“Mendamba Sakinah, Mawaddah wa Rahmah”
As-Sarawaki, 23 Mac 2007: “Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)” (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari).
Kahwin! Di usia 25 tahun kini, salah satu perkara yang masih terus mendilemma di dalam minda aqli diri ialah tentang perkahwinan. Bukan sekali dua persoalan ini diajukan kepada diri sama ada oleh ahli famili, sahabat handai dan rakan taulan, malah sudah menjadi persoalan lali. Ini ditambah dengan berita teman-teman seperjuangan yang semakin ramai mendirikan rumahtangga malah sudah ramai yang beranak-pinak!
Sebenarnya, segala keperluan untuk menunaikan tuntutan fitrah yang dijadikan oleh Allah SWT dan menyempurnakan Sunnah Rasulullah SAW yang satu ini sudah mencukupi. Insya Allah sekiranya tiada aral melintang tahun 2007 akan menyaksikan hasrat mulia ini akan menjadi kenyataan. Persoalan bila dan dengan siapa biarlah rahsia buat masa ini. Apa yang pasti, jiwarasa semakin terpanggil dengan hadith berikut, sebuah sabdaan Baginda Rasulullah SAW yang kian membuka mata hati! Alhamdulillah.
Diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Amru ra. bahawa baginda Rasulullah SAW pernah bersabda: الالدنيا متاع وخير متاع الدنيا المرأة الصالحة. Maksudnya: “Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia itu ialah wanita solehah”. (Hadith ini adalah hadith sahih riwayat Muslim No. 1467 dan Nasaie, Ibn Majah dan Ibn Hibban serta lain-lain).
Kemaskini: Alhamdulillah saya telah mendirikan rumah tangga bahagia pada 14 Disember 2007. Sila rujuk entri-entri terkemudian berikut:
Sebagai renungan suami dan bakal suami yang budiman, suka untuk dikongsikan 2 artikel amat bermakna bertajuk “Erti Sebuah Perkahwinan: Yang Dibina Di Atas Sebuah Perjuangan” karangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan “Tidak Mudah Bergelar Menantu” karangan Ustaz Emran sebagai pengajaran, pedoman dan panduan bersama. Semoga bermanfaat buat insan yang berfikiran dan dalam kelana mencari cinta haqiqi. Semoga ada khairnya dunia dan Akhirat. Amiin.
Erti Sebuah Perkahwinan: Yang Dibina Di Atas Sebuah Perjuangan
“Ya, saya mahu berumah tangga bukan untuk menerima. Saya berumah tangga kerana mahu memberi. Memberi kasih sayang, memberi perhatian, memberi nafkah, memberi kebaikan. Semuanya itu adalah peranan saya di dalam sebuah rumah tangga. Dan seandainya saya menerima apa-apa kebaikan dari isteri, semuanya mengundang rasa syukur, walau sekecil mana sekali pun kebaikan itu. Saya masih ingat pesanan seorang senior saya di Belfast.” Teruskan membaca artikel ini di sini.
Tidak Mudah Bergelar Menantu
“Menjadi lumrah bagi setiap pasangan suami isteri apabila menikah untuk berasa gugup dan memiliki perasaan gementar, khususnya di saat-saat waktu hari pertama dan awal pernikahan. Di campur dengan budaya yang kadang-kadang membantu memberi tekanan mental tidak kurang pelbagai cerita dan pengalaman orang memberikan gambaran yang mendebarkan untuk diharungi.” Teruskan membaca artikel ini di sini.
Wallahu a’la wa a’lam.



Assalamualaykum wbt.
Dengan menikah akan mencukupkan kekurangan diri, menambahkan ketenangan dan memberikan semangat dalam menjalani kehidupan, insya Allah…(nasihat untuk diri sendiri juga yang masih mencari)^_^
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh;
Terima kasih atas nasihat Zahra. Didoakan semoga ukhti bertemu jodoh dengan suami yang baik sebagai pemimpin dalam bersama membina keluarga yang dipenuhi sakinah, mawaddah wa rahmah. Ameen.
menjadi tanda tanya. sudah termaktub di dlm hadith,andai mampu berkahwinlah,andai tidak berpuasalah…hairan saya melihat rakan-rakan yang terkejar2 hendak berkahwin…sedangkn mkn minum,maseh dtanggung ibu ayah…amanah belajar tidak selesai lg…diri sendiri pn tidak cukup matang lagi…tapi bila bab kahwin, bukan main lagi galak nya…hmm…apakah sudah lupa pada tanggungjwb yang maseh menimbun n blm selesai? klu sudah mampu,lain kisah..bg yang tidak mampu ni, tidak mahu berfikir kah? lbh2 lg yang merupakan anak sulung di dalam keluarga,seorang abang kepada ramai adik2 yang rata-ratanya perempuan…saya hairan…maafkan saya andai kehairanan saya bisa mengundang rasa tidak senang sesiapa…saya cuma hairan…apa sebenarnya yang dikejar…sedar atau tidak mereka pd tanggungjwb,komitmen dan amanah dlm suatu perkahwinan…sedar atau tidak pd jwp yang harus dberi di hadapan TUHAN klk…jwp utk stp perbuatan d dunia ini andai komitmen,tanggungjwb n amanah itu tidak dilunas sepenuhnya…sedarkah?
[...] diperkatakan. Pelik benarkah gadis berumur 27 macam aku ni masih belum terbuka hati lagi hendak bernikah. Ini zaman moden, zaman teknologi, zaman siapa cepat, bijak dan kuat berusaha, dia akan jadi juara. [...]
Assalamualaikum,
Dalam keghairahan mengejar perkahwinan yang disyariatkan, ramai yang terpedaya dgn dosa2 yg terkabur di sepanjang menuju ke gerbang perkahwinan. Semuanya menjadi halal dgn tiket mahu berkenal2an dan mencari keserasian dgn pasangan. Tambahan pula bila ia seolah2 di ‘islamik’ kan.
Cth: “sms je.. lagipun lepas sms cik abang bg tazkirah, calling2 je, lagipun lepas call boleh saling mengingatkan utk berdo’a utk satu sama lain, hari ni solat jamaah di masjid, kita jumpa lepas solat sekejap, bla bla bla”
Lupakah mereka bahawa Allah tak cakap jangan berzina, tapi jangan HAMPIRI zina. Lupakah mereka bahawa syaitan tidak terus menggoda dgn dosa besar tapi dimulakan dulu dgn dosa2 kecil yang diremeh-temehkan, even pemujaan berhala juga sejarahnya dimulai dgn penghormatan dan pengingatan yang melampau kepada org2 soleh.
Dan siapa yang dapat menjamin bahawa pasangan kita itu adalah jodoh kita, walaupun sudah mengikat tali pertunangan, walaupun akan diijab kabul esok hari, perkara yang halal selepas nikah tetap hanya halal selepas nikah. Tidak pernah syariah menghalalkannya walaupun beberapa jam sebelum nikah. kerana yang pastinya mati itu pasti dan tidak diketahui bila masanya dan seandainya mati yang mendahului nikah itu, alangkah malangnya kalau tidak sempat bertaubat.
Beratnya utk memperkatakan tentang ini kerana diri sendiri juga menanggung beban fitnah yang boleh datang bila2 masa ini. Ditambah lagi dgn desakan2 persekitaran yang menyuruh utk mencari. Hmm.. bagaimanakah utk saya jelaskan pada mereka, sementelah dosa2 yang diremehkan ini telah membudaya. Wahai sahabat, pesanan ini bukan berbentuk satu hala shj (dari saya kepada sahabat semua), tapi sbg permintaan juga utk mengingatkan diri saya seandainya saya terlupa.
Akhi Akmal dan Ukhti Shuhada’;
Terima kasih atas perkongsian rasa sekaligus tazkirah dan motivasi buat jiwa. Semoga kita semua terus beroleh taufiq dan hidayahNya. Amiin.
[...] dan batin. Malam penuh bahagia! Terus-terang, sebagai seorang anak muda di usia 25 tahun kini yang masih bujang, persepsi malam pertama yang sering berlegar-legar di ruang minda ialah malam tersebut merupakan [...]
Salam buat tetamu ziarah sekalian;
Forum diskusi tentang topik ini boleh diikuti di Raudhah.com
Sila klik link berikut: http://www.raudhah.com/v2/index.php?option=com_smf&Itemid=27&topic=4422.msg57932;topicseen
assalamualaikum adik
i have a blog: raudhatulhurairah.myminaret.com…beyond chance and coincidence, but i dont know how to take tazkirah to enrich mine
still empty without roh
may u advice me
ukhti al kulimi
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh;
Ummu Hurairah;
I would suggest that your goodself register a free domain from http://www.wordpress.com which offer a better template to use with guidance provided. WordPress.com is an easy and powerful way to start blogging. All the best and hope to see your progress soon.
Assalamualaikum.
Hari ni cari web ttg ceramah perkahwinan. Esok sepatutnya pergi ke kursus pra-perkahwinan dgn bakal suami tetapi kerja menghalang. Hanya dia seorang yg pergi. Saya akan pergi bulan depan. Kita merancang, Tuhan menentukan. Insyaallah akan mendirikan rumah tangga tahun ni. Doakanlah kami berdua agar impian terlaksana.
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh;
Ukhti Nor Azizah;
Alhamdulillah. Semoga rumahtangga yang bakal dibina akan penuh dengan sakinah, mawaddah dan rahmah. Semoga kekal bahagia hingga ke Syurga.
bagus tu…. kawin lah cepat.
saya dulu malam pertama menangis kerana menyesal kahwin………………… bukan apa, kalau tahu begitulah alam perkahwinan, dah tentu saya kawin lebih muda lagi dari dulu. menyesal betul saya kawin umur 25….he…he…he
kalau boleh umur 15 lagi saya nak kawin…he…he
ana gurau je mokhtar…
fadzli…(IKBN Miri ) …ustaz tasauf.
tahniah dapat ‘menjayakan’ web ini.
bagus.
Abang Ali;
Tersenyum saya membaca komen di atas.
Doakan semoga segalanya khair buat saya dan bertemu jodoh dengan isteri solehah yang akan menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Amiin.
Assalamualaikum…
1st time saya `terserempak’ dgn blog ni…
alhamdulillah…. semoga Allah terus memberikan kekuatan pd akhi & saudara yg lain utk terus berjuang
semoga kekuatan itu juga diberikan pd saya…
dah beberapa kali saya miss usrah…
baru berpindah… masih tgh sesuaikan diri di samping tugasan yg pastinya akhi Hasrizal amat fahami
psal bab perkahwinan ni…
ingin sekali saya berkongsi pengalaman
pernikahan saya dengan suami di luar negara
jauh beribu batu dari malaysia
tanpa pengetahuan keluarga saya
(Keluarga suami amat menyokong,
keluarga saya terus-terusan menentang
bukan kerana financial prob or anything else
kerana keluarga kedua-dua belah pihak
blh dikatakan senang
tetapi hanya kerana kami masih student)
x sanggup melukakan hati keluarga saya sekiranya
berita pernikahan itu dibongkarkan
kami terpaksa berpura-pura selama hampir 3 thn
sekadar menjadi `tunangan’ di depan mata keluarga saya
tamat pengajian… kami `dinikahkan’ oleh bapa saya
tetapi entah mengapa…
pada hari `pernikahan’ tersebut
tiada secebis ingatan malah saya sendiri tidak terdengar akan lafaz nikah tersebut
walhal… saya duduk diruang beberapa meter sahaja drpd `pengantin lelaki’ dan bapa saya
sehingga kini… memori saya hanyalah pernikahan saya yg dijalankan oleh imam di sebuah masjid di negara mat salleh
bersaksikan oleh beberapa student Malaysia yg lain
wallahualam
Alhamdulillah, kini kami menjadi pasangan yg `normal’…
mcm org lain
tiada lagi pulang beraya berasingan, juga pulang cuti semester juga berasingan…
tetapi mungkin tiada cuti hujung minggu….
x dpt bersiar-siar bersama anak2 setiap weekend
kerana tugas suami dan saya yg serupa…
tapi kami amat2 bersyukur…. masa kami bersama…
kami penuhi sepenuhnya….
sekiranya x oncall… saya dan suami berjemaah di rumah
diiringi dengan suara dan gelagat anak2 yg masih kecil
yg cuba mengikut gerak atur solat kami
mengajar anak2 yg membazir itu tidak disukai Allah…
mengulangkaji bersama anak2 yg dah pandai berkata “mama, abang tengah study mcm abah, jap lagi abg sleep”
juga terasa puas hati,
atas keberkatan hidup berumahtangga…. dengan izinNya
saya dan suami mampu berjaya menggenggam ijazah
malah suami sedang menyambung pengajian utk menjadi seorg pakar….
saya?… insyaAllah… tahun nih cuba lagi mohon smbg master
ramai takut utk berkahwin… takut x berjaya dlm cita2 menjadi seorg pakar bedah la… pakar jantung laa…
tapi yg sebenarnya berdoalah agar Allah memudahkan urusan kita di dunia dan akhirat
saya juga sering mengingatkan diri…
tatkala sedih terpaksa berpisah dgn suami dulu-dulu krn cuti semester/ pulang beraya berasingan
juga ketika keadaan kini yg x kurang dengan cabaran hidup…
Allah x akan beri kita dugaan or cubaan yg sebenarnya kita x mampu tanggung
Bagi saudara2 saya…
jgn takut berumah tangga… tetapi pilih laa pasangan anda
pilih sekadar paras rupa dan cinta yg buta…
x akan membawa ke mana2
pilih laa bakal suami or bakal isteri kerana pengetahuan agamanya
pasti pasangan kita tu x akan menganiaya kita…
kerana kita dan pasangan perlulah lengkap-melengkapi
ingat-mengingati…
kalau tiba suami malas attend prog usrah kerana letih etc…. isteri ingatkan
kalau suami ada rasa keberatan utk keluarkan sedikit peruntukan utk bersedekah etc…
kita sbg isteri kena ingatkan juga
begitu juga dengan kita para isteri…
kalau malas solat sunat dan x luangkan masa baca Quran…
suami pula akan ingatkan
perkahwinan itu indah….
dan kita kena berusaha mengindahkannya lagi
semoga keluarga / perkahwinan yang saya dan suami bina ini akan sentiasa diberkati Allah…
begitu juga dengan saudara semua
semoga kita dpt mencontohi Rasullulah saw dan Khadijah, seperti Ali dan Fatimah
insyaAllah
Dr. M aka Isteri Solehah
;
Terima kasih atas perkongsian Dr. tentang ranjau perkahwinan sehingga terpaksa berlakon menjadi ‘tunangan’ meskipun sudah sah menjadi suami-isteri. Terharu.. Tahniah, satu dalam seribu!
Terima kasih juga atas nasihat-nasihat berguna, amat dihargai. Doakan semoga segalanya khair buat saya dunia dan Akhirat. Amiin.
tahniah atas ruangan ini yang dapat membantu
dalam memberi pandangan dan menimba pengetahuan..
semoga terus berjaya…
amin….
Amiin. Doakan semoga terus istiqamah.
salam…
Perkahwinan…dulu bg sy ia sesuatu yg mustahil bg diri ini.
Maaf…sy dulu t’lalu tdk suka pd insan b’nama lelaki. Skrg?? Menyampah…menyampah, lebih2 lagi pd lelaki yg mengaku pejuang agama Allah tp dlm bab memilih jodoh terlalu memilih rupa paras. Sy tau mmg fitrah manusia suka pd kecantikan…
Ape yg sy perhatika mmg leleki cmtu…klu x t’lbt dgn harakah islamiyah tu xpe la…ni yg faham ttg agama. Org p’puan yg t’libat dgn grkn islam dan kurang dr segi paras rupa masih lagi ramai bujng. Dan ade yg t’pksa kawin dgn org bkn grkn islam.
Sy bkn b’ckp kosong, ini realiti. ye…mmg bkn smua yg b’perangai spt itu…tp boleh dikatakan hmpr smua…
Sy yakin jodoh pertemuan, ajal semua ditentukan Allah… Cuma sy ingin meluahkan rase terkilan sy pd sesetgh lelaki yg bergelar pejuang agama yg memilih rupa paras dulu baru agama.
JUST LUAHAN RASA..
Maaf atas kekasaran bahasa…
ISLAM ITU iNDAH!!!
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Saya setuju ia satu dilemma. Namun, mohon maaf saya kurang arif tentang penyelesaiannya. Manusia berhubung dengan perasaan.
Wallahu a’lam.
mmmm… dah nak kawin rupenya si muhtar ni… Alhamdulillah….
Kak Mona;
Doakan semoga segalanya berjalan lancar dan membawa kebaikan dunia dan Akhirat. Doakan saya beroleh isteri solehah – penyejuk mata, penawar hati dan penajam fikiran.
salam.. jawapan untuk yg selalu cakap hairan org muda yg terkejar2 nak kahwin.. sbb diri sendiri pun mak bapa tanggung lagi.. maka solusinya adalah nikah khitbah.. untuk info berkenaan nikah khitbah maka sila ke http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=44154
nikah khitbah adalah cara couple islamik, couple yg halal.. marilah bersama kempenkan nikah khitbah.
assalamualaikum…
ana berbangga dengan akh sebab boleh menjadi model kepada muhandis yang lain. khususnya untuk bakal2 muhandis iium. ana terlalu muda untuk membicarakan hal `CINTA` baru sem 1 di iium. tapi, pengalaman itu, insya Allah aa. tapi,cinta monyet jela… (alhamdulillah sekarang single, terlepas dari godaan, ana belum matang untuk semua ni, tapi, kena tahu… FITRAH).. Hampas, yang tidak ada apa-apa isi. tiada tarbiyyah, tiada taqarrub kpd Allah swt. itulah beza cinta fillah denagan cinta lagha. apa yang ana nak tekankan ialah JADILAH ADIL KEPADA DIRI SENDIRI. letak cinta mengikut hierakinye. CINTA ILAHI, CINTA RASUL, CINTA IBU BAPA, BARULAH CINTA si dia… dahulukan yang aula.
itu je yang dapat dikongsi. wallahu a`lam.
Salam Ustaz,
Hanya nak tau jer ustaz, dah kawin ke?
Ana berumur 22 tahun dan akan berkahwin insyaallah bln 12 nanti, tapi kenapa ada perasaan bercelaru, betul ker nak kawin ni… selalu bermain di fikiran saya.
syukran ustaz.
syeikh muhtar,
ana syorkan anta kawinlah cepat. seorang pejuang agama perlukan orang kuat di sisinya, barulah mantap! contohilah nabi kita ada S. Khatijah r.a.
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Akhi Fuad;
Terima kasih atas perkongsian.
Akhi Muhandis CFS IIUM;
Alhamdulillah, benar CINTA yang haqiqi dan sejati itu hanyalah padaNya.
Akhi Muqay;
Ana belum kahwin lagi. Mungkin akhi perlu tanya kepada pakar dan orang yang lebih arif. Apapun, ana yaqin sekiranya persediaan dan niat perkahwinan akhi baik, segalanya akan membawa kemuliaan dan kebahagiaan..
Ustaz Abu Wildan;
Syukran, syor yang amat baik dan sebenarnya sudah lama ana pertimbangkan. Tiada aral melintang, insya Allah beberapa bulan mendatang khabar gembira akan menjelang tiba..
Doakan segala khair.
askum ustaz… sy ingin bertanya,, pasal kawin cepat2 ni,, kalu pasangan tu dah tak tahan dah menahan nafsu diorg, adakah wajib bagi mereka untuk berkawin, sedangkan belajar belum abis, n banyak amanah yg perlu dibuat selain dari kawin itu sendiri.. kite lihat banyak gejala2 sosial makin merebak di kalangan remaja terutama seks sebelum kawin.. adakah harus bagi mereka kawin??
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Mr. Q;
Awwalan, saya bukan seorang pakar dalam bab ini.. Saya sendiri pun masih bujang..
Apapun, sekiranya sudah cukup persediaan zahir dan batin, lebih-lebih lagi sekiranya tanpa perkahwinan akan membawa maksiat, dosa dan noda, perkahwinan adalah jalan penyelesaiannya.
Sekiranya tanpa berkahwin boleh membawa kepada seks sebelum kahwin, hukum perkahwinan bukan sahaja harus, malah sudah menjadi wajib.
Wallahu a’lam.
isteri cerdik yang solehah
penyejuk mata
penawar hati
penajam fikiran
di rumah dia isteri
di jalanan kawan
di waktu suami buntu
dia penunjuk jalan….
Alhamdulillah.. Semoga cetusan ini dapat memberi semangat anak muda untuk kahwin agar dapat mengelak pelbagai masalah sosial yang berlaku sekarang… Semoga generasi kita sedar betapa pentingnya untuk melahirkan keluarga yang bersedia menuju Akhirat yang kekal abadi…
Salam..
Dah nak kahwin rupanya akhi ni…
Tahniah ye..
Semoga bahagia ke anak cucu..
Wassalam ^-^
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
‘Petunjuk yang suci’;
Terima kasih. Lagu tersebut penghibur hati bakal suami..
Cikgu Shahril;
Alhamdulillah, semoga perkahwinan yang didirikan membawa kebaikan dunia dan Akhirat. Amiin.
Ukhti Najihah92;
Syukran. Doakan segalanya khair. Amiin.
Wallahu a’lam bissawab.
Nice site, its very interesting site! your site is fantastic.
Assalamu’alaikum w.b.t. ya akhi..
Teruskan perjuangan demi menggapai MARDHATILLAH, MA’RIFATULLAH, KHASYATILLAH yang akhirnya akan membuahkan HALAWATULIMAN
‘Sesegar kuntuman nailofar’
salam…
web yang begitu indah..
may Allah bless…
Salam..
Selamat Berbahagia smpei anak cucu..Moga Allah kurniakan ktk sorg isteri yg solehah..Amin..Sapa namanya??huehue..
[...] “Wahai Anak Muda, Berkahwinlah! Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)” (Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari). [...]
[...] 1. Wahai Anak Muda, Berkahwinlah! [...]
Assalamualaikum…
Saya ada terbaca satu hadith tentang memilih pasangan.. kalau nak memilih pasangan, kita kena lah tengok agamanya, bukan harta atau rupa. kerana adanya agama, insyaAllah, rumah tangga akan bahagia. bagi saya lah sebagai muslimah, seseorang berugama itu penting untuk menjamin kebahagian. i even read an article that it’s not also encouraged untuk bercinta lama2. tapi selama saya baca buku2 agama tentang perkahwinan ni takdelah sebut pasal cinta but KASIH SAYANG. thats important. one of the factor untuk kita berkahwin ialah untuk menjauhkan zina. setelah seorang muslim itu kahwin, separuh dari imannya lengkap dan separuh lagi tinggal untuk beribadah kepada Allah SWT. correct me if im wrong..
Di dalam riwayat Baihaqi pula dari Abu Umamah bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Berkahwinlah kamu sesungguhnya aku sangat menyukai umat ku berkembang biak dan janganlah kamu menjadi perempuan-perempuan nasrani yang senantiasa bertapa (tak berkahwin).”
Ada lagi sabda Rasulullah: “Kahwinilah wanita yang penyayang, yang dapat melahirkan anak yang banyak, maka sesungguhnya aku bangga dengan kamu kerana umat yang banyak bilangan (drpd umat-umat yang lain)”
So what im trying to point out here is… Agama Islam adalah Agama yang menggalakkan perkahwinan..
salam ya akhwat wa ikhwah fil ISLAM…
teruskan perjuangan menuju gerbang jaya..
perkahwinan menambah sakinah dlm mawaddah wa rahmah yg halal… mahabbah juga tidak putus2 dariNYA..
doakan kami yg masih muda dr alam perahwinan ini agar terus terpelihara dari bisikan syaitan laknatullah, terpelihara dari godaan nafsu yg mencabar.. jg sentiasa berada di jalan yg lurus lg benar…
mudah2an kami terpilih menjadi sayap kiri perjuangan kepada mujahid2 ISLAM yg tak gentar memperjuangkan agamaNYA serta syahid di jalanNYA.. agar kami mendapat pimpinan yg sebenar2 pimpinan dr pemimpin yg benar2 pemimpin….
CINTA UTAMA vs CINTA PERTAMA..
WALLAHU’ALAM… ana dhaifah mengharap petunjuk yg SATU
Assalamualaikum.
Ya Allah, ana begitu tersentuh bile membaca post nih. Ana byk sgt lari dr jalan Allah, ana couple, ana bt maksiat.. Tapi baru2 nih, hati ana diketuk oleh seorg muslimah, ana sndiri pon xknal sgt dia, tp dia lah yg bt ana kembali meneruskan pencarian, ekspidisi mencari cinta Ilahi.. Skrg, ana bimbang, ana menyimpan perasaan syg kepada dia. Selepas membaca post2 nh, ana fikir, ana nak kawin je la dgn dia, tp ana takot ummi ana, abah ana, mesti menghalang. Niat ana baik, ana xnk dah buat maksiat. Ana tau, tanggungjawab berkeluarga ni besar, namun, dosa zina tu lagi besar dr tanggungjawab sume nih..
Ustaz2 sekalian kat cnie, bantu la ana, ana perlukan penyelesaian. Mcm mane nak bg ibu bapa ana phm. Dan satu lagi, ibu bapa pihak wanita dah bersetuju, tggl skrg adalah utk membuat ibu bapa ana setuju je lagi..
Tolong lah hamba Mu ini Ya Allah..
[...] Kepada sahabat-sahabat yang masih membujang dan sudah mampu berkahwin, ingatlah pesan Rasulullah SAW: “Wahai Anak Muda, Berkahwinlah!”. [...]
Assalamualaikum ustaz
Ana tgh rungsing skrg nie… Ana & pasangan rancang nak kawen taun nie. Umur kami br jer 20 tahun.. Tapi, bl ana bc web nie, ana jd xyakin nak kawen…
ana dan pasangan plan nak kawen di usia muda.. tapi ana dan pasangan masing2 masih menuntut. kami bru je berusia 20.. rasa macam masih terlalu muda nak harungi semua ni.. tapi pasangan rasa inilah yang terbaik buat kami.. cuma ana risokan kehidupan kami akan datang.. ana tak tau…
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh;
Irfan, Mawaddah dan Nur of Life;
Alhamdulillah, tahniah atas niat baik anda. Niat yang betul adalah langkah pertama dan paling penting. Mulakan dengan istikharah dan seandainya telah tekad dan bersedia, silakan. Banyakkan doa. Ana bersetuju bahawa perkahwinan pastinya menambah sakinah, mawaddah wa rahmah yang halal. Ana ada ramai kawan dan kenalan yang berkahwin semasa masih menuntut di universiti, alhamdulillah bahagia sampai sekarang. Maklumbalas yang diterima ialah pastinya perlu ada pengorbanan dan kesabaran. Ana doakan yang terbaik buat kalian. Semoga segalanya khair!
Wallahu a’lam bissawab.
asssalamualaikum ustaz…
ummi dan psgn merancang untuk berkhwin di usia muda…
kami sudah bersedia utk alami semua tu..
tp kami ade perasaan gementar n tkt2..
adekah klu kami khwin di usia muda akan mjdi buah mulut org…?
sy tertarik dgn sifat peribadinya..
agamanya…
walaupun usia nye 22 thn..
tp fikiran nye lbh matng dr usianya…
ustaz,
ade kebaikan n keburukan klu kt berkhwin di usia muda ni…
tp slah stu kt berkahwin adalah untuk mgelakkan fitnah drp mulut org..
tp sye rse mmg x manis klu kt kawan terlalu lame…
utk mgjr usia yag sesuai utk berkahwin…
sy tidak memandang hartanya..
tp sy tertarik dgn ilmu agama yg ade pd dirinya..
adekah keputusan yg kami akan wat ni adelah benar?
blh ustaz jelaskan…
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh;
Saudari Nurul Ummi;
Sila rujuk komen saya #46. Insya Allah, saya doakan yang terbaik buat kalian. Semoga segalanya memberi kebaikan dunia dan Akhirat!
Wallahu a’lam bissawab.
[...] Malam penuh bahagia! Terus-terang, sebagai seorang anak muda di usia 25 tahun kini yang masih bujang, persepsi malam pertama yang sering berlegar-legar di ruang otak ini ialah malam tersebut pastinya [...]
[...] Rumahtangga (Nikah). Rancangannya, selepas ni pulang ke tanah tumpah darah, cari maskahwin untuk awek chun. Lekas-lekaslah habis belajar. Rasulullah berpesan supaya muda-mudi lekas-lekas nikah, bukan? Tidak lama lagi, Teh juga. Tidak lama. Allahulmusta3an. Doa untuk Teh sentiasa ada [...]
[...] dan batin. Malam penuh bahagia! Terus-terang, sebagai seorang anak muda di usia 25 tahun kini yang masih bujang, persepsi malam pertama yang sering berlegar-legar di ruang minda ialah malam tersebut pastinya [...]
assalamualaikum ustaz…
sy seorg gadis yang berusia 20-an menginjak ke 21 pada tahun 2009.. psgn sy pula akan menginjak usia 26… baru2 ini dia melamar sy utk menjadi suri hidupnya..
kami dah wat solat istikharah..dn sy nmpk dia… keluarga lelaki terutama ibunya sgt sukakan sy… psgn minta sy utk berbincang blhkah kiranya dia hendak dtg meminang sy pada hujung tahun ini… setlh berbincang dgn kedua org tua sy..terdapat tentangan dari bapa sy.. katanya usia masih muda..
ustaz.. sy sbnrnya sudah betul2 bersedia utk menjadi seorg isteri yang taat pada suami… seblm ini sy sentiasa berdoa supaya sy dijodohkan ketika usia sy 21… kerana sy tidak mahu terus2an melakukan dosa dn maksiat.. maksud sy.. dunia zaman skrg ni terlalu bnyk godaan…
sy sudah mendalami ilmu2 perkahwinan… memandangkan ganjaran sebagai seorg isteri itu terlalu besar… sy ingin sekali mengejar ganjaran itu… ganjaran syurga… kami ingin berkahwin bkn atas dasar cinta semata2.. tp kerana kami ingin bertanggungjawab ke atas pasangan masing2…. kami ingin mengelakkan diri terjebak dgn dosa dan maksiat…
psgn sy ini seorg yang baik.. n sgt menyenangkan ibu dan ayahnya.. rajin ke masjid.. dan juga rajin bekerja… kerana itu sy memilihnya dan sy yakin dgn pilihannya..
baru2 ini sy terbaca satu artikel mengatakan “haram bagi kaum bapa merumitkan perkahwinan” dan juga “sekiranya datang kpd kamu lelaki yang diyakini agama dan akhlaknya utk meminang.. maka terimalah.. kerana jika ditolak pinangan itu.. maka berlakulah fitnah dan kerosakkan yang besar di muka bumi ini”
ayah sy menghalang kerana usia sy yang baginya masih muda… dan juga kerana dia ingin sy menyambung pelajaran sy.. utk pengetahuan ustaz.. sy sudah bekerja.. dan juga mempunyai diploma.. setlh berbincang dgn pasangan.. dia tiada halangan utk membenarkan sy menyambung pelajaran sy walaupun kami sdh berkahwin kelak.. dia juga bersedia utk membantu sy…
ustaz.. tlg lah sy… bagaimana sy nak memujuk ayah sy ustaz?????
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Saya syor Saudari Arisya Sofea baca artikel Ustaz Hasrizal Abdul Jamil “Kahwin Semasa Belajar” di http://saifulislam.com/?p=4200. Pokok pangkalnya, teruskan usaha dan berdo’a. Saya do’akan semoga segalanya dipermudahkan Allah. Amiin.
Alhamdulillah..
Sememangnya “Nikah: Connecting People”
Salam perkenalan, insyaAllah ana pun nak ikut jejak anta lah, tunggu 25 tahun ^_^
assalamualaikum…
kami student ag dan tgah bercouple…sayer taw yg coupling2 nie xlok n haram..sblum nie sayer xpnh sedar yg sayer manyak wt dosa…zina hati.zina mata bersms,telefon n sumelah..bru2 nie bru sayer sda bhwa perbuatan kami nie adalh berdosa besar..kami ingin bertaubat..ttpi sayer xsgup untk berjauhan darinya..jd sayer memilih untk berkahwin dgnnyer…mslahnyer ibu bpa kami xsetuju dgn perkahwinan kami dgn alasankami masih belajar ag..dorang nk kita capai cite2 lu…adakh perkahwinan nie boleh menghalang atau menyusahkn seseorang dpd blaja n bjaya?????? sayer btol2 buntu..adkh biler kiter kahwen anti kiter kene wat mjlis yg grand2 bia kter pyer kahwen ag meriah dpd abg n kakak? ya Allah buntunyer aqu…xkn xdea jalan yg ag mudah…TOLONG SAYER…URGENT!!!!!..
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Sila baca artikel Ustaz Hasrizal Abdul Jamil “Kahwin Semasa Belajar” di http://saifulislam.com/?p=4200. Saya do’akan semoga segalanya dipermudahkan Allah. Amiin.
salam ust.. ana bkl ke al-azhar msir, ana ade berkenan dgn seorg ukht 1 kls, ana smpn prasaan slame 1 thn n x bgtau die sbb tau couple haram n ana juge tau y die xkan lyn pljr2 mslmn.. ana sme2 pgg jwtn semasa d sek… slps STAM ana ambl kptsn utk bgtau die n bercadang utk btunang, alhamdulillah dier mnyambut baik.. tp ble bncg2, tempoh ptunangan mgkn tlalu lama… blh ust bg pndgn?…. sykrn.
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Sekiranya sudah bersedia dan sanggup berkorban apabila belajar nanti, berkahwinlah. Sekiranya belum, sila baca artikel Ustaz Hasrizal Abdul Jamil “Kahwin Semasa Belajar” di http://saifulislam.com/?p=4200. Ana doakan yang terbaik buat akhi!
Assalamualaikum… Sy student berumur 20 tahun. Saya nk tny. Knp wlaupun kta cba jd baik tp kta msh dpt calon boyfriend yg jahat? Sy dh try cr yg baik tp xjmp.. Yg nk kwn dgn sy smua2 ska tgl solat n mcm2 lg.. Sy nk kwn dgn org yg baik2 shj. xslhkn ustaz?
As-Sarawaki: Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Calon boyfriend atau calon suami? Sebelum berbicara tentang baik buruk, jalan kepada perkahwinan itu sendiri perlu jelas agar selari dengan panduan syari’at. Jalannya hendaklah suci! Wallahu a’lam.