“Zionis Semakin Mengganas, Namun Umat Masih Ketiduran!”
As-Sarawaki, 18 Mei 2007: Alhamdulillah, tepat jam 10.00 malam semalam, saya menerima satu sms dari Dr. Zainurrashid Zainuddin, salah seorang penggerak Aman Palestin yang kini berada di Beirut atas misi kemanusiaan dan inisiatif keamanan Palestin. Inilah bunyi sms yang diterima yang sesungguhnya me’nampar’ rasa saya: “Zionis semakin mengganas namun umat masih ketiduran! Salam perjuangan dari Lubnan.” Sebelum berangkat ke sana tempoh hari iaitu pada 16 Mei yang lepas, beliau juga sempat menitipkan satu sms buat sahabatnya ini yang masih bertatih dalam perjuangan membantu saudara seaqidah di Palestin. Sms beliau: “I’m leaving to Beirut shortly. Hope to see you in Kuching in July for Malam Palestin. Ilal liqa’.”
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).” Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan pendorong bagimu.” (Al-Qur’an Al-Kariim, Surah Al-Baqarah: 120)
Di kala kita amat asyik dan mahsyuk dengan kesenangan duniawi di sini, saudara seaqidah kita di Palestin mati dibunuh! Pedulikah kita? Atau buat tak kisah dan endah tak endah? Ya, mungkin saudara peduli, tetapi di luar sana lebih ramai yang tidak peduli! Malah tidak mahu ambil tahu!! Lihatlah gambar ini dengan rasa manusiawi: mereka telah mati dibunuh kejam!
“Gambar menunjukkan mangsa serangan rejim Zionis pada 13 Jun 2006”
“Tidak akan berlaku Kiamat sehinggalah kamu memerangi Yahudi. Dan kamu memerangi mereka sehingga pokok dan batu berkata-kata. Lantas ia menyebut, wahai Muslim, wahai hamba Allah, dibelakangku ini ada Yahudi, marilah ke sini dan bunuhlah ia! Kecuali pokok Gharqad kerana ia adalah dari pokok Yahudi”. (Hadith Riwayat al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidhi)
Allah SWT berfirman: “Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.” (Al-Qur’an Al-Kariim, Surah Al-Israa’ 17: 7)
INGIN KE PALESTIN?
Oleh: Ustaz Maszlee Malik
Di antara sms, emel dan juga YM yang sering saya terima ialah “Bagaimana saya boleh pergi ke Palestin untuk berjihad?”. Bukan seorang dua, malah puluhan, jika tidak ratusan. Bukan hanya dari kalangan lelaki, malah juga dari wanita. Begitulah semangat jihad dan cintakan Islam yang ada di dalam jiwa rakyat Malaysia. Saya yakin, jika dibenarkan rakyat Malaysia untuk pergi ke Palestin untuk berjihad, nescaya Masjid al-Aqsa sekali lagi akan menyaksikan kemunculan Salahudin. Hanya Salahudin kali ini bukannya berketurunan Kurdi, tetapi mungkin Salahudin Jawa dari Sungai Besar, atau Banjar Air Hitam ataupun Bugis dari Benut. Moralnya, Palestin dan Masjid al-Aqsa masih tetap dan akan tetap berada di dalam hati setiap Muslim.
Apa yang boleh saya lakukan untuk Palestin?, itulah soalan yang sering dikemukakan oleh ramai di kalangan para pemuda dan pemudi Islam. Sekadar menghadiri ceramah-ceramah, mengikuti perkembangan terkini dan juga menangisi syahid-syahid yang gugur dibunuh oleh tentera-tentera Zionis? Adakah itu sudah cukup?
Atau mungkin juga menghulurkan sumbangan, wang ringgit, gelang, cincin dan subang ke dalam tabung Palestin. Adakah itu sudah memadai?
Keluar berdemo, menandatangani memorandum bantahan dan juga memboikot barangan Israel dan AS. Sudah cukupkah itu semua?
Atau mungkin juga bangun di dua pertiga malam dan panjatkan doa kepada Allah SWT agar membantu para mujahidin dan mujahidah di Palestin. Adakah itu juga sudah cukup?
Saya yakin ratusan, malah ribuan dari kalangan para pemuda dan umat Islam kita mampu melakukan lebih daripada itu. Ramai di kalangan kita yang mengimpikan mati syahid seumpama mujahidin di Palestin. Syeikh Ahmad Yassin dan Dr Abdul Aziz al-Rantissi sudah cukup menjadi perangsang untuk umat Islam bangkit mengikuti jejak langkah mereka untuk bersama menuju ke syurga Illahi. Persoalannya. Adakah di sana punya ruang untuk rakyat Malaysia untuk berjihad di bumi Palestin?
Teringatkan kata-kata wakil kerajaan Palestin (HAMAS) yang datang ke Malaysia. Apabila beliau ditanyakan bagaimanakah caranya rakyat Malaysia dapat membantu saudara mereka di Palestin yang ditindas dan dizalimi, beliau menjawab:
“Anda semua tidak perlu pergi ke sana. Ianya amat membahayakan. Rakyat Palestin masih lagi cukup untuk membebaskan al-Aqsa. Kami telah pun mengorbankan nyawa, dunia dan keluarga kami untuk tujuan tersebut. Apa yang kami perlukan adalah sokongan berterusan anda dari segi material. Sekatan dan tekanan yang dikenakan ke atas kami amat payah. Kami perlukan bantuan anda agar kami dapat terus hidup dan terus berjuang. Selain daripada sumbangan material daripada anda, kami juga perlukan tekanan dari negara-negara Islam dan masyarakat antarabangsa ke atas rejim Zionis agar menghentikan sekatan yang zalim ini. Anda boleh mempengaruhi kerajaan anda dan juga masyarakat antarabangsa untuk melakukannya. Akhir sekali, doa anda semua yang ikhlas dan bersunguh-sungguh adalah bekalan kami di dalam perjuangan”.
Ramai di kalangan kita yang mengimpikan mati syahid seumpama mujahidin di Palestin.
“Allah Matlamat Kami, Rasulullah Qudwatuna!”
Ya, memang benar. Mereka perlukan bantuan kewangan dan material yang berterusan daripada kita untuk terus hidup. Bukanlah mereka mengemis, tetapi sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas mereka langsung mematikan ekonomi mereka. Mereka tidak berupaya untuk mengimport dan mengekspot mahupun melakukan apa-apa urusan dagang dengan pihak luar. Mereka hanya ada sebuah kerajaan untuk memerintah rakyat tanpa menguasai ekonomi serta jalan akses dan keluar daripada tanah air mereka sendiri. Tanpa sumber yang tetap, tanpa keupayaan untuk menjual hasil nasional mereka, bagaimanakah caranya untuk mereka akan dapat terus hidup?
Maka, sumbangan berterusan haruslah dilakukan. Janganlah hanya sekali sahaja menyumbang dan kemudian tidak menyumbang lagi. Nombor-nombor akaun pertubuhan yang menyalurkan derma telah pun anda miliki (atau layari laman web: www.palestinkini.info). Jadikan amalan anda pada setiap bulan untuk memasukkan sebahagian daripada gaji anda ke dalam salah satu akaun tersebut. Insha Allah, amalan yang berterusan, walaupun sedikit, nilainya amat tinggi di sisi Allah SWT. Yakinlah, walaupun seringgit yang anda sumbangkan, tetapi jika ianya berterusan, ianya akan mendapat tempat di sisi Allah SWT.
Berkenaan dengan doa pula. Doa yang pasti akan mendapat jawapan dari Allah adalah doa dari mereka yang ikhlas dan dari mereka yang dekat dengan Allah. Jika diri kita dipenuhi dengan maksiat dan kelalaian, ianya akan melambatkan jawapan kepada doa tersebut. Oleh yang demikian, usaha untuk menjauhi, mengurangkan dan meninggalkan terus maksiat perlulah dilakukan secara berterusan agar doa kita akan cepat mendapatkan jawapannya. Usaha untuk mengajak masyarakat dan orang lain untuk sama-sama meninggalkan maksiat dan mendekatkan diri kepada Allah SWT juga perlu diperhebatkan. Ramainya orang yang beriman dan orang yang salih berdoa akan mempercepatkan lagi jawapan dari Allah yang Esa.
Doa yang pasti akan mendapat jawapan dari Allah adalah doa dari mereka yang ikhlas dan dari mereka yang dekat dengan Allah.
Mencari waktu yang sesuai untuk berdoa juga adalah penting. Sepertiga malam terakhir, di kala orang ramai nyenyak tidur merupakan waktu yang amat sesuai. Jika benar kita ingin berkorban, maka korbankanlah tidur kita untuk menghadap Allah SWT di waktu tersebut. Hadapkan diri kita dengan penuh keikhlasan, harapan dan pengharapan kepada Yang Maha Mendengar. Berdoalah secara bersungguh-sungguh.
Sunnah Rasulullah SAW di waktu peperangan juga janganlah ditinggalkan. Rasulullah SAW akan melakukan Qunut Nazilah di kala berlakunya peperangan dan kecelakaan ke atas umat Islam. Di Malaysia, sunnah ini jarang diamalkan. Demi mendapatkan kemenangan buat umat Islam, maka sunnah ini perlu dihidupkan semula.
Akhir sekali, usaha memperhebatkan kempen pungutan derma, menyebarkan kesedaran dan juga menyokong segala usaha berkaitan isu Palestin merupakan tanggungjawab kita semua. Kesemuanya akan menjadi bekalan kita untuk bertemu Allah SWT di akhirat nanti. Ianya akan menjadi jawapan jika Allah AWT bertanyakan kepada kita: “Apakah yang telah kita lakukan untuk menyelamatkan Masjid al-Aqsa ketika ia di ambang keruntuhan?, Apakah yang kita lakukan ketika saudara mara kita di sana bertungkus lumus berusaha untuk memerdekakannya?, Apakah juga yang telah kita lakukan ketika saudara-mara kita dibunuh, disembelih dan juga dizalimi demi memerdekakan Masjid al-Aqsa…”
Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita semua!
Bacaan Lanjutan lain yang amat bermanfaat:
1. Laman Yahudi Pro Palestin: http://ifamericansknew.org/
2. Laman Info Palestinkini: http://palestinkini.info/
3. Laman Aman Palestin: http://amanpalestin.com/
4. Ucapan Dr. Khalil al Haya: Pesanan Buat Umat Islam di Malaysia
5. Fikrah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil: Palestin: Antara Ilusi dan Realiti
6. Fikrah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil: Palestin Dan Orientalisma
7. Motivasi Mutiara Dr. Danial Zainal ‘Abidin: Untukmu Palestin
Sumbangan ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam Malaysia Bhd :: 12029010047880
Maybank Malaysia Bhd :: 562263010787
BERITA SEBELUM INI:
PROGRAM MALAM BERSAMAMU PALESTIN DI MIRI KUTIP RM22,000
Bandaraya Miri, 11 September 2006: Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, Jawatankuasa Bersama Penganjuran Malam Bersamamu Palestin telah berjaya menganjurkan Program Malam Bersamamu Palestin (MBP) pada hari Jumaat yang lepas, 8 September 2006 bermula jam 7.30 malam sehingga 11.00 malam bertempat di Masjid At-Taqwa Miri. Pada sebelah petangnya sebelum itu telah diadakan Dialog Interaktif Palestin bertempat di Pustaka Miri selain Khutbah Jumaat Isu Palestin dan Pameran Palestin bergerak di masjid-masjid.
Program yang julung-julung kalinya diadakan di Bandaraya Miri ini adalah anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Islam dan Masjid An-Na’im Lutong bersama-sama Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri, Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Miri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Bahagian Miri, Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan, Pejabat Pelajaran Gabungan Miri, Jamaah Islah Malaysia (JIM) Daerah Miri, Masjid At-Taqwa Miri, Masjid Ar-Rayyan Permyjaya, Masjid Darul Istiqamah Luak, Masjid An-Nur Tanjung Batu dan Masjid Darul Ehsan Piasau.
Program yang telah mendapat sambutan di luar jangkaan apabila berjaya menarik kehadiran lebih 1,000 Muslimin dan Muslimat telah dirasmikan oleh YB Haji Bolhassan bin Haji Di, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri merangkap Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak. Lebih daripada itu, sekurang-kurangnya RM22,000 telah berjaya dikumpulkan untuk Tabung Dana Palestin dan telah diserahkan kepada wakil Aman Palestin Berhad, Dr. Zainurrashid Zainuddin di akhir program tersebut.
“Antara Hadirin yang Hadir ke Program Malam Bersamamu Palestin di Miri”
“Ucapan Perasmian oleh YB Haji Bolhassan Haji Di”
“Ceramah Perdana Isu Palestin oleh Dr. Zainurrashid Zainuddin”
“Penyerahan Tabung Derma Palestin kepada wakil Aman Palestin”
‘Palestin di Hati’ dan ‘Kalau Bukan Kita, Siapa? Kalau Bukan Sekarang, Bila?’ masing-masing telah dipilih sebagai tema dan slogan program. Berikut merupakan antara objektif Program Malam Bersamamu Palestin ini dianjurkan:
1. Membangkitkan kesedaran dan kepedulian masyarakat terhadap usaha menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan bumi Palestin.
2. Menimbulkan rasa syukur di atas nikmat keamanan dan kedamaian yang dimiliki dan kita kecapi selama ini dan peripentingnya kita memastikan kesinambungannya.
3. Mengarusperdanakan isu Palestin dalam masyarakat sebagai aspek pembinaan kesatuan masyarakat dan kesedaran umat.
4. Membuat kutipan Dana Palestin untuk disalurkan kepada kerajaan dan rakyat Palestin.
“Umat Islam di Malaysia sekalian.. Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.
Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya.” Dr. Khalil Ismail al-Haya, Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin,
Justeru, amat malang seandainya umat Islam yang mengaku saudara dan sejasad dengan mereka, tidak mampu melakukan apa-apa demi masa depan mereka. Sekiranya ada sumbangan umat Malaysia kepada rakyat dan pimpinan Palestin, maka mereka tentunya lega dan merasai mereka dibantu oleh seluruh manusia. Hari-hari yang bakal mereka hadapi pastinya lebih meyakinkan untuk mempertahankan bumi al-Quds dan kesuciannya.
Program Malam Bersamamu Palestin ini diharap telah membangkitkan semangat dan memberi kesedaran kepada warga masyarakat Islam di Bandaraya Miri tentang isu Palestin. Kerjasama daripada semua pihak amatlah diharapkan untuk terus memastikan umat Islam memahami peranan serta tanggungajwab mendesak yang wajar mereka laksanakan demi melihat bumi Palestin kembali berdaulat dan rakyatnya kembali merasai keamanan. Marilah kita terus berjuang dan berkorban atas kapasiti yang termampu demi Allah dan agama Islam yang kita cintai! Jom selamatkan Masjid As-Aqsa dan Bumi Al-Quds!
Kalau Bukan Kita, Siapa? Kalau Bukan Sekarang, Bila?
>> Kertas Kerja Malam Bersamamu Palestin di Miri
>> Teks Khutbah Jumaat: Isu Palestin Tanggungjawab Seluruh Umat Islam
Wallahu a’la wa a’lam.









Assalamualaikum akhi.
Terima kasih atas entry.
Mungkin boleh manfaatkan bahan saya di dalam entry http://saifulislam.com/?p=470
Salam Perjuangan…
Ya Allah.. Bantulah Islam, Muslimin, Mujahidin dan umat Islam!
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Ustaz Abu Saif;
Alhamdulillah. Terima kasih sudi kongsi pautan bahan yang sesungguhnya menghadirkan idea bernas dan segar. Salam perjuangan kembali. Insya Allah jumpa di Miri 30 Jun nanti. Ilal liqa’.
Iman Amal;
Amiin, semoga diqabulkan olehNya.
[...] 1. Entry: Zionis Semakin Mengganas, Umat Semakin Lemas! [...]
INTIFADHAH…..
kami datang menghadapi kalian
dengan sekelompok manusia
yang mencintai kematian
sebagaimana kalian mencintai kehidupan
intifadhah bergema kembali
perjuangan membebaskan negeri
pembebasan al-Aqsa yang suci
dari tangan-tangan Yahudi
dengan batu-batu jalanan
mereka tetap tegar berjuang
hadapi kaum Yahudi jahanam
sampai titik darah penghabisan
intifadhah melahirkan satu generasi
yang berjihad diiringi aqidah hakiki
dengan akhlak yang mulia
yang dijunjung tinggi
kerinduan syahadah yang dinanti
untuk satu tujuan
syahid atau menang !
(dari lirik Nasyid Kharisma)
doaku selalu menyertaimu wahai pejuang Palestina….
Terima kasih atas perkongsian, amat dihargai.
[…] 2. Zionis Semakin Mengganas, Umat Semakin Lemas! […]
[...] Palestin, Dihenyak dibelasah lemas, Zionis semakin mengganas! [...]
[...] Palestin, Dihenyak dibelasah lemas, Zionis semakin mengganas! [...]
[...] Dihenyak dibelasah lemas, Zionis semakin mengganas [...]
[...] Dalam kehangatan bahang pilihanraya di Malaysia (meskipun suasana pilihanraya di seantero Sarawak tidaklah sehangat mana), jangan sampai kita lupa tentang satu isu besar umat Islam. Isu Palestin! Ya, isu Al-Quds! Sesungguhnya sejarah dan derita Bumi Palestin merupakan salah satu daripada isu ummah yang sewajarnya sentiasa dekat di hati seluruh Muslimin sedunia. Suasana kian meruncing di sana khususnya di Gaza seharusnya membuat kita bangkit sedar dan bingkas bangun dengan ikhlas untuk membantu dengan apa jua kapasiti yang kita ada dan termampu. Sebagai bacaan lanjutan, sila baca juga entri-entri saya sebelum ini: Palestin Bermandi Darah, Kita Hanya Berpura-pura Marah! dan Zionis Semakin Mengganas, Umat Semakin Lemas!. [...]
does anyone knows if there is any other information about this subject in other languages?
As-Sarawaki: Please surf http://ifamericansknew.org/
[...] 3. Zionis Semakin Mengganas, Umat Semakin Lemas!. [...]
I am very very very very ……………. dislike zionist & I hate the naughty zionist & the government of zionist!