklumkan ke talian 03-61874382. Semoga Allah menerima ‘amalan ikhlas saudari. Amiin.