“Mayat yang dibungkus selimut dihantar ke Hospital Sibu untuk bedah siasat”
As-Sarawaki, 10 Mei 2007: Tragis, kontroversi dan meruntun rasa! Itulah kata-kata yang boleh saya nukil dan simpulkan apabila dimaklumkan berita tentang seorang ustazah graduan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Anizah Othman, 26 yang mengajar di SJK(C) Hin Hua, Song ditemui mati dibunuh berhampiran kawasan Perindustrian Bleteh, Kapit. Rasa marah meluap-luap dan kesal kecewa memuncak di dada! Dalam masa yang sama, rasa simpati turut bersarang di sudut hati. Benarlah betapa kasih sayang kian sirna, gersang dan hampir mati di dalam dunia serba moden dan canggih kini!
Petikan berita:
1. Utusan Malaysia: Ustazah ditemui mati separuh bogel, mati dicekik
2. Berita Harian: Ustazah mungkin kena bunuh: Polis
3. New Straits Times: Religious teacher ‘was strangled’
4. Borneo Post: Decomposed body found in small stream
5. Borneo Post: Body belongs to missing teacher
6. Borneo Post: Teacher planned to return home for raya
7. Utusan Borneo: Jenazah guru agama diterbangkan ke Johor
8. Harian Metro: Tak sempat jumpa ibu
9. Harakahdaily: Kerajaan perlu ambil berat keselamatan guru
10. Bernama: Man arrested over murder of religious teacher
Amat malang dewasa ini, bunuh-membunuh, perkosa-memperkosa, cabul-mencabuli, zina-menzinai, curi-mencuri, ragut-meragut, rompak-merompak bahkan kejadian-kejadian berangkai ’2 dalam 1′ atau ’3 dalam 1′ seperti rogol dan bunuh, gaduh dan bunuh, rompak dan bunuh, bahkan ada kes rompak, rogol, liwat dan bunuh sekaligus yang sudah menjadi berita biasa dan sensasi! Tidak cukup dengan itu, kita diasak lagi dengan 1001 macam kes jenayah lain seperti rasuah, pecah amanah, buli, dera, penagihan dadah dan sebagainya. Malah berita-berita sebegini sudah hampir setiap hari menghiasi dada-dada akhbar dan media-media elektronik di negara kita bahkan di seluruh dunia. Pendek kata, inilah realiti sosial masa kini!
“Kebencian dan Permusuhan Semakin Mengganasi Kemanusiaan..”
Melihat kepada fenomena dukacita ini, sesungguhnya wajar kita fahami bahawa semua ini bukan saja mencemaskan, malah cukup menggerunkan! Kejadian jenayah pembunuhan secara kejam seakan-akan menjadi fenomena biasa di negara ini. Boleh dikatakan saban hari ada saja kejadian pembunuhan ngeri yang dilakukan penjenayah atau pembunuh upahan yang kini semakin berani.
Kejadian terbaru yang paling menggemparkan seluruh negara ialah kejadian seorang model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu mati dibunuh dan lebih menyayat hati lagi mayatnya telah diletupkan dengan bom sehingga bersepai di Empangan Subang di Puncak Alam.
Sebelum ini pun, sebut saja nama Norrita Shamsudin, Canny Ong Lay Kiat, Bakaruddin Busu, Mohammad Farid Ibrahim dan Datuk Norjan Khan Bahadar, tentu kita semua sedia maklum dan dapat mengenali setelah kes pembicaraan mereka mendapat liputan meluas.
Mereka adalah mangsa pembunuhan kejam oleh manusia durjana yang tidak berhati perut. Selayaknya penjenayah seperti ini digelar iblis bertopengkan manusia yang bukan saja sanggup mengorbankan nilai kemanusiaan, malah membelakangkan agama!
“Fitrah Manusia Merindui Kasih Sayang. Malangnya Kasih Sayang Sudah Mati!”
Takziah kepada semua keluarga mangsa terbabit kerana terpaksa menerima dugaan yang tidak dipinta akibat kerakusan segelintir manusia bernafsu kejam. Hakikatnya, beginilah realiti hidup selepas manusia asyik mementingkan kebendaan dan budaya hedonisme, maka aspek etika hidup dan sahsiah diri tidak dipentingkan lagi.
Buat ibunda Anizah Othman, Puan Tengku Mon alias Ara Suleiman, takziah saya ucapkan. Semoga sabar dan redha dengan ketentuan Ilahi. Innalillahi wa inna ilaihi raaji’un. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amiin.
Saya juga amat berharap kepada semua ustaz/ ustazah guru j-QAF, guru KPLI, guru Pendidikan Islam dan semua pendokong dakwah yang bertebaran di seluruh pelusuk Bumi Kenyalang agar terus tabah dalam kerjaya. Semoga tragedi ini tidak melemahkan semangat kalian dalam menabur bakti dan khidmat kepada anak watan. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan ustaz/ ustazah yang mulia sekalian amatlah dihargai.
Teruskan perjuangan dan tabahkan hati.. Semoga dengan keihklasan dan ikhtiar kalian akan membawa lebih kemajuan duniawi dan Ukhrawi kepada ummah seluruhnya. Saya doakan!
Selain itu, saya ingin mengajak diri saya dan tetamu ziarah sekalian, ayuh marilah kita bersama-sama menjiwai agama dan membangun bersama Islam kerana inilah sebenarnya penyelesaian tuntas dan paling bermakna kepada masalah-masalah ini. Mari bersama kita hayati Nasyid Tafakur Seorang Hamba di sini. Semoga Allah SWT yang bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahiim melimpahkan rahmat kasih sayangNya kepada kita semua hambaNya. Amiin Ya Rabbal ‘Alamin.
“as Sheikh Abdul Qadir al-Jilani had said..”
Sebagai satu perkongsian untuk kita fikirkan bersama dan renung-renungkan, suka saya kongsikan satu puisi yang lahir dari cetusan rasa dan fikir sedar berkenaan kes tragik pembunuhan Mendiang Canny Ong Lay Kian. Semoga ada khair dan mafaatnya buat semua. Mudah-mudahan.
Berita utama akhbar perdana
“Kesalahan bunuh: Gantung sampai mati!
Kesalahan rogol: 20 tahun penjara dan 10 sebatan!”
Demikian hukuman putus Hakim Datuk M. Ideres M. Rapee
Penghakiman kes tragik Mendiang Canny Ong Lay Kian
Rentetan penculikan, rogol dan bunuh
Mayat dibuang ke lubang pembentungan lalu dibakar
Lantas berkatalah si tertuduh Ahmad Najib Aris:
“Saya anggap semua ini satu ujian.
Ujian satu cabaran untuk menguji kesabaran manusia.”
Namun yang lebih sadis butir bicaranya
Pearly Visvanathan ibu si mangsa
“Saya tidak marah dia (Najib) sepenuhnya,
tapi saya marahkan Tuhan, dia seolah2 mempermainkan saya!!!”
Salah siapa hendak dikata..
Salah mereka atau Ahmad Najib sahaja?
Khulasahnya..
Sebenar dan sesungguhnya
Manusiawi sudah di penghujung usia
Rasa berTuhan sudah kian mati
Kasih sayang sudah di satah imaginasi
Membiar dendam kesumat melokus di paksi realiti
Genting mahabbah mencerun di landasan nan curam
Mengizin hasad khianat memecut di halaju maksima
Mesra harmoni pula di posisi sendeng miring
Memperkasa geseran nafsu serakah di litar gersang
Dan terus beraksi ganas di landaian songsang
Serta turut dijulang dirai di podium kesesatan
Hingga akhirnya..
Hidup tiada pentas sanjungan, mati tiada tugu peringatan.
Salah siapa hendak dikata..
Beban dirinya atau kita terus bersahaja?
Aku dan saudara-saudaraku
Inilah dia jejak-jejak jahiliyyah
Perlumbaan ‘Formula 1’ kemaksiatan
Mencakar menderumi jiwa tiada berfikrah
Berbaris panjang membeli tiket menghantar ke neraka
Di mana penganjurnya syaitan laknatulLah
Sayyarahnya pula sistem korupsi berpollusi
Penajanya protokol Yahudi dan dakyah Nasara
Penyiarnya media massa bernorma kian celaru
Venuenya pusat hiburan melambak menggegar hedonisme
Penyaksinya jasad-jasad insani lesu tarbiyyah
Pengkritiknya domba-domba punya kepentingan diri
Bi’ahnya dicipta masyarakat yang hidup nafsi-nafsi
Jua ber`samba’ bid’ah yang makin menjadi-jadi
Hingga akhirnya..
Dalam terang, bayangan kemusnahan bertapuk sembunyi.
Salah siapa hendak dikata..
Tugas bersama atau biarkan sahaja?
Aku dan saudara-saudaraku
Inilah pula jejak-jejak kebahagiaan
Ayuh bersama memetik bintang gemintang
Mencari pintasan mencatur langkah-langkah khair
Agar cermin hati bisa bersinar terang benderang
Tentunya amar ma’ruf nahi mungkar solusi pasti
Bersama bai’ah menjadi janji terpakai:
Allah matlamat tujuan murni nurani
Rasul an-Nabiy qudwah hasanah mithali
Al-Qur’an perlembagaan tertinggi diimplementasi serasi
Sunnah Junjungan Mulia ikutan di hati dan jawarih
Islam ad-Deen menjadi panji
Syahid cita-cita teragung mu’min sejati
Bersama munaqasyah, muhadarah dan muhasabah
Membentuk al-quwwah dissertasi amanah
Hingga akhirnya..
Dalam gerhana, kebenaran mengambang penuh makna!
Persoalannya…
Salah siapa???
MUHTAR SUHAILI
Ghurfati, UIAM
24 Februari 2005, 6.57pm
Wallahu a’la wa a’lam bissawab.





Al-Fatihah.
Manusia sekarang terlalu mengejar kemewahan duniawi hingga melupakan tanggungjawab sosial. Generasi sekarang terlalu dibuai dengan keasyikkan duniawi. Gejala sosial yang negatif dipandang dengan sebelah mata. Masyarakat kita sudah disematkan dengan “budaya tidak apa” dalam segala hal dan permasalahan. Jenayah sudah menjadi perkara biasa dan bukan sesuatu yang luarbiasa lagi. Maksiat, sumbang mahram, rogol, liwat, samun, bunuh, rompak dan berbagai jenayah lagi tidak pernah lekang dari dada akhbar setiap hari. Inikah negara Islam yang kita banggakan. Pak Lah? Islam Hadhari? Sedarlah diri!!!!!! Sampai Bila Lagi!!!!!!!!!!!!!!
Ajet66;
Terima kasih atas komentar. Semoga kita mampu menyumbang sesuatu kepada agama, bangsa dan negara. Bersama membina Malaysia ke arah negara yang benar-benar makmur lagi sejahtera di bawah redha Allah, atau dalam bahasa Al-Qur’annya: ‘Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafuur’. Amiin.
inna lillahi wa inna ilaihi raajiun………….
Allahhummaghfirlaha warham ha…..
Selagi mana Hukum ALLAH tidak dilaksanakan, selagi itu noda2 hitam berkelana di buak2 hati yang selalu kebusukan,mahu turut pada Nafsu, Turut pada Syaitan, Turut pada Iblis.. Selagi mana kita tidak kenal ALLAH,selagi itu kita masih leka dan alpa dibuai khayalan yang menusuk k dalam jiwa yang lara…
Inna lillahi wa inna ilaihi raajiun…
Semoga Allahyarhamah dicucuri Rahmatnya di sisi ALLAH.
Sampai bila mahu kita lihat kegaganasan ini?
saya baru mngetahui khabar ini..btapa saya insaf tentang bagaimana saya ktinggaln banyak tentang hakikat dunia n kduniaan,akhirat n keakhiratan,hidup n kehidupan,manusia n kemanusiaan.ampunkan hambaMu yang terleka ini Tuhan.ayah saya seorang ustaz.dulu,sekitar tahun 2003 d miri,kita pernah juga digemparkan dengan pembunuhan di khalayak ramai seorang ustaz sejurus selepas solat jumaat selesai.adakah warga miri masih ingat tentang kejadian itu?pembunuh itu dengan bangganya menyatakan,dia mempunyai senarai ustaz-ustaz yang bakal menerima nasib yang serupa di tangannya.betapa pejuang agama di atas muka bumi ini mendapat begitu banyak ancaman.pengorbanan untuk agama yang tercinta. Ya ALLAH,kuatkan kami untuk terus berjuang di jalanMu Tuhan…inikah panorama akhir zaman? semoga orang2 yang teraniaya mendapat pembelaan yang setimpal di sisi ALLAH..Kau Maha Adil Tuhan…manusia sedarlah,kenapa kita diciptakan…sedarlah tentang amanah dan tanggungjawab yang diberikan…siapa kita di atas muka bumi ALLAH ini…ampunkan aku Tuhan atas kesilapan dan kelalaianku.kuatkan aku Tuhan,untuk trus berjuang dalam agamamu…AMIN….
Terima kasih di atas komentar-komentar tetamu ziarah sekalian. Semoga kita semua beroleh husnul khatimah. Amiin.
Innalillahiwainnahilaihiraajiiunn.
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada roh Allahyarhamah….
Itulah serikandi Islam yang sanggup berdakwah di kawasan pedalaman.
Saya sendiri mempunyai 3 orang anak perempuan yang masih kecil berumur 2 bulan, 5 tahun dan 7 tahun. Ngeri jika pikirkan manusia zaman sekarang. Khuatir memikirkan keselamatan anak-anak. Rasanya sekarang bukan soal perempuan berpakaian seksi yang menjadi mangsa tetapi peluang dan jiwa lelaki yang rosak yang menjadi punca.
Di TV terlalu banyak program yang menunjukkan perempuan berpakaian seksi, pergaulan bebas dan ganas. Sebagai ibu saya terpaksa memilih program yang benar-benar sesuai untuk ditonton oleh anak-anak saya. Tidak tau lah sampai bila kerajaan akan terus membenarkan program-program begitu disiarkan. (Amat kesal sekali).
Ustaz;
Semoga Allah menerima ‘amal dan ‘ibadahnya. Tiap-tiap ‘amalan (perbuatan) ada balasannya. Oleh itu, bersamalah kita sentiasa berwaspada terhadap akibat dari perbuatan kita. Ingatlah sesuatu perbuatan jahat sekiranya tidak didapat akibatnya di dunia ini, di Akhirat kelak dia pasti melihat dan mendapatkannya.
Kak naa9872;
Saya amat bersetuju, media massa hari ini kian celaru dari segi norma dan etikanya. Sesungguhnya membuat sesuatu sekadar untuk mengurangkan rasa berdosa, sedangkan diri masih terus dibiarkan bergelumang dengan dosa, adalah dosa yang paling berdosa!
Wallahu a’lam bissawab.
[...] kemanusiaan dan kasih sayang sudah kian mati kini! Sebelum ini saya ada menulis satu entry tentang Berita Tergempar: Ustazah Ditemui Mati Dibunuh, namun kes pembunuhan yang satu ini lebih tragis dan menyayat hati. Tradegi pembunuhan Allahyarham [...]
[...] kemanusiaan dan kasih sayang sudah kian mati kini! Sebelum ini saya ada menulis satu entry tentang Berita Gempar: Ustazah Ditemui Mati Dibunuh, namun kes pembunuhan yang satu ini lebih tragis dan menyayat hati. Tragedi pembunuhan Allahyarham [...]
[…] kemanusiaan dan kasih sayang sudah kian mati kini! Sebelum ini saya ada menulis satu entry tentang Berita Gempar: Ustazah Ditemui Mati Dibunuh, namun kes pembunuhan yang satu ini lebih tragis dan menyayat hati. Tragedi pembunuhan Allahyarham […]
salam. ia sesuatu yg cukup memilukan. kadang2 saya terfikir di sudut manakah di dunia ini yg aman dan selamat utk didiami???
Teruskan berjuang di bumi Sarawak. Sahabat2 ana mengelarkan Sarawak sebagai “Heaven for the Dai’es”. Ana akui, sebagai seorang Muslim yang tinggal di Sarawak, kehadiran dai’e amat dirindui. Bagi mereka yang mendamba Islam dan tinggal dalam suasananya, mencarinya adalah lebih susah daripada mencari lombong emas…
nape dunia makin maju tapi manusia makin mundur???
manusia berebut2 ikuti barat tapi nape yg -ve shaja jd ikutan???
sdgkn teknologi mreka yg maju lgsg tidak diambil iktibar malahan msyrakat bukan Islam yg belumba2 mngejarnya.. kite belumba2 dgn berita2 di dada akhbar ttg kes bunuh rogol dan jnayah2 lain…
Ya Allah…
Ustazah Mariani;
Bersama membina bi’ah solehah dan bi’ah tarbawiyyah ke arah kehidupan yang lebih aman, damai dan harmoni.
Akhi Hamas;
Insya Allah. Teruskan perjuangan.. Fastabikul khairat!
Ukhti nEna;
Teruskan ikhtiar dakwah dan usaha islah.
akum.kes itu mmg mencabar kesabaran umat islam yang berhati mukmin..al fatihah..
kita dapat lihat senario negara kita sekarang..bila kes ustazah mati dibunuh..terpampang 2,3hari di akhbar mendapat liputan..
tiada pembelaan sewajarnya..bila kes guru merotan atau mendera pelajar(ikut fhman ibu bapa)…bertalu2 guru dikritik,hari2 akhbar pampang ke itu. pemimpin negara sibuk bagi cadangan, pendapat..bagaimana nasib ustazah yang mati itu? dapatkah pembelaan dari pemimpin kita?
tanda2 nak kiamat… pembunuhan dah jadi 1 hobi agaknya..
naauzubillah…
ucapan takziah, diharap semua pembaca beri perhatian segala jenayah. banyak yang kena perempuan, dari kecil hingga yang besar, harus diingat bahawa bahaya yang datang tidak kira masa mahu pun tempat. Oleh itu, berhati hatilah wahai kaum perempuan, gadis, makcik, isteri isteri. ingatlah pepatah baru ini: Apabila kaum yang bernama kaum hawa ingin keluar rumah bila seorang ke berdua ke ataupun bertiga ke ingatlah bahawa anda sedang melalui padang ragut yang terdiri dari mahluk yang bernama singa, harimau, dubok, dan sebagainya. oleh itu carilah batas batas yang dapat memagari anda sekelian. pemangsa tidak mudah lupa untuk makan anda tetapi anda sering alpa apabila melihat, mendengar, mahupun naluri. oleh itu jangan ikut hati dan rasa tetapi ikutlah ilmu yang dimiliki, kalau tidak ada carilah, kalau sudah ada banyakkanlah.
tertuduh bagi kes pembunuhan ni sekarang menunggu perbicaraan di mahkamah tinggi sibu.
dan semasa bersidang di mahkamah kapit atas tuduhan mencuri bot yang digunakannya membawa arwah ustazah ni, setelah pertimbangkan fakta kes masa itu dan rayuan tertuduh serta hujahan pihak pendakwaan, jatuhkan hukuman 40 bulan penjara…
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarhamah… amin