“Sedih Apabila Sekular Dibela dan Dipuja lagi Diperjuangkan..”
Sayyidina ’Umar al-Khattab menyatakan:
إنما تنقض عرى الإسلام عروة عروة اذا نشأ في الإسلام من لا يعرف الجاهلية
Maksudnya: “Akan terungkai tambatan Islam serungkai demi serungkai dari leher umat Islam apabila berleluasa di dalam Islam mereka yang tidak mengetahui hakikat jahiliyyah.”
Calon Presiden Turki ditolak kerana isteri bertudung
Oleh: Subky Abdul Latif
Mahkamah Turki membatalkan keputusan Parlimen yang meluluskan pencalonan Menter Luarnya, Abdullah Gul untuk menjadi Presiden Turki yang baru.
Hujah penolakan itu ialah isteri Abdullah Gul bertudung.
Dengan alasan itu membuktikan Abdullah adalah seorang konservatif Islam. Ia bahaya bagi fahaman sekularisma yang menjadi ideologi negara Turki.
“Turki adalah negara sekular dan terus kekal begitu. Turki tidak mungkin menjadi negara Syariah atau pun secara rampasan kuasa,” laung penunjuk perasaan yang membanjiri Dataran Caglayan di Istanbul sambil membawa bendera rasmi putih merah Turki dan potret bekas pengasas negara itu, Mustafa Kamal Ataturk.
Perlembagaan Turki memperuntukkan ideologi sekularisme yang diasaskan oleh Mustafa Kamal Ataturk tidak boleh diganggu gugat.
Tentera, mahkamah dan universiti diberi kuasa untuk mematahkan mana-mana pihak yang mengancam sekularisme.
Abdullah Gul adalah calon Parti AK – Parti Keadilan – yang memerintah sekarang. Dia adalah calon pilihan setelah ura-ura untuk mencalonkan Perdana Menteri Reccep (Rejab) Tayyip Erdogen dibantah oleh ribuan tunjuk perasaan kumpulan pembangkang.
“Abdullah Gul dan isteri tercinta”
Mulanya penentang Erdogan merasa reda dengan pencalonan Abdullah Gul, kerana dia dilihat lebih sederhana. Sasaran pembangkang pada mulanya adalah Erdogan kerana dialah tunggak kepada kekuatan politik baru Turki.
Kejayaannya sebagai Datuk Bandar Istanbul dalam kerajaan Parti Refah, pimpinan Necmettin Erbakan dulu menyebabkan rakyat Turki menyokong Parti AK yang diasaskan untuk menguasai Parlimen dalam pilihan raya empat tahun lalu.
Pertama kali sejak kelumpuhan puak kemelis – kumpulan yang mendukung Kamal Ataturk – beberapa dekat kebelakang berjaya memenangi majoriti Parlimen.
Sebelumnya tidak pernah ada parti yang mendapat sokongan majoriti. Semua kerajaan yang dibentuk adalah kerajaan campuran. Semua kerajaan tidak stabil dan ekonomi Turki lumpuh.
Parti AK, pecahan dari Parti Refah yang dipimpin bersama oleh Erdogan dan Abdullah Gul berjaya menguasai Parlimen dengan Abdullah Gul menjadi Perdana Menteri disebabkan oleh Erdogan ketika itu masih dalam edah hukuman penjara yang dihadapinya atas kesalahan membaca sebuah sajak Islam.
Setelah edah itu tamat, dia memenangi satu pilihan raya kecil, maka dia menjadi Perdana Menteri dan Abdullah Gul menjadi Menteri Luar.
Latar belakang Erdogan dan Abdullah Gul adalah pejuang gerakan Islam yang komited dalam Parti Refah, tetapi mereka melunakkan pendirian apabila menubuhkan Parti AK. Akibatnya buat kali pertama sambutan kepada pimpinan Erbakan merosot dan tidak mendapat kedudukan di Parlimen.
Sejak Erdogan memimpin kerajaan, ekonomi dan kewangan Turki pulih dan perkembangannya begitu pesat dan baik.
Apabila Presiden yang tamat tempoh bulan ini, maka Parti AK bercadang mencalonkan Erdogan.
Belum sempat pencalonan dibuat, puak sekular melancarkan tunjuk perasaan besar-besar, maka tolak ansurnya ialah mengulangi peristiwa menonjolkan Abdullah Gul sebagai calon Perdana Menteri ketika Parti AK menuyertai pilihan raya buat pertama kali dulu dengan mencalonkan beliau untuk menjadi Presiden.
Parlimen meluluskannya. Tetapi kumpulan sekular yang disokong oleh tentera membawa perkara itu ke mahkamah, maka mahkamah menerima bantahan puak sekular itu.
Keputusan mahkamah itu tidak boleh dirayu dan tentera akan bertindak kiranya keputusan mahkamah itu dicabar.
Keputusan mahkamah itu segera meletakkan Turki dalam satu krisis politik yang tegang dan boleh mengancam kestabilan politik dan ekonomi yang baru dinikmati dalam masa empat tahun ini.
Erdogan segera membubarkan Parlimen dan menyegerakan pilihan raya dari bulan November yang dijadualkan kepada bulan Julai ini. Setakat ini tiada satu parti dari parti-parti berfahaman sekular yang tersusun seperti Parti AK.
Sekalipun Erdogan dan Abullah Gul dan pengikut-pengikutnya mempunyai latar belakang perjuangan Islam yang jelas, tetapi Parti AK tidak memimpin kerajaan sebagai yang dicita-citakan seperti semasa mereka dalam Refah dulu.
Pada kaca mata perjuangan Islam, banyak yang dijanjikannya dalam pilihan raya dulu tidak dilaksanakannya.
Dasar luarnya tidak banyak berbeza dengan kerajaan-kerajaan sebelumnya, malah Erdogan membuat kunjungan ke Israel seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Turki sebelumnya.
Sebagai kumpulan yang pernah ada latar belakang perjuangan Islam, ada kelainannya dibandingkan dengan dengan kerajaan sekular. Ada amar makrufnya.
Tetapi sebagai kumpulan yang pro Islam, ia tidak menjadi contoh bagi kerajaan-kerajaan negara Islam lain. Ia tidak dapat menjalan nahi mungkar.
Berbeza dengan kerajaan sekular yang rasuah dan pentadbiran yang tidak cekap, kerajaan pimpinan Erdogan dan Abdullah Gul, adalah kerajaan yang bersih dan cekap. Ekonomi dan kewangannya sangat buruk ketika mereka mula mengambil pentadbiran, tetapi dalam waktu yang singkat mata wangnya kukuh dan ekonominya stabil.
Secara peribadi kumpulan itu hidup sebagai orang yang beragama dan menganjurkan supaya umat Islam Turki hidup beragama.
Di bawah pentadbirannya ia mengajar orang berbuat baik. Wanita mereka majoriti bertudung di khalayak umum.
Justeru itu Turki muncul sebagai negara pengekspot tudung yang terkenal di dunia.
Pada umum pentadbiran Parti AK tidak dilihat menjalankan pentadbiran yang dikehendaki oleh sebuah gerakan Islam.
Tidak ada yang dapat dijadikan hujah oleh kumpulan sekular pentadbiran Erdogan melanggar larangan ajaran sekular Turki seperti yang diajar oleh Ataturk.
Tidak ada apa yang dapat dibantah oleh puak sekular tentang pentadiran dan tindakan kerajaan bagi menuduh mereka mengancam sistem sekularisma.
Adalah sukar bagi mereka untuk menghalang Erdogan dari mendapat sokongan rakyat.
Apa yang dapat mereka bangkitkan untuk menghalang Erdogan dan Abdullah Gul dari menjadi Presiden ialah bahawa isteri mereka bertudung. Bertudung adalah budaya bangsa Turki yang beragama Islam sejak beratus tahun dulu. 90 peratus dari penduduk Turki adalah Islam.
Apa yang ditentang oleh kemelis itu adalah budaya Turki. Dan sekular Turki itu adalah satu sekular yang anti Islam.
Erdogan tidak bimbang dengan sokongan rakyat Turki. Tetapi yang menjadi masalahnya ialah tentera yang mengancam untuk campur tangan dan tidak suka isteri dan anak para pemimpin bertudung.
Pemimpin Turki tidak terancam atas rasuah dan penyelewengan tetapi mereka terancam semata-mata kerana isteri mereka bertudung!
Wallahu ‘ala wa a’lam.







masyaAllah,…
alhamdulillah kita hidup dalam negara Malaysia yg walaupun tidak berapa kuat undang2 Islamnya tapi kita masih lagi bebas memakai dan membuat apa yg kita nak tanpa bantahan sesiapa. hanya yg perlu tepuk dada tanya selera, amal makruf nahi mungkar atau sebaliknya.
ku pohon semoga diri ini sentiasa mendapat kasih dariNya. amin,..
yep i watched it on the news too.. what a shame, it’s the wife who wear the hijaab.. not the husband.. ugh..
subhanallaah.. i dont understand why does a piece of cloth bother them so much?? if its in a kufaar country then maybe i wouldn’t say “wow”.. but it’s turkey.. shame on them.. especially the goverment..
Ukhti Muslimah dan Tiara;
Yaqinlah Islam pasti akan cemerlang semula. Masa depan milik Islam.. So, let us struggle for it. InnalLaha ma’ana!
[...] Baca juga: Khabar Duka Dari Turki – Sekular Oh Sekular [...]
Assalamualaikum..
Kita harus bersyukur dapat hidup dalam negara yang mengamalkan undang-undang Islam.. Marilah kita bersama-sama menegakkan syiar yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.! Islam pasti unggul!
salam..
nampak sgt mereka takut dgn kebangkitan islam sebenar
baru seorg isteri pemimpin nak pakai tudung dah kecoh satu turki… belum lagi dgn gerakan2 dakwah…
sesungguhnya mereka sebenar sedar yang mereka dah tersesat tapi buat2 tak tahu dan nak tarik org lain turut kufur.. keji nya org camni… kalau dieorg tu memang al-haq…tak perlu nak takut dgn perempuan bertudung sebab yang benar tu yang akan terserlah… sesungguhnya mereka memang nak tgk org beriman turut menyertai mereka di dalam neraka… sebijik cam syaitan tapi bertopengkan manusia… semoga kita tak jadi golongan manusia yang macamtu.. ameen..
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh;
Akhi -akmal- dan Akhi Afiq;
Bersama membina negara yang benar-benar makmur lagi sejahtera di bawah redha Allah, atau dalam bahasa Al-Qur’annya: ‘Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafuur’. Amiin.
[...] 14 Ogos 2007: Entri ini adalah kesinambungan entri sebelum ini iaitu Calon Presiden Turki Ditolak Kerana Isteri Bertudung dan Ruling AK Party Wins Turkey Polls. Sila baca juga Sekilas Pandang Mengenai Kemenangan AKP [...]
Salam..
Marilah kita berdoa agar ALLAH SWT memberi kekuatan kepada umat Islam bagi mempertahankan agama Islam dan menegakkan syiar Islam di dunia ini khususnya kpd pemimpin Islam di Asia Tengah. Sekiranya Islam dapat menakluk kembali Istanbul dan Rom, insya Allah sistem khalifah Islam akan tertegak di dunia ini..
Salam Sdr. Muhtar,
Komentar Saudara ada benarnya, namun saya izinkan saya untuk menyatakan bahawa apa yang digembar-gemburkan di media tidak semuanya benar tentang keadaan yang berlaku sebenar di Turki.
Apa yang dilihat zahir di media cetak atau elektronik tidak menggambarkan 100% keadaan di Turki bercelaru sedemikian rupa, tetapi lebih kepada gimik untuk mencetus fitnah dan buruk sangka kepada dunia Islam luar kepada Turki. Di Turki juga menerima banyak berita ’samar-samar’ tentang Malaysia yang kadangkala boleh kita katakan TIDAK sama sekali terhadap fakta yang yang tercatat di media mereka.
Jika kita di Malaysia maklum akan masalah di Turki, yakinlah rakyatnya jauh lebih berjuang untuk keadilan Islam di sana.
Moga dunia Islam kita dilimpahi rahmat dan keredhaan Allah… Amin.
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Akhi Shahrul;
Sama-sama kita doakan. Amiin.
Akhi AyzaGursoy;
Saya memahami. Hasil dari pemerhatian saya ketika ziarah ke Istanbul dan juga perbincangan dengan sahabat-sahabat Turki yang ada di Belanda ini, apa yang akhi sebutkan ada benarnya. Sama-sama kitakan doakan semoga segalanya khair buat ummah.
Wallahu a’lam.
[…] Entri ini adalah kesinambungan entri-entri sebelum ini iaitu Sinar Kebangkitan Islam di Turki, Calon Presiden Turki Ditolak Kerana Isteri Bertudung dan Ruling AK Party Wins Turkey Polls. […]
[...] Tudung Oh Tudung, Kejayaan Sebuah Ijtihad Politik Yang Sistematik, Sinar Kebangkitan Islam di Turki, Calon Presiden Turki Ditolak Kerana Isteri Bertudung dan Ruling AK Party Wins Turkey Polls. Sungguh, ia satu sinar kebangkitan Islam di negara yang kini masih dibelenggu dan dirantai sekular. [...]
Assalamualaikum..
Komentar -akmal-:
Yer ker? Malaysia negara Islam ker atau Islam agama rasmi jer? Ader ker undang-undang Islam kat Malaysia kita nie?
baaaaaaguuuussss, gak ngerti.
[...] Turki Negara Sekular [...]