“Rasa Cinta Pasti Ada Pada Makhluk yang Bernyawa!”
(Gambar Sekadar Hiasan)
Email yang diterima dari Akhi Mu’ammar bertarikh 21 Mei 2005
(Semoga kita beroleh nasihah, semoga kita taubat nasuha).
Date: Sat, 21 May 2005 01:47:01 +0100 (BST)
From: ”Mu. ammar” <mujahidsolihin@yahoo.co.uk>
Subject: Aku tinggalkan Cinta Kerana DIA
To: ”Mukhtar Suhaili” <al_akhyar81@yahoo.com>
Wahai saudara seagamaku, saudara MUHTAR bin SUHAILI yang saya hormati (Saya sering ziarah ke weblog saudara.. Teruskan perjuangan saudara lillah).
Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkar apa yang telah Allah SWT tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.
Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya dan dialah orangnya.
Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.
Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organiasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah SWT, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walaupun sepatah.
Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual deangan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.
Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.
“Wanita Hiasan Dunia.. Seindah Hiasan adalah Wanita Solehah!”
Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.
Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada suatu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.
“I haven’t found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven’t heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there’s no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now.”
“Not a single phrase, nor a word.”
“My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah PBUH has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don’t even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can’t have a happy family if Allah doesn’t help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can’t expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning.”
Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil Cinta. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit dari kesilapan saya selama ini.
Ummi berkata: “It’s not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so.”
Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi syarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insyaAllah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.
Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi memaafkan kami.
Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunilah aku.
Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan menjadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya Allah, sekiranya Allah SWT panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permasuri di hati saya. InsyaAllah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaaan saya.
Pesan saya buat saudara MUHTAR, sekiranya tiada penawar berbisa, jangan cuba mencari cinta manusia, kelak dirimu akan binasa.. Jika cinta manusia datang menduga tanpa diminta kehadirannya, maka bercintalah kerana-Nya.
Dan lagi satu.. hargailah.. sayangilah seseorang itu… kerana ALLAH SWT.. Cintai dia seikhlasnya atas dasar visi destinasi perhubungan sesama pasangan itu adalah kerana nawaitu murni iaitu aku ingin memiliki dan mengahwininya demi menyempurnakan SUNNAH RASULULLAH SAW dan kerana ALLAH SWT.
“Keluarga Bahagia.. Mengimpikan syurga sebelum Syurga!”
MUHTAR, beringatlah;
“Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu deangan insan yang seumpamanya.”
Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa ‘alaihis salam dan puteri Nabi Syuaib ‘alaihis salam beribu-ribu tahun dahulu?
Wallahu a’lam.
SOHABAT Barumu;
Mu’ammar, Mafraq, Jordan
——————————————————————————————-
Renungkanlah..
Rasa cinta pasti ada
Pada makhluk yang bernyawa
Sejak lama sampai kini
Tetap suci dan abadi
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Renungkanlah..
Perasaan insan sama
Ingin cinta dan dicinta
Bukan ciptaan manusia
Tapi takdir yang kuasa
Janganlah engkau mungkiri
Segala yang Tuhan beri
Rasa cinta pasti ada
Pada makhluk yang bernyawa
Sejak lama sampai kini
Tetap suci dan abadi
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Renungkanlah..
Lagu asal oleh J. Mizan
Dinyanyikan semula oleh Hijjaz.




it’s more than that… saya tak mampu huraikan.
Maryam;
Cinta adalah satu rasa dalam hati yang hanya hati mampu mentafsir dan memahaminya..
Cinta adalah anugerah ALLAH kepada Manusia,ia adalah percisan daripada sedikit Sifat ALLAH
inilah kisah yg sangat mengharukan.. sungguh memberi kesan mendalam..
tak terkata.
[...] serta tahdzir (peringatan) dari cinta kepada lawan mereka. Ini kerana sesungguhnya cinta (al-Mahabbah) merupakan tanda kuatnya hubungan antara orang yang mencintai dengan yang dicintai, dan [...]
Assalamualaikum,
Sangat tersentuh dengan luahan hati anak ini. Tetapi realiti kehidupan sangat berbeza dari apa yang umminya nasihatkan. ini tidak bermakna nasihat itu tidak baik malah semestinya setiap ibu dan bapa menasihatkan begini pada anak-anak mereka. tetapi umminya lupa bahawa berkahwin dengan niat untuk mendirikan baitul muslim dan dengan mengikut peraturan dan sunnah Islam tidak semestinya membawa kebahagiaan. Janganlah berangan-angan kerana aku sudah mengikut perintah Allah dan telah memasang niat yang betul maka aku akan hidup bahagia dengan teman hidup sehingga ke akhirat.
Auntie ingin memberi ingatan supaya jangan terlalu yakin dengan kebahagiaan yang bakal dikecapi kerana anak telah mengikut cara-cara yang betul. Ini pengalaman auntie bersama kawan-kawan yang aktif dalam dakwah semasa muda. Kami sangat idealist dan hidup dalam ideal komuniti yang mempraktikkan ajaran Islam seperti anak ini. Kami bercita-cita membina keluarga bahagia jadi tidak pernah bercinta dan seboleh mungkin mengikut ajaran Islam sepenuhnya dalam hal perkahwinan dan perkahwinan bagi kami kerana cinta kepada Allah.
Tetapi kami silap dengan berfikir bahawa kebahagian akan datang kerana kami telah mengikut semua perintah Allah dalam hal ini dari niat sehingga kepada perlaksanaan perkahwinan. Ramai juga kawan-kawan yang kecundang dan berakhir dengan penceraian dan menjadikan alasan bagi ibubapa mereka untuk mengatakan i told you so.
kenapa jadi begini? kerana masing-masing ingat bahawa setelah selesai ijab dan kabul bahagia akan datang bergolek kerana aku telah ikut perintah ALlah. Bahagia tidak akan datang kalau kita tidak berusaha mendapatkannya. Allah tidak akan memberi pada orang yang tidak berusaha. Alhamdulilah auntie sendiri kenal suami setelah selesai akad nikah dan kekal sehingga ke hari ini tapi banyak pengorbanan yang perlu dibuat untuk mengekalkan rumahtangga yang aman dan bahagia.
Adik auntie sendiri bercinta dari sekolah menengah lagi. ketika di universiti dia dan temannya telah terlibat dalam group dakwah dan telah berkahwin ketika dalam tahun ke 2 kat medical school. hidup mereka bahagia sehingga ke hari ini dan bertambah rezeki kerana membelanjakan harta dan tenaga memperjuangkan Islam.
wahai anak carilah hikmah dari pengalaman hidup orang lain. bermula dengan yang baik tidak semestinya berkhir dengan baik. what is the lesson of this story, u think for yourself.
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Auntie Hajar yang mulia;
Terima kasih di atas segala nasihat, panduan dan bimbingan yang diberikan. Sangat bernilai dan berharga untuk anak muda (bujang!)
seperti saya. Meskipun saya tetap percaya apa yang dikatakan oleh Akhi Mu’ammar banyak manfaat dan lebih selamat lagi menyelamatkan, pandangan kedua dari orang berpengalaman seperti Auntie Hajar tidak wajar untuk dikesampingkan dan amat perlu untuk saya fikir-renungkan. Doakan saya Auntie. Sekali lagi terima kasih. Shukran ‘alaik.
Prof. Dr. Hamka pernah menyatakan, “Kerapkali orang tua menyesali pemuda dan menuduhnya bekerja terburu-buru dan kurang fikir. Kerapkali orang muda menuduh orang tua lembap, lembap bertindak dan terlalu banyak berfikir. Alangkah sibuknya dunia kalau pimpinan hanya di tangan yang muda-muda. Dan dunia akan membosankan kerana lembap geraknya kalau pemimpin hanya yang tua-tua. Gabungan di antara gelora semangat yang muda dengan renung-fikiran yang tua itulah yang menimbulkan keseimbangan di dalam perjalanan hidup.”
Semoga kita terus beroleh taufiq dan hidayah di dalam menjalani kehidupan sebagai Muslim/ah yang baik. Semoga kita terus beroleh kekuatan di dalam segala usaha dakwah dan islah yang dilakukan dan sedang dirancang. Akhir sekali, semoga juga bahagia itu milik kita semua. Amiin.
Fastabikul khairat! Siiru ‘ala barakatillah.
salam
bila dah tahu itulah hikmahnya
bila mempunyai sekeping hati yang mengerti dan mahu memahami itulah tindakan setiap insan,
namun sekarang semua orang tahu yang mana haram dan mana halal tapi.. mereka lebih menjadi nafsu raja di hati mereka. salah siapa tanyalah dia…
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Ukhti Maz;
Semoga amal menjadi bekal dan kata menjadi nyata. Semoga segalanya khair dalam urusan duniawi dan Ukhrawi. Amiin.
cinta adalah sesutu yang mulia yang diberikan tuhan untuk manusia tapi kenapa manusia selalu mengagung-agungkan cinta, padahal cinta adalah alat untuk menyampaikan perasaan.
manusia bahagia dibutakan oleh cinta yang semu, tapi kenapa mereka tidak mencari cinta yang hakiki……………….
tanyakan pada dirimu apa yang kau inginkan……………….
menginsafkan dan mnyedarkan ana… kdg2 ana pn terleka… syukran jazilan ats artikel2 yg ditulis..
Assalamualaikum, saudara.
ana rasa bertuah, kerana ALLAH mentakdirkan ana melawat sebentar ruangan saudara. ana masih mencari-cari identiti muslimah sejati, dan kini Alhamdulillah ruangan saudara banyak membantu ana.
Wassalam.
moge saudare diberi semangat untuk mneruskan blog ni ya..! amin.
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Akhi Rangga, Ukhti Nur, Ukhti Alwani dan Ukhti Samirah;
Alhamdulillah dan insya Allah semoga segalanya khair dan memberi kebaikan dunia Akhirat. Amiin.
JALAN KE SYURGA PENUH DURI
“Perjalanan ke syurga dilingkungi dengan duri dan onak. Manakala jalan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat. Demikian ditegaskan oleh Nabi Muhammad saw. mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia.
Syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang dikurniakan kepada hamba-hamba Allah yang beramal soleh. Neraka pula tempat azab keseksaan disediakan untuk mereka yang beramal tholeh (kejahatan).
Untuk melayakkan diri ke syurga, seseorang itu mestilah menempuh banyak ujian seperti melaksanakan suruhan Allah dan rasul serta menjauhi laranganNya. Kesemua ini memerlukan semangat dan kekuatan yang bermula dari keimanan kepada Allah. Sudah tentu untuk mengerjakan solat, puasa, haji dan amal kebajikan lain amat payah kecuali bagi mereka yang beriman. Sebab itulah Nabi mengatakan jalan ke syurga penuh dengan kesusahan.
Bukan mudah untuk masuk ke syurga. Kita kena bermujahadah atau berjuang melawan nafsu untuk melakukan kebaikan. Syaitan dan nafsu memang menyuruh kita berbuat kejahatan dan tidak menggalakkan kita melakukan kebajikan. Jika kita turutkan kehendak syaitan sudah tentu kita tidak mampu melakukan sebarang kebajikan.
Sebaliknya jalan ke neraka amat mudah kerana dikelilingi dengan kehendak syahwat. Semua manusia memang cenderung mengikut kehendak nafsu dan syahwat. Syaitan pula sentiasa mendorong manusia mengikut hawa nafsu. Amat mudah melakukan kejahatan.
Nah, di depan kita terbentang dua jalan. Terpulang kepada kita jalan mana untuk diikuti. Tepuk dada dan tanyakan iman – bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu.
Betapa tak susah masuk syurga? Dalam satu keterangan dinyatakan: orang jahil semuanya binasa kecuali yang berilmu. Orang berilmu semuanya binasa kecuali yang beramal. Orang beramal semuanya binasa kecuali yang ikhlas. Untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang. Ibarat mendaki bukit yang tinggi, hanya orang yang lasak saja berjaya sampai ke mercu.
Kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport untuk ke syurga. Malahan adalah menjadi kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak diperolehi dan dibelanjakan secara Islamik.
Semua manusia inginkan hidup senang. Kesenangan di dunia hanya sementara manakala kesenangan akhirat kekal abadi. Orang yang bijak sudah tentu memilih kesenangan yang hakiki bukan yang bersifat sementara. Hanya orang yang cetek akal saja memilih kesenangan dunia dan mengenepikan kesenangan akhirat.
Syaitan selalu membisikkan kepada kita tentang amal kita yang banyak walaupun baru sikit benar. Kita gembira apabila dipuji manusia. Timbul rasa ujub dan riak yang memusnahkan pahala. Kita tak perasan kita sebenarnya berdosa sebaliknya menyangka kita masih beramal soleh. Kita mesti mengawas dari serangan penyakit batin seperti ria, ujub, bongkak, sombong, dengki yang kesemuanya merosakkan amalan. Di sini peranan ilmu tasauf yang perlu kita pelajari dan dalami.
Perlu kita ketahui sebelum kita melakukan sebarang ketaatan, Allah sudah terlebih dulu mendahului dan mengingati kita. Kalau Allah tak gerakkan kita untuk beramal, kita tak akan beramal. Ini maknanya Allah mendahului kita. Jangan sangka kita yang beramal, sebenarnya Allah menggerakkan kita beramal. Jadi soal pahala tak timbul. Sepatutnya kita bersyukur kerana Allah gerakkan kita beramal.
Bagaimana kita mahu mendabik dada tentang amalan kita? Saidina Ali yang sudah dijamin masuk syurga pun mengeluh kerana bimbang kurang amalan sedangkan perjalanan ke syurga amat jauh. Saidina Ali memang terkenal dengan zuhud dan banyaknya melakukan amal ibadat. Bagaimana dengan diri kita? Saidina Ali Menggigil mengenangkan bekalan yang sikit untuk perjalanan ke akhirat yang jauh.
Kesimpulannya kita terpaksa mengharung kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. Kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. Dengan kesusahan ini Allah mengampun dan meninggikan darjat kita. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan hanya di akhirat. Seseorang tidak diberi pahala jika tidak bersusah-payah menempuh dugaan dan cabaran.
Ingat sekali lagi pesanan Nabi saw “Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat.” Oleh itu, utamakanlah kepayahan kerana itu jalan ke syurga. Jauhilah kesenangan berbentuk nafsu syahwat kerana itu jalan ke neraka. Wallahu ‘Alam. .
Terharu… teruskan artikel sebegini untuk peringatan semua termasuklah saya yg sering lalai..
“Hidup beri kita beratus alasan utk menangis,
Allah beri kita beribu kekuatan untuk tersenyum!. “
assalamualaikum..
for the second time i read this topic (1st time i read it via http://www.iluvislam.com – try join this group. its interesting).
i’m speechless.. don’t know what to say after i read this articel. this post really make me keep thinking seriuosly ’bout love .to whom i should give this love? lastly i found the answer from this articel “ibadah adalah cinta”:
“Akhirnya saya terbaca satu petikan daripada tulisan Ibnu Qayyim. Maksud yang beliau berikan terlalu mudah. Ibadah itu adalah cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan. Membaca maksud ibadah yang diberikan oleh Ibnu Qayyim membuatkan saya berfikir panjang. Ibadah adalah cinta? Berkasih-kasihan dengan Tuhan?
Pernahkah terdetik dalam hati anda rasa cinta kepada orang lain? Bagi sesiapa yang pernah, mereka tentu faham bagaimana keadaannya.
Hurm. Sampaikan kita sanggup buat apa sahaja. Setiap saat asyik teringat tentang si dia. Apa yang dia larang, kita cuba sebaik mungkin untuk tidak melanggarinya. Dan apa yang dia pinta, selagi boleh kita cuba usahakan untuk dapatkannya.
Sehinggakan kalau ada orang lain cuba menunjukkan sedikit kemesraan kepada si dia, kita sudah berasa terlalu cemburu. Lantas kita cuba memberikan yang lebih baik lagi.
Jadi, itulah yang dimaksudkan oleh Ibnu Qayyim tentang maksud ibadah. Ibadah adalah cinta. Kalau cinta kepada manusia kita sudah menjadi terlalu gila seperti itu, sepatutnya cinta yang seperti itu kita sandarkan kepada Tuhan.
Apa yang membuatkan saya berfikir panjang ketika itu adalah kerana saat itu saya sedang mencintai seseorang. Membaca ayat-ayat Ibnu Qayyim membuatkan saya sedar kecintaan saya itu telah melebihi rasa cinta kepada Tuhan.
Cinta mana yang lebih utama
Memang ada orang kata rasa cinta sesama manusia itu tidak salah. Tetapi cuba kita tanya diri kita sendiri adakah rasa cinta kita itu melebihi rasa cinta kepada Tuhan.
Kalau rasakan diri sudah tidak terkawal lagi dan tidak tahu bagaiman ingin menurunkan rasa cinta itu, saranan saya hanya dua iaitu tinggalkan sahaja si dia atau kahwin terus. Apa salahnya, anda dengan dia masih lagi belum berkahwin.
Bagi yang rasa hendak kahwin lagi 2 tahun, tinggalkan dahulu si dia jika hati rasa perasaan cinta itu lebih banyak kepada si dia berbanding kepada Tuhan. Hurm. Sekarang yang mana satu menjadi keutamaan anda? Fikir-fikirkanlah.
Ibadah adalah cinta. Dan itulah yang pasti. Kalau anda lebih mencintai si dia melebihi rasa cinta kepada Tuhan, itu bermakna anda melakukan ibadah kepada sesuatu yang lain. Bukannya ibadah kepada Tuhan.
Erm. Kalau ibadah kita sudah terarah kepada sesuatu yang lain, apa maksudnya?
Saudaraku, anda berhak membangun puluhan istana di muka bumi. Asalkan anda tidak lupa memperkukuh mahligai cinta kepada yang paling berhak.”
*honestly, lepas baca articel ni, betapa aku rasa berdosanya diri ini pada Tuhan. aku lalai demi mengejar cinta manusia yg x pasti (kes admire kat seseorg). ibadahku terganggu coz owest t’ingkatkan secret admire aku ni. astagrfirullah… lantas, dgn penuh rasa hina disisi Tuhan, aku lupakan insan yg ku admire ni. masih single di usia 25 thn, agak merisaukan, tp aku yakin akan ketentuanMu wahai Tuhanku. Ya Allah, betapa aku berdosa padaMu… kini, ku temui kepada siapa harus ku labuhkan cintaku ini, hanya pada ya Rabbi.
salam..
abg,
saya speechless bila baca cerita ni.. banyak kesedaran yang saya perolehi daripada cerita ini.. rasanya, lepas ni, saya mungkin akan kerap membaca blog abg.. anyway,thanks abg..
Alhamdulillah, syukur atas kurniaan nikmat dan petunjuk Allah s.w.t.
subhanallah…
alhamdulillah… syukur pada ALLAH SWT saya ditemukan dgn blog nie dan berpeluang membaca kisah yg betul2 memberi sy keinsafan… nauzubillah… saya betul2 rasa berdosa… selama nie apa yg sy lakukan masih jauh untk menjadi wanita solehah… manusia srg lalai dgn keindahan dunia…
[...] 8. Aku Tinggalkan Cinta Kerana DIA! [...]
cerita di atas “aku tinggalkan cinta kerana DIA”… akhirnya mereka bernikah jua. alhamdulillah… saya bukannya mereka cipta cerita. ini kerana ianya kisah benar.
Ya Allah… Tunjukkanlah kpd kami yg benar & jadikan pilihan kami mengikuti yg benar itu. Dan juga tunjukkan kpd kami yg tidak benar serta permudahkan kami meninggalkannya… Amin.
Maha Suci Allah..
Telah kutinggalkan ‘cinta’ kerna DIA..
Kini telah kutemui cinta yg hakiki.. yg hanya dimiliki dgn hati yg suci.. moga dosa2 di atas kejahilan lalu terhapus.. Ya Allah hanya kpdMu, kami memohon taubat.
assalammualaikaum..
saya pelajar dari sebuah institusi tinggi..
saya adalah pelajar yang baru belajar berjalan dengan dipinpin oleh agama, yang mahu mula berjinak dengan agama. realitinya saya suka apabila becakap tentg agama.
saya sudah mencintai seseorang tp bukan kerana DIA. maybe keinginan dan faktor sekeliling. kata org kata hati itu boleh dipercayai. jadi hati saya mengatakan dia tidak sesuai. emm
saya mudah jinak dengan dawah..
saya tenang apabila dalam keaadaan berdawah.
tetapi apabila dipikirkan mengenai perempuan itu, saya rasa lemah.. tak tahu apa tindakan yang perlu diambil. nk putus dh 3 kali. tapi dia asyik merayu kerana katanya dia betul sayang pada saya.
sekarang ni tindakan saya hanya mendoakan pada allah.. itu saja.
Assalamualaikum,
Saya tertarik sangat dengan pandangan dan cerita-2 you all. Bagi saya cinta akan datang sendiri, jika cinta kita kuat pada Allah SWT sebab Allah telah tetapkan jodoh kita, cuma kita perlulah berdoa agar Allah berikan jodoh yang terbaik untuk kita.
Setuju sgt ngn Gadis Melayu…
mmng ssh nk cari cinta sejati yg hnya krn Allah.. org yg mmpu mrsakn itu adalh org yg hbt.. kalau nk dbndingkn dngn remaja skrng ni mmng jauh bezanya dengn cerita ini.. sesungguhnya benrlh firman Allah bhw wnita yg baik adlh utk lelaki yg baik… bkn sng nk mnjaga hari yg pnh dgn godaan.. hnya iman yg kuat shj dpat mnghlng kemngkarn.. bagus betul cerita ini.. tak rugi anta mnulisnya krn scra x lnsung ia juga mrupkn satu dkwah…
salam..
bila saya membaca artikel ni, air mata terus mengalir.. mengenangkan kelalaian yang telah saya lakukan dengan sengaja. saya dilahirkan dgn didikan Islam yang penuh dari mama dan abah. abah merupakn salah seorang mu’allim terkenal di daerah saya. tapi.. ntah bagaimana saya hanyut seketika dengan cinta duniawi.. takdir membawa saya hanyut bersama rindu seorang lelaki yang belum tentu menjadi milik saya yg hakiki. die seorang yang berilmu, malah mempunyai ciri2 pemimpin Islam. namun, kelalaian saya telah membawa die bersama2 hanyut dgn perasaan cinta duniawi.
ntah brapa kali saya meminta putus darinya kerana saya fikir, berdosa sekiranya kami terus hanyut macam ni. tapi, die menolak dgn alasan die tidak mampu membuang saya dari fikirannya. ntah alasan apa yang harus saya bagi lagi. saya cume berdoa dan cube sedaya upaya menjauhkan diri darinya secara perlahan2.
salam..
mohon copy and paste kt blog ana ye.. =)
salam akh mukhtar,
mok nanyak enta, gne mok dapatkan sumbangan dari yysan amal utk polah program seminar or kursus2 utk stdnt? cthnya kursus kepimpinan. adakah yysn amal ada menyediakan peruntukan utk disumbangkan kpd stdnt or bks2 pljr utk adakan program utk bekas sekolah cdaknya? – miri
Assalamualaikum…
Kisah ini sangat menyayat hati… Jika orang yang berilmu sendiri boleh hayut…. Macam mana orang yang macam saya kurang ilmu… Tapi tak pe Allah kan ada…. Saya akan selalu minta kat Allah… Tolong doakan saya agar sentiasa hendakkan Allah… dan doakan orang-orang di luar sana..
salam semua.. anyway.. saya amat tetarik dengan cerita nie.. happy… tersentuh.. sedih pun ader…. yer lahh jln ceritanya rata2 punya plot cerita yang sama.. persoalanya.. tak mudah untuk bangkit dan menolak semua ini… bukan tak mahu atau tak usaha untuk perbetulkan… tapi kekuatan itu tak cukup untuk membuat hati di pihak yg sana memahami apa yg dirasai oleh hati ini. lantaran semua ini bagaikan tiada penamatnya… semoga ALLAH mengampuni dosa2 hambaNya dan masih ada ruang untuk bertaubat.. insayaallahh… amen…
Hani rindu utk kembali pada jiwa yg zuhud.. cinta memang melalaikan.. yg taat pun akan kecundang.. wajib saja ditinggalkan cinta yg melalaikan.. melainkan yg selalu mendekatkan kite pade Allah..
Salam’alaik ya akhil kareem,
Apa pun yang pasti, ramai yang meminati kisah seperti ini (“,). Maka ramai jugalah yang memberikan respon terhadapnya.
Tandanya manusia suka kepada cerita cinta, membuktikan hidup manusia memerlukan cinta, tinggal nanti di persimpangan mahu memilih cinta atau CINTA (tiru sikit style Abu Saif & Ustaz Pahrol Md. Juoi) (“,).
WaLLAHuta’ala a’lam.
salam…
aku suka giler cite nie! syabas buat penulis! sesape yg da bace, kalo x faham jugak x tau laa.. moga kiter same same dpt amek iktibar dr citer nie.. insyaallah, moger kiter samer samer mdpt rahmat serta barakah drpdNYA.. ameennn..
Mohon copy utk blog ana….
Assalamualaikum….
Terharunya saya membaca citer saudara tuh seolah sama dengan citer yang sy hadapi ni. saya tersentuh hati dan terasa apa yang ditelah diluahkan oleh pemuda itu. ibarat citer nye sama denganku yang melibatkan ibu kesayangannya. tapi ada sedikit la perubahan citer nya takla semuanya sama. citerku mengenai sinarku (sidia) yang telah dijodohkan atas dasar pilihan ibunya walaupun kami saling mencinta di antara satu sama lain dan berlandaskan syariat Allah..namun itulah dugaan yang sungguh besar kami kene tempuhi..bagaikan nak menangis kami bila masing2 meluahkan perasaan terpaksa berkorban demi ibunya. sesungguhnya memang dia anak yang soleh aku kenal hati budinya wlaupun cinta kami tidak pernah bersua dan bersuara (di alam sesawang sahaja) namu cinta kami yang semata kerana Allah begitu kuat dan kami terpaksa pasrah. Aku sedih dan sangat terasa diriku kecil sekali dimata ibunya kerana pilihan ibunya adalah seorang doktor yang sama negeri dengannya namun aku hanya baru fresh dengan ijazahku yang baru nak memulakan hidup ditolak perasaanku dan impianku untuk menjadi kebahagiaan anak terunanya itu. Aku masih lagi mmenyintainya sehingga dia berkawin kelak dengan pilihan ibunya..ya mesti kalian mengatakan aku buang masa..namun itulah perasaan kami yang tidak dapat dipisahkan masing2 masih memerlukan di antara satu sama lain…yela…aku seorang pendakwah dia juga begitu memang kami serasi dengan pekerjaan kami so, banyak pendapat dan bahan kami selau kongsikan. dia juga adalah sumber inspirasiku untuk memperjuangkan agamaMu dan pemberi semangat setiap kali aku hendak menjalankan tugasku. Namu aku tahu itulah keputusannya masih dengan pilihan ibunya dan aku redha. Namun di hati kecilku aku masih berusaha dan berdoa agar aku diberi kesempatan dana peluang lagi serta dibukakan hati ibunya untuk menerimaku sebagai menanntunya..
Maaflah saudara muhtar aku meluahkan di sini kerna aku dapat rasa apa yang di rasa oleh pemuda tadi cuma bezanya aku belum pasti memilikinya dan masih berusaha. Dan kepada pemuda itu bagaimanakah aku harus aku lakukan lagi…
Syukran…
salam… kalau selama ini aku lalai kerana cinta… syukur, aku telah menemui jalannya…
aku terlalu mengejar cinta dia hingga aku lupa pada pencipta… aku lupa pada takdirNYA.. aku leka…. ya allah.. limpahilah aku dgn kasih sayangmu…
Salam untuk insan yang dirahmati Allah sekalian
Cinta adalah anugerah Allah kepada hambaNya… Agar kita sentiasa beringat kepadaNya atas anugerah yang diberikan… Tapi manusia sering kali lupa, cinta sering disalahgunakan atas nafsu semata2 sehinggakan kita sering lalai…. Alhamdulillah… Kembalilah kepangkuanNya, dapatkan keredhaanNya agar kita tidak terjerumus dengan lebih jauh…
salam… subhanallah… memang susah untuk urusan hati… apalagi masalah cinta.. karena cinta juga pemberian Allah.. cinta akan mulia dan suci apabila mengikuti jalan Allah.. tapi kita juga manuasia yang lemah.. butuh kerja yang ektra untuk menghadapi masalah hati dan cinta… memang akan ada cucuran air mata.. tapi itu sekejap kan hilang kalau kita cepat menyadarinya… tidak terlalu larut… di situlah syeitan akan memasuki diri kita… shg kita akan terlena… dan kita akan melupakan Sang Pemberi cinta…. di situ Allah akan menguji kita kita… cinta dia atau cinta AKU… la tahzan…. jangan bersedih…. Barangsiapa yang mengikuti jalanKu… Aku akan memberimu kemudahan… amin….. salam…